Tentang Lina (Siri 3) – Kau Tak Perlu Tahu

Apa sebenarnya perasaan seorang lelaki bila dapat balasan surat daripada awek yang selama ni padanya dia menaruh hati tapi tak pernah bagi tau awek tu apa yang dia rasa, malah kalau boleh tak mahu awek tu tau apa yang dia rasa?

Well… assuming aku ni seorang lelaki (tapi aku fikir aku memang lelaki berdasarkan bentuk anatomi alat sulit… ehem…), semasa surat balasan daripada Lina sampai ke asrama aku, pertama sekali aku rasa jantung aku terhenti. Lutut aku menggigil. Semasa sampulnya nak dibuka, tangan aku menggeletar, tapi aku tahan diri dan perasaan daripada terburu-buru sebab aku tak mau rosakkan sampul tu. Aku nak sampul tu kekal cantik dan elok. Niat nak simpan. Ya… SIMPAN! Apa pasal pulak? Tak boleh ke aku bersifat sentimental? Huh? Cet! Kau orang gelakkan aku ek? Gampang…

Surat Lina simple je, bro. Ucap terima kasih sebab aku kirim dia scrap book buatan sendiri sempena birthday dia. Luahan tak sangka dia yang aku ingat tarikh lahir dia dan juga masih ingat lagu yang dia nyanyi dalam koir semasa program adik angkat fakulti perubatan Universiti Malaya tahun sebelum tu.

Apa lagi yang aku — seorang lelaki (tak percaya? Nak bukti?) — rasa? Tak reti nak describe. Bagi perumpamaan ajalah ek? (Ya Kak Azie… ‘perumpamaan’… eheks…)

Aku rasa di hati ni macam ada belon yang sedang dipam dengan gas helium dalam kadar sederhana. Semakin lama terasa hati aku ni mengembung sedikit demi sedikit sampai pada satu tahap aku rasa seakan-akan macam ia nak meletup. Dalam perut aku pula rasa sejuk, macam baru lepas minum ice blended cendol. Sejuknya perut tu buat aku rasa perut tu macam mengecut dan buat aku rasa macam nak berak tapi sebenarnya aku bukan nak berak pun. Seluruh badan aku rasa sejuk juga, seolah-olah aku minum ABC pada waktu malam ketika hujan lebat teramat. Dan ya, seluruh tubuh badan aku yang slim, mantap, tegap dan macho (masa tu le) juga menggigil.

Aku tak berdaya nak berdiri pun. Badan lemah sangat. Macam dah tak ada tenaga. Barangkali semua tenaga dah kering digunakan oleh emosi untuk mengawal jasad macho aku daripada buat benda bongok dan dianggap sewel — misalnya menjerit terpekik terlolong sambil melompat-lompat di sepanjang koridor tingkat empat asrama yang memang terkenal penuh dengan hantu 13 Mei masa tu. Tak pasal-pasal nanti prefect dan pak guard datang ikat aku sebab disangkanya aku histeria tersampuk hantu 13 Mei. Takut aku terjun ke bawah macam roommate aku hampir pernah kena sebelum tu.

Jadi aku sekadar berbaring di katil. Tak ingat le pulok sama ada sebelah saja atau kedua-dua belah tangan atas dahi. Yang kompem surat Lina yang sehelai tu atas dada aku.

Bersambung…

46 Respons to “Tentang Lina (Siri 3) – Kau Tak Perlu Tahu”

  1. -Jadi aku sekadar berbaring di katil. Tak ingat le pulok sama ada sebelah saja atau kedua-dua belah tangan atas dahi. Yang kompem surat Lina yang sehelai tu atas dada aku.-

    klasik….

  2. Std la tu.. Aku rasa satu tangan jer.. Lagi satu lu korek idung.. Kwang3x

  3. Wa bukan biru sgt.. Uhuk uhuk..

  4. Bila masa lu pegi um punya program ni..?

  5. Tajuk dia wa pening.. Kau tak perlu tahu…? Wa tak perlu tahu…? Nape.. Habis lu tulis lu naca sendiri.. Pastu ss.. Senyum sendiri da..

  6. Lagi satu wa tanya… Silina ni betul2 wujudke..? Let say dia ada.. Lu nak dia baca ke tak.. Kalu dia tak baca… Lu sedih ke tak? Katakan dia baca dan dia syokla balik ngan lu.. Apa lu nak buat.. Klu dia bujang no prob.. Anta kawin dua.. Buatnya dia dah kawin… Mak ai haru… Masa tu trus letak dua2 tangan atas dahi.. Nyanyi lagu irama keroncong…!!!! Kui kui kui

    • Ni tanya betul-betul ke cobaan nih…? Serius ke lu tak tau? Lu pernah satu kompeni dgn dia dulu maaa….

      Kalau lu dah baca banyak nanti, dalam siri2 akan datang, lu akan tau bahawa ‘Lina’ yang dmaksudkan dalam siri ni bukan sorang. Ada beberapa Lina – coming soon dalam siri ni. Dan semua ‘Lina’ ni wujud in real life.

      FYI, aku tak peduli pun dia (“dia” merujuk pada “Lina” yang pernah keje satu kompeni dgn ko dulu) baca ke tak. In fact aku rasa kalau dia baca pun dia takkan tau punye bahawa yg aku maksudkan tu ialah dia… ekekekekeke…

      Adakah aku masih syok kat dia? Well… orang kata 1st luv (walaupun tak pernah jadi gefren aku) lasts forever dan 1st flame hard to die. Aku berterima kasih pada dia sebab dalam usaha aku mencari gadis ciri-ciri seperti dia, maka aku dapat yang (pada pendapat aku) better – Permaisuri aku sekarang ni.

  7. Untuk reply lu yang kat atas tu “Mmg… Dia ada ckp.. Myampah betul..” — Hampeh! ciszzz…! Ekekekekekek…

  8. Tak semua ada ‘Lina’ aku bedal laaa.. aiyooo…. So far cuma dua ‘Lina’ je yang aku bedal — sorang ‘Lina’, sorang lagi “Ina”… tu je… yang lain tak ada ‘Lina’ atau ‘Ina’…. uhuk!

  9. I percaya BRO, sebanyak mana pun perumpamaan yang U guna atau U akan guna…

    tidak akan dapat menggambarkan paling tepat apa yang U rasa waktu tu, dan juga tidak dapat nak “visual”kan dengan jelas apa yang berlaku pada U selepas itu…

    Adakah dengan berbaring di katil, hanya tangan di atas dahi? Bagaimana dengan anggota lain? 🙂

  10. Ampun kan kami penunggu gua..2x.. Jgn pukul patik memanda menteri… Hamba tak bersalah…

  11. Bila lu nak dtg umah wa..? Umah gua kat langat.. Wa beli sbb terkenang kisah dolu2.. Dekat ngan sg congkak.. Boleh piknik.. Pastu.. Kita…

Tinggalkan Jawapan kepada Najwa Aiman Batal balasan