Tentang Lina (Siri 4) – Emosi Yang Bertunas

Dan itulah sebenarnya satu-satunya surat yang aku kirim kepada Lina. Tak ada lagi surat ke, scrap book ke, apatah lagi duit yang aku kirim kat dia selepas tu. Bukan sebab tak mau, tapi sebab tak berani. Takutlah tu… Memang penakut rupa-rupanya aku ni ek? Takut kalau-kalau Lina dapat baca rasa hati aku yang sebenar terhadap dia. Bodoh ke agaknya aku ni? Isy… perkataan bodoh tu melampau sangat. Bangang kut lebih sesuai.

Apa yang aku tak tau ialah bila aku masuk ke tingkatan 2, Lina dapat masuk tingkatan 1 di sekolah berasrama di Kajang. Oleh kerana aku masih lagi bodoh lahanat dengan ego dan tak mahu hantar surat, maka langsunglah aku tak tahu kisah tu. Lina dengan aku, yang memang selama ni pun tak boleh dianggap ada hubungan, langsunglah terus tak berhubungan dah… adusss…

Kosong dan sepinya hati dan perasaan selama duduk dan bersekolah di asrama tu hanya Tuhan je yang tau. Dah le asrama tu semua jantan. Sekolah aku pun jenis semua jantan. Punyalah dikelilingi jantan sampai kekadang pandang makcik kantin asrama pun imaginasi boleh tetiba jadi liar… isy… pundek betul… Tapi okeylah tu daripada imaginasi syahwat jadi liar bila pandang student junior jantan! Tak gitu? Ada tau weh! Ada berlaku macam-macam peristiwa syahwat yang mengerikan kat asrama aku ni masa tu beb!

Kenapa selama tiga tahun kat sini aku tetiba rasa kosong dan sepi? Kenapa sebelum masuk menengah rendah ni aku okey jek? Teori aku, mungkin sebab kat sini aku dah mula nak baligh. Maknanya kehendak dah mula bernafsu. Fizikal dah mula bersyahwat. Misai dah mula tumbuh. Bulu ketiak pun dah nak tumbuh. Dan tetiba kat sekeliling anatomi aku kat bawah tu pun dah mula menampakkan pucuk-pucuk rambut… Masa tu tak sure lagi sama ada rerambut tu akan dewasa sebagai ciri-ciri rebonding ataupun ciri-ciri keriting… isy isy isy… Dan faktor yang utama kesepian dan kosong hati aku ni — yang aku konfiden sesangat — ialah sebab tak macam di sekolah rendah dulu, kat sini aku takkan nampak lagi wajah, kelibat, perilaku, iras wajah, rambut perang separas bahu yang kekadang bereben, lengan berbulu roma halus, dan lain-lain lagi yang dipunyai oleh ‘Azlina’… Dalam keadaan perasaan dah mula nak mengenal erti sebenar pentingnya berteman. Dah mula tersedar bahawa dalam hati aku ni (dan aku rasa dalam hati setiap manusia lain yang masih hidup atas muka bumi ni), ada satu ruang yang dah mula nak beroperasi. Ruang yang mesti diisi oleh orang lain dengan kasihnya, cintanya, rindunya… Ruang tu dah mula nak terbuka dalam hati aku ni… Inilah faktor yang membenihkan kekosongan dan kesepian aku selama ni… terhadap Lina… sedangkan dia tak tahu-menahu pun…

Masuk tingkatan 4 aku ke MRSM. Suasana cukup lain banget kat sini berbanding suasana selama tiga tahun kat asrama dulu. Sebab… kat sini ada perempuan weh! Ada gadis! Ada wanita! Ada awex! Ekekekekekeke… Maka patutkah aku — yang pada ketika tu sudah pun baligh dan berserabai atas bawah — mula mengorak langkah untuk mengisi hati dan emosi yang sejak tiga tahun lalu terasa amat kosong dan sepi? Patutkah? Haruskah? Wajarkah? Adakah? Bolehkah? Mestikah? Bermukah? Definitely bukan bernikah!

Bersambung…

46 Respons to “Tentang Lina (Siri 4) – Emosi Yang Bertunas”

  1. isi kasi cepat… berfantaasi bekenaan cinta adalah syurga…

  2. katakan la bang….tetiba lina tu hadir dalam hidup anda esok pagi dan kata ”naj, i luv u”.

    haaa…. macam mana tu?

    atau ente telah bakar dan campak kenangan tu dalam lautan hitam….

  3. Diluar dia adalah pendekar, persis laksama hang tuah.. Tetapi digelangang cinta, dia ibarat… Takut nak try.. Pastu balik letak tanggan atas dahi.. Kwang3x

  4. Ku berpijak nyata disini.. Tak tercapai bintang di langgit.. Ku siramkan airmata

  5. Bilapun engkau menjelma.. Disini aku berdiri.. Ku menanti.. Walau hilang ceritamu.. Dihati tetap abadi.. Sentuhan mu..

  6. Dia sekolah kat mana kajang luas bro..?

  7. Saas… Kelas mana..?

  8. Saas tu sekolah sukan kan? Dia main sukan apa ek..?

  9. Selain dari surat sekeping tu apa lagi.. Ish 3 tahun sekeping surat jer… Cerita la lagi.. Cerita lu punye bulu.. Buang le.. Loya tekak wa..

  10. Mana semua orang ni senyap jer.. Hellooooo… Anybody home.. Body.. Seksiii.,,

  11. Membayangkan, betapa parahnya jiwa lara U semasa itu…. tertanggung kah oleh U?

  12. ini kisah drama-kit cinta tak kesampaian

    **uncle naj,betul la bulu roma dia dia taste lu….mata dia hazel…

    dan gua berada ditepi jurang percintaan….jangan tolak gua aaa…

    biar gua jatuh sendiri..

    • Uncle…? Trus berdiri bulu ketiak wa dengar perkataan tu… Alahai.. Patutla najwa tak jawab.. Sedih dia dik.. Panggil la abg ke.. Baru semangat. Klu gu gi kedai.. Kedai apa2la.. Klu lu panggil wa uncle ke pakcik ke trus wa angkat kaki belah dari kedai.. Panggil atuk? Angkat kaki.. Letak kat bontot lu.. Kui kui kui

    • Walaupun semua telahan dan persepsi wa tentang “dia” tu betul, tu tak bermakna wa dah cukup tua untuk dipanggil UNCLE lah! Cet! Menderhaka betul si Lekiu nih!

  13. Dulu dia tertekan.. Skrg dia menekan.. Pantang jer terus terkam..

    • Pengalaman tertekan tu sebenarnya sungguh berharga la beb… kekadang tak sangka.. isy isy isy…

      Menekan ada kalanya tensen gak bro kalau air tak keluar… penat… aiyaaarrrkkk…!

  14. ari tu dia kata lyana jasmay ke sapa ntah panggil dia uncle,,,,
    masa kat PWTC

  15. Peegh pempuan ok ajer..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: