Tentang Lina (Siri 5) – Hanya Dikau…?

OLEH kerana sejak tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga aku duduk di asrama dan bersekolah dikelilingi jantan belaka, maka MRSM terasa pelik sikit bagi aku. Al-maklumlah… kali terakhir aku bergaul dengan bebudak perempuan ialah pada ketika aku belum baligh dan sebahagian besar budak-budak perempuan tu semua potongan badan dia orang masih lagi tak berbeza pun dengan badan budak-budak lelaki baik di bahagian dada mahupun di bahagian pinggang dan punggung kecuali… ofkoz… di bahagian depan celah kangkang… Kan? Kan?

Bila masuk ke MRSM, kita orang semua dah berusia 16 tahun. Lu orang jantan-jantan semua pernah tengok budak perempuan umur 16 tahun? Ada rasa berselera tak? Yang perempuan pun boleh ada yang berselera pandang perempuan 16 tahun, inikan pula jantan yang memandang, kan? Bukan ke? Ke?

Alkisahnya berpinar-pinar gak mata menengok begitu banyak keindahan muka bumi yang berlembah dan berbukit mahupun yang sekadar cangkat dan busut mengelilingi aku — dalam kelas, di dewan makan, di ko-op, di perpustakaan, dalam makmal, di asrama, dan… yang paling best dan favourite kita orang, terutamanya aku… di padang dan gelanggang sukan! Perghhh…! Meleleh, wa cakap lu! (Sebab kat gelanggang sukan je aku boleh imagine bentuk paha masing-masing! Aiyaaarrrkkk…!)

Tetapi… alahai… tak tahulah sama ada ni dikira bagus atau tak — kenapa aku punya minat pada awek yang sebegitu ramai bilangan jumlah yang penuh keliling aku masa tu agak kurang ek? In fact, walaupun radar aku ni sentiasa beroperasi sebegitu aktif mengesan setiap inci dan sentimeter dari atas ke bawah setiap objek yang jantinanya tak sama dengan jantina aku, tak ada satu pun antara para awek tu yang macam ada ummmppphhh… Kenapa ni ya? Alamak! Aku dah jadi gay ke? Aku dah jadi homoseksual ke haper nih? Oh tidaaaaakkkkkkk…!!!

Tapi kejap… kejap… Rasa-rasanya bila aku pandang dan bergesel-gesel dengan sesama jantan pun tak adalah pula naik syahwat. Malah dengan segelintir bapuk yang segelintir daripada dia orang tu pula memang macam perempuan tak cukup syarat pun tidaklah juga stim. Alhamdulillah… aku masih straight! Aku bukan homo!

Dan bila aku pandang Nora atau Miza atau Ayu atau Lydia, dan juga Cikgu Bada, serta Cikgu Khai sambil berimaginasi yang biru-biru kuning gelap sikit, boleh pula stim. Hmmm… Alhamdulillah…!!! Aku masih minat awek! Aku masih normal beb! Masih mampu naik. Masih boleh mantap… aharks!

Tetapi… adoi laaa… aku tahu sesangat bahawasanya bukan ni yang aku cari. I mean… well… dari segi nafsu serakah tu memanglah ni yang aku cari, kan? Apa lu orang yang jantan tak mengaku ke? Malaikat le tu konon? Pigi sesatlah sama lu orang! Tak cari benda camtu konon… Ingat aku kucing ke kau orang nak tipu?

Dari segi nafsu, tak dinafikan lagi memang 80% awek kat situ aku minat… walaupun 100% awek kat situ memang langsung tak minat aku. Tapi kompem aku minat sebahagian besar dia orang…! Tapi aku tak boleh nak minat dengan sebenar-benar minat… Tak boleh nak rasa tenteram dan gembira macam sebelum ni. Macam sebelum ni?

Then aku tersedar sesuatu. Macam orang yang sedang berusaha meneran sebab berak keras tiba-tiba dipasang mercun raya Cina di buntutnya. Aku tersedar melompat-lompat. Adakah…? Benarkah…? Oh tidak…!

Adakah aku sebenarnya mencari ‘Azlina’ dalam diri setiap awek yang ada di MRSM tu? Adakah ‘Azlina’ sebenarnya yang telah menjadi ungkapan nurani maha suci aku selama ni? Oh tidak…! Tak mungkin… tak mungkin… Langkas buah kepaya!

Tapi betul ke Dzam? Betul ke Dzam? Bodohnya engkau Dzam! Kau kenal ke ‘Lina’ tu sebenarnya? Kau tahu ke isi hati dia? Dan yang paling penting… ada dia kisah fasal engkau? Ada? Ada dia peduli? Ada? Kau bodoh ke apa Dzam?

Bersambung…

48 Respons to “Tentang Lina (Siri 5) – Hanya Dikau…?”

  1. Banyak betul soalan2 di ujung entri tu… tapi I rasa baik U jawab sendiri BRO.
    Dulu memang tak reti nak jawab, tapi sekarang I tahu, mesti U dah tau nak jawab, kan?

    I rasa isu U adalah, suka sangat membanding-bandingkan. Yang realiti nak disamakan dengan khayalan.. memang tak dapek aaarrr…:)

  2. Bila U bercerita tentang MRSM, I tiba2 terfikir… adakah keadaan itu sama juga berlaku pada anak dara I? (Dia MRSM juga).

    baru nak kenal mana jantan mana betina…

  3. uncle adzam berjaya membuat kak azah menjiwai watak dalam entri ini sehingga beliau risau akan anak anaknya.

  4. Najwa, bila nak ada scene lu main piano ni… La takkan takde.. Penting tu.. Wa mana boleh lupa semua tu…

  5. Soalan yg bermain dikepala wa.. Bagi wa lu la romeo yg paling hebat.. Tempat wa tanya soalan yg tak boleh ditulis sini atau dimana2.. Kecuali bilik 305.. Ncuk.. Dengan ilmu yg lu ada nape lu tak tackle jer liina tu… Agak aman dunia… Kalu lu dapat dia masa tu ler..sekian tima kacih..

  6. Dik, menjiwai watak mana tu.. Lina? Najwa? Watak najwa tu… Abg … Baca ni abg bukan uncle.. Ehem.. Agak normal untuk yg teenager.. Hormon tgh naik.. So dia ni banyak ilusi.. Tapi setakat ilusi jer tak apa.. Masa tu exposure untuk benda2 -ve ni tak berapa byk as compared to skg..

    • Bro, agak geli-geleman aku ko panggil si Gafaro tu “dik” bila aku terbayangkan janggut sejemput dia… eeeeeeiiiiii…

      Tapi wa setuju! Zaman tu (MRSM) bende negative habis dasat pun ialah bila kita orang dapat access ‘magazine import’. Tu dah kira dasat banget le tu. Jadi bila ada member satu batch ditangkap kerana panjat naik asrama puteri dengan membaw beberapa bungkus roti bun dan air kotak lalu bertapa selama 18 jam di siling bilik air asrama puteri tu, dia dianggap sebagai DEWA! (p/s: Ni bukan cobaaaaaannn… ni kisah benar!)

      • Citer tu heboh satu mesia bro.. Seminggu pastu.. Bebudak pempuan mrsm seremban ni tunjuk dia punya bahagian atas n shouted… Nak tgk sgt.. Tgk ler… Ari jumaat dia ingat semua bebudak seremban gi solat jumaat. Yg kaki ponteng dapat tgk free show.. Begitula seadanya..

      • uwek uwek.. delete entry delete entry…

  7. Sehingga ke ujung…

    akhir…

    I tak faham apa sebenarnya inti pati cerita…

    jauh betul korang membuka kenangan.

  8. ngko lupa akak a-level. mana bole tak include. kimball especially.

  9. BRO, kenapa tetiba tiap komen perlu ditapis plak? And, why suddenly, icon I jadi muka katun?

    • Sebabnya Kak, lu sudah typo sama lu punya emel address. WordPress beta ni telah disettingkan untuk menapis semua komen kali pertama dan identitinya ialah emel address. Once eel address tu dah dapat pelepasan visa dan passport untuk masuk ke wilayah KHáYáL, maka ia boleh masuk lagi dan lagi seterusnya.

      Tapi bila datang emel address baru, terpaksa melalui imigresen sekali lagi… eheks… Cuba check alamat emel yang you taip dalam komen terbaru ni semua.

  10. kimball tu yang tinggi seksi tu la. hehe. tak kira pakai casual ker pakai pakaian rasmi sekolah. tapi aku tak tau nama dia. aku tau kimball jer

    aku ayub la. ishh. check ip address

    • Kimball tu batch mana.. Tinggi.. Seksi.. Yum yum..? Wey kunfius wa..

      • Senior kita setahun. Ni bukan A-Level Cheras bro. Ni A-Level pertama MARA di MRSM Seremban yang akan jadi MCHE lepas tu. Masa batch A-Level ni masuk, Ayub dengan aku form 5 kat situ, last batch sebagai penutup MRSM Seremban yang amat bersejarah sebab ia MRSM yang pertama.

    • Astaga wa esta bagadud…! Ekekekekekekeke… Camne lu jumpa wa punya blog ni? Adoi laaa…

      Betullah macam yang aku agak tadi. Memang tu le Kimball yang amat menyelerakan tu! Tapi… isy… isy… takpe… ada lagi nak cakap pasal dia tapi tak boleh kat sini… isy… lazat sungguh… isy…

  11. Tapi rasa2nya pernah dgrla.. By reputation only.,

  12. Zzzzzzzxxxxxxzzzzzzxxcx

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: