Arkib untuk 25 November 2010

“Opocot! Eh?”

Posted in Bahasa, Feminin, Maskulin on 25 November 2010 by Najwa Aiman

Masa kat kedai makan tengah hari tadi, terdengar sorang awek melatah bila beg yang disandangnya hampir jatuh. Apa latahnya?

“Oh pan***!” serunya. Nasib baik kau latah tak kuat dik oiii… Agaknya cepat tersedar diri yang dia tu sebenarnya dalam kedai makan pada waktu lunch. Tapi dalam tak kuat pun aku yang tengah menjamah ayam goreng kampung Mak Jora ni terdengar juga tau… eheks…

Orang lelaki pun kalau melatah antara benda yang disebutnya tu le juga kan? “Oh pan***!” Tu versi shortcut. versi yang panjang sikit biasanya “Oh pan*** mak kau!”

Tapi tak ada orang lelaki yang melatah sebut diri sendiri punya. “Oh k*n*k!” Tak ada. Atau “Oh k*t*!” Pun tak ada. Apatah lagi versi panjang “Oh k*n*k bapak kau!” Dalam keadaan tak berapa nak sedar diri akibat melatah minda subconscious agaknya bertindakbalas secara automatik lalu sebut apa yang pertama sekali atau kerap ada dalam kepala otak si pelatah kut ek? Kalau teori ni betul, maknanya orang perempuan memang tak fikir langsung pasal anatomi kemaluan lelaki ek? Pernah ke dengar orang perempuan melatah “Oh k*n*k!” atau “Oh k*t*!” mahupun “Oh kepala b*n* bapak lu!”? Ada ke?

Tentang Lina (Siri 6) – Mencari ‘Azlina’

Posted in Novel, Siri on 25 November 2010 by Najwa Aiman

SEBENARNYA apa dia yang ada pada ‘Azlina’ yang aku tak jumpa pada perempuan-perempuan ni semua? Hidung? Ada. Kening? Ada. Mulut? Pun ada. Rambut… lurus separas bahu? Bulu roma… di lengan? Well… ada beberapa awek kat situ yang ada ciri-ciri tu juga sebenarnya.

Jadi apa benda yang ada pada Lina yang aku tak jumpa dan tak nampak pada awek-awek lain tu?

Getar.

Getar?

Ya… getar di hati yang menyebabkan kedua-dua lutut aku terasa macam enjin van Subaru second hand sahabat aku Mat Garn. Getar yang membuat jantung aku berdegup umpama… umpama… well… umpama enjin van Subaru Mat Garn juga. Getar yang membuat peredaran darah dalam setiap arteri, arteriol hingga ke kapilari tiba-tiba memecut umpama kereta racing F1 selepas bendera dikibarkan. Getar yang meramas renyuk usus tali perut aku umpama memerah santan sampai aku tiba-tiba rasa macam nak berak tapi sebenarnya bukan nak berak.

Getar. Hati aku bergetar. Menggetarkan seluruh bahagian badan lain hingga menggigil kesejukan. Getar yang aku rasa hanya bila mata ni ternampak walau kelibat Lina sekalipun. Apatah lagi kalau dia benar-benar muncul secara fizikal dan berdiri di hadapan aku. Aku tak hairan langsung kalau aku jatuh pengsan terjelepok ke tanah sampai keluar buih air liur melalui mulut dan hidung.

Ini bukan exaggeration, bro. Ini fact. Ini hakikat. Dan inilah yang tak ada pada awek-awek tu. Tak ada langsung! Ya! Aku dah tahu sekarang apa yang ada pada Azlina yang tak ada pada dia orang! Aku dah tahu! Biarpun hanya aku sorang saja yang tahu sedangkan Lina sendiri pun tak tahu. Malah kalau benar-benar terjadi macam tu mesti dia akan sangka yang aku kena serangan demam kepialu tapioca.

Okey… aku dah tahu elemen istimewa yang unik pada Lina. Persoalannya sekarang ialah – kenapa aku terkena kesan elemen tu? Kenapa? Why? Timkai? 什么缘故. Apa yang membuatkan kesan tu terkena pada aku hanya disebabkan oleh Lina dan bukan awek lain?

Dan persoalan selanjutnya pula — suka ke aku mendapat kesan sebegitu? Seronok ke? Enjoy ke? Stim ke? Entahlah… sejujurnya aku tak gemar ada kesan perasaan macam tu. Kenapa, kau tanya? Sebab kesan tu melemahkan aku. Melemahkan aku dari segi fizikal dan — yang terutama — emosi. Lemah salah satu saja pun dah cukup menjadikan sesiapa saja vulnerable bak kata dialek bahasa aku. Dalam bahasa dewa bermaksud mudah terdedah kepada bahaya dan ancaman. Maka sukakah aku dilanda kesan sebegitu?

Barangkali kerana tu ke orang banyak berkata cinta itu bukan saja buta, tapi boleh menjadikan orang bodoh dan bangang? Kerana cinta, orang bukan sekadar sanggup menempuh kesusahan, sengsara dan derita, bahkan orang akan mencari kesusahan, sengsara dan derita! Kalau tak rasa susah, sengsara dan derita tu dalam bercinta, seolah-olah cinta tu belum cukup baligh, belum cukup mummaiz, belum cukup bernilai dan belum cukup indah! Indah? Kesengsaraan dan penderitaan itu indah?

Benarlah cinta menjadikan orang bodoh dan bangang…

Alamak! Ya Tuhan! Adakah itu bermakna bahawa aku sebenarnya… sebenarnya… sebenarnya… terhadap… Azlina… ada… perasaan… cin… ta…? Aku??? Ada rasa cinta pada Azlina??? Ohhh…! Tidaaakkk…!!!

Bersambung…