Tentang Lina (Siri 6) – Mencari ‘Azlina’

SEBENARNYA apa dia yang ada pada ‘Azlina’ yang aku tak jumpa pada perempuan-perempuan ni semua? Hidung? Ada. Kening? Ada. Mulut? Pun ada. Rambut… lurus separas bahu? Bulu roma… di lengan? Well… ada beberapa awek kat situ yang ada ciri-ciri tu juga sebenarnya.

Jadi apa benda yang ada pada Lina yang aku tak jumpa dan tak nampak pada awek-awek lain tu?

Getar.

Getar?

Ya… getar di hati yang menyebabkan kedua-dua lutut aku terasa macam enjin van Subaru second hand sahabat aku Mat Garn. Getar yang membuat jantung aku berdegup umpama… umpama… well… umpama enjin van Subaru Mat Garn juga. Getar yang membuat peredaran darah dalam setiap arteri, arteriol hingga ke kapilari tiba-tiba memecut umpama kereta racing F1 selepas bendera dikibarkan. Getar yang meramas renyuk usus tali perut aku umpama memerah santan sampai aku tiba-tiba rasa macam nak berak tapi sebenarnya bukan nak berak.

Getar. Hati aku bergetar. Menggetarkan seluruh bahagian badan lain hingga menggigil kesejukan. Getar yang aku rasa hanya bila mata ni ternampak walau kelibat Lina sekalipun. Apatah lagi kalau dia benar-benar muncul secara fizikal dan berdiri di hadapan aku. Aku tak hairan langsung kalau aku jatuh pengsan terjelepok ke tanah sampai keluar buih air liur melalui mulut dan hidung.

Ini bukan exaggeration, bro. Ini fact. Ini hakikat. Dan inilah yang tak ada pada awek-awek tu. Tak ada langsung! Ya! Aku dah tahu sekarang apa yang ada pada Azlina yang tak ada pada dia orang! Aku dah tahu! Biarpun hanya aku sorang saja yang tahu sedangkan Lina sendiri pun tak tahu. Malah kalau benar-benar terjadi macam tu mesti dia akan sangka yang aku kena serangan demam kepialu tapioca.

Okey… aku dah tahu elemen istimewa yang unik pada Lina. Persoalannya sekarang ialah – kenapa aku terkena kesan elemen tu? Kenapa? Why? Timkai? 什么缘故. Apa yang membuatkan kesan tu terkena pada aku hanya disebabkan oleh Lina dan bukan awek lain?

Dan persoalan selanjutnya pula — suka ke aku mendapat kesan sebegitu? Seronok ke? Enjoy ke? Stim ke? Entahlah… sejujurnya aku tak gemar ada kesan perasaan macam tu. Kenapa, kau tanya? Sebab kesan tu melemahkan aku. Melemahkan aku dari segi fizikal dan — yang terutama — emosi. Lemah salah satu saja pun dah cukup menjadikan sesiapa saja vulnerable bak kata dialek bahasa aku. Dalam bahasa dewa bermaksud mudah terdedah kepada bahaya dan ancaman. Maka sukakah aku dilanda kesan sebegitu?

Barangkali kerana tu ke orang banyak berkata cinta itu bukan saja buta, tapi boleh menjadikan orang bodoh dan bangang? Kerana cinta, orang bukan sekadar sanggup menempuh kesusahan, sengsara dan derita, bahkan orang akan mencari kesusahan, sengsara dan derita! Kalau tak rasa susah, sengsara dan derita tu dalam bercinta, seolah-olah cinta tu belum cukup baligh, belum cukup mummaiz, belum cukup bernilai dan belum cukup indah! Indah? Kesengsaraan dan penderitaan itu indah?

Benarlah cinta menjadikan orang bodoh dan bangang…

Alamak! Ya Tuhan! Adakah itu bermakna bahawa aku sebenarnya… sebenarnya… sebenarnya… terhadap… Azlina… ada… perasaan… cin… ta…? Aku??? Ada rasa cinta pada Azlina??? Ohhh…! Tidaaakkk…!!!

Bersambung…

39 Respons to “Tentang Lina (Siri 6) – Mencari ‘Azlina’”

  1. Jika bukan cinta sekalipun, mungkin boleh dikatakan gila bayang dan angau sensorang.

    Yeahh.. agree with the word “getar”. Bila terasa getar, hati tersentuh.. fizikal lain jangan cakaplah… memang hebat sekali keadaan itu.

    Pegang gelas pun silap-silap boleh pecah di tangan…!

    • Pernah terbaca somewhere bahawasanya semua benda (matters) dalam dunia ni sebenarnya bergetar dalam frekuensi yang teramat mikro nani gitu menyebabkan kita tak nampak dan rasa. Betul gak tu sebab dalam setiap benda ada atom dan molekul yang sentiasa bergerak.

      Tapi dalam emosi dan perasaan… ohhh… tak boleh nak teruskan cakap pasal ni. Hati tetiba syahdu… ohhh…

  2. Komen sikit: babak sebelum, lu sibuk kata stim la tu la ni la.. Babak ni cakap cinta.. Apa kena ni.. Connection dia kureng.. Kalau angau sbb tak jumpa tu ok kut.. Kalau jumpa rasa berdebar cam kete mat garn tu ok le.. Ni jumpa tak tulis surat tak tetiba bergetar.. Dalam bahasa mat rock ni nama dia anggau.. Gua tahu sbb gua dulu selalu anggau.. Atau ss.. Bukan askar hitler tu tapi syok sendili.. Kwang3x.

    • Ooo… lu suka part yang stim stim tu ek…? Ekekekekeke… Ya ampunnn…!

      Ni aku nak divert ke isu sebenar yang lebih mendalam sebenarnya. Tak smooth ek? Hmmm… nanti aku post-mortem balik… Dun worry… There’s always a way.

  3. Repair sikit… Biar ade connection.. Ms A pun sebut sama cam wa.. Lu anggau.. Suggestion: bagitau la isi surat keramat lina tu.. Apa yg dia tulis yg buat lu anggau sampai 2 dekads.. Ahak ahak…

    • I think angau bukan sahaja boleh datang dari isi surat.
      Dalam kes ADZAM, dia bukan angau dari surat tu, tapi lebih kepada diri LINA itu sendiri.

      Lina sangat istimewa di mata dia. Dia nampak gitu, U (lelaki) mungkin rasa biasa saja. Apa yg I faham, bila kita lihat seseorang yg biasa, tetapi bila mata tetiba tertambat, tetiba macam ada ledakan, macam kena cas dalam hati…!

      BRO DIN? tak pernah rasa begitu ker?

      • Hehehehehehehe… pernaaaaaaahhhhh… heheheheheheheheh….

        Andai diberikan emas permata
        Kupilih senyumanmu
        Andai kupunyai mahligai indah
        Kuhadiahkan untukmu….

        • Lagu yg merosakkan radio pd satu masa dulu…?dengar jer lagu ni.. Ingat kawan wa..

          • Ekekekekeke… tingat kat kawan lu yang sama-sama naik motor kat Subang Jaya ek…?

          • Kawan wa yg sama merempit zaman dulu2… Lu la beb.. Moto mahal.. Dah beli auto nak tukar masuk klac.. Sampai skg wa gelak sorang. Ke lu cakap pasal zuzita budak pizza hut tu.. Tu bohsia beb.. Adake ajak wa tidur umah dia.. Klu gua ikut.. Hilang virgin wa.. Ahaks.,

      • Ahak ahak… So kenapa lina istimewa..connection dia still kurang.. Masa tu adzam ni blum baligh lagi.. Anta surat sekali..?trus mental 2 dekad.. Hebat penangan lina.. Memng hebat pun.. Cm model.. Zaman dulu le.. Tomboy pun ade gak.. Ooppss…

        • Weh…! Masa ni aku dah baligh laaaa… Ni kan aku dah sampai MRSM ni? Form 4 tau! Cet… Ingat aku gajah ke lambat baligh?

          Dan betul… ‘Azlina’ tu memang anggun lagi hebat! Tak dinafikan. Bertuah laki dia… Dan memang dulu ada sikit-sikit tomboy… ekekekekeke…

          Errr… masa kat ofis lu yang dulu pun dia ada lagi ke saki baki tomboy tu?

      • Pernah la dulu… Tengok jer rasa suka giler.. Tapi tak pernah bercakap pun.. Almaklumla masa tu.. Wa sengkek beb.. Selua ketat.. Kdng koyak.. Duit? Klu ada RM100 tu kira kaya giler.. So tgk dari jauh.. Leleh air hidung…

        Cun giler… Klu la wa try… Tapi tu dah lama sgt2.. Tapi wa ingat lagi.. Rambut paras bahu.. Berbaju kurung.. Ramai la lahabau yg tersenggih2 nak tackle.. Wa rasa inferior ngan orang lain.. So wa simpan sampai skg..

        Better that way kan.. Nantila., wa tulis dlm blog.. Materials dah banyak tapi blum ada masa..

        Mcm dulu gak… Modal byk nak ckp tapi bila terserempak trus control rock.. Kwang3x

    • Isi surat tu? Walaweh…!!! Habis telanjang semua diri gua kat sini nanti! Mana blehhhh…..!

  4. Lagi satu.. Gambar kitaorang tu nape.. Jadi katun..ish..

  5. Modifyle..

  6. Oh..I dah tahu…!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: