Tentang Lina (siri 7) – Inikah ‘Lina’?

BORING juga bila dah habis SPM. Result lambat lagi keluar. Masih belum ada awek yang dicintai. Yang ada cuma awek buat geli-geli. Boring punya fasal, aku kerja part time jadi waiter atas kereta api. Naiklah kereta api setiap hari ulang-alik KL — Singapura — KL dari pagi sampai ke malam. Macam mana nak cari awek yang boleh dicintai macam ni?

Tapi sebab cuti sekolah, maka ramai gak awek untuk buat geli-geli naik kereta api. Tapi kenapalah kau orang angkut mak bapak, pakcik, makcik, kau orang semua naik kereta api sekali ni? Mengembara solo beramai-ramai dengan kawan-kawan saja tak boleh ke? Barulah ada peluang kita geli-geli ringan-ringan… Ptuih!

Tak kisahlah. Dapat sorang dua yang tak bawa mak bapak pun jadilah untuk buat modal geli-geli. Tegur sambil senyum. Offer suruh beli minuman. Tanya nak ke mana. Mak bapak ikut ke tak. Kalau solo, ajak sembang-sembang kat hujung gerabak. Sambil sembang sambil buat sumbang — cuit-cuit, geli-geli, sentuh-sentuh, geli-geli, usap-usap, geli-geli, gosok-gosok, geli-geli… takat tu ajalah. Sewel ke haper nak lebih-lebih dalam kereta api?

Masuk A-Level suasana pun boring juga. Student kat kolej tu semua ex-MRSM macam aku juga. Nasib baik awek geli-geli aku kat MRSM Muar dan MRSM Taiping tu dulu tak masuk ke situ. Dia orang semua puak-puak AAD le tu. Atau SPM flop ke? Entahlah… Tak mahu ambil tau. Takut aku…

Sebelum A-Level kena buat Intensive English Course. IELTS. Kat kolej tu juga. Dan naluri jantan aku yang sentiasa bersyahwat ni menyala semula macam biasa. Ada sorang awek dalam kelas IELTS 7 kalau tak silap aku yang pada pandangan mata aku agak menepati cita rasa — kecil molek, lebih rendah daripada aku… hmmm… apa lagi ek? Tu ajalah yang ternampak (buat masa ni). Rambut dia macam mana rupa pun aku tak tau sebab dia pakai tudung. Entah-entah botak. Tak pun spesies dahi jendul kut? Entahlah. Lengannya pun tak nampak sebab dia pakai baju kurung. Ada bulu roma ke atau licin macam belut? Atau lebat dan panjang dua kali ganda daripada bulu betis aku? Entah…

Tapi muka dia memang… macam mana nak cakap… memang menepati imaginasi aku. Comel tapi serius. Nak kata muka garang tapi tak garang… Gitu-gitulah… Best! Boleh buat stok geli-geli kut ni? Kalau dapat buat stok geli-geli ni barangkali sedap dan lazat kut? Aiyaaarrrkkk…!!!

So, okay, why not? Oleh sebab kelas dia di hujung sana manakala kelas aku di tengah-tengah, maka setiap pagi dan petang dia kena melintas di koridor depan kelas aku semasa pergi dan balik. Sebagai alligator berekor pendek yang masa tu bertekad nak maintain low profile, aku terpaksa gunakan kaedah konvensional paling kolot — terpacak depan kelas aku dan mengada-ada kat dia setiap kali dia melintas. Asal dia melintas aja aku angkat kening sambil sengih tayang gigi. Sesekali aku tegur.

Respons yang aku dapat — sentiasa — ialah jegilan mata dia. Alahai… kenapalah kau pergi melawan macam tu wahai awek oiii…! Sebab kau melawan tu le yang buat aku lagi sedap nak mengayat ni tau tak? Maka aku pun mengembangkan daerah mengurat aku dari depan kelas aku ke depan kelas dia.

Kelas kami ni semua menghadap koridor dengan pintu bertutup semasa sesi. Tapi kat pintu tu ada tingkap kaca kecil. Dia duduk baris kedua dari depan betul-betul menghadap pintu tu. Jadi kekadang aku tuang kelas aku dan pergi mengendap kat kelas dia. Bila dia terpandang aku kat tingkap kaca tu, aku angkat kening sambil sengih. Dia balas dengan jegilan mata juga. Isy… dia ni kaaannn…

Manalah aku ingat berapa kali aku buat kerja tak senonoh tu depan kelas dia. Lama-lama dia dah tak layan dah. Dia buat tak nampak aja aku memperbodohkan diri kat situ. Cet…! Kurang masam kelat-kelat masin punya perempuan. Ni memang betul-betul mencabar kesyahwatan aku ni… ciszzz…!

Maka aku pun kembangkan lagi sayap gatal aku ni. Kat luar waktu kelas pun aku cuba-cuba ayat gak setiap kali terserempak dengan dia — kat asrama, kat dewan makan, tepi jalan, kat tanjakan (‘tanjakan’ tau? Ramp laaa… ramp), kat pigeon hole, kat bus stop (ni biasnaya bila time nak keluar ke bandar — biasanya Chow Kit Road), bla bla bla…

Sejujurnya aku tak boleh recall langsung macam mana dan kat mana dan sebab apa aku akhirnya dapat peluang berbicara direct dengan dia, tapi aku memang dapat peluang tu. Dia balas akhirnya usaha bongok aku mengurat dengan kaedah tak semenggah tu. Barangkali dia fikir kalau dia mengalah sekali mungkin aku akhirnya akan berhenti buat kerja bangang macam tu. Sebenarnya memang pun aku dah niat gitu. Kalau dia balas dengan respons mesra gitu, aku akan layan dulu kejap. Ajak makan sama sekali dua atau ajak dating ke naik bas mini 44 ke Chow Kit atau bas Tong Foong 114 ke Pudu. Saja buat puas hati aku sebab penat mengurat dia selama ni je. Tapi… ada satu masalah yang timbul…

Masalahnya ialah… aku akhirnya dapat tau bahawa namanya ialah ‘AZLINA’ kecuali ada satu lagi abjad di depan nama tu… Huh??? Oh tidak!!! Ini memang betul-betul LINA! Ini memang LINA! Lina pada nama ajalah, ofkoz. Okeylah tu kan?

Nope! Tak okey langsung siot! Tak okey langsung! Kenapa ya? Kenapa? Sebab agaknya kerana dah terlampau lama dan kerap sangat aku berusaha mengurat dia, perhati dia dari dekat dan jauh, sesekali berbalas jelingan tajam, dan sekali dua jelingan manja, dan beberapa kali jelingan kemaluan… eh… jelingan malu… aku seolah-olah dah dapat kenal sikit demi sikit peribadi dia. Kenal sikit demi sikit perangai dia. Sikit demi sikit personaliti dia. Dan beberapa kali ternampak lengan dia bila lengan baju kurung dia terselak…

Aku dah mula merasakan getar dalam perasaan dan emosi aku ni terhadap dia yang selama ni aku hanya rasakan pada ‘Azlina’ yang dulu. Oh tidak…! Tak mungkin bro! Tak mungkin bro! Aku dapat jumpa ‘Lina’ akhirnya? Betul ke ni? Betul ke? Serius?

Bersambung…

54 Respons to “Tentang Lina (siri 7) – Inikah ‘Lina’?”

  1. dag dig dug,,,hatiku ingin membaca kesucahan cerita ini…..

  2. Terlalu dipengaruhi bayangan LINA… terlalu

    ntah2 kalu dengar lagu LINA by Dato Shake tu, terus pengsan…!

    • Tal suka lagu LINA Dato’ Shake, tapi ada buat stu lirik pasal LINA dengan menyadur lagu omputeh “Oh Venus”. Ya ni lagu lama sebab masa tu wa dalam darjah 6 lagi la beb… eheks…

      Lina…
      Oh Lina…

      Dengar juwita
      Sanubariku sedang bersabda
      Mengalun melodi lagu cinta
      Hanya untuk Lina

      Bukannya dewi
      Bukan juga primadona sakti
      Tetapi puteri di mayapada
      Hanya untuk hamba

      (korus)
      Lina…
      Hadiahkan padaku
      Senyuman manismu
      Jelita dan ayu

      Cenderamataku
      Filo bercandi hanya untukmu
      Dan tiada lain melainkanmu
      Hanya untuk Lina…

      Ohhh… karatnyeeeeeee…. macam gampang aku dulu…!

  3. Bro, lu tackle dia sbb nama ker sbb body ke sbb lu boring..? Wa masa tu gelar lu orang mbc.. Most boring couple.. Sbb apa.. Mcm laki bini.. Library.. Muka dua ni.. Pergi kelas 2 ekor ni lagi.. Gi maluri.. La beruk 2 ni jugak.. Kwang3x. Rimas betul.. Dah la naik jambatan selow.

    Ada 2, 3 couple yg meremangkan bulu ketiak gua.. Lu termasuk..

    Citer ketapi nila yg gua paling suka. Tapi kat sini takde citer lu kena raba ngan askar(?).. Kawan sepekerjaan lu yg sewel..?

    • Naik jambatan slow tu bukan aku ek…? Lu pun tau kan…? Kan? Kan?

      Tapi naper kitorang meremangkan bulu ketiak lu ek? Somebody yang kita kenal pernah cakap kat aku (dan dia baru cakap kat aku tahun lepas atau awal tahun ni, tak ingat) bahawasanya aku tak sepatutnya dengan awek tu masa tu sebab awek tu tak lawa. Maknanya aku ni hensem gak la kan? Kan? Kan? Ekekekekkeekkekeke…

      Citer kereta api tu bukan yang ni. Citer kereta api tu yang selepas A-Level masa tunggu result. Yang ni masa lepas SPM. Tapi tak sure lagi nak cerita ke tak.

      • Sbbnya dah ckp kat atas..ala klu compare tu ngan dia mcm pinang kena belah dgn kapak.. No komen..

        Sorry sbb pch lubang. Jambu wak lu..

        Naik jambatan.. Mula pgng kayu pastu takde kayu lagi..

        Kalu pasal nak tackle lina ni.. Wa ingat boleh buat satu buku la.. Terjenguk jenguk.. Intai intai, wa tahu le wa klas 6. Letak surat dlm pegion hole.. Ayat jgn tak ayat..

    • gila en.azam kena cabul……….

      • That is the bcoz wa tak citer kat sini… gampang sungguh… cet!

        p/s: Wa dulu memang jambu gak sebenarnya… Kalau tak takkan mat homo pun nak try masuk jarum (dan lepas tu masuk anu kat wa punya jamban… Memang kena tendang taik-kundur dengan wa la telur masin dia sampai penyek wa kerjakan)… eceh… eceh…

  4. Tapi klu nak banding lina asal ngan lina ni.. Jauh bro.. Mcm langgit ngan bumi… Terus aku nyanyi lagu langgit dan bumi search…

    • Memang jauh teramat! Yang tu tak dinafikan langsung… eheks…

      • Dah tu.. Naper le.. Try dia.. Dah tu kena QC… Kui kui kui.. Wa rasa masa tu nak kencing pun kena request.. Sikit2 jeling.. Sikit jeling.. Pastu zam.. Sikit zam.. Lambat jalan kena cubit.. Sakit jiwa wa tgk.. Tu yg gua rasa bertuah takde aweks…

        • Hehehehe… sebenarnya bro… dan sejujurnya… aku rasa saat-saat tu sungguh indah… amat indah… Biarlah QC ke kerusi ke haper ke, janji ada ROI yang lazat dan inzal. Ohhh… banyak kali tak terkira aku inzal zaman tu. Tapi dalam banyak kali tu hanya sekali je inzal yang amat terbaikkkkk punye masa kat Mandarin. Indahnya ada awek yang boleh beri inzal masa tu.

          Rugi lu takde awek time tu bro. Camne lu inzal masa tu ek? Aiyaaarrrkkk..! Ya ampunnnnn….!!!

  5. Terjawabkan soalan2 ini diepisod akan dtg..? Tungguuuu..

  6. Tulis le.. Lu nyanyi banjir kilat pj.. Kl .. Dan seluruh selangor

  7. Off topic sikit.. Klu dia baca ni sure dia senyum.. 20 tahun.. Lu still tak leh get over her…

  8. Lu ke dia..? Ke dia senyum.. Lu yg uhuk uhuk ..?

    • Dia takkan baca punya blog ni. Perpisahan kita orang sangat tragis… ekekekekekeke… Aku siap sampai buat planning nak bunuh orang! Perghhh…! Ada ke patut aku yang kasi pecah dara, orang lain pula senang-senang nak henjut kasi beranak?

      Tapi takpe. Akhirnya wa tersedar bahawasanya setiap sesuatu tu memang ada hikmahnya. Hikmah untuk wa teramat besar dan alhamdulillah kekal hingga kini. Sampai sekarang wa tak tau camne nak berterima kasih dan beri penghargaan secukupnya pada hadiah yang Tuhan berikan tu…

  9. Wey biar betul lu..?ingat beb.. Uk capital punishment bro.. Kena gantung.. Wey jgn main2.. Kesian parents lu.. Wa.. Aizul.. Garn.. Roshki.. Jahar.. Wa senggek camne nak tgk lu kat old bailey sob sob.. Poyo tak wa..? Patutla kecoh satu dunia kata lu dah mental. Wa siap bergaduh ngan satu mamat dari shefield dan lagi satu dari manchester ke mana yg kata lu sewel. Parah gak wa.. Terpaksa klua semua.. Boksing thai.. Tomoi teganu.. Sapa suruh cakap membet wa sewel.. Ambik kau.. Makan nasi ngan straw seminggu kena seligi ngan wa..

    • Huh…? Seriously wa tak tau tentang kisah lu gaduh pasal isu ni… aiyoooo…. wa tak tau beb!

      Tapi tu sumer tak betullah! Planing nak bunuh orang tu emosi sendiri2 wa jek. Biasa la.. natural le tu… Lu rasa-rasa wa sanggup ke wat tu sumer? Cet…

      Tapi wa seriously tak tau pasal lu nak bertumbuk tu. Siapakah mamt Shefifeld dan Manchester (atau seumpamanya) tuh? Siapa? Yang mamat Sheffield tu Lecak ke haper? Mandai2 diorang buat citer camtu? Siapa yang start bawa mulut tu? Pukimak diorang!

  10. Wa pun dah tak ingat nama mangkuk2 tu.. Wa rasa jumpa kat one of the football tourney.. Satu uk dtg.. So lepak2.. Tu timbul criter lu.. Apalagi angin aarr kutu.. Wa ckp ye ker., tak percaya la.. Diorang dua beb.. Pastu kutuk la kata gua makan budu n kawan ngan orang sewel.. Trus wa tak ckp byk. Das sedas kat pipi.,

    Dua lawan satu mana tahan.. Masa tu wa pakai selua ketat.. Cis mana boleh main kaki.. Tahan la yg mana sempat.. Kena lanyakle jawabnye.. Wa senyapn jer.. Malule.. Kutu keba belasah.. Tapi diaorang pun kena teruk gak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: