Tentang Lina (siri 8) – Tunas Yang Berputik

Bukan rasa-rasanya ni… Bukan… Getar ni bukan getar yang sama yang aku rasakan pada ‘Lina’ yang dulu. Bukan. Ni getar lain ni. Getar lain. Bukan getar hati. Bukan juga gitar berbunyi. Ni bukan getar… getar… alah… apa perkataan tu…? Alahai… perkataan tu… apa dia… aku tak reti nak sebut… camne nak sebut… cin… cin… ‘cin’ apa entah… belakang dia macam bunyi ‘unta’ gitu… isy…!

Ya ke? Betul ke bukan getar yang sama? Sebenarnya apa yang aku rasa bila aku nampak Lina IELTS 7 tu ya? Bukan cin+unta… Bukan! Bukan! Cin+unta datang bila dah kenal. Tu kata orang tua-tua dan juga orang-orang tua. Aku sebagai orang muda-muda dan orang-orang muda lain boleh percaya dan pakai ke kata-kata tu lagi? Atau aku mesti pakai kaedah sistematik yang lebih saintifik melalui kaedah fotosintesis yang dinamik? Camne tu? Analisis laaa… senaraikan simptom. Wokeh bebeh… meh kita cuba…

Kalau boleh nak selalu terserempak dengan dia. Tapi kalau nampak dia, terus tukar fikiran dan tak mau bertentang mata pula. Macam orang mereng.

Buat-buat tak nampak setiap kali dia muncul tapi mengharap supaya dia nampak dan sapa kita. Kalau dia tak nampak kita, kita sedih. Kalau dia nampak kita tapi tak sapa kita, rasa macam baru ditimpa bala bencana tahap maksimum.

Bila ternampak dia, secara automatik kita tetiba gelabah menyumpah seranah kalau masa tu kita tak jumpa permukaan bercermin mahupun sebarang permukaan yang boleh membalikkan cahaya sebab kita dah desperate teramat untuk membetulkan rambut dan jambul.

Berdeham perlahan-lahan nak test suara untuk make sure suara tak tersekat-sekat just in case perlu sapa atau perlu balas sapaan dia kalau tetiba berada dalam haluan yang bakal bertembung dengan dia tanpa dapat dielakkan, dengan harapan mungkin terus dapat sembang sikit-sikit hal politik, ekonomi dan resipi masakan sebagai camouflage.

Selalu cuba jadi bodoh supaya tak faham mana-mana topik dalam subjek yang dia handal supaya boleh jadi alasan nak suruh dia tolong ajar dan explain kat kita.. di tempat yang sesuai… dan duduk semeja… bersebelahan. Tapi bila ada peluang terus jadi bodoh betul-betul sebab instead of minta dia tolong ajarkan, kita jadi tak sanggup dan pergi cari member lain suruh ajarkan pula.

Semasa waktu makan di dewan makan, mata tak pernah pandang makanan yang terhidang di depan tapi sibuk membelingas ke arah lain nak cari kalau-kalau dia pun ada makan kat situ sama. Biasanya juga kita tak tau dan tak perasan dan tak rasa apa-apa pun makanan yang kita suap, kunyah dan telan tu.

Kalau ditakdirkan sekelas dengan dia, biasanya badan selalu sakit-sakit sebab duduk keras kejang kat tempat kita sebab tak bergerak-gerak banyak sangat takut alignment jambul lari atau baju berkedut di samping nak kontrol macho sampai habis kelas.

Tu je ke simptom yang ada? Banyak lagi tapi tak larat nak tulis dan simptom lain tu tak berapa ketara. Teori aku ialah kalau semua simptom tu wujud bermakna aku sudah jatuh hati pada dia. Kalau setakat nak mengurat dia untuk geli-geli macam mengurat awek-awek dalam kereta api mahupun rakan sekerja dalam gerabak restoran kereta api, simptom tu semua tak ada. Objektif untuk geli-geli yang jadi fokus utama. Dengan Lina IELTS ni macam mana?

Berdasarkan analisis aku, simptom-simptom di atas tu… errr… errr… aiyaaarrrkkk…! Aku ada semua simptom-simptom tu…! Ada! Ada! Aiyaaarrrkkk…!!! Tidakkk…! Aku tak mahu jatuh hati lagi! Tak mahu…! Lina ni bukan Lina aku! Lina ni bukan Lina aku…! Dia tak sama! Dia bukan Lina! Nama dia Lina tapi dia bukan Lina! Bukan Lina aku tu…! Bukan…! Bukan…!!!

Bersambung…

30 Respons to “Tentang Lina (siri 8) – Tunas Yang Berputik”

  1. Makin mereng kawan aku nihhh,….:)

  2. Cik zizah, mereng tu memng mereng.. Tapi lu pun ikut baca dia punya criter.. So dua2 la mereng… Kwang3x

    • apa nak buat.. dah terlayan.. hehehehe mereng gak ler kot. Nak lari dah terlambat.. wakakaka!

    • Ni apa mereng-mereng ni? Siapa mereng ni? Di mana merengnya? Ke mana merengnya? Merengkah dia?

      Tapi dengan dia aku sentiasa tidur mengiring… memandang dia… Bila dah lena, cium pipi dia, leher dia, dahi dia, rambut dia… ohhh… merengnya…

  3. Okla.. Lu all layanla ek.. Gua nak titon.. Esk ada hal pepagi bute..

  4. gua baca posting lu teringat zaman kat poli dulu…ending kat poli sorang pun aku tak dapat…haha…

  5. Tu specialist dia.. Dua bab tu lebih dari PHD..

  6. Tapi klu ikut citer bebudak seremban yg tak syng mulut.. Dia kat mrsm poyo giler gf pun takde ahaks.. Wa tak campur..

  7. Tepeng n muo.. Hebatlu long distance.. Habih rengan2 camno.. Ke tulis tgn jer.. Kui kui kui..

  8. kondom 3 peket hantar rumah najwa…
    ada sikit sikit unsur red rading hood nih..

    • Rumah aku memang ada musang sesat dari atas bukit yang dah ditoreh nak buat perumahan. Kekadang pada malam-malam tertentu terdengar musang-musang tu bergurau senda kat atas siling. Mengawan agaknya…

  9. Lagi haru klu tgh mengawan..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: