Tentang Lina (siri 9) – Selamat Hari Jadi

LINA (yang dulu IELTS tapi kini dah A-Level) orang Kelantan. Katanya dari KK. Bukan Kota Kinabalu atau Kuala Kangsar tapi Kuala Krai. Tapi masa di A-Level tu sekeluarganya di KB. Di kolej tu sahabat rapatnya — dari pemerhatian aku le — ialah geng dia kecek Kelate sebab sama sekolah dan sama kampung dulu. Guess what? Empat abjad terakhir daripada lima abjad dalam ejaan nama kawan rapat Lina tu ialah ‘LINA’ juga. Astaga wa esta bagadud

Anyways, Lina seorang yang lembut perawakannya, tapi keras hatinya. Manja, sweet dan intelligent. Okeylah aku mengaku… Lina jauh lebih intelligent daripada aku… hehehehehe… Logiklah beb… dia anak cikgu… cet! (Dan ya… walaupun aku taklah dewa, tapi aku sikit-sikit tu memang intelligent laaa… ciszzz…!) Dia lebih advance darihal muzik omputeh. Lebih advance dalam hal fesyen wanita dan lelaki. Lebih advance dalam hal jenama pakaian, beg tangan, jam tangan, kasut, bla bla bla… Maklumlah… seumur hidup aku sampai ke A-Level tu, aku tak pernah ada pakaian yang berjenama. Jadi bila Lina bercerita tentang John Master, aku fikir dia bercakap pasal Perdana Menteri salah sebuah negara Eropah atau salah sorang penulis buku teks subjek Ekonomi. Bukan rupa-rupanya… Bottom line — Lina seorang yang berwajah sikit garang tapi berperawakan lembut. Suara dia lembut. Tingkah laku dia lembut. Percakapan dia lembut. Cair… memang cair aku. Tapi kulit dia lembut juga tak? Kulit di tangan dia? Di pipi dia? Di lengan dia yang sekarang aku dah tahu memang ada bulu roma halus menyelaputinya? Ohhh… lengan dia buat aku sangat syahdu masa tu… Ohhh… Eh? Melencong pula. Jadi, boleh sentuh tak? Boleh sentuh tak? Boleh pegang tak? Dia pakai tudung tau! Orang Kelantan tau! Anak cikgu tau! Bukan spesies perangai setan macam aku tau… adoi laaa…

So? Takkan buta-buta aku nak pegang tangan dia. Nak kata apa kat dia? Saja nak test kulit lembut ke tak? Cet… Bongok ke sewel ni? Pandang-pandang sambil main jeling-jeling mata dan balas-balas senyum dengan dia okey lagi. Tapi sentuh dan pegang? Isy… bengong!

Oleh kerana Kolej kita orang tu terletak dalam kawasan komersil yang baru dibuka tapi langsung tak laku, maka selain daripada blok asrama dan blok akademik kolej yang terletak kat tengah-tengah pusat komersil kosong tak laku yang macam bandar baru lepas tamat perang tu, semua bangunan lain kat situ kosong belaka. (By the way, blok asrama dan akademik tu pun sebenarnya bangunan untuk parking 4 tingkat yang dimodify sesuka hati tak pakai kepala otak manusia beruk yang buat keputusan nak letak kita orang kat situ hingga bangunan parking tu berubah macam Transformer menjadi blok asrama dan akademik. Allah Ta’ala saja yang tau macam mana boleh dapat CF sebab duduk di dalamnya terasa macam duduk dalam microwave… literally speaking!) Jadi kita orang yang jadi daging panggang separuh masak dalam tu lebih rela habiskan masa kat luar bangunan. Biasanya sekitar situ antara bangunan kosong tu atau ke Taman Maluri le. Nak ke Maluri jalan kaki je. Keluar dari blok asrama microwave tu dan berjalan antara blok-blok bangunan yang kosong belaka langsung menyeberang jalan raya. Lepas tu menyeberang Sungai Kerayung pula. Maluri tu le satu-satunya tamadun yang paling dekat dengan komuniti kita orang masa tu. Kejam sungguh kita orang diletakkan kat situ oleh beruk-beruk pemegang kuasa tu kan? Kan? Kan?

Masa tu belum ada lagi stesen LRT Star Pandan Jaya tu. Landasan LRT pun tak ada. Perkataan LRT pun belum wujud dalam kamus Dewan Bahasa (sekarang dah ada. Tak percaya? Pergilah tengok dalam Kamus Dewan edisi terbaru. Berapa lu nak bet?) Yang ada ialah saluran paip air yang bulat dan besar yang merentang Sungai Kerayung. Well, at least kita orang rasa batang besi besar tu paip air le. Takkan paip saluran kumbahan najis kut? Ya ke? Anyways, saluran paip air bagak tu le yang jadi jambatan kita orang semua untuk keluar dari hutan batu microwave tu untuk ke wilayah ketamadunan manusia. Malam nanti baru balik semula ke asrama cipan tu.

Menyeberang Sungai Kerayung atas jambatan paip air tu taklah susah sebenarnya pun. Rasa-rasanya dah beratus ribu manusia serta kucing, anjing, tikus, tenuk, zirafah dan lain-lain binatang yang boleh diimaginasikan pernah melintas saluran paip besar. Bagi aku okey je menyeberang saluran paip air besar tu. Kami yang jantan ni biasanya panjat naik dan berjalan kontrol balance dengan agak selamba macho atau berlakon macho je. Tapi majoriti awek yang menyeberang mesti jalan sebelah menyebelah sambil pimpin tangan masing-masing laksana pasangan lezbo malu-malu nak mula beraksi ghairah dan sensual. Takut jatuh ke dalam Sungai Kerayung yang agak jauh gak ke bawah tu gamaknya. Antara awek manis yang bermuka serius dan nampak garang tapi takut-takut menyeberang jambatan saluran paip air tu ialah tak lain tak bukan Si Manis beta — Lina. Aku memang biasa nampak dia dengan kengkawan dia berpimpin tangan menyeberang jambatan saluran paip besar tu bila nak ke Maluri atau balik. Ofkoz masa tu aku belum keluar dating dengan dia lagi le. Masa tu paling dahsyat pun sekadar jalan-jalan sekitar blok asrama dan akademik sambil sembang-sembang secara berbalas pandangan, jelingan, senyuman, gurauan, pandangan dan sikit-sikit rasa macam nak ringan-ringan dalam hati aku (dalam hati dia aku tak tau. Ingat aku ni apa? Psychic?)

Jadi bila aku bercadang nak ajak Lina ke Maluri buat kali pertama, aku ada sikit rasa seriau. Patut ke aku pimpin tangan dia menyeberang saluran paip air tu? Dia tak marah ke nanti kalau aku pegang tangan dia? Kalau aku tak pegang nanti dia akan jatuh terpele’ot dan basah kuyup ke dalam Sungai Kerayung ke? Kalau aku pegang dia nanti dia akan balas tak? Dia akan balas dengan genggam tangan aku juga ke? Atau dia akan gesel-gesel dan usap tangan aku juga ke? Atau dia akan bagi penampar je kat muka aku yang tak tau malu ni nanti? Entahlah… Well… Kalau tak buat, tak tau. So?

“Kau nak ikut tak?” aku tanya dia petang tu.

“Mana?” dia tanya aku balik.

“Maluri. Makan.”

“Bila?”

“Sekarang le.”

“Nanti aku siap kejap, ya?”

“Aku tunggu kau kat bawah ya?”

Itu adalah kali pertama aku akan mengembara berdating bersama Lina ke alam selain daripada rooftop asrama dan kawasan sekitar. Itu adalah pengembaraan eksperimen untuk lihat sejauh mana dia sanggup ikut aku. Tu aku tau tu. Yang aku belum tau masa tu ialah itulah dia — buat kali pertama — aku akan menyesal dan anggap diri aku bodoh macam kambing yang tutuh anjing kat rumah setinggan seberang Sungai Kerayung tu… Memang bodohlah kau Dzam masa tu… Bodoh teramat…!

Apa kena mengena judul episod ni dengan cerita siri kali ni ek? Hehehe… Sebab episod ni diposkan dan disiarkan hari ni.

Selamat Hari Jadi Lina… Kita sebaya hari ni…

Bersambung…

32 Respons to “Tentang Lina (siri 9) – Selamat Hari Jadi”

  1. Selamat Ulangtahun Kelahiran buat LINA. Moga sejahtera berbahagia selamanya. Dia di mana skang nih ek?

    Ohh.. Maluri? Pandan Jaya?
    I duk sini since 1988, so I dok bayang area mana U sebut tuh? Bangunan manakah yang U duk cerita…
    Masih wujudkah lagi jambatan tu..

    • Bangunan yang dimaksudkan ialah semua blok dalam Taman Shamelin Perkasa. Sekarang memang dah penuh dan meriah area tu. Dulu, jin pun tak sudi nak bertandang kat situ, apatah lagi nak mengawan. Hanya manusia seperti kami je yang gemar mengawan dalam blok-blok bangunan kosong tu tau… ambil alih peranan jin… eheks…!

      “Jambatan” tu bukanlah jambatan sebenar, tapi saluran paip air besar yang merintangi Sungai Kerayung tu. Zaman sekarang ni, lokasinya ialah berdepan dengan lampu isyarat masuk ke Taman Shamelin Perkasa. Tapi sebab beta pun dah tak mengintai ke arah Sungai Kerayung tu sejak selepas tamat A-Level, maka tak pastilah kalau-kalau “jambatan” tu masih ada sebab sekarang ni kat situ dah ada landasan LRT Star. Yang pastinya rumah setinggan seberang Sungai Kerayung (dalam kawasan Maluri) kompem dah tak ada. Dulu ada dua buah rumah setinggan kat situ, diperbuat daripada papan. Sekeluarga agaknya, berbangsa India. Depa ada (bela kut?) beberapa ekor anjing dan seekor kambing yang seolah-olah macam pakai bandana kat leher. Ada suatu hari tu semasa nak ke bus stop Maluri nak naik bas mini 44 ke Chow Kit, ternampak kambing tu menyetubuhi salah sekor anjing betina kat premis setinggan tu. Tak tahulah mengandung ke tak anjing tu hasil persetubuhan haram tersebut. Apalah yang lahir agaknya ek? No… please jangan sebut Kamjing atau Kajing… Tu anak bekas Mufti tu tau!

      • BRO, memang area tu dah padat, sekarang plak ada projek nak buat jalan (flyover) dari Maluri tu KL… jem jer area Shamelin tu skang.

        Setinggan di Kg Kerayung tu pun dah makin pupus. (dulu family ALONg SPOON yg mati tu, pun tinggal situ). Jambatn paip tu I tak pasti yg mana satu sbb ada banyak kat sini.

        Dari rumah I ke Maluri tu bleh jalan kaki jer.. tembus terus sampai JJusco.

        • Setinggan Kg Kerayung? Wow! Zaman kita orang dulu rumah setinggan kat tepi Kerayung tu cuma dua buah tu je sebenarnya. Maknanya lepas kita orang dah lama blah tu, setinggan tu membangun pesat le tu. Dan dulu JJ Maluri tu belum wujud lagi. Antara aktiviti kita orang ke Maluri tu ialah untuk main snooker.

          • Dah adala jj.. Tapi wa ingat pizza hut dah ada..

          • JJ dah ada ke? Hmmm… tak perasan lak. Tapi kalau dah ada mesti at least sekali wa akan pergi ke situ… dengan dia… eheks…! Sebab “Jaya Jusco” ialah salah satu secret code kita orang… jeng jeng jeng…!

            Anyways, aku memang ingat ada makan nasi goreng Thai kat JJ tu cuma aku tak pasti sama ada tu sebelum atau selepas aku balik dari UK… dan juga dengan siapa… hmmm…

          • Jj tu kod apa? Patutle seminggu 4/5 kali gi jj.. Wa ingat lu orang nak borong jj tu..

          • Lu main snooker biar betul.. Geng lu semua tangan bangku .. Seingat wa la., din takrien, zuraidi keling, mamat spek yg buat law tu.. Wak kairul hisham.. Pendek kata, jgn kan snooker… Ish tak sangkup wa nak sambung..

          • Kalau dah bagitau apa secret code “Jaya Jusco” tu, dah bukan ‘secret’ lagilah… Wa nak bangga diri sekt nih — wa memang handal bab simpan rahsia. Dan ada rahsia yang wa memang akan bawa sampai mati beb… eheks…

            Selain “Jaya Jusco” kita orang pun ada secret code “Hankyu Jaya”… hehehehehehe…

          • Wey mcm citer james bond la lu.. Apa beza jj ngan hankyu jaya.. Code name bagus skitla.. Nasib baik tak cakap petaling street ke.. Chow kit ke..

          • Bro, sebenarnya secret code tu semua idea Lina. Kan wa dah bilang dia memang lebih intelligent daripada wa…? Eheks…

            Dan istilah ‘Jaya Jusco’ dan ‘Hankyu’ tu semua pun dia yang cipta. Wa ikut je… almaklumlah… QC… hehehehehehe…

          • Merendah diri la pulok.. Klu lu x bijak camna boleh makan dia yg lagi pandai dari lu..walaupun lu selalu kena krutuk oleh wa n garn..

          • Errr… sebab sayang…? Hehehehehe… maluuuu…

          • Syg bgi apam.. Tu bodoh namenya … Lu mmg bijak.. Dapat habuan lazat.. Patutle..

        • Betul tu cik zizah

  2. anti eraksi betul…..

  3. cik zizah, semua wujud lagi… tapi landscape dia dah jauh berbeza.. wa tak percayala lu guna aku engkau masa lu cakap dengan lina… its not lu… lu mesti cakap , i .. u… kwang3x

    • Percayalah weh… Memang memula dulu “kau” dan “aku” je untuk satu tempoh tertentu sehingga tiba satu peristiwa di mana ganti nama tu bertukar menjadi “Lina” dan “Dzam”… ekekekekekeke…. ekekekekeke… Gampang betul peristiwa sejarah ni… pundek banget… adoi laaa…

  4. masa dia orang jalan ni wa ada kat blakang… kebetulan wa nak klua gi maluri.. mula mula jalan jauh jauh … mcm anak ngan bapa.. lama2 dekat sikit.. main dekat… nak gua jerit hoiii…!. kwang3x.

  5. Sakit perut wa nak tahan gelak.. Tu perumpamaan la dol…maksudnya jalan jauh2 decent.. Lu ngan lu punya slack.. Dia wa tak berapa ingat..

    Tapi pastu start bawak payung.. Nak ketuk anjing ke aper..?

  6. biar lah gua menjadi kuning seketika….
    mungkin lina serba tahu fiksyen cakera… fesyen lelaki dan wanita…
    hebat bermusik barat…
    tapi lu mesti ajar lina cara2 berhubungan… halal haram terletak pada lu… untuk barakah pilih lah halal…

    p/s… gua cadang lu letak la gambar sebarang dua… dalampenulisan lu siri lina… gua tak paksa…

    • Bro… itu adalah nasihat yang paling baik…

      Tapi untuk siri novel Tentang Lina ni… dah terlambat wa nak buat tu semua la… adoi laaa…

      Gambar memang bagus untuk posting blog tapi sejujurnya wa agak malas nak letak gambar dalam siri ni. Gambar yang lu maksudkan ni gambar hiasan je kan? Bukan gambar realiti tentang siri novel ni kan?

  7. Ade ke gambo real.. Bagi le teman nengok..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: