Tentang Lina (Siri 10) – Sentuhan Kecundang

BARANGKALI awek-awek yang aku kenal sebelum ni semua jenis orang kampung ek? Jenis yang setiap hari lasak. Yang setiap hari buat kerja. Macam-macam kerja. Isy… kenapa tak ada sekor pun awek-awek yang aku kenal sebelum ni orang bandar? Dari kalangan anak orang berada? Yang lagu yang didengarinya dari radio dan kaset saban hari ialah lagu omputeh? Yang meja soleknya penuh dengan semua jenis losen — dari losen kulit muka, sampailah ke losen kulit tangan, paha dan kaki, bahkan membawa sampai ke losen kemaluan dan faraj? Isy isy isy… Kulit awek — especially kulit tapak tangan — yang hanya kenal segala mak nenek losen ni sejak dah lepas sekolah berbanding dengan awek yang guna losen gini sejak kecil memang lain banget kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Anyways… Chow Kit Road dulu tak ada beza pun dengan sekarang — jalan rayanya sibuk macam New York. Cuma dulu tak ada landasan monorel dan LRT, dan sekarang dah tak ada bas mini. Nak menyeberang jalan kat Chow Kit atau Jalan Tuanku Abdul Rahman atau kat mana-mana ajalah di KL ni memang macam gampang. Lagi-lagi kalau bukan nak menyeberang sendirian, tetapi bersama awek.

Bukanlah Lina ni jenis tak reti nak menyeberang jalan. Sebagai gadis bandar anak orang berada yang independent, dia tak perlu orang pimpin dia untuk menyeberang jalan. Tapi timing menyeberang jalan antara aku dengan dia tu yang tak synchronised. Dah tu camne? Well… kau orang pun dah teka, kan? Maka semasa nak menyeberang jalan untuk kali yang ke berapa entah, aku nekad genggam tangan dia. Perasaan teragak-agak aku tu aku buang jauh-jauh. Tetiba jantung aku berdebar macam enjin bas mini. Otot lengan kiri aku macam kejang pula tak mahu bergerak untuk capai dan genggam tangan Lina di sebelah aku. Jenuh dan penat juga sebenarnya aku nak kumpul kekuatan supaya aku boleh gerakkan lengan kiri aku ni untuk capai tangan dia.

Bila nekad aku semakin kukuh bak mangkuk kayu, maka aku pun umpama mangkuk terus saja capai dan genggam tangan kanan Lina. Dan aku dapat rasa tetiba tangan dia, lengan dia dan badan dia sedikit kejang macam nak terlompat. Nope… aku sure sangat tu bukan kejang sebab dia inzal. Aku rasa tu kejang sebab dia terkejut.

Hmmm… terkejut? Maknanya apa ya? Dia tak pernah pegang tangan lelaki ajnabi sebelum ni ke? Really? Sejujurnya aku rasa macam tak logik sebab walaupun ramai kengkawan aku masa tu kata Lina ni bukanlah kategori awek cun yang mengghairahkan pun, tetapi bagi aku dialah Si Manis hati beta. Dia cantik. Tu pada pandangan mata aku yang rabun ni le. So what? Eloklah kalau orang lain tak anggap dia cantik. Tak adalah sangat persaingan aku.

“Kau marah ke?” aku tanya dia bila dah sampai ke seberang.

“Terkejut,” dia akui. Jadi aku lepaskan tangan dia. Karang kalau dia terus kejang terkejut langsung tak berganjak pula dari tepi jalan tu lagi susah aku dibuatnya. Kami terus berjalan beriringan.

Dan tapak tangan Lina memang lain daripada awek-awek yang tangannya pernah aku pegang, genggam malah ramas sebelum ni (or vice versa… eheks!) Tangan Lina memang lembut. Lembut sampai aku rasa bersalah pegang tangan dia tadi. Tapi sumpah aku pegang tangan dia tadi bukan dengan tujuan nak stim-stim. Sumpah! Aku pegang tangan dia sebab aku nak make sure kita orang menyeberang jalan secara synchronised dengan selamat. Hanya bila dah rasa sentuhan kulit tapak tangan dia baru aku tersedar something — aku tak pernah rasa tangan selembut tu! Sungguh! Memang tak pernah basuh pinggan dan baju ke agaknya perempuan ni? Atau dia buat kerja pakai sarung tangan? Dan dia ada sekontena losen yang dilumur ke tangan dan mungkin seluruh badan 13 kali sehari? Entahlah… Aku tak tau lagi masa tu.

Yang aku tau, hari tu ialah hari pertama kami betul-betul ada direct contact — literally speaking. Dan kalaulah benar bahawasanya tu kali pertama dia disentuh dan dipegang oleh lelaki, aku rasa teramat-amat bersalah. Sungguh! Aku tak rasa bertuah langsung. Aku rasa bersalah. Kenapa ya?

Oh tidak..! Tidaaakkk…! Kenapa aku mesti rasa bersalah pegang tangan dia? Macamlah tak pernah pegang tangan perempuan lain sebelum ni. Takkan… takkan… aiseymen… takkan sebab aku sebenarnya ada menaruh hati pada Lina ni? Serious shit? Dah berputik ke dalam sanubari aku ni perasaan nak jaga dan lindungi Lina ni sepenuh jiwa raga aku? Dah terbuka ke ruang dalam hati aku ni untuk aku persilakan dengan rela Lina melangkah masuk lantas bermastautin di situ semahunya? Dah berputik ke dalam hati aku ni nak jadikan Lina ni hanya untuk aku sorang? Oh tidakkk…! Jangan please…! Aku tak mau…! Aku tak mau…! Aku dah pajak ruang dalam hati ni untuk Azlina aku yang dulu! Untuk Azlina yang itu! Bukan yang ini! Tak mahu! Tak mahu! Errr… bodoh ek aku ni… Pajak hati sendiri untuk Azlina yang dulu tu sedangkan dia tak tau dan tak kisah dan akan persetankan saja aku… Brengsek sungguhlah Dzam…!

Mau tak mau pun selepas turun bas di Maluri hari tu, semasa nak menyeberang saluran paip air besar Sungai Kerayung untuk ke Taman Shamelin Perkasa, kita orang berhenti seketika di tebing tu. Aku pandang dia. Dia pandang aku, tapi sekejap je. Cepat-cepat dia alih pandangan ke arah lain.

Lalu aku hulurkan tangan. Aku offer untuk pimpin dia meniti jambatan saluran paip air tu. Berdebar juga sebenarnya hati aku sebab aku tak pasti sama ada dia akan terima atau tak kali ni. Siang tadi aku tak minta keizinan dia untuk pegang tangan dia. Sekarang aku akan minta izin. Kalau Lina beri izin, aku akan pimpin dia dengan nyawa aku menyeberang jambatan maut ni. Kalau dia tak mahu, aku akan hormati dan aku akan turut dia dari belakang dengan penuh perhatian dan waspada.

Dia sebenarnya memerhati sekeliling. Kemudian dia sambut tangan aku. Lalu kami menyeberang saluran paip air besar tu sambil berbimbing tangan hingga ke seberang.

Dzam… kau dah buat apa yang Lina tak suka kau buat… Dan sejujurnya dalam hati aku menyumpah seranah diri sendiri… Patut ke aku buat gitu?

Tiba ke seberang aku lepaskan kembali tangan dia. Kami berjalan beriringan antara celah-celah bangunan komersil berwarna putih belaka yang kosong kegelapan. Aku tau aku bersembang dengan dia masa tu sebab mulut aku kumat-kamit dan suara aku keluar tapi aku tak tau satu benda habuk pun topik sembang aku tu. Belasah ajalah. Hati aku kucar-kacir. Aku rasa aku dah menempah satu tiket bagi satu kenderaan berkelajuan tinggi yang akan membawa aku semakin jauh daripada Lina hari tu.

“Okey. Thanks temankan aku keluar hari ni,” aku kata kat dia bila kami dah panjat tanjakan asrama dan tiba ke pintu masuk koridor dia.

“Okey,” dia balas. Dia senyum. Senyuman dia memang manis walaupun muka dia garang. Dalam keadaan dia tak tersenyum, barangkali beruang pun takut nak dekat dengan dia. Tapi dia senyum. Senyumannya manis, tapi tak semanis sebelum ni. Ada sesuatu yang dia tak gemari agaknya. Mungkin sebab aku pegang tangan dia tadi.

Kau memang tak senonoh, Dzam… Kau memang tak senonoh!

Kenapa aku marah diri sendiri ni? Selama ni aku pegang, malah genggam dan ramas tangan awek-awek lain dalam kereta api tu tak pernah pula rasa macam ni? Tak pernah terfikir pun apa yang awek tu nak fikir? Kenapa sekarang dengan Lina aku sibuk nak ambil kira apa yang dia fikir dan apa yang dia rasa? Pe hal lu Dzam…? Pe hal?

Aku tidur malam tu dengan resah sebenarnya… Amat resah… Mungkin bermula esok Lina takkan mahu jumpa aku lagi… Dua-dua lengan mendarat atas dahi aku sepanjang malam…

Bersambung…

32 Respons to “Tentang Lina (Siri 10) – Sentuhan Kecundang”

  1. nak gelak ade nak kesian ade….tapi lebih pada gelak…

    lu punya entri berjaya buat aku menyelami perasaan batang paip yang korang lalu waktu melintas tu…air sungai yang mengalir…daun daun pohon yang melambai di puput angin…

    cutenye cik adzam..

  2. taman shamelin parking lot. haha. 3 bulan aku duduk situ. wonder, berapa lah diarang charge duduk dalam parking lot camtu.

  3. Sampai sekarang, wpun dah lebih 20 tahun I dok Pandan Jaya, lalu Shamelin, Kerayung dn Maluri, I dok cari cari lagi jambatan paip yang mana satu… hmmmm

    kes pegang tangan pun nak risau ker? Lainlah kalu U pegang lain BRO….:)

    • Rasa-rasanya kalau setakat dari jalan raya depan Shamelin tu takkan nampak baatng paip tu (tu pun kalau masih ada lagi le kat situ). Kena pergi ke tebing Kerayung tu baru nampak.

      Kak Azie, percayalah, melalui pengalaman beta, pegang tangan boleh menjalar dan berjangkit kepada pegang-pegang lain, dan sentuhan tapak tangan boleh menyebabkan sentuhan bibir pula. You’ll see… coming soon… kalau beta tak tukar fikiran… eheks…!

      Lina H (Lina A-Level ni le) ialah gadis suci. Sungguh beta rasa bersalah mencemar kesucian gadis suci seperti Lina H… teramat bersalah…

    • Kalu pegang kaki trus dua2 masuk sungai.. Mestila pgg tangan..

  4. Dia kata tangan lembut sbb pakai losyen.. Lepas tu main lembut sbb selalu kena lu punya loition.. Kui kui kui..

  5. Tapi secara jujurnya..wa rasa lu still suka kat lina …mengikut firasat wa la..

  6. Boleh mabuk aku baca chat korang kat entri nihhh…

    *Masih berusaha nak cari jambatan paip tersebut…

    • Lorrr… Ekceli jamabtan tu ialah sebatang paip air yang maha besar yang dikelilingi oleh alang besi empat persegi. Kalau tak silap ingatan beta, letaknya kemungkinan berhadapan dengan pintu masuk ke Taman Shamelin (kat traffic lights tu). Mungkin Kid lebih ingat dan boleh beri lokasi yang lebih tepat.

      Errr… Penting ke nak cari jugak-jugak jambatan tu?

      • Masuk ikut jalan dari PGRM… Jambatan tu betul2 simpang masuk shamelin.. Klu datang dari sebelah sana susah sikit.. Sbb zaman dulu2 wa tak pernah venture area tu.0

  7. paip tu tempat bersejarah bang….

  8. Kidmatrock Says:

    Biasanya apa yg tertumpah selepas … Errr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: