Tentang Lina (siri 11) – Tak Mungkin Ini Cinta

MUSTAHIL ini cinta… Tak mungkin… Cinta ni apa sebenarnya ya? Sayang dengan cinta sama ke? Sayang tu apa pulak ek? Kasih? Isy… kenapalah tok nenek orang Melayu ni suka sangat cipta perbendaharaan kata yang macam-macam bunyi tapi bila disuruh jelaskan maksud semuanya bawa erti lebih kurang sama. Lepas tu anak cucu mulalah kompius. Bila dah kompius maka perkataan ‘cinta’, ‘sayang’, ‘kasih’ tu semua macam senang-senang je pula nak diungkapkan dek jantan kepada siapa saja yang nampak macam perempuan, dan begitulah sebaliknya barangkali ek?

Aku rasa selama ni “cinta” aku ialah pada Azlina yang dulu. Azlina W. Lina W. Sampai buat lirik lagu saduran untuk dia tau. Masa tu aku suka lagu ‘Venus’ nyanyian Frankie Avalon. Aku pun tak ingat kat mana aku mula-mula terdengar lagu ni tapi masa tu aku dalam darjah 6. Agaknya dengar kat radio kut? Daripada lagu tu, aku buat lirik sendiri untuk Lina W aku masa tu. Ofkoz le dia tak pernah tau pasal lagu dan lirik bongok tu sampai sekarang… eheks… Gila ke mereng nak bagitau dia? Cet…!

Kau orang tak pernah dengar ke lagu Venus ni? Kat bawah ni lagunya kalau firewall kau orang benarkan tengok le—

Dan lirik saduran yang aku buat tu memang aku hafal. Dah aku yang buat, aku hafal le… ngok!)—

Lina

Dengar juwita
Sanubariku sedang bersabda
Mengalun melodi lagu cinta
Hanya untuk Lina

Bukannya dewi
Bukan juga primadona sakti
Tetapi puteri di mayapada
Hanya untuk hamba

(korus)
Lina
Hadiahkan padaku
Senyuman manismu
Jelita dan ayu

Cenderamataku
Filo bercandi hanya untukmu
Dan tiada lain melainkanmu
Hanya untuk Lina

Macam bangsat kan? Kan? Adoi laaa… Kekadang kita buat benda bodoh yang bagi kita masa kita buat tu tak bodoh tapi sebenarnya bodoh… adoi laaa… Dan yang lebih bodoh ialah bila kita ceritakan kepada seluruh dunia tentang benda bodoh yang kita dah buat tu… Macam apa yang kau buat sekarang ni laaa… Adoi laaa… Double bongok bangang! Ptuih! Dzam… kau sememangnya seekor bunjot… adusss…!

Atas sebab tu maka aku tak percaya bahawa perasaan aku terhadap Lina A-level atau Lina H tu ialah ‘cinta’. Aku tak percaya. Masakan? Tak mungkin… Cinta aku pada orang lain. Dah reserve dan pajak mati punya. Sebab tu sejak tingkatan 1 sampai habis SPM aku sentiasa ingat pada Azlina W aku tu. Sentiasa! Tak pernah lekang. Setiap masa mengharap pertemuan dengan dia. Pergi pasar tolong bonda aku bawa bakul pun aku mengharap terserempak dengan dia. Naik bas SKS nak pergi atau balik dari MRSM pun mengharap terserempak dengan dia. Naik bas Sri Jaya (kau orang yang baru baligh memang tak kenal bas ni) pun mengharap terserempak dengan dia. Nak tidur teringat kat dia. Bangun pagi teringat kat dia. Nak berak pun teringat tapi cepat-cepat buang ingatan tu sebab terasa macam dia perhati aku berak pula nanti. Tu yang kekadang sembelit tu… isy…!

Dah tu macam mana pula aku boleh ada hati dan perasaan pada Lina A-Level atau Lina H ni? No… no… Hati aku pada Lina W, bukan Lina H. Tapi… tapi…

Hmmm… dalam proses muhasabah emosi sendiri malam tu, tatkala kedua-dua tangan atas dahi sambil berusaha nak lelap mata untuk tidur, aku tersedar sesuatu yang selama ni aku tak perasan! Oh tidak! Benarkah! Bilakah sebenarnya kali terakhir Lina W menerawang dan menjelma dalam ingatan aku? Bila…? Bila ya…?

Ya Tuhan…! Ya Tuhan…! Aku baru sedar diri! Dah lama sangat rasanya Lina W tak muncul dalam ingatan dan perasaan aku ni! Dah lama sangat! Sejak bila ya? Aku tau dah sekarang — sejak Lina H mula respons dengan usaha mengurat aku tu. Sejak dia mula sudi berbicara dengan aku. Sejak dia mula sudi menemani aku jalan-jalan sekitar Taman Shamelin yang masa tu macam bandar hantu tak berpenghuni. Sejak dia mula membalas jelingan aku. Sejak dia mula balas senyuman ikhlas aku. Sejak dia mula menyapa aku dengan senyuman setiap kali terpandang…

Dan sejak itulah sebenarnya ruang yang aku tinggalkan kosong dalam hati ni yang kononnya untuk Lina W, tanpa aku sedari, telah aku serahkan sepenuhnya tanpa cagaran kepada Lina H… Oh… Apa yang aku dah buat sebenarnya ni? Apa yang aku dah buat…???

Tak boleh jadi! Aku tak boleh biarkan fenomena ni berlarutan. Tak boleh! Tak boleh! Hati ni untuk Lina W! Bukan Lina H. Bukan sesiapa pun! Hanya Lina W! Habis tu macam mana ni? Aku mesti buat sesuatu. Aku mesti keluarkan semula Lina H dari dalam hati aku ni. Aku bukan nak halau dia keluar. Tapi aku akan uji sejauh mana dia akan kekal dalam tu. Aku mesti buat sesuatu. Tapi apa ya?

Rasa-rasanya cuma ada satu jalan saja — aku akan buat tawaran menginap dalam ruang hati yang sama kepada awek lain juga. Ya! Itulah yang aku sepatutnya buat! Tapi awek mana? Hmmm… apa susah beb… MYPM kan ada? Student MYPM yang duduk asrama dan akademik sebumbung dengan kita tu. MYPM yang pertama di Malaysia tinggal serumah dengan kita kat sini. Ada form 1 dan ada form 4. Nak pilih form 1 ke? Isy… ingat aku ni pedofilia ke haper? But then again… aku tengok dia orang sesama sendiri pun mengalahkan kita orang yang dah baligh dan serabai atas bawah ni. Selamba tenuk aje kat depan-depan asrama dan akedemik terbuka tu pegang tangan, cium pipi, peluk-peluk, dan… once in a while sembunyi-sembunyi cium mulut lagi. Form 1 tu! Yang form 4 tak payah cakap… tengok sendiri ajalah… Tu tempat terbuka. Kalau tempat tertutup di celah-celah atau dalam mana-mana bangunan Taman Shamelin yang semuanya kosong belaka ni? Adoi laaa… Patutlah jin pun takut nak bertandang ke situ dulu. Sepanjang aku kat situ pun tak pernah lagi ada kes histeria tau. Jin tak berani kacau!

So? Well… rasa-rasanya esok aku akan mulakan misi untuk menawan hati mana-mana awek MYPM yang boleh dijadikan bahan uji kaji dan alat kepentingan diri sendiri aku ni. Aku target minimum 2 orang. Esok ialah harinya! Dan selepas tu, aku mungkin boleh tidur lena bila mengetahui bahawa sebenarnya perasaan aku terhadap Lina H ni bukanlah cinta tulus ikhlas. Ya! Aku percaya sangat tu!

Dan aku pun Menanti Hari Esok* (*copyright tajuk filem Dato’ Jins Shamsudin dan lagu tema filem tu ciptaan Dato’ Ahmad Nawab… eheks…) dengan penuh semangat berbaur debaran…

Bersambung…

13 Respons to “Tentang Lina (siri 11) – Tak Mungkin Ini Cinta”

  1. sungguh berbelit belit kisah percintaan en.adzam…

    • Apa yang terbelit, makin bersimpul… eheks…!

      Err… apa yang berbelit-belitnya? Citer ni susah nak faham ek? Betul ke? Aiseymen… kena ubah pendekatan penulisan nampaknya ni. Betul ke susah nak faham plot-plot yang wa letak ni?

  2. Nanti malam I baca lagi sekali… Skang I nak pi masak Nasi Goreng + hotdog dulu..

    bawak bekal, nak pi keja…!🙂

  3. dia bukan pasal tak paham tapi…gua selalu flash back siri siri sebelumnya….

    betapa kompleksnya percintaan dan perasaan en.adzam..

  4. dinmatrock Says:

    wa kenal lina w ni masa kat ncuk.. tengok gamba jer.. kalau la wa jadi najwa.. wa tak layan dah orang lain.. wa concentrate kat lina w ni,,, tapi nasibla bukan wa yg bf dia..

    • That is the bcozzzz…! Masa tu ko baru tengok gambar je kan? Ko belum tengok orangnya lagi kan? First time ko tengok orangnya masa kita dah balik Malaysia. Rasa-rasanya masa tu dia dah kawin. Baru kawin kut. Kalau ko tengok dia masa sebelum tu in real life… perghhh…!!!

      Nanti dalam salah satu siri aku cerita tentang pertemuan berdua antara aku dengan Lina W di Sg. Congkak. Nope… kau orang semua tak ada masa tu. Hanya kami berdua. Pergi dengan kereta Ayahanda aku… eheks…

  5. BRO..I dah tertinggal banyak. Nanti I copy paste kat Words, then I print out, baca lagi sekali..

    then I baru boleh komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: