Arkib untuk Disember, 2010

Tentang Lina (Siri 35) – Dan Lina Pun Menjelma

Posted in Novel, Siri on 31 Disember 2010 by Najwa Aiman

BERAPA lama masa yang akan diambil untuk sepucuk aerogram terbang dari Leeds, UK dan tiba ke destinasi di Subang Jaya, Malaysia ek? Dan sebaliknya pula? Seminggu? Sebulan? Alahai… jantung aku berdetup-detap sejurus saja aku masukkan dua pucuk aerogram ke dalam peti surat merah tepi jalan kat Park View Grove tu. Aku tak expect sangat Lina W akan balas surat aku. Tapi Zah…? Oh… Aku tau aku pun tak sepatutnya expect dia balas. Gadis yang dah dijaga elok dengan kasih sayang oleh TC tu takkan mahu mengubah rasa kepada jantan kabaret a.k.a. jantan keparat macam aku… oh…

Dan aku selalu ingatkan diri dengan kata-kata yang aku pun tak ingat sama ada aku reka sendiri daripada kreativiti berkarat ni atau aku tercedok entah dari mana — “Never give to high a hope”. Lebih tinggi harapan, lebih sakit dan parah bila jatuh. Maka berpada-pada, berwaspada dan jangan mengada-ada. Maka aku pun buat selamba ala macho gitu kononnya tak mengharapkan apa-apa balasan. Tapi sebenarnya rutin aku setiap pagi ialah memandang pintu depan. Kat UK ni tak ada peti surat persendirian. Setiap pintu rumah ada corong untuk posmen masukkan surat. Maka setiap pagilah aku perhatikan pintu rumah aku tu kalau-kalau ada surat berlonggok kat situ. Biasanya ada, tapi bukan untuk aku sorang. Untuk seisi rumah — bil-bil air, api, gas, bla bla bla… Haram jadah…

Aku tak ingat berapa lama, tapi rasa-rasanya hampir dua minggu selepas tu barulah aku terima surat pertama untuk pertama kalinya di tanah UK! Eheks! Best tau rasanya! Perasaan macam monyet baru jumpa taman permainan kanak-kanak yang ada banyak struktur untuk bergayut-gayut tu! Aku agak-agak ajelah perasaan tu rasa macam gitu sebab aku tak pernah tanya mana-mana monyet atau tentang perasaan sebenar dia orang. Dan aku bukan monyet, okey!

Menggeletar juga bila pegang surat tu! Daripada siapa agaknya ni ek? Tengok di belakangnya — Zah! Yabba dabba doo…!!! Weh! Zah kirim surat kat aku weh! Aharks! Dia balas! Dia balas! Dia balas surat aku weh!!!

Dan hanya dia. Tiada surat daripada Lina W. Hanya Zah. Dan apakah sembang kami dalam surat-surat kami? Well… hal-hal semasa tapi bukan fasal isu politik, ekonomi mahupun agama. Sebaliknya isu-isu sosiobudaya — apa saja yang aku nampak, rasa, fikir, jangka, anggap dan apa-apa ajelah sejak kaki aku menjejak bumi UK yang macam peti sejuk ni. Dan sembang dia pula? Biasanya lebih pendek daripada sembang aku tapi cukup untuk buat hati aku cair, meleleh membasahi seluruh perasaan sehingga banjir melimpah-limpah terus ke dasar perut lantas buat aku rasa macam nak ke jamban. Tapi aku tak pernah baca surat dia dalam jamban.

Dan biasanya aku ambil masa selang seminggu untuk berbalas-balas surat dengan Zah, bercerita tentang macam-macam perkara, tapi tak menyentuh hal perasaan dan jiwa. Macam sembang antara seorang sahabat dengan seorang sahabat yang lain. Aku bercerita tentang UK dan aku. Zah bercerita tentang… tentang… hmmm… sebenarnya dia tak bercerita sangat tentang Malaysia sebab dia tahu aku tak perlu tahu tentang Malaysia. Dah kampung aku kat Malaysia, kan? Jadi Zah lebih banyak bertanya tentang macam-macam perkara yang aku tulis dalam surat kepada dia sebelumnya. Jadi dalam surat berikutnya, aku akan jawab soalan dia tu. Dan dalam surat balasan dia pula, dia akan tanya soalan lain kepada jawapan yang aku bagi dalam surat aku tadi pula, bla bla bla… Begitulah biasanya. Jadi kami sentiasa ada isu nak sembang dalam surat. Best kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Sesekali aku akan kirim surat kepada Ayahanda dan Bonda untuk dikongsi sama oleh Dinda aku di Malaysia. Kadang-kadang aku sertakan gambar. Terfikir juga kalau aku patut kirimkan gambar juga kepada Zah di sana. Tu yang biasanya jadi masalah tu, sebab aku ni tak fotogenik. Sungguhpun aku comel dan jelita (suka hati akulah nak cakap fasal diri aku sendiri, kan? Bukannya aku cakap fasal kau orang, kan? Kan?), tapi dalam foto comel dan jelita aku tu hilang menyebabkan aku tak nampak ayu dan manja dalam gambar. Kenapa ya? Barangkali tahap comel dan jelita aku tu melebihi standard sebarang perkakasan dan device multimedia sehingga ia tak dapat dirakam dengan sempurna oleh sebarang peralatan dan perkakasan tercanggih zaman tu. Rasa-rasanya perkakasan tercanggih zaman sekarang pun masih substandard kecomelan dan kejelitaan aku kut rasa-rasanya, kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Dan demikianlah Zah dan aku terus menerus saling mengutus dan berbalas surat. Maka pada suatu hari yang bening, selepas membelek-belek gambar-gambar yang dah dicuci setelah dirakam menggunakan kamera analog yang aku beli di UK menggunakan duit elaun, aku pilih sekeping yang aku rasa menepati ciri-ciri yang aku dah rangka dalam kepala otak aku yang dah putih sikit ni — ada gambar aku yang nampak macam ayu, ada latar belakang Leeds, ada elemen yang menggambarkan sesuatu yang bukan Malaysia, dan ada potensi untuk dibalas dengan gambar juga! Amacam?

Lantas dengan debaran dan kalimah ‘bismillah’, aku pun masukkan surat yang kali ni bersampul dan mengandungi gambar tu ke dalam peti surat merah yang Mr. Bean buat tempat menyorok tu. Harapan aku agak membukit agar Zah akan membalas dengan gambar juga. Sangat-sangat mengharap. Sebabnya…?

Sebabnya, aku rasa aku dah semakin sewel di negara peti sejuk ni! Sungguh semakin sewel! Aku tak tahu kenapa, tapi aku berteori macam-macam tentang kenapa aku jadi tak keruan kat sini—

  • Cuaca sejuknya — cuaca yang macam menyelam dalam air batu tu membuatkan aku teringat pada Lina H. Tapi bukan diri dia yang aku kenangkan, sebaliknya pengalaman kami bersama. Aku sentiasa terkenangkan dakapan yang menemu dan menyatukan kehangatan tubuh tak bersalut sewaktu di Hankyu sebelum dan semasa Jaya Jusco (selepas Jaya Jusco tu aku tak ingat sebab biasanya aku dah hanyut berdengkur tak sedar diri time tu… eheks!)
  • Bahasa — Aku terpaksa tempuh kepayahan telinga dan lidah untuk suatu tempoh juga sebab tak ada sorang pun cikgu bahasa Inggeris aku kat Malaysia yang ajar aku tentang bahasa Inggeris pasar kat UK ni sepanjang aku belajar dulu. Maka carilah taik telinga nak tune dengan bunyi pelat Yorkshire yang jauh sangat-sangat bunyinya daripada Queen’s English yang biasa diajar dulu. “Wa’er polo” dan bukan “Water polo”. “Fo’ee five peeiy” dan bukan “Forty five pee.” “Laeiids” dan bukan “Leeds”. Aku jadi rindu teramat nak bersembang dalam bahasa Melayu dengan intonasi yang lembut, manja, mendayu, mengada-ada gitu, tapi takkan aku nak sembang macam tu dengan jantan-jantan serumah aku tu? Awww…! Aku mesti sembang dengan awek aje macam tu. Dan gadis — satu-satunya gadis — yang mendesak kehendak aku untuk bersembang dengan dia sedemikian ketika tu bukanlah Lina W atau Mariza, atau Tan Yuen Hui, atau Awek Lone Ranger. Malah bukan juga Lina H! Sebaliknya, gadis tu ialah Zah! Adoi laaa…
  • Sepi — Sepi sebab susah nak keluar rumah. Sejuk! Dan dah tak boleh keluar rumah, maka bosan. Bila bosan, tonton TV. Bila tonton TV, semua cakap orang putih, bahasa Yorkshire, bahasa London. Nak sembang dengan housemate, nak cerita pasal apa? Budak Law dengan budak Engine dengan budak Business. Ini baru betul ayam bercakap dengan itik bercakap dengan angsa bercakap dengan flamingo. Of course, flamingo tu ialah akulah kan? Kan? Takkan aku nak bersembang dengan kucing UK ni yang saiznya sama besar macam anak anjing German Shepherd Malaysia ni? Nak bersembang dengan anjing? Haaa… tu memang baru betul-betul British! Memang dia orang kat sini suka sesangat bersembang dengan anjing! Serius!

Maka penantian ketibaan surat daripada Zah adalah sesuatu yang amat-amat sangat menyeronokkan. Bila menjenguk di pintu dan selepas menyelak-nyelak surat lalu mendapati tak ada surat daripada dia, aku jadi amat kecewa, sedih, depressed dan kosong sepi.

Sebab tu pagi tu aku rasa ceria benar! Ceria sebab semasa aku selak-selak kepingan surat-surat kat meja, ada sekeping surat untuk aku. Aku capai surat tu sambil tersenyum menayang gigi yang belum digosok ni. Tapi tiba-tiba aku jadi hairan pula. Hairan sebab kali ni tulisan tangan atas surat tu bukan lagi tulisan Zah. Tulisan Zah lebih beralun, lebih ‘berhias’. Tapi tulisan yang kat atas sampul ni lebih simple. Setiap abjadnya tak ada alunan yang berhias. Tak ada ekor-ekor. Tak ada lentik-lentik. Siapa ni…?

Aku belek setem. Selangor. Surat Zah pun dari Selangor juga. Yang ni siapa pula? Takkan Ayahanda atau Bonda atau Dinda aku yang hantar? Aku kenal semual tulisan tangan dia orang.

Jadi aku bergegas panjat tangga naik ke atas semula, masuk ke bilik dan buka sampul surat tu. Terdapat dua helai kertas biru di dalamnya. Tulisan di atas kertas tu juga sama macam tulisan atas sampul tadi. Aku pun belek nama pengirim. Alamak weh…!!! Biar betul ni???

Surat itu — buat pertama kalinya selepas hampir sepuluh tahun — datang daripada Azlina W…!!!

Dan aku rasa macam nak pengsan…

Bersambung…

Pergi

Posted in Feminin on 30 Disember 2010 by Najwa Aiman


Battle Lost, But…

Posted in Budaya, Semasa, Sosial on 29 Disember 2010 by Najwa Aiman

Yup… we lost the battle at Bung Karno. But, we WON THE WAR. Tahniah Harimau Malaya! Errr… ada sesiapa nampak Jupe tak masa tu? Cameraman jeles… tak mau fokus kat Jupe, dan bahagian-bahagian anatomi tertentu yang ada laser tu. Atau sebenarnya dah fokus tapi tak dapat siar sebab camera semua habis rosak kena laser? Bukan ke? Ke? Untuk pertama kali aku tercongok depan TV nonton bola disebabkan Jupe tau! Ciszzz…! Gimmick je… Suka sangatlah nak main-main gimmick dia orang nih… isy…!

(LATEST UPDATE) PM Najib dah isytiharkan esok, Jumaat, sebagai cuti umum seluruh Malaysia. Orang yang cuti rehatnya Jumaat dapat satu hari cuti extra, kan? Ada majikan yang tak bagi ke? Rujuk seksyen 60D Akta Pekerjaan 1955 (ya… akta ni memang enakmen sebelum merdeka… aharks!) Dan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia pun dapat bercuti gak, kan? Dan ya, rakyat Indonesia (dan juga rakyat negara lain) yang bekerja di Malaysia pun dilindungi oleh Akta Pekerjaan dan undang-undang lain di Malaysia. Kita tak pernah pilih bulu. Kita pilih duit je… eheks! Maka kepada para pekerja, termasuk rakyat negara lain dan terutamanya rakyat Indonesia, gunakanlah cuti tu untuk meraikan kejayaan Malaysia ek… please… tengkiyu I luv u too!

Tentang Lina (Siri 34) – Derus Air Mengalir

Posted in Novel, Siri on 29 Disember 2010 by Najwa Aiman

UNITED KINGDOM ialah sebuah negara asing bagi aku — iklimnya, bahasanya, masyarakatnya, budayanya, makhluknya — semuanya. Pertama kali menjejakkan kaki ke London Heathrow pada subuh-subuh buta tu sebelum burung hantu pun habis dating lagi, keluar dari perut kapal terbang dan terus masuk ke dalam bangunan lapangan terbang, aku rasa seolah-olah UK ini indah khabar dari rupa — tak sejuk pun!

Dan perasaan pertama yang melanda kalbu masa tu? Lapaq kebuloq! Yup… laparlah! Tapi nak makan apa? Apa yang boleh dan halal dimakan kat sini? Ewah-ewah… pandai pula nak memilih makanan yang halal ya? Selama ni menjamah awek yang tak halal tu tak nak tanya ke? Tak nak persoalkan ke? Blah laaa…

Maka kami pun mencekik Dunkin Donuts. Bolehlah buat alas perut sementara menanti ketibaan pegawai MARA dari Malaysia Hall. Harap-harapnya dalam sejam dua lagi sampailah dia orang tu. Harap-harapnya…

Dan aku berlabuh di salah sebuah bangku panjang di dewan lapangan terbang. Letih, penat, mengantuk pun ada sebab tidur tak tentu masa sepanjang perjalanan selama empat belas jam tadi selain daripada transit sekejap di Dubai. Macam mana nak tidur ikut masa kalau sepanjang empat belas jam tu tak nampak matahari? Berlepas dari Malaysia selepas matahari terbenam, dan meluncur di udara sentiasa ke arah barat bumi lalu mendarat di bumi sejuk beku ni sebelum matahari terbit. Gelap belaka selama empat belas jam. Mata pilot yang pandu pesawat tu barangkali dah boleh lawan mata musang dan burung hantu agaknya ek?

Dalam tersandar aku melayan jiwa — ada keterujaan nak keluar dari lapangan terbang ni segera. Nak tengok bumi UK ni. Nak rasa iklim dan cuacanya dalam musim luruh tu. Nak lihat manusia-manusia berkulit pucat, gelap dan campuran antara keduanya.

Pada masa yang sama keterujaan aku tu diempang satu emosi yang menongkah arus — sedih, kosong dan sepi. Ada wajah yang masih terapung-apung dalam kepala aku ni. Wajah yang menemani aku sejurus sebelum aku terlena dalam pesawat tadi. Wajah yang sama juga menemani aku semasa aku sedang lena. Dan wajah yang sama tu jugalah yang menyambut aku ceria apabila aku tercelik jaga.

Dan wajah tu, wajah yang sama tu juga, kini sedang berlegar dalam imaginasi aku masa tu membuatkan aku lupa tentang lapar dan penat. Wajah gadis hospital tu. Wajah Zah. Alunan suaranya. Lenggok gayanya. Segala-galanya…

Aku terbayangkan dia semasa dunia kereta api. Aku terbayangkan dia semasa dunia hospital. Aku terbayangkan dia dalam berbagai-bagai dunia… Dia… dan hanya dia…

Entah ke mana hilangnya Lina pada masa tu. Aku malah tak tahu pun bila tanggal penerbangannya ke UK. Yang aku tahu, aku tiba dulu. Eh? Ya ke? Entah… aku tak ingat…

Setibanya di Leeds lewat petang tu, setelah habis aku punggah bagasi aku mengeluarkan semua sampah yang aku import dari Malaysia tu, aku terlentang di tilam katil. Walau apa pun sampah yang aku dah punggah tu, yang erat tergenggam di tangan ialah buku kecil yang mengandungi alamat rumah kawan-kawan lama yang aku kumpul sejak dari sekolah rendah hinggalah tamat SPM. Cuma di A-Level dan NCUK saja aku tak masukkan alamat kawan-kawan kat situ. Kenapa ya? Barangkali masa tu aku sangka aku tak perlukan kawan-kawan sebab aku dah ada Lina. Ya ke? Ada bunyi macam bangsat tak statement ni?

Anyways, aku belek buku kecil keramat tu. Buku tu memang aku bawa dalam dompet aku sepanjang penerbangan tadi. Dan semasa pramugari yang tak berapa nak masuk kategori cita rasa tu hulur poskad, aku sambut. Dari buku kecil keramat tu aku cari alamat gadis hospital, lalu terkirimlah sekeping poskad kepada dia. Sungguh pada masa tu aku tak pasti sama ada dia akan terima atau tak. Dan kalau dia terima, entah dia akan balas atau tak. Eh? Kejap… macam mana dia nak balas? Dia bukannya tau alamat penginapan aku kat UK tu. Aku sendiri pun belum tau lagi.

Tapi petang tu dalam bilik tidur aku yang sempit macam kubur tu, aku genggam erat lagi buku kecil keramat tu. Dalam kepala aku ialah nak cari sekali lagi alamat yang Zah berikan sebelum aku berlepas datang ke negara fish and chips ni. Mudah saja mencari alamatnya — entri terakhir dalam buku tu. Tapi pada masa yang sama, entah kenapa, pada masa tu, wajah seorang lagi awek muncul tak semena-mena. Wajah yang sebenarnya dah agak lama juga tak pernah menyapa dan menjenguk. Tapi petang tu entah kenapa wajah tu datang menjenguk lantas menyapa.

Wajah tu ialah Azlina W. Gadis yang dah sedekad mengisi angan-angan dan obsesi aku selama ni. Begitu lama sungguh dia tak muncul sejak aku kerja kereta api tu. Sentiasa saja wajahnya dihambat oleh bayangan Zah. Tapi entah kenapa kali ni Azlina W dan Zah dapat berkongsi imaginasi dan memori aku. Agaknya sebab cuaca di UK ni kut? Cuaca musim luruh yang ikut suka hati aje nak berubah dari panas ke sejuk dan kembali panas suam-suam kuku. Sesekali meresap ke dalam saraf hingga ke tulang-temulang. Sesekali merayap ke anatomi sulit dan tak sulit. Isy…! Bahaya sungguh cuaca UK ni! Patutlah kat sini seks bebas tu okey aje kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Apa-apa hal pun, aku bertekad — esok aku akan menulis surat kepada Zah, dan juga Lina W. Walaupun alamat Lina W yang aku ada hanyalah alamat rumahnya yang diberikan kepada aku sedekad yang lalu, aku tak peduli! Aku nekad akan hantarkan surat kepada dia. Kalau dia masih tinggal di alamat tu, dia akan terima. Dan kalau dia terima, terserahlah dia nak balas atau tak. Barangkali dia tak ingat pun aku. Mungkin dia tak kenal pun.

Tapi kalau dia balas…? Macam mana? Macam mana ya…?

Ahhh…! Kalau dia balas, aku akan fikirkan kemudian apa nak buat selepas tu. Sekarang ni aku tak pasti pun antara Zah dan Lina W sama ada salah sorang akan beri respons kepada surat aku kepada dia orang nanti atau tak. Agaknya dua-dua takkan balas. Sudi ke dia orang nak balas surat yang dikirim oleh jantan yang tiba-tiba muncul daripada entah mana punya lubang atas muka bumi ni?Aku akan kecewa ke kalau dia orang tak balas? Hmmm… Kejap aku nak buat proses muhasabah emosi—

Kepada Lina W aku akan tulis bertanya khabar, masih ingat aku atau tak, aku masih ingat dia, dan aku tulis kepada dia sebab… sebab… sebab… Hmmm… Apa alasan aku nak berikan kepada dia sebab-musabab aku tulis surat secara terkejut kepada dia ni ek? Takkan aku nak kata aku rindu kat dia? Tak rindu pun. Aku teringat kat dia? Haaa… yang tu memang betul, dan berbunyi lebih logik dan lebih ikhlas. Jadi kalau dia tak balas surat tu, adakah aku akan kecewa? Sejujurnya, yup… mungkin sikit. Mungkin banyak. Mungkin aku akan mengeluh. Atau mungkin juga aku meraung-raung sambil tertonggeng-tonggeng? Tak kut rasa-rasanya… Mengeluh tu mungkin. Hampa sikit, ya.

Kepada Zah pula aku akan tulis bertanya khabar juga, masih ingat aku atau tak kalau-kalau bagi dia jantan yang jumpa dia kat hospital hari tu muka semua seakan sama macam pesakit-pesakit dia yang lain, beritahu dia yang aku masih dan sentiasa ingat pada dia, dan tekankan pada dia aku tak mungkin boleh lupakan dia sedang selama setahun sebelum i dia sentiasa menghias memori, imaginasi dan angan-angan aku, dan… ya… aku akan tanya dia sama ada dia sudi terus berkawan secara remote control dengan aku yang jauh seberang laut, seberang gunung, seberang banjaran, dan juga seberang lubuk. Maka kalau dia tak balas? Aku akan kecewa ke? Hampa? Sedih. Tertonggeng-tonggeng? Hmmm… Mungkin tidak, tapi… tapi… tapi aku rasa aku akan terus menghantar surat lagi kepada dia. Lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… biarpun dia tak pernah membalas walau sekeping… Aku sanggup!

Dan Lina H? Lina kekasih hati aku yang akan bermastautin di Sheffield? Bila dia akan tiba ke bumi fish and chips ni ek? Aku tak ambil tahu pun! Oh… tak guna punya aku! Apa punya balak daaa… Barangkali aku patut tanya pada kawan-kawan rapat dia yang sama-sama memilih Leeds ni. Kawan karib dia sejak sebelum MRSM dan A-Level yang nama pun LINA juga tu memang ada di Leeds ni. Kawan rapat dia yang aku agak baru ngam semasa di A-Level pun ada kat Leeds juga. Mesti dia orang tahu.

Dan patut tak aku tunggu dia di Sheffield nanti? Tolong dia settle down. Dia dah ada tempat tinggal ke belum di Sheffield tu? Dia tinggal serumah dengan siapa nanti? Aku tau aku mesti ke sana menunggu dia tiba.

But then again… nanti seminit… nanti kejap! Aku nak cari kedai jual rokok yang dekat dengan rumah aku ni pun aku tak reti, macam mana aku nak ke Sheffield tu? Gila ke haper? Dan Lina yang aku kenal akan marah aku kalau aku ampu dia macam tu. Dia memang tak suka dengan cara aku ambil berat seolah-olah memanjakan dia.

“I can manage,” itulah yang selalu dia kata setiap kali aku tanya sama ada dia perlu aku bantu atau tak sejak kita orang berkasih dulu.

“You sure?” aku akan balas, biasanya. “Dzam boleh datang tolong kalau mahu.”

“No need, I can manage,” dan dia bertegas dengan jawapan tu. Ikut pengalaman, kalau aku desak nak bantu juga, suaranya akan semakin keras dan gayanya mengisyaratkan perasaan tak enak dan tak suka dengan apa yang aku buat tu mula nampak semakin menyerlah dari seluruh anggota tubuhnya.

“I can manage.”

Dan aku pun mengalah le. Tak mahu cari pasal. Ingat best ke berkelahi dengan perempuan? Buat aku rasa tak ada mood nak stim aje nanti. Tak best. Tak best.

Jadi lebih baik aku tak payah tunggu dia di Sheffield. Nak pergi ke sana pun aku belum tau lagi macam mana. Karang kalau tersesat terus sampai ke London karang…? Hmm… bleh cari budu kat Malaysia Hall. Lepas tu cari Mr. Bean tanya macam mana nak balik ke Leeds.

Dan bermula hari baru esoknya di tanah United Kingdom, sahabat karib baru aku di UK ialah Royal Mail. Ala-ala Pos Malaysia le tu. Dan senjata terbaru aku, yang baru aku kenal, ialah aerogram. Lantas aku pun menulis dua pucuk surat yang simple dan ringkas kepada dua orang gadis — Lina W dan, semestinya, Zah. Dan sungguh aku tak tahu apa respons dia orang, atau sama ada dia orang akan balas atau tak.

Bersambung…

Tentang Lina (Siri 33) – Air Pasang Di Seberang

Posted in Novel, Siri on 28 Disember 2010 by Najwa Aiman

BERGEGAS aku tinggalkan SJMC selepas tu. Aku besit kereta Ayahanda langsung ke Subang Parade. Macam orang nak terkencing terberak tapi tak jumpa tandas lagak aku masa tu mencari-cari mesin ATM. Kat mana? Kat mana? Hah! Tu dia!

Berapa banyak duit aku perlu keluarkan ni? Entah… Lantaklah! Belasah ajelah seratus ringgit. Cukup kut? Dah dapat duit tu sekali lagi lintang-pukang pergi cari kedai hadiah. Aku tahu memang ada satu kat sebelah hujung kompleks panjang ni. Aku pernah ke sini dengan Lina sebelum ni.

Kat situ aku tercari-cari hadiah yang sesuai. Aku nak berikan Zah sesuatu. Sesuatu yang boleh mengingatkan dia kepada aku bila aku dah berhambus dari Malaysia nanti. Sesuatu yang akan buat dia terbayangkan aku… Eh? Kejap… kejap…

Sebenarnya apa tujuan semua ni? Apa tujuan aku jumpa dia tadi? Apa tujuan aku nak jumpa dia lagi petang nanti sebelum aku terbang pergi? Bukan ke aku seharusnya luahkan perasaan yang aku pendam selama ni terhadap dia, dan selepas tu bagi tau dia bahawa aku tak mahu ada perasaan tu lagi, dan lepas tu aku berhambus pergi UK dan teruskan hubungan kasih cinta aku dengan Lina? Bukan tu ke tujuan asal aku?

But then again, kalau aku jadi Zah, aku peduli apa dengan perasaan Dzam? Siapa dia Dzam ni? Kan? Tiba-tiba datang jumpa dan bagi tau—

“Selama ni aku ada hati kat kau, tapi sebab kau tengah steady dengan TC, maka aku tak kacau. Aku pendam rasa syok kat kau ni sejak setahun lalu dan aku tak boleh lupakan kau. Tapi sekarang sebab aku nak berhambus dari Malaysia ni dan takkan jumpa dengan kau lagi, maka aku nak luahkan semua perasaan ni. Tu aje. Selamat berbahagia ya. Dan sebagai cedera hati, ambillah hadiah ni buat kenangan.”

Tu yang macam tak kena tu. Part yang last sekali tu. Tak masuklah. Tak logik. Tak kena. Tak sajak. Kenapa pula dia mesti kenang dan ingat aku? Bukan aku ke yang sepatutnya ingat dan kenang dia? Eh? Ya ke? Tu pun tak kena gak tu. Kenapa pula aku mesti ingat dan kenang dia? Habis tu Lina aku nak humban ke mana?

Semuanya tak betul! Semuanya salah, Dzam! Apa yang aku buat ni tak betul langsung! Salah! Salah! Salah! Aku tak perlu pun jumpa Zah to begin with. Nak buat apa aku jumpa dia? Kenapa aku mesti jumpa dia? Apa yang mendesak aku untuk jumpa dia?

Yalah… apa sebenarnya yang mendesak aku untuk jumpa dia…? Kenapa aku rasa aku perlu jumpa dia? Kenapa aku masih ada rasa mahu berada dekat dia, di sisi dia, sedangkan aku dah ada Lina? Kenapa aku masih ada rasa akan kehilangan besar yang teramat sangat kalau aku tak dapat jumpa dan berbicara dengan dia walau sekejap sebelum berangkat ke UK ni sedangkan aku seharusnya memikirkan macam mana aku boleh kerap bertemu dengan Lina bila sampai di UK nanti?

Sungguh… aku sendiri pun tak tahu macam mana Zah boleh menghambat Lina keluar dari dalam hati sebegitu mudah… Kenapa ni…???

Ah! Persetan dulu dengan hal tu. Sekarang aku nak cari hadiah. Hadiah yang mesti menyentuh semua pancaindera rasa, lihat, dengar, bau dan sentuh, kalau boleh. Harga dalam bajet. Mudah dibawa ke mana-mana. Dan aku dah jumpa — harganya dalam bajet, kecil dan ringan maka mudah dibawa ke mana-mana, cantik dan simple dipandang mata, dan mengeluarkan melodi yang indah di corong telinga. Hadiah ni cuma kurang dua ciri aje — tak melengkapi sedap disentuh atau dipegang dan tak mengeluarkan aroma yang harum. Tak apalah. Tak sempat aku nak cari hadiah yang menepati semua ciri-ciri yang aku dah rangka dalam kepala aku ni. Dapat tepati lima daripada tujuh ciri tu dah kira cemerlang habislah tu kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Hadiah tu ialah sebuah peti muzik berbentuk piano yang lut sinar, kecil, cantik untuk diletakkan di mana-mana tempat terbuka, dan mengalunkan irama lagu ‘Memories’.

Lantas hadiah yang siap dibalut kemas dan cantik tu aku bawa semula ke SJMC. Aku bergegas ke kaunter di mana dia bertugas tadi. Ketar habis seluruh sendi dan badan nak bertemu dengan dia semula. Tak tahu kenapa gadis yang satu ni begitu amat kuat auranya. Begitu amat kuat impaknya. Begitu amat terkesan dalam jiwa aku yang lemah dan lembut ni… cewah!

Dan dari jauh aku berhenti melangkah. Aku pandang dia di kejauhan tu. Gerak-gerinya amat memikat. Amat sangat! Gerak-gerinya ke yang menjadi tarikan dan senjata paling kuat hingga berjaya membunuh setiap bayangan dan arca Lina dari dalam jiwa aku ni? Apa yang gadis ni ada yang Lina tak ada ya?

Dari segi paras rupa, aku tak nafikan bahawa gadis ini punya ciri-ciri yang Lina tiada — dia bisa menyebabkan mana-mana lelaki menoleh buat kali kedua bila terpandang. Gerak-geri dan perawakannya jauh lebih menarik dan memikat dengan lenggok dan lentoknya. Wajahnya jauh lebih manis. Rias wajahnya nampak lebih lembut. Senyumannya lebih kerap terpampang. Dan bila berada bersamanya, di sisinya, amat terasa ramah dan mesranya. Mana-mana lelaki akan merasa selesa bersamanya. Merasa tenang. Merasa nyaman.

Dan… aku fikir… barangkali ini cuma aku — gadis ini lebih menyenangkan pandangan mata setiap kali terjaga daripada tidur bila terlihat dia di sisi. Imaginasi aku sering membayangkan demikian setiap kali dia bertandang di dalam khayalan. Naluri aku sering mendesak agar membelai dan mengusap wajahnya yang lembut tatkala dia baring terlena, mahupun pabila dia di dalam jaga. Gerak-geri dan gayanya sering mengundang kehendak agar tubuhnya didakap erat penuh kasih dan mesra.

Dan gadis ini seakan menyampaikan isyarat dalam bahasa naluri — bahawa dia perlu dilayan dengan baik dan sentosa. Bahawa dia mahukan belaian mesra yang diisi cinta. Bahawa dia seorang yang amat setia dan patuh kepada orang yang berjaya menawan cintanya.

Mungkin kerana aku melihat itu semua dalam dirinya. Mungkin selama ini, itulah yang aku cari-cari.

Tapi hakikatnya, itu semua bukan milik aku. Itu milik TC. TC tu! Celaka dia! Siapa dia ya? Ah… Tuhan Maha Adil. Gadis seperti Zah tak mungkin diserahkan kepada lelaki durjana dan tak cukup syarat macam aku. Barangkali TC tu sememangnya seorang yang jauh lebih layak untuk gadis seperti dia. Aku mesti belajar reda. Aku mesti belajar menjadi dewasa.

Lantas aku mengatur langkah dengan perasaan yang lebih tenang. Aku hampiri dia di mejanya. Terkejut sikit dia menerima kunjungan kali kedua aku masa tu.

“Ni untuk awak,” aku serahkan hadiah yang cantik berbalut tu kepadanya.

Seperti yang aku jangka dan bayangkan, dia terkedu sebentar. Tetapi kemudian dia tersenyum manja. Amat manis sekali. Indah sungguh gerak-gerinya menyambut bungkusan hadiah tersebut.

“Terima kasih,” ujarnya sambil tersenyum.

“Jangan lupa petang ni,” aku mengingatkan. “Tepati masa tau.”

Kemudian aku beredar. Hati aku rasa sedikit lega… dan lapang. Seakan ada bebanan yang sudah terlepas dari galas yang membebankan selama ni.

Seperti yang dijanjikan, petang tu aku jemput dia di hentian bas. Dia sudah berpakaian biasa, tidak lagi dalam uniform biru cair tu, namun dia tetap manis dan sedap mata memandang. Perawakannya membuatkan aku rasa tambah terpikat. Senyumannya tak pernah lekang.

Dengan bantuan dia menunjuk arah, aku hantar dia sampai ke rumah penginapannya di SS18 Subang Jaya. Dia tinggal beramai-ramai dengan rakan sekerjanya di situ.

Tetapi akibat kesuntukan masa, aku tak berbunga-bunga dan tak berbicara lama dengan dia. Di hadapan pintu pagar rumahnya, aku berterus-terang tentang perasaan aku sejak ternampak dia setahun yang lalu. Aku mengaku kepada dia bahawa selama bekerja kereta api tu aku buat benda bodoh — aku perhatikan dia dari jauh.

“Saya pun selalu nampak awak tengok saya dari jauh.”

Hah??? Gapo dio? Selama tu dia memang perasan yang aku dok buat benda bodoh tu ke?

“Saya tahu awak tunggu atas platform dan tengok tren saya pergi,” dia menyambung. “Saya nampak awak dari atas tren.”

“Awak tau?”

Dia mengangguk. Oh… sungguh manis cara dia mengangguk. Amat lain! Lain dari yang lain!

Kalaulah boleh, memang aku nak terus di situ bersamanya berbicara. Ada magnet yang amat kuat mencengkam hati dan perasaan aku untuk terus mendekati dan mengenali gadis manis ni masa tu, tapi aku takut ketinggalan kapal terbang! Ingat murah ke nak bayar sendiri tambang ke UK tu?

Jadi aku ambil alamat penginapannya, dan aku beredar. Hati aku tiba-tiba terasa kosong. Kosong dan sepi teramat. Lengang. Lapang. Sunyi. Kenapa ya? Kenapa aku rasa macam ni? Bukankah aku akan ke UK, ke sebuah negara di mana tidak ada Jabatan Agama Islam yang akan mengintai dan menghendap macam pervert yang desperado di taman-taman tasik? Negara di mana aku bebas berbuat apa saja di mana-mana saja dengan Lina nanti? Negara di mana aku bebas berjumpa Lina pada bila-bila masa? Negara di mana aku boleh peluk, dakap dan kucup Lina walau di lobi Meadow Hall sekalipun?

Tapi kenapa aku masih rasa kosong, sunyi dan sepi macam ni…?

Dan petang 4 September itu, aku berangkat di dalam kapal terbang bersama-sama rakan-rakan lain dari NCUK untuk ke London Heathrow, United Kingdom, lengkap berbaju kemeja, bertali leher dan berkot sebagaimana diarahkan oleh MARA. Namun aku rasa seperti tak semua diri aku mengikut aku terbang sama. Ada sesuatu yang telah tertinggal di Malaysia. Ada sesuatu yang amat penting telah aku tak bawa sama terbang ke seberang sana.

Dan aku tahu sangat apa yang aku tinggalkan tu. Aku telah tinggalkan satu-satunya yang aku ada. Aku telah tinggalkan hati aku di Malaysia. Aku telah terbang ke seberang di mana lautannya sentiasa surut, sedangkan di seberang sini airnya sentiasa pasang…

Bersambung…

Tentang Lina (Siri 32) – Jambatan Merentangi Seberang

Posted in Novel, Siri on 27 Disember 2010 by Najwa Aiman

TEMPOH perpisahan dengan Lina kali ni agak berbeza. Hati aku tak terasa sebegitu kosong sangat macam bilik asrama NCUK tingkat empat. Dunia tak terasa sebegitu sepi macam jam 2:00 pagi di bangunan kosong Taman Shamelin. Kenapa ya? Barangkali kerana agak sibuk kali ni nak buat persediaan untuk berangkat ke tempat yang serba baru kut? Adat resam serba baru. Sosiobudaya serba baru. Mampu ke aku melalui semua tu ek? Apa yang aku perlukan untuk tempuh hidup baru ni? Cukup ke bekalan yang aku nak bawa ni? Bekalan apa yang aku nak bawa sebenarnya? Yang pastinya bukan bekal nasi lemaklah.

Hakikatnya memang aku sedar sangat-sangat — bahawasanya semenjak cuti bermula hari tu, Lina dan aku akan terpisah terus. Cuti selepas peperiksaan tempoh hari ialah turning point baru dalam dunia hubungan kita orang berdua. Aku takkan lagi dekat dengan Lina selepas ni. Dia ke Sheffiled, dan aku ke Leeds. Aku sedar sangat-sangat hakikat tu. Dan yang paling aku sedar sesangat ialah mampu ke kami saling jujur antara satu sama lain? Lina? Jujur ke dia?

Sebagai sorang lelaki ayu dan manja yang perasan bahawa aku kenal sangat perangai Lina, aku rasa Lina bukan jenis gadis yang akan menggadai dan melelong cinta sewenang-wenangnya. Lina bukan macam aku. Lina seorang yang jujur murni hatinya, kan? Tegap utuh perasaannya, kan? Kental kuat semangatnya, kan? Walau apa sekalipun yang menimpanya, dia kuat. Dia keras hati. Dia jujur ikhlas. Dia akan pertahankan cinta kami berdua. Aku yakin, sebab dia bukan macam aku yang suka sangat jadi lokomotif yang bercita-cita nak bergerak atas lebuh raya tanpa landasan.

Aku? Rasa-rasanya inilah masanya aku perlu buat perubahan dan transformasi besar-besaran pada diri aku sendiri. Aku mesti jadi dewasa, walaupun sebenarnya memang dah serabai atas bawah secara fizikalnya. Maksud aku jadi dewasa dari segi emosi. Aku mesti jujur dan setia. Aku mesti ajar perasaan dan emosi untuk jadi sekuat, sekental dan sekeras Lina. Mesti!

Tapi sebelum tu, aku mesti cari gadis yang satu tu. Gadis kereta api tu. Dia kerja kat mana kata kawan dia hari tu? SJMC?

Dan hari tu ialah hari di mana petangnya aku akan berangkat ke UK. Jam 7:00 PM aku mesti dah berada kat SIA. Ya… dulu tak ada KLIA. Dulu ada Subang International Airport yang memang terletak kat Subang. Bukan macam sekarang ada KLIA yang terletak kat Sepang. Pening ke mabuk? Nasib baik KL Sentral memang kat KL. Jadi aku ada sehingga jam 7:00 PM untuk cari, jumpa dan bicara dengan gadis kereta api yang satu tu. Gadis yang telah berjaya, hampir berjaya menghambat Lina keluar dari dalam hati aku. Gadis yang tak ada kena mengena dengan kehendak syahwat aku semata-mata. Gadis yang memanjat takhta perasaan yang sedang penuh cinta aku terhadap Lina tanpa dia sendiri sedar. Aku mesti jumpa dia untuk selesaikan masalah hati aku ni once and for all! Aku mahu berubah menjadi lelaki yang jujur setia dengan cinta Lina selepas ni. Aku mahu jadi lelaki yang terbaik bagi Lina zahir dan batin. Buat Lina. Demi Lina. Untuk Lina.

Habis tu apa ke jadahnya pula aku mesti jumpa gadis kereta api ni? Lantak ajelah, kan? Biarkan ajelah, kan? Bukannya dia kenal aku pun. Bukannya dia tahu aku wujud pun. Bukannya dia nak ganggu aku dengan Lina pun. Dah tu? Atau sebenarnya aku yang sedang mengalami delusi kronik ni? Sebenarnya aku yang menggatal sangat nak jumpa dia ni? Aku yang sebenarnya yang belum bersedia nak setia dengan Lina atau dengan sesiapa jua pun? Aku yang sebenarnya bajingan yang mencemar kesucian cinta Lina?

Malas nak fikirlah. Yang aku tau, sejak selepas A-Level dan bermulanya pengajian di NCUK, gadis kereta api ni kerap sangat menjelma dalam angan-angan bahkan dalam lena aku pun. Dan kemunculannya akan menghambat baik Lina H mahupun Lina W pergi jauh dari dalam imaginasi dan ingatan! Tak ada awek yang pernah buat macam tu selama ni. Tak ada awek yang boleh menghambat Lina dari dalam hati dan imaginasi aku. Malah tak ada awek yang pernah mengetuk pintu hati aku ni pun selain Lina sebelum ni. Tapi gadis kereta api yang satu ni…? Oh…

Jadi sejak pagi hari tu lagi aku bodek Ayahanda minta pinjam kereta. Nasib baik Ayahanda aku bagi pinjam walaupun penat juga kena premature audit dengan dia. Aku terus ke SJMC. Aku redah aje lobi hospital swasta tu. Ramai betul orang yang berpenyakit kat Malaysia ni rupa-rupanya ek? Dan yang baju uniform biru cerah dengan topi misi atas kepala ni semua siapa ya? Nurse ke? Comel-comel sungguh pula dia orang ni… isy, isy, isy… Alamak… Yang tu pun uniform juga, yang warna kuning krim sambil pegang mop tu. Gadis kereta api yang dah jadi gadis hospital ni pakai uniform ke tak? Kalau pakai, uniform yang mana? Dan aku nak cari dia kat mana dalam kompleks hospital yang penuh orang berpenyakit ni? Karang tetiba aku kena jangkitan AIDS karang camne? Isy…! Selisih malaikat 44, 49 dan 57!

“Hai!” aku sapa sorang awek yang paling cun antara yang ramai lalu lintas kat lobi hospital tu. Manis awek ni. Pakai uniform biru dan topi putih misi. Bentuk tubuh dan ketinggian tepat sangat ikut cita rasa aku weh! Kenapalah dia orang ni tak pakai name tag… adoi laaa… Kat sebelah dia ada sorang lagi yang pakai uniform yang sama tapi body agak berisi penuh air. Tak berkenan.

Dia orang berdua berhenti dan senyum kat aku. Aku tak perasan yang sorang lagi tu senyum ke tak sebab aku tak kuasa nak pandang yang sorang tu. Aku dah syok tengok misi yang comel cute ni.

“Nak tanya boleh?” aku sambung. Ada gelojoh gak sikit. “Kenal tak staf nama Zah?”

“Zah?” dia ulang. “Zah mana? Azizah? Azah?”

Alamak! Bagero! Ada berapa ramai ‘Zah’ kat hospital ni? Tu termasuk pesakit ke? Tak kut, sebab tadi aku sebut jelas ‘staf’.

“Dia kerja bahagian mana?” kawan dia yang banyak air tu pula sampuk. Kali ni aku pandang dia. Oh… dia pun senyum gak macam Misi Cute tadi. Tak berjenis betul soalan dia. Kalau aku tau dia kerja bahagian mana, aku terus ajelah ke bahagian tu, kan? Bukan ke? Ke?

“Tu yang masalah tu,” aku mengaku. “Tak tau dia kerja bahagian mana. Tapi saya mesti cari dia juga. Mesti cari dia hari ni juga.”

“Kenapa?” tanya Misi Banyak Air. Alahai… busy body juga dia ni… Perlu ke aku bagi tau dia? Ni hospital, kan? Hospital ni tempat kecemasan, kan? Tempat pertarungan hidup dan mati, kan?

“Sebab kalau saya tak jumpa dia hari ni, saya terpaksa menginap kat hospital ni kena penyakit,” aku jawab, macam orang bangang. “Saya tak tahan nak bagi tau dia yang saya suka kat dia.”

Dan tetiba pipi comel dan seluruh muka Misi Cute jadi merah sambil tersenyum tersipu-sipu. Yang Misi Banyak Air pula sekadar tersenyum sipu-sipu. Tak pasti kalau pipi dia merah juga sebab warna latar belakang kulit muka dia yang tak mengizinkan.

“Ni betul-betul ke apa ni?” tanya Misi Banyak Air.

“Ni betul-betul bukan cubaan!” aku balas sungguh-sungguh. Sememangnya aku jujur dan ikhlas teramat masa tu… dan juga gelojoh serta terdesak desperado. “Saya nak berangkat ke UK petang ni. Saya mesti bagi tau dia apa yang saya nak bagi tau ni. Kalau tak saya mati kejang dalam hospital kat sana. Kenal dia tak? Tau yang mana satu? Saya tak tau nama penuh dia tapi dulu masa kerja kereta api orang panggil dia ‘Zah’.”

Misi Cute dan Misi Banyak Air saling pandang sama sendiri sambil mata masing-masing macam menyampaikan bahasa yang isyaratnya hanya dia orang dua ekor aje yang faham.

“Encik ni kenal dia sejak dia kerja kereta api?” tanya Misi Banyak Air. Alahai… antara dua ekor misi ni, kenapalah bukan Misi Cute yang banyak bercakap dengan aku? Kenapa mesti Misi Banyak Air ni yang berinteraksi? “Encik dulu kerja sama dengan dia ke?”

Tapi jawapan Misi Banyak Air tu memberi satu maksud — nampak gaya dia tahu siapa yang aku maksudkan. Dan dia kenal siapa yang aku cari!

“Ya!” aku semakin terdesak nak cepat. Gelojoh betul, tapi aku terpaksa. Aku tak ada banyak masa. “Saya tak sempat nak bagi tau dia apa yang saya rasa pada dia dulu. Sekarang saya mesti bagi tau dia!”

Dua ekor misi tu sekali lagi pandang sesama sendiri. Apakah…? Wallaweh! Kalau kenal cakap ajelah kat aku weh! Yang kau orang main mata sama sendiri tu apa ke jadahnya?

“Jom,” kata Misi Banyak Air kemudian sambil mengisyaratkan aku ikut dia. Ada sengih di bibirnya yang nampak macam perli aku aje. Lantaklah! Janji aku dapat jumpa Zah! Tapi… betul ke dia kenal orang yang aku cari ni? Zah mana yang dia kenal ni?

Aku ekori aje dia. Sambil tu hati aku memang berdebar-debar teramat sangat! Sungguh kuat debar dan getarnya sampai aku rasa macam longgar nak luruh sendi-sendi kat badan ni. Misi Banyak Air bawa aku melalui lorong yang di kanannya penuh dengan klinik pesakit luar. Membelok di selekoh lorong tu buat jantung aku yang berdegup kuat tadi tu macam terhenti. Tu dia! Aku dah nampak! dari jauh lagi aku dah nampak dia — berbaju biru cerah dengan topi misi putih comel terletak atas kepala dia! Oh… memang dia! Dalam uniform yang selain merah biru ni, dia nampak begitu sungguh amat lebih comel dan manis serta manja gitu! Kalah manja aku! Alahai kaki, alahai lutut… kenapalah kau berdua tetiba terasa lemah sangat? Aku rasa macam nak rebah kat situ bila terpandang dia. Kenapa ni? Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Kenapa ni?

“Zah, ada orang nak jumpa kau,” kata Misi Banyak Air kepada dia dengan satu senyuman sinis sambil menuding ke arah aku.

Zah yang tadi sedang sibuk menulis sesuatu di kaunter klinik pesakit luar tu mengangkat kepala. Matanya merenung ke arah aku. Oh… mata itu… sinar mata itu… oh…!

Aku terkedu. Sungguh aku terkedu. Lidah aku kelu. Aku tak tau nak cakap apa. Aku tak tau nak buat apa. Sedang dia terus merenung aku dengan rias wajah yang berbaur antara hairan dan terkejut. Terkejut? Kenapa dia mesti terkejut pula ni? Dia ada nampak jin bertenggek atas kepala atau bahu aku ke? Atau dia nampak atas kepala aku dah tumbuh tanduk dua batang?

“Errr… errr… kau tak kenal aku… tapi… tapi…” alahai mulut, alahai lidah. Please… please don’t let me down at moment like this! Kenapa ni? Ada penyakit yang dah berjangkit kat aku ke dalam hospital ni sampai lidah aku kebas? Ada ke fenomena ubat bius terapung di udara lantas menyelinap masuk dalam mulut lalu meresap dalam lidah? Ada ke? Aku tak pernah alami keadaan macam ni pun dengan mana-mana awek sebelum ni. Kenapa aku jadi macam keldai dungu pula sekarang?

“Kenal,” ujar gadis tu, dan buat pertama kali suaranya berdesir masuk ke corong telinga aku yang dah bersih lopong sebab malam tadi aku baru korek habis bersih. Kenal? Dia kenal aku…? Ya ke?

“Awak kenal saya?” tetiba aku tak boleh pula panggil dia ‘kau’ dan bahasakan diri aku sebagai ‘aku’ lagi. Ewah!

“Kenal…” ujarnya sambil tersenyum. Comelnya suara dia! Manjanya lenggok intonasi kata-kata dia! Dan gerak-geri tubuh badan serta tangannya… oh…! Teramat lain… teramat berbeza… Teramat melekakan dan mengkhayalkan aku…

“Kenapa nak jumpa saya?” Tu dia! Soalan tu yang buat aku rasa macam nak terberak tu! Alamak!

“Awak habis kerja pukul berapa?” aku tanya.

“Pukul lima,” jawabnya, masih tersenyum. Dia memang kerap tersenyum sejak dulu, baik dalam keletihan atau tidak. Dan sama ada dia senyum atau tak, dia tetap manis. Amat manis sekali! Barangkali ini ke yang menjadikan Lina kecundang? Gerak-geri badan dan tangannya serta lentok kepalanya tika berbicara, inikah yang meletakkan Lina terjunam dari tangga teratas ke tahap paling bawah? Inikah kemenangan gadis ni ke atas Lina, tanpa dia sendiri sedar…?

“Okey, saya mesti jumpa awak petang ni,” aku cakap dengan yakin sikit sekarang. “Biasa awak balik naik apa?”

Dan aku kumpulkan semua maklumat yang perlu masa tu — di mana dia biasa tunggu bas, dengan siapa dia biasa balik, bas apa dia naik, bla bla bla… Dan aku buat temu janji dengan dia. Dia mesti tunggu aku di hentian bas depan hospital tu macam biasa. Tapi kali ni dia bukan tunggu bas. Dia mesti tunggu aku. Aku akan datang petang tu untuk ambil dia dan hantar dia ke tempat penginapannya. Aku janji aku akan datang.

Dan aku akan beritahu dia apa yang aku sepatutnya beritahu sejak dulu… Sejak setahun yang lalu…

Bersambung…

Telanjang Yang Pertama

Posted in Feminin, Maskulin, Nostalgia, Perubatan on 26 Disember 2010 by Najwa Aiman

Semenjak akil baligh, bila kali pertama telanjang depan perempuan? Isy isy isy… Depan mak sendiri pun dah tak mahu telanjang, kan? Inikan pula depan perempuan yang tak ada kena mengena, yang bukan muhrim, yang ajnabi.

Dan kenapa nak telanjang depan perempuan yang ajnabi? Well… kau orang punya reason sendiri le. Tapi sepanjang yang aku ingat, aku telanjang depan perempuan ajnabi atas dua sebab je — sebab kesihatan, dan sebab syahwat… hehehehehehe…

Kali pertama telanjang depan perempuan ajnabi setelah aku akil baligh dan serabai atas bawah, seingat aku, ialah semasa kena buat medical checkup untuk ke A-Level, rasa-rasanya. Kat HBKL (sekarang HKL). Masa doktor buat pemeriksaan kat meja dia, ada sorang misi yang teramat comel lagi putih melepak dok tolong dia. Sebab tubuh badan dia yang kecil molek, dia nampak muda banget, atau mungkin sememangnya dia muda. Dalam awal dua puluhan gitu. Atau mungkin akhir belasan tahun macam lepas SPM. Agak-agak sebaya aku kalau pun tak lebih tua dalam setahun dua daripada aku.

Masa doktor dok periksa aku, mata aku dok periksa dia. Sesekali bertembung gak tenungan mata kita orang. Aku terus senyum aje kat dia, tapi dia cepat-cepat alih pandangan tempat lain. Muka serius je. Tapi lepas tiga empat kali mata bertentang dan aku dok asyik senyum kat dia, dia pun mula senyum kat aku balik. Lepas tu start jeling-jeling pula. Maka senyuman aku pun makin lebar le. Ada chance nih!

Sehinggalah, berapa punya sialan, doktor suruh aku ke katil kecil dalam klinik tu, dan lucutkan seluar! Aiyark!!! Biar betul doktor ni? Okeylah… aku pun pergi ke tepi katil kecil tu dan aku tarik tirai keliling katil tu. Maka aku pun lucutkan seluar. Tinggal seluar dalam je. Kena le pula masa tu aku pakai seluar dalam yang getah sebelah kananya dah koyak, so ada lubang sepanjang hampir seinci menampakkan bahagian tepi badan aku yang masa tu masih boleh dianggap seksi. Tetiba tirai tu diselak dan doktor melangkah masuk.

“Underwear,” kata doktor sambil menuding ke arah spentot aku yang masih tersarung dengan mengisyaratkan agar spentot tu pun dilucutkan juga. Alahai doktor ni… Time aku belum potong dan trim bulu ari-ari ni pulalah dia sibuk nak suruh aku telanjang. Putu mayam al putu piring punya doktor ayam! Tak apalah… dia jantan. Sama je rupanya. Saiz je lain-lain… eheks…!

Elok-elok je spentot aku dah sampai ke lutut, dalam keadaan aku menonggeng tu, tetiba misi kecil molek yang manis tu melangkah masuk ke situ! Celaka! Lahabau! Lahanat! Bangsat! Apa ke jadahnya weh…!!! Alamak aiii…! Aku patut tarik naik atas semula spentot ni atau terus je ke bawah ni? Dan dalam keadaan menonggeng ni??? Kalau aku berdiri tegak kompem misi tu akan nampak belukar pokok renek lebat yang belum trim berserta sebuah karavan (ehem… excuse me…) yang bertayar pancit sedang parking kat situ! Hello…masa tu memang tak plan nak buat perjalanan, okey! So tayar tak perlu kembang la weh!

“Tanggal terus!” doktor bagi arahan dengan garang. Pundeklah doktor ni… Kulit muka aku dah naik 13 sentimeter ni tau. Yang si misi ni apa ke jadahnya pula berdiri tercegat sebelah doktor tu sambil pandang aku ni? Woi! Keluarlah woi!

“Cepat!” arah doktor lagi. Yalah! Yalah! Doktor ni pula tak sabar-sabar nak tengok kemaluan aku ni kenapa? Aku pun tanggal habis. Pelan-pelan aku berdiri tegak. Adusss… misi tu masih pandang aku! Dan dia masih senyum kat aku macam tadi! Wallaweh! Ni lu senyum apa sebenarnya ni haaa…???

Maka aku pun disuruh berbaring mengiring atas katil tu. Sebelah kaki bengkok sampai lutut kena dada. Misi dan doktor datang dekat ke katil.. alahai… Rupa-rupanya misi tu datang situ sebab tolong bawakan sarung tangan getah untuk doktor tu. Bongok punya doktor! Sarung tangan getah tu pun tak reti-reti nak bawa sendiri ke? Tu pun nak harapkan misi comel tu bawa? Bodoh! Bangang! Bahalul! Badigol!

Dan apa yang doktor nak buat dengan sarung tangan tu? Perlu ke aku cerita? Perlu ke? Adoi…!!! Ngilu! Ngilu! Ngilulah sialll…!!!

Dan itulah kali pertama aku telanjang — secara terpaksa — di depan awek ajnabi. Alahai… dan it had to be awek yang comel, cute, kecil molek lagi manis dan putih melepak teramat. Dan awek tu berbalas-balas senyuman dengan aku pula! Alahai…