Manja… 14 Tahun Kasih dan Cinta…

Dan pada hari ni lebih kurang masa ni empat belas tahun yang lalu, selepas melafazkannya sekali, maka aku pun disahkan mendapat permit halal bersanggama… eheks! Isy… Lain macam le pulok bunyinya bila disebut gitu ek?

Anyways, Tok Kadi sampai lambat malam tu. Janji lepas Isyak. Oleh sebab dia kata nak sampai lepas Isyak, maka solat Isyak aku sendiri pun tertangguh takut-takut dia sampai sejurus selepas Isyak sebab surau tak jauh sesangat dari rumah bakal pak dan mak mentua aku tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu… jam sebelas lebih baru sampai orang tua tu. Ada banyak pasangan nak dinikahkannya malam tu, katanya. Sengaja pilih rumah pak dan mak mentua aku paling last sebab rumah pak dan mak mentua aku memang sentiasa kaya dengan makanan dan minuman bagi sesiapa saja tetamu yang datang tak mengira waktu pagi, petang, senja, malam, tengah malam waima subuh sekalipun! (Ini bukan exaggeration. Ni memang kenyataan yang hakiki adanya! Pak dan mak mentua aku memang jenis akan jamu sesiapa saja tetamu dengan apa saja yang ada tak mengira waktu! Sesungguhnya murni hati mereka… Moga Allah SWT membalas dengan ganjaran pahala yang berganda-ganda buat mereka berdua, insyaAllah!)

Sebelum akad, Tok Kadi tu tanya aku; “Pernah tengok orang menikah sebelum ni?”

Aku jawab jujur dan ikhlas; “Tak pernah.”

Tapi Tok Kadi tu tanya lagi sekali; “Pernah tengok orang menikah sebelum ni?”

Pekak ke haper Tok Kadi ni? Atau sebenarnya dia nak uji aku? Patut aku jawab jujur dan ikhlas sekali lagi atau patut aku jawab dengan ujian juga? Hmmm… malaslah nak fikir masa tu. Orang dah lama tunggu nak menikah dia sibuk nak tanya macam-macam pula. Maka aku pun dengan konfiden menjawab; “Pernah.”

“Tengok di mana?” kali ni dia tanya lain pula. Oh… tak pekak rupa-rupanya Tok Kadi ni.

“Dalam cerita P. Ramlee,” aku jawab dengan konfiden juga. Pecah riuh rendah satu rumah tu tergelak sakan dengar jawapan aku. Tok Kadi geleng-geleng kepala.

“Wali minta supaya akad ni disebut nama si perempuan sebagaimana dia dipanggil di kampung ni dan di rumah ni. Setuju?” tanya Tok Kadi.

Huh? Lorrr… bakal Permaisuri aku ni ada nama lain ke selain nama yang aku kenal dia ni? “Masih sah ke?” aku tanya.

“Sah, kalau kamu setuju.”

“Boleh. Setuju,” dah tu? Nak jawab tak setuju? Ada apa-apa perbezaan? Janji sah.

Lalu Tok Kadi pun genggam tangan aku, mulut kumat-kamit entah baca apa pun aku tak tau. Lantas keluarlah lafaz yang memang aku biasa sangat dengar dalam dialog filem P. Ramlee.

“Aku nikahkan dikau Adzam dengan Norzaidah Yusoff dengan mas kahwinnya seribu dua ratus tujuh puluh dua ringgit tunai,” dia goncang tangan aku sekali.

“Aku terima nikahnya Norzaidah Yusoff dengan mas kahwinnya seribu dua ratus tujuh puluh dua ringgit tunai.”

Tok Kadi senyap sekejap. Aku tenung muka dia yang selamba kuey teow tu. Bukan ke sepatutnya masa ni dia tanya saksi sama ada akad tadi tu sah atau tak? Kenapa dia senyap aje buat muka kuey teow ni? Isy… sah ke tak ni weh?

“Sah ke?” maka aku pun tanya dia tapi suara aku dalam volume minimum. Para saksi dan tetamu yang duduk dekat je boleh dengar dan dia orang bantai gelak sakan lagi. Sekali lagi Tok Kadi geleng-geleng kepala pandang aku. Tapi kali ni dia tersengih.

“Sah?” tanya Tok Kadi kepada saksi. Apa ke lembap sangat sampai aku sendiri kena tanya dia dulu baru dia nak tanya saksi.

“Sah!!!” jawab saksi dengan bersemangat. Lain macam pula semangat para saksi ni. Aku ke yang menikah atau dia orang yang menikah ni?

Mat Garn sahabat aku yang dilantik secara paksarela menjadi pengapit aku dan duduk di sebelah mencuit bahu aku lalu berbisik “Tepat 12:03 pagi.” Elok sangatlah tu. Kalau Tok Kadi datang on time atau tak bercerita panjang, tarikh nikah aku jatuh 30 November. Nasib baik dia lewat dan cerita panjang sikit tadi. Maka genap tarikhnya 1 Disember. Cantik!

Maka empat belas tahun sudah. Empat cahaya mata sudah. Tanda bunga cinta antara Adzam dan Za… hmmm… okeylah… Zaidah (menghormati nama panggilannya di kampung tu). Semoga diberkati Allah. Semoga dirahmati Allah. Semoga dikurniakan hidayah berterusan hingga kiamat… insya-Allah!

Sungguh aku amat mencintaimu, Manja… cinta teramat…

23 Respons to “Manja… 14 Tahun Kasih dan Cinta…”

  1. syabas enche adzam.14 tahun melayari bahtera rumahtangga…syabas…

    ****gila taiming nak buat entry…………. danbila gua ternampak tarikh lu pinya ulang tahun.gua akan hadapi masalah besar….gua lupa tarikh hari lahir bini gua

    • Lu lupa bedey bini lu…? Well… bro… sebagai seorang yang dah kahwin 14 tahun ni, terimalah nasihat ikhlas daripada gua… LEBIH BAIK LU CEPAT-CEPAT CARI ALASAN YANG MUNASABAH SEKARANG JUGAK! Dan keluar sekarang jugak pergi cari hadiah terbaik punya!

  2. ehehe… gua tengok gambar first lu tenung kemera dalam2 cuak gua.. ahaha..

    p/s lu macam james bond.. TAHNIAH!

    • Tu tenungan stim la bro… ghairah rasa nak mengawan. Wa memang tak tahan bila Permaisuri wa cium wa. Wa suka banget bibir dia sejak dulu sampai sekarang, apatah lagi bila bibir dia sentuh mana-mana bahagian anatomi badan wa. Masalahnya masa tu Putera Puteri wa keliling dok tunggu nak makan kek sambil snap gambar-gambar ni. So kena tahan emosi… hmmm…

      Alamak… nantilah wa sambung tulis… stim pulok… malam ni malam Jumaat kan? Kan…?

  3. semoga berkekalan ke anak cucu.

  4. congrats! nape kek x 14 tgkt? sweetnya…cemin mata tu masa muda besar skrg kecik sket dah tua pki lense kot…

  5. 14 years and counting.Alhamdulillah.Entri yang best!

    p/s gua dah feeling-meeling dah ni.tak bley baca entri pasal pengantin lama…hormonal macam itik.

  6. Dinmatrock Says:

    Kenapa aku tak diajak ek..? Hmmmm… Baru wa tahu wa tak faveret.. Takpe la…

  7. Wa ingat lagi masa najwa nak introduce gf dia ni kat wa.. Masa tu wa nak balik kg. Duit cukup2 jer beli tiket bas. Najwa ni beriya2 sangat.. Wa pun ikutla.. Mak ai.. Nak balik jalan jem la pulak.. Naik bas apa ek.. Bas Sri Jaya ke..dari Subang Jaya ke KL. Dari KL, naik cab ke Hentian Putra.. Dah la kena tipu ngan drebar cab.. Sampai bas dah jalan da.. Terpaksa wa pau Najwa, suruh dia beli tikey bas untuk wa.. Sorry bro, takkan lu nak suruh wa jalan kaki balik kg. Tu la 1st time wa jumpa Zah.

    Yg wa geli hati sgt2 sampai skng.. Najwa ni dalam bas duduk sebelah gua, awek dia duduk sorang2. Lepas kena marah ngan gua barula dia gi duduk ngan awek dia… Sekolah jer tinggi.. Akai… Kwang3x

    • el classico betul tinggal awek dok sorang sorang…hahahaha

      • Psikologi laaa…. bila dia tertanya-tanya naper dibiarkan sorang-sorang, maka dia akan kerap jeling-jeling. Bila dia jeling-jeling, maka dia akan mula mengharap-harap.

        Masa dok mengharap-harap tu la kita tunaikah harpaan dia! Perghhh…! Tambah sayang dia nanti weh! Ekekekekeke…

        Errr… balasan komen ni tak dibenarkan dibaca oleh kaum awek. Khas untuk kaum jantan saja ya… ehem!

    • Tu taktik laaaa… taktik… cet!

  8. Dinmatrock Says:

    Wa dah lama tak jumpa diaorang ni. Zaman sebelum diaorang kawin, zah duduk area sec17 ke 18 ek..? Zaman tu USJ tu hutan lagi.. Sebelah USJ tu lagi hutan..

    Wa paling ingat, masa najwa baru beli moto. Bawa gi umah gf dia.. Mlm bawa round.. Romantik siut.

    Masa tu wa kerja pizza hut ngan mat garn, suprjo.. Najwa tak yah kerja.. Duit dah byk.. Wa jadi rider pizza hut.. So area subang tu tempat w rempitla satu masa dulu..

    • SS18 Subang Jaya la bro. USJ dah wujud ke belum wujud lagi masa tu ek? Atau masih hutan?

      Dan wa memang ingat banget lu merempit pakai motor kompeni sambil bawa peti besar isi pizza tu! Ekekekekekek… Masa tu jalan-jalan Subang Jaya memang lu handal giler! Sebut je area mana, SS mana, lu dengan Garn mesti tau punya!

      Dan di situlah juga, di celah-celah simpang SS18 tu, lu jumpa si dia… jeng jeng jeng…

      • dinmatrock Says:

        yah.. tu dia… kenangan lalu… duduk kat goodyear court.. wa tak tahan duduk ngan makcik wa kat melawati… tu yg lari pegi subang tu..

  9. Sori berlori, agak lewat dan ketinggalan plak I pandang entri ni. So, Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 14 buat U dan ZAIDAH, moga terus berkekalan sehingga selamanya…

    14 tahun, agak panjang masa suka duka dikongsi bersama.. Tabik lah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: