Tentang Lina (Siri 13) – Gadisku

LINA nampaknya macam tak memusuhi aku walaupun aku pegang tangan dia secara hijack tanpa izin hari tu. Setidak-tidaknya tu le yang aku nampak. Harap-harapnya memang betullah dia tak marah. So far dia masih pandang aku macam biasa. Dia masih lemparkan senyuman dia yang amat manis (di mata akulah) macam biasa. Dia masih sudi membalas dengan mesra sapaan aku dengan suaranya yang amat lunak manja. Aku sesungguhnya teramat-amat lega. Terima kasih Lina! Terima kasih sebab tak marah aku.

Tapi kau amat manja duhai Lina. Perawakan, perwatakan, gerak-geri, percakapan, bla bla bla… Pendek kata semua tentang kau di mata aku menampakkan kau amat manja. Agak pelik juga sebab aku tak nampak kemanjaan yang sama bila kau berbicara dengan orang lain. Tapi aku nampak amat jelas kemanjaan dan kelembutan tu bila kau berbicara dengan aku. Kenapa ya? Spesies sesumpah ke kau ni boleh berubah-ubah personaliti bergantung pada dengan siapa kau berkomunikasi? Atau kau memang psycho ada penyakit split personality? Atau… atau… oh… kemungkinan yang berikut ni buat aku berdebar-debar… Atau kau sebenarnya menganggap aku lain daripada orang lain maka kepada aku kau berikan layanan istimewa yang kau tak berikan kepada orang lain? Benarkah? Betul? Betul? Ohhh… Macam mana ni…?

Suatu hujung minggu tu kita orang keluar lagi. Meniti jambatan saluran paip air untuk ke Maluri mengambil bas mini 44. Aku tak ingat ke mana hala tuju kami tapi yang aku masih ingat sampai kini ialah apa yang dia pakai hari tu — Dia tak lagi pakai baju kurung macam fesyen seharian dia ke kelas. Tudungnya berganti skarf hitam bercorak bunga-bunga hitam yang ekornya dililit tanpa terjuntai. Bajunya pun warna hitam dari material kain yang macam kelambu tu tapi sebelah dalamnya kain legap berwarna hitam juga. Nasib baiklah sebelah dalam tu pun bukan macam kelambu… perghhh…! Dan dia tak pakai kain sarung macam selalu. Hari tu dia pakai seluar panjang yang mengikut potongan kaki dia tapi taklah ketat macam seluar jean Kid (ehem… jangan marah hah… eheks!) Dan dia pakai kasut bertapak rata yang kalau tak silap aku warna hitam juga. Lady in black? No… she was not a lady to me. She will always be a girl. A nice, cute, sweet girl.

Menyeberang Sungai Kerayung pagi tu aku tawar untuk pimpin dia lagi. Memang ada waswas dalam hati kalau-kalau dia menolak tapi kemanisan wajah dia pagi tu buat aku tak sampai hati nak biar dia mengatur langkah waspada sendirian meniti jambatan maut tu. Dan Lina sambut tangan aku dengan rela pagi tu. Setidak-tidaknya tu lah yang aku fikirkan sebab semasa aku hulur tangan sambil senyum pada dia, dia sambut tangan aku tu dengan senyuman juga. Manis banget senyuman dia pagi tu. Manis banget!

Dalam bas mini tu aku cuba nak duduk bersebelahan, tapi dah fitrah bas mini di zaman semua orang masih lagi bekerja pada hari Sabtu, jangan haraplah. Lina duduk di kerusi sebelah sana dan aku sebelah sini. Oleh kerana tempat duduk dia di depan sikit daripada aku, maka tak lepaslah mata aku menatap dia dari belakang. Lenggok kepalanya. Lentuk lehernya. Sesekali dia menoleh ke belakang memandang aku sambil tersenyum tersipu-sipu sebelum mengalih semula pandangan ke luar tingkap sana. Entah apalah yang dia tengok kat luar tingkap yang penuh asap, debu dan kenderaan berhimpit-himpit tu. Tak kisahlah. Aku tau hari tu hati aku dah cair sejak mata bertentang dengannya pagi tadi di pintu besar asrama lagi.

Walaupun masa meniti jambatan Kerayung tadi Lina sudi berpegangan tangan, tapi bila kami berjalan seiringan di tengah kota raya, Lina agak keberatan. Aku faham kenapa. Dia segan. Dia malu kalau-kalau kengkawan dia ternampak aksi dia berpegangan tangan dengan aku.

“Biarlah dia orang nak kata apa,” aku kata, membuktikan betapa aku ni seorang… seorang… seorang… well… seorang jantan bongok yang konon nak jaga ego. Hmmm… bodoh tak?

Lina tak berapa melawan, tapi sepanjang kita orang dating tu dia tak pernah mulakan untuk pegang tangan aku. Aku yang selalu menggatal mulakan dulu. Kami ronda Pertama, The Mall, Jalan Masjid India, Central Market, Kota Raya, Cahaya Suria, bla bla bla… Bila lapar, singgah makan. Lepas tu sambung menapak lagi tanpa tujuan. Memang tak ada tujuan. Aku cuma nak berada dekat dengan dia. Tu je yang penting bagi aku masa tu. I wanted to be with her. Aku suka tengok dia — perawakan, perwatakan, bicara, gerak-geri… semuanya tentang dia. Aku suka semua dan segala-galanya tentang dia! Dan aku tak peduli lagi hal dunia bila aku dapat berada dengan dia. Aku tak peduli langsung!

Damn…! Aku tak rasa macam ni pun bila aku pimpin tangan Nani jalan-jalan waktu malam kat Tambak Johor masa kerja part time atas kereta api dulu. Aku tak rasa macam ni pun bila bersembang dengan apa entah nama awek yang aku kenal dalam kereta api tu yang kemudian dating dengan aku kat JB. Aku tak rasa macam ni pun masa keluar dengan Noi sambil makan-makan kat Kelang. Justeru dengan dia orang tu semua ada ketikanya aku rasa macam nak tengking suruh diam bila dia orang bercakap benda-benda yang aku tak minat langsung nak ambil tahu. Kerap juga aku rasa macam nak lempar dia orang ke tepi jalan bila genggaman tangan dia orang makin ketat macam tak mahu lepas sedangkan aku rasa dah makin rimas. Ada ketikanya aku rasa macam nak tinggalkan aja dia orang kat tepi jalan dan aku berhambus balik ke rumah atau lodging kereta api bila aku rasa boring atau penat keluar dengan dia orang. Rasa perikemanusiaan aje yang buat aku tak gamak nak buat tu semua…

Tapi tidak dengan Lina. Tak ada bicaranya yang aku tak ambil perhatian walaupun kadang-kadang memang aku gagal fokus pada topik dan isu sebab teramat leka melayan gerak-geri dan personalitinya semasa berbicara. Tak ada pandangan dan jelingan matanya yang gagal buat aku rasa macam ada suatu panah berdesup menikam aurikel kanan hingga tembus ke ventrikel kiri jantung aku. Tak ada sentuhan walau sekedap mana pun yang bisa menerbitkan rasa rimas pada aku. Tak ada nada dan intonasi suaranya yang buat taik telinga aku cair.

Aku takut sebenarnya. Takut bahawa akhirnya… walau macam mana pun aku nak nafikan… aku sebenarnya dah terjerumus ke dalam satu dunia yang selama ni aku berusaha sangat-sangat nak jauhi — dunia cinta. Oh tidakkkk…!!! Macam mana aku nak reserve ruang hati aku ni untuk Lina W kalau aku dah kecundang dengan Lina H? Maafkan aku Lina W… Aku curang terhadapmu… ohhh… walaupun aku tau sangat yang kau bukan kisah pun…

Tapi… tapi… kejap ek… Tapi kan… aku baru tersedar lagi. Sedar diri lagi buat ke sekian kali — setiap kali aku rasa nak bertempik, menengking, melempar ke sungai, meninggalkan di tepi jalan akan awek-awek yang lain tu semua, ialah sebab pada masa tu bayangan wajah dan diri Lina W datang menjelma dalam kepala dan hati aku. Aku rindu amat pada Lina W masa tu. Tapi bila aku bersama Lina H, Lina W tak pernah menjelma. Biarpun kekadang ada ketikanya aku paksa Lina W menjelma dalam kepala dan hati especially semasa menunggu Lina H bila dia masuk tandas awam atau sementara tunggu dia selesai solat di surau CM atau surau PWTC, Lina W tak datang menjelma sebegitu mudah. Seolah-olah Lina W memberi ruang kepada Lina H mengisi ruang hati yang asalnya aku khaskan untuk dia. Kenapa ya?

Betul ke aku memang sebenarnya dah terjerumus ke dalam dunia cinta? Betul ke? Dengan Lina H? Dengan Lina H ni? Yang apa jua pada dia tak ada satu pun yang buat aku rasa nak menjauhi. Bahkan semakin aku kenang dan ingat Lina H, semakin aku ingin hampir dengan dia. Semakin aku mahu dekat dengan dia. Semakin aku mahu berada di sisi dia. Dan sebenarnya, apa yang aku mahu ialah masuk ke dalam hatinya… Yalah! Masuk dalam hati dia! Bukan faraj dia! Cet…! Kau orang jangan fikir biru-biru kelat tau! Lina bukan gadis macam tu!

Setidak-tidaknya buat masa ni… sementara dia belum sebegitu dekat dengan aku. Sementara aku belum berada dalam diri dan hati dia… Sementara aku belum buat kejahatan paling keji dalam sejarah ketamadunan aku…

Bersambung…

32 Respons to “Tentang Lina (Siri 13) – Gadisku”

  1. Lu berjaya buat wa ingat lu suka kat dia sampai skg.. Tahniah.

    Topik skg.. Kenapa Lina W hilang… 4 bayang elemen..?

  2. akhirnya cik adzam tewas di tangan wanita…..oh cik adzam….

  3. raznul faisu Says:

    Dah baca sampai siri 13, teringin plak nak dengar citer dari version Lina H. Camna dia describe en adzam kita ni..

  4. Dinmatrock Says:

    Mesti dia suker giler kat adzam ni.. Wa rasala.. Bagi pegang tgn, gi jj…

  5. dinmatrock Says:

    tu jer class yg aku masuk n topik yg aku hafal.. tuan professor.

    • Tu je topik yang aku ajar pun… ekekekekeke… Errr… bila ko nak bayar yuran ni…?

      • Dinmatrock Says:

        Ni ke zamam kita kat NCUK..? Ada satu typewriter yg lu letak kat hall..? Ramai2 tulis citer hantu..

        Biul betul.. Semua hero.. Cewah… Aku yg tak reti menulis pun bantai gak… Sebut pasal bantai… Ingat bantal n mat garn n minah suara halus yg wa suka tu.. Ya anis marina..

        • Ekekekekekek… NCUK dimulakna dengan zaman kempen pilihan raya kolej. Dan lu memang bagi wa terkejut katak siot! Dalam ramai-ramai… lu masuk siot! Sumpah wa terkejut katak, kodok, iguana… segala macam reptilialah!

          Tapi wa masih ingat tu mamat “Misi dan Visi”… ekekekekekeke… ekekekekeke… Errr… jap… jap… wa tak ingatlah… apa nama dia ek?

          • Kidmatrock Says:

            Entah.. Wa pun tak tahu masa tu ape kena ngan wa..? Mungkin wa tension sbb boring.. Lu sibuk ngan gflu.. Mat garn pun famus gak shagul ngan cik na yg selalu klu ngan bf dia..”eh shagul tengok gf lu jalan ngan balak dia” kwang3x.

            Klu la gua tahu anak en ghani suka ngan wa.. Kwang3x

          • Jap… choppp! Chopp…! Entah siapa entah ada bagi tau aku suatu ketika tak lama dulu (lebih kurang 2, 3 tahun lepas) yang anak En. Ghani yang tu dah meninggal ek? Aku tak tau le betul ke tak sebab aku tak pay attention sangat pada khabar tu. Betul ke?

  6. kidmatrock Says:

    anak dia yg besar ke yg kecik yg lu suka… klu yang besar tu, wa tak tahu.. last sekali wa cakap dengan dia 20 tahun lalu.. dia siap mengaku yg dia suka yg wa… pilu rasa wa sbb masa tu wa rasa dia suka ngan shagul… ya la wa kutuk berahak ni mana la ada awek suka… kalu betul dia dah meninggal, mlm ni wa rasa wa nak baca yasinla hadiah kat dia.. sebak wa siut..

    • Khabar yang aku dengar tu tentang anak dia yang besar tapi macam aku kata tadi, aku tak amik perhatian sangat tentang khabar tu dan aku tak sure betul ke tak.

      Yang aku suka anak dia yang kecil sebab rambut, body dan muka agak menepati cita rasa especially paha dia, walaupun lengan tak ada bulu roma halus.

      • kidmatrock Says:

        dia sakit apa? klu lu tahu la..sapa cakap ngan lu?

        • Wa memang tak ingat siapa yang bagitau sebab biasanya citer sedih-sedih camni wa tak berapa suka nak ingat. Dan wa memang tak ingat sebab-sebab pemergiannya. Tu pun kalau cerita tu betullah. Tapi yang bagitau tu dah tentu orang yang sama batch dengan kita kat NCUK yang aku terserempak kat mana-mana. May be Mat Garn tahu lebih lanjut cerita ni. Kalau Mat Garn ada kesempatan nanti aku paksa dia cerita (sebab dia sekarang ni terlalulah amat sibuk mengalahkan Presiden Obama. Understandable le kut sebab dia kerja bank dan sekarang dah hujung tahun. Lu pun kerja bank dulu camni kan?)

          Harap-harapnya cerita tu tak betul.

          • Wa biasa jer.. Ingat nak cutila.. Penat kerja.. Kwang3x

          • Ye lorrr… MAHA pun baru habis je…

            Jangan lupa lu punya plan nak buat gathering kengkawan… Aku cuti panjang starting 23 hb sampai hujung tahun.

          • Kidmatrock Says:

            Wa nak kena gi melaka.. Bukan jumpa hg tuah.. Satu lagi projek before year end…SDSI… Company gua jadi event mgr.. So cuti sambil kerjala.

            Mlm tadi wa mimpi jumpa Shahira.. Dia ckp dia ok dan berterima kasih sebab still ingat kat dia after all these years…

          • Aku baru balik dari percutian di Melaka 3 – 5 Nov… eheks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: