Tentang Lina (Siri 14) – Dan Syaitan Menjadi Aku

Mati-mati aku tak nak mengaku yang aku dah jatuh hati pada Lina H. Hidup-hidup aku nafikan yang dalam emosi aku ni dah terbit rasa kasih dan sayang pada Lina H. Aku rasa tenteram dan bahagia bila dia ada di sisi bahkan kalau tak di sisi pun, setidak-tidaknya bila dia berada dalam jarak di mana aku dapat melihat dia — sama ada dalam kelas, di dewan makan, di mana-mana aja, apatah lagi kalau aku memang berada di sisi dia.

Dan pada setiap ketika dia tak berada dalam penglihatan aku, aku rasa resah gelisah. Aku rasa kosong dan sepi. Aku rasa macam dalam hati aku ni ada vakum bak angkasa lepas yang tak berbintang, berbulan dan berplanet mahupun bermeteor atau berkomet. Kosong sekosong-kosongnya hingga angka sifar sebesar saiz planet Musytari pun tak mungkin menggambarkan kekosongan dan kesepian yang aku rasa. Sedangkan Lina H taklah jauh sangat pun. Seberang tanjakan asrama je. Sepelaung je kalau nak panggil macam bebudak lain dok panggil awek dia orang. Pun aku masih rasa sepi dan kosong teramat tanpa dia di mata.

“Tadi, aku dah cium Asiah, nombor kad pengenalan A1448787 (bukan nama sebenar),” dalam nada berbisik Fandi, nombor kad pengenalan A1457877 (bukan nama sebenar) — roommate aku — bagi tau aku semasa kami berdua je dalam bilik malam tu. Terkejut aku sekejap sebab tak percaya orang macam Fandi akan buat perbuatan yang hanya orang macam aku aja yang buat.

“Serius?” aku tanya dia. Mata aku mesti buntang macam mata ikan masa tu tapi aku tak nampak sebab tak ada cermin berdekatan. “Bukan ke kau orang baru je jadi couple tak sampai sebulan?”

Fandi mengangguk pendek. Senyumannya masih terukir tetapi pipi dia merah kemaluan…. errr… maksud aku, merah sebab rasa malu.

“Kau cium… bibir…?” aku teka. Fandi angguk.

Fandi tersengih macam kerang busuk. Aku pula ternganga, pun macam kerang, tapi wangi sikit. Lepas tu aku geleng kepala dengan rasa kagum dan tak percaya bercampur-baur.

“Macam mana kisahnya sampai jadi macam tu?” aku tanya, nak tau sesangat. “Kau minta ke apa?”

Fandi membelingas memandang sekeliling lagi. Nak pastikan tak ada orang lain kat situ. Kemudian dia pandang aku sambil menggeleng-geleng menafikan tekaan aku tadi. Huh? Habis tu? Asiah yang minta? Biar betul?

“Macam mana kau cakap kat dia? Kat mana kau buat kerja tu?” aku tak sabar dah ni!

“Kat bangunan belakang tu. Belakang kedai koop tu. Hujung sana,” dan Fandi sebenarnya memaksudkan blok bangunan kosong berdepan dengan blok asrama microwave kita orang tu. Bangunan tu memang kosong. Sebelah belakangnya lagilah kosong sunyi sepi tak ada manusia nak lalu lalang. Kalau ada couple nak bercium mulut kat situ barang sesaat dua memang tak jadi hal. “Balik tadi kita orang lalu situ. Dia yang tanya sama ada aku nak cium dia… kat situ… kat bibir dia…. atau tak.”

“Ni aku kena belajar ni! Aku nak cium awek kat pipi pun berpenat lelah pujuk rayu, goda-goda, buat janji palsu, tu pun baru dapat pipi aja tau.” Dan bayangan wajah awek dalam kereta api, awek Tambak Johor, awek Kelang bersilih ganti dalam kepala otak biru-biru purple aku masa tu. Wajah Lina H tak terlintas pun. Apatah lagi wajah Lina W.

“Mungkin… ni mungkin ajalah… sebab aku jujur dengan Asiah,” balas Fandi dengan kemaluan yang bertambah… errr… maksud aku, dengan rasa malu yang bertambah. “Aku bukan nak main-main dengan dia. Aku serius dengan dia. Dia pun serius dengan aku.”

Fandi tak boleh nak bercerita lagi. Kemaluannya dah terlalu besar… errr… maksud aku, perasaan malunya dah terlalu menebal.

Tak payahlah cerita apa lagi yang kita orang sembangkan malam tu tentang Fandi dan Asiah yang hanya terhenti bila Kajeng dan Che Nasir masuk ke bilik. Aku pun tak ingat apa lagi sembang antara aku dengan Fandi tentang hal dia bercium tu. Yang aku ingat, ialah kata-kata Fandi tentang dia jujur nak serius dengan Asiah dan Asiah jujur nak serius dengan dia, dan teori Fandi bahawa kepercayaan tentang kejujuran tu lah yang menyebabkan Asiah mahu Fandi mengucup bibirnya.

Sebagai seorang lelaki yang innocent dari perasaan cinta selain daripada perasan cinta bengong terhadap Lina W, konsep nak jadi serius tu tersangatlah asing bagi aku. Setidak-tidaknya masa tu le. Jadi maknanya apa ya? Kalau awek tu serius nak bercinta dengan kita, maka dia akan relakan dan mahu pula nak melakukan aksi yang — pada zaman tu… I repeat… pada zaman tu — dianggap teramat ekstrem untuk dilakukan oleh bebudak sebaya aku masa tu ke? Macam Asiah dan Fandi saling merelakan bibir masing-masing dicium? Tu maknanya Fandi nak serius dengan Asiah dan Asiah memang serius nak dengan Fandi? Tu ke maksudnya? Betul ke?

Kalau betul, maka itu ke dia ujiannya? The acid test? Nak uji sama ada awek atau balak tu betul-betul serius nak dengan kita ialah dengan melihat sama ada dia rela berkucupan bibir ke bibir dengan kita? Really? Sama ke standard of proof antara balak yang rela nak kucup bibir awek dengan awek yang rela nak kucup bibir balak? Sama ke? Dalam kes Fandi, Asiah yang minta. Bukan Fandi. Kalau aku jadi Fandi le masa tu… errr… kejap.. kejap… Asiah memang comel, tapi bukan cita rasa aku. So? Nope… sebab Asiah bukan cita rasa aku, maka in the first place lagi, aku tak mungkin akan mengurat Asiah.

Tapi macam mana kalau kejadian tu antara aku dengan Lina H? Kalau Lina H yang berada di tempat Asiah dan aku berada di tempat Fandi. Dan Lina H tanya aku… well…. sebenarnya yang lebih tepat ialah tawarkan kepada aku untuk cium bibir dia? Macam mana?

Hmmm… pertama sekali, tu mustahil. Aku tahu Lina H. Dia takkan minta aku buat macam tu punya. Berani kerat anulah! Semasa tu, ketika tu, Lina H pasti takkan minta aku buat macam tu. Pasti sesangat!

Kedua sekali… hmmm… kedua apa ya? Aku nak kata bahawa keduanya, Lina H takkan setuju nak cium bibir aku sebab mengikut Fandi, dia dan Asiah saling merelakan berkucupan antara dia orang sebab masing-masing memang serius hendakkan satu sama lain. Serius nak menjalin cinta murni sesama dia orang. Sedangkan aku tak fikir Lina H nak menjalinkan cinta dengan aku. Bahkan masa tu aku tak fikir pun Lina H ada rasa apa-apa pada aku. Mungkin dia layan aku lebih istimewa daripada orang lain (sebab hanya dengan aku aja aku nampak dia manja dan lembut, sedangkan dengan orang lain layanan dia tiba-tiba berubah tak sama) sebab… sebab… Hmmm… Apa ya? Tapi aku tak fikir tu sebab cinta. Mungkin tu sebab… sebab… sebab… sebab apa ya…?

Entahlah… Pernah ke terlintas keinginan dalam hati aku nak kucup bibir Lina H? Well… bibir dia tidaklah termasuk kategori bibir Angelina Jolie. But then again, bibir Nani Tambak Johor, awek kereta api JB, dan Noi Kelang pun jauh panggang dari api bibir Angelina Jolie, tapi ada ketikanya memang aku geram dan terasa kehangatan membara di anggota sulit aku yang mendesak supaya aku temukan dan tenyeh puas-puas bibir aku ke bibir dia orang. Sedangkan dengan Lina H, keinginan tu tak pernah wujud pun selama ni!

Dan bila aku pegang, malah ramas dan genggam tangan Nani Tambak Johor, atau awek kereta api JB, atau Noi Kelang, kehangatan yang meresap dari tapak tangan dia orang akan terus mengalir berdesup ke anggota sulit aku hingga membuatkan dia bangun tidur macam gimnas baru lepas balik kuang atau somersault. Sedangkan bila aku pegang tangan Lina H, kehangatan tapak tangannya masih meresap ke dalam saraf aku tapi ia terus mengalir hingga ke dalam hati lantas menghangatkan emosi aku dengan perasaan yang aku tak boleh nak describe. Well… adalah juga sikit-sikit saki baki kehangatan tu terlencong dalam salur darah yang menghala ke arah anggota sulit tapi tak banyak mencanak-canak le macam dengan awek-awek lain tu. Sedangkan dengan awek-awek lain tu seluruh kehangatan menghala ke bawah tu aje. Tak ada pun yang hinggap ke hati. Tapi dengan Lina H, hampir semuanya bermastautin di hati.

Tapi tu perasaan aku. Perasaan Lina H sendiri aku tak tau. Sumpah aku tak tau. Sama ke dengan perasaan aku? Apa dia sebenarnya perasaan aku ni? Cinta? Betul ke? Betul? Perlu ke aku bermati-matian nafikan lagi?

“Fauzi, nombor kad pengenalan A1767564 (bukan nama sebenar), senior kita tu ajak aku keluar,” kata Lina pagi tu semasa kita orang bersarapan kat Maluri. Nyaris tersangkut ayam sambal nasi lemak kat rengkung aku. Fauzi mana pula ni? Jembalang ke jin ke hantu ke toyol ke apa dia ni?

“Dia minat kat kau le tu,” aku balas dengan lakonan selamba macam gampang. “Bila kau nak keluar dengan dia ni?”

“Aku tolak,” Lina jawab. Aku rasa jawapan dia tu jujur. Aku rasalah… kan? Kan?

“Kenapa?” lakonan aku terus macam gampang.

“Assignment belum siap.”

Alahai… mengharap jawapan lain, dapat jawapan lain. Errr… aku mengharap jawapan apa sebenarnya ek? Eheks… Tu pun nak tanya ke?

“Kesian dia,” aku balas, dan pada masa yang sama dalam hati aku berbisik “Kesian aku juga…”

“Dah banyak kali dia ajak. Memang kesian kan?”

Dah banyak kali??? Walaweh…! Apa pasal baru sekarang aku tahu ni? Dah banyak kali tu berapa banyak…? Dalam tempoh berapa lama sejak bila ni…?

“Aku ingat aku nak jumpa dia malam ni,” Lina sambung. Tiba-tiba aku rasa macam rengkung aku tercekik lagi tapi nasib baik kali ni aku belum suap apa-apa pun dalam mulut aku. Tapi dalam lakonan macho, aku suap juga nasi lemak tu ke dalam mulut. Tetiba nasi lemak yang tadi lazat kini rasa macam daging arnab yang dah basi seminggu.

“Kat mana?” aku tanya. Rasa macam menyesal aku tanya soalan tu tapi aku dah tanya, so tak boleh tarik balik.

“Kafe je,” jawab Lina, memaksudkan dewan makan.

Suwey… suwa suwey kamoning (copyright lagu P. Ramlee). Fauzi (bukan nama sebenar tapi bernombor kad pengenalan A1767564) mana ni? Senior? Budak mana? Budak MARA? JPA? Tenaga? Petronas? Sponsor apa lagi yang ada kat situ? Mydin? Carefour? Tapi dua-dua gudang tu belum wujud lagi masa tu.

Akan hilang ke seorang lagi LINA dalam hidup aku yang macam manusia sesat haluan ni? Tapi, aku akan rasa kehilangan ke kalau Lina H yang hilang? Sama ke nilai Lina H dengan Lina W tu? Sama ke? Betul ke aku dah amat sayang dan kasih pada dia? Betul ke aku — di luar sedar — telah membelakangkan nafsu syahwat aku terhadap Lina H sedangkan aku tak pernah buat macam tu dengan awek-awek lain tu? Maka apa dia sebenarnya yang aku rasa pada Lina H ni? Apa dia?

Dan perasaan aku yang pelik pada Lina H ni pula, Lina H tak ada ke rasa yang sama terhadap aku? Tak ada ke?

“Sebab aku jujur dengan Asiah. Aku bukan nak main-main dengan dia. Aku serius dengan dia. Dia pun serius dengan aku.”

Kata-kata Fandi hari tu terngiang-ngiang. So? Aku pun serius ke dengan Lina H ni? Aku dah sedia ke? Tapi Lina H nak ke serius dengan aku?

Selepas sarapan di Maluri kami meniti jambatan saluran paip air nak kembali ke asrama ketuhar. Seperti biasa (dan sekarang dah biasa), kami saling berpegangan tangan atas jambatan tu supaya aku tak jatuh. Kami berjalan seiringan dan bersaingan antara blok bangunan kosong tu nak menuju ke asrama. Kami berjalan sampai ke pintu pagar asrama. Tapi kat situ aku tahan Lina.

“Jom,” aku cakap pada dia.

“Ke mana?” dia tanya.

“Jomlah,” aku ajak lagi sambil mengisyaratkan agar dia ikut aku.

“Kata nak sambung study sama-sama,” dia kata, tapi aku terus mengisyaratkan pada dia agar ikut aku.

Lina turut juga akhirnya. Aku tunggu dia sampai ke sisi dan kami beriringan. Aku bawa dia ke blok bangunan kosong berdepan dengan blok asrama microwave kita orang tu. Aku bawa dia pergi ke hujung bangunan di mana keadaannya paling lengang.

“Kita nak ke mana ni?” Lina tanya. Muka dia dah lain macam.

Aku tak jawab, tapi terus mengisyaratkan supaya dia ikut aje. Sampai di hujung sana blok, aku berhenti. Lina pun berhenti. Aku berdiri menghadap dia, sedang dia membelakangi dinding bangunan yang kosong tu. Perlahan-lahan aku pegang kedua-dua bahu dia. Aku agak dia akan menepis tapi dia tak buat apa-apa. Dia diam kaku. Cuma riak wajah dia aje menggambarkan yang ada rasa takut, bimbang dan waspada dalam hati dia masa tu.

Perlahan-lahan dan selembut-lembutnya aku tolak dia hingga dia mengundur bersandar ke dinding bangunan. Bila dia dah tak boleh lagi mengundur kerana dah sampai ke dinding bangunan tu, aku diam, tapi kedua-dua tangan masih pegang kedua-dua bahu dia. Lina masih tak melawan. Yang makin jelas ialah ketakutan dan kebimbangan di riak wajah dia. Tiba-tiba hati aku sayu dan sedih melihat riak wajah dia macam tu. Sedih sangat. Tapi aku nekad! Aku nekad pagi tu! Aku nekad selepas dengar Lina akan tunaikan permintaan Fauzi yang entah siapa-siapa tu untuk jumpa di kafe malam nanti.

“Dzam…” suara Lina keluar dalam nada berbisik dan jelas terdengar ia bergetar. Ketakutan hati Lina dah dimanifestasikan di dalam nada suaranya. “Apa kau nak buat ni Dzam?”

Aku tak jawab. Sebaliknya aku rapatkan bibir aku ke bibir dia. Sambil tu aku bersedia untuk terlentang ke belakang dalam keadaan terkangkang yang amat hodohnya kat atas tanah yang rumputnya panjang-panjang tu kalau-kalau Lina tetiba akan menolak aku dengan ganas lalu lari lintang-pukang macam orang gila meroyan. Jangan sampai dia menjerit terpekik terlolong kata aku nak rogol dia sudahlah.

Bibir aku bertaut dengan bibir dia — buat pertama kalinya! Tapi tak seperti yang aku jangka, aku tak ditolak pun sampai terlentang. Aku cuma ditolak sikit aja. Walaupun sikit, tapi tolakan Lina tu keras.

“Dzam…” wajah Lina nampak kompius. Nampak keliru sangat. Sungguh aku rasa sebak macam nak menangis melihat muka dia sebegitu. Aku rasa keji sangat-sangat. Aku rasa kotornya diri aku sangat-sangat. Kenapa dengan Lina aku rasa macam ni bila aku kucup bibir dia? Sedangkan dengan awek-awek yang lain tu… isy… Kenapa ni?

“Dzam… apa kau buat ni…?” suara Lina antara dengar dan tidak kerana dia masih berbisik. Tapi getar dalam suaranya makin ketara. Kedua-dua tangannya yang masih lekap di dada aku akibat menolak aku dengan keras tadi masih lagi keras menghalang tubuh aku daripada mara dekat kepada dia sekali lagi.

Aku tak tau nak jawab apa. Aku sekadar tenung mata dia. Aku rasa nak menangis macam pondan. Buat pertama kali dalam tempoh bertahun aku rasa macam tak ada zakar. Aku rasa aku dah jadi pondan yang baru menjalani pembedahan transvestisme masa tu sebab aku sejujurnya rasa nak menangis melihat wajah Lina sedemikian. Apa yang aku dah buat pada gadis yang tak berdosa ni? Kenapa aku buat dia macam ni?

Tapi rupa-rupanya syaitan dah menjadi aku. Bukan! Bukan kerana nafsu, bukan kerana syahwat, sebab aku tak merasakan kedua-duanya pun ketika tu. Syaitan telah menggunakan kebijaksanaannya menjerumuskan aku sambil menyembunyikan elemen nafsu dan syahwat dengan topeng yang kononnya mulia. Tipu daya syaitan sungguh licik. Perancangan syaitan bermula dari apa yang Fandi dan Asiah buat, langsung kepada pengakuan jujur Fandi kepada aku, lantas mencapai objektif keji rencana syaitan terhadap aku pagi tu. Sungguh teliti perancangan syaitan. Sungguh licik!

Perlahan-lahan dan dengan lembut aku alihkan kedua-dua tangan Lina yang masih keras menahan dada aku dari hampir ke tubuhnya. Mulanya kedua-dua lengan Lina masih utuh menolak. Tetapi tiba-tiba dia mengalah. Aku tak tau kenapa. Aku tak nak fikirkan kenapa. Lalu aku rapatkan semula bibir aku ke bibirnya. Kali ni bibir kami bertaut lebih lama daripada tadi. Dan kali ni ciuman bibir aku di bibirnya dibalasnya.

Syaitan telah menang untuk pusingan permulaan. Dan rupa-rupanya, tanpa pengetahuan aku lagi pada ketika itu, makhluk terlaknat itu akan terus bersorak kemenangan selepas ini… Sial kau syaitan! Sial kau!

Bersambung…

25 Respons to “Tentang Lina (Siri 14) – Dan Syaitan Menjadi Aku”

  1. epic…..

  2. Dinmatrock Says:

    Sialan Fendi.. Muka jer nampak baik… Setan gak rupanya… Kau pun sama Najwa… Sebenarnya wa jeles sbb wa tak dapat… Hu hu hu.. Kwang3x

    • Errr… lu jeles sebab tak dapat siapa ni? Asiah atau Lina…? Alamak!

      • Kidmatrock Says:

        Esah bukan taste wa la.. Lina pun.. Jeeling jer kerja.. Tu la luorang punya kerja romen jer tahu.. Yg geng pergi wayang main korek2 lain.. Yg romen dlm bagunan kosong lain.. Wa rasa wa jer yg inocent.. Rokok tak dam tak pempuan tak main game kekadabg jer..

        • Yang tu betul… Lu jenis layan hal sendiri je dulu. Memula tu ingat lu ni jenis tak boleh buat geng ni. Tapi kat NCUK wa dapat kenal lu. Lu memang best bro! Ekekekekeke… Ni baru betul-betul “Don’t judge a book by its cover”, especially cover yang lu guna… ekekekekeke…

          p/s: Sahabat sejati bukan mudah dicari. Rare species. That includes you, my fren…

  3. Klu dapat skodeng best ni.. Syaitannnn…! Ekor dua ke satu..?

  4. Kidmatrock Says:

    Fendi tu takpe la sbb diaorang brcintan dari sekolah mngh.. Lu baru kenal dah nak romen.. Cit..

    • Huh…? Dia orang memang dah bercintan sebelum tu lagi ke? Aiyooo… Celaka Fandi tak bagi tau aku info tu. Siot! Memang nsiot gampang! Aku ingat dia orang baru kenal time Intensive English atau A-Level je. Patutlah daring semacam je depa selamba comolot! Cet…!

      Sejujurnya perjalanan sejarah hidup Lina dengan aku berkemungkinan besar berubah kalau aku tau tentang fakta ni dulu… agaknya…

      • Kidmatrock Says:

        Sekolah sama klu tak salah wa.. Tapi alevel lepas dua2 tu.. Ke kantoi..?

        • Kidmatrock Says:

          Tula dgn aku tak nak kwan.. Kwan dgn org yg suka mengawan… Kwang3x

          • Karang kalau aku rasa nak mengawan dengan kau karang… haaa… haaa… tak ke payah bebenor situasinya nanti…?

            Lagipun lu masa tu jenis GSB la bro… Geng Sdn. Bhd… eheks…!

        • Tapi wa sure sesangat Fandi kata dia baru couple dengan Asiah tu sejak Intensive English je. Entahlah.

          Wa baru nak tanya soklan yang sama tentang dia orang berdua. Apa jadi ek?

          • kidmatrock Says:

            entahla, Fendi buat law kan.. takde pergi ncuk tu kantoila.. sama macam mat tet..

            wa baru tengok2 jer.. tapi fendi dah sapu.. ada kita punya junior… wa tengok2… dia tengok gua.. dia kirim salam kat gua.. arwah sangkam sapu.. wa ni mat rock mana main awek2 ni.. kononla…

          • Fandi buat law. Tapi aku tak ingat sama ada dia kelas aku atau kelas kau. Dan rasa-rasanya memang tak ada kat NCUK kan? Betul le kantoi kut? Entahlah… Ke, dia bukan buat law? Entah…

          • Dia buat lawla.. Geng ngan dinzai ker..! Tak pun zuraidi.. Kalu tak repeat dia gi aad..esah buat account kut..?

  5. kidmatrock Says:

    terang terang wa cakap ngan lu… tiap ari wa buka site ni tunggu siri baru.. sebab kebanyakannya wa boleh connect (sorry bukan konek)… setengahnya buat wa senyum sendiri.. kekadang wa rasa sebak sbb mcm borak2 face to face ngan kawan lama.

    tak lama lagi wa rasa akan masuk topik ncuk… wa tunggu ngan sabar… masa kat ncuk ni najwa banyak tolong wa.. mat garn pun sama… mana ada kawan yg sanggup lapar sama2… masa tu masak brahim.. wa tahu dia orang mmg ada duit tapi atas dasar kawan sanggup makan brahim ngan gua sbb wa masa tu betul2 sengkek… harap duit biasiswa jer.. parents gua orang kg.. mana ada duit nak bagi..

    • Ni yang buat aku sebak ni… walaupun sebenarnya aku tak ingat benda-benda camtu semua. Benda-benda yang aku rasa aku buat baik ni memang automatik aku tak ingat… serius…

      Tapi ada sikit-sikit benda baik yang aku ingat… eheks… Makan Brahim tu memang aku ingat sebab Brahim aku rasa seronok sangat makan Brahim sama-sama sahabat masa tu… dan Brahim ni pun lazat gak rupa-rupanya… ekekekekeke…!

  6. kidmatrock Says:

    klu lu tak ingat tu maknenye lu ikhlas… wa tabik lu bro..

    • Bukan nak minta puji atau bangga diri, tapi wa memang betul-betul tak ingat. Biasanya aku tersangat ingat benda tak baik yang aku buat, especially yang aku buat pada orang lain. Tapi selain daripada tu, aku memang tak ingat. Lu pernah ingat ke aku tolong sorang pakcik kat Puduraya nak balik mana entah tapi duit dia keciciran. Pakcik tu kata aku orang yang bagi duit kat dia RM10.00 masa tu. Bersama aku ada dua orang lagi jantan — salah sorangnya kurus putih-putih, sorang lagi tembam gelap-gelap. Aku imagine sorang tu lu dan sorang lagi tu Garn. Dia kata ni berlaku lama dulu. Dan pakcik ni bagi tau aku benda ni masa terserempak dengan aku kat depan Ancasa Hotel sebelah Puduraya tu, time puasa bebaru ni. Masa tu aku nak iftar kat Ancasa tu. Dia tahan aku tepi tu dan perkenalkan aku dengan anak dia (apalah nasib anak dia tu jantan… adoi laaa…) Dah besar panjang dan dah beranak-pinak baya-baya kita rasa-rasanya. Dia mati-mati kata akulah orangnya yang tolong dia bertahun-tahun dulu kat Puduraya tu. Sumpah aku tak ingat langsung pakcik tu. Aku sure sesangat dia dah salah orang. Pelanduk dua serupa agaknya.

      p/s: Sebenarnya dalam komen lu dalam entri terdahulu yang lu pau duit wa nak balik kampung lepas kenal Zah sebab lu tak ada duit dan kena tinggal bas tu aku memang tak ingat… ekekekekekekeke…

  7. Berbalik ke novel lu.. Lu silap ari bulan boleh buat porn punya citer..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: