Di Mana Hang Tuah?

Bebaru ni aku ke Melaka. Banyak sangat dengar cerita tentang negeri Melaka semenjak aku kerja sepejabat dengan orang Melaka ni. Tergeraklah hati nak tengok negeri Melaka. Nak cari Hang Tuah.

Cari di Sungai Melaka. Tak ada.

Cari di kawasan binatang. Pun tak ada.

Cari dalam air. Tak ada juga. Yang ada anak-anak ikan segala jenis daripada buntal membawa ke bilis dan tak kurang juga jerung.

Nak cari kat mana lagi? Dalam bilik. Ada ke? Ada ketikanya tak ada. Tapi ada ketikanya, Hang Tuah muncul. Dan akulah Hang Tuah bersama-sama hang yang bertuah sebab aku ada Taming Sari yang sedia menghunus asal tercuit.

Hah! Kalau berani, marilah cuit lagi!

18 Respons to “Di Mana Hang Tuah?”

  1. gua tau sebab apa tak jumpa…
    lu punya baju tulis I LUV BEIJING… tapi lu tak bawak hang li poh…

    • Apa pula tak bawa beb… tuuu…! (Permaisuri beta boleh jadi Hang Li Po, Megan Fox, Mandy Moore, bahkan Lyana Jasmay, Cheryl Samad mahupun Lisa Surihani pada bebila masa… macam Ben-10 tapi darab beberapa kali ganda dan makhluk jadiannya semua cantik-cantik belaka le… ekekekekekekekke… aharks!)

      Permaisuri Manja beta satu-satunya (syyyyyy…! Jangan bagi tau awek lain. Punah reputasi wa nanti!)

  2. bestnye bercuti kat melaka..

    ***melaka raya di waktu siang, neraka raya di waktu malam woo…

  3. Kidmatrock Says:

    Wey bro.. Muka lu cam Hashim Mustapha la.. Soccer lagend kelantan!

  4. Bahagianyaaaa….!

  5. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.

  6. rohizan azmi Says:

    hang tuah akhirnya pergi ke mekah bersama syeikh sultan ismail.. dan meninggal di sana .. wallahualam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: