Tentang Lina (Siri 16) – Lahirnya Emosi Baru

DI MANA kau wahai Lina W bila aku memerlukan? Hmmm… but then again, ada dia kisah? Bukannya dia tau pun selama ni, kan? Aku je sensorang yang perasan dan menaruh hati pada dia dari jauh. Macam orang bodoh… eheks! Tak pernah pun bagi tau dia apa yang aku rasa pada dia. Jadi? Entah-entah sekarang ni dia tengah dating dengan boifren dia… whoever that lucky guy is. Dia kat mana pun aku tak tau. Entah belajar ke, entah buat A-Level ke, entah buat matrikulasi ke, entah buat STPM ke, entah dah kerja ke… may be dah kahwin? Kahwin? No… setahu aku Lina W sorang pelajar yang cerdik pandai masa kat sekolah rendah dulu. Bukan sembarangan murid sekolah tau. Kemungkinan paling besar dia mesti sedang buat matriks untuk ke universiti tempatan. Mungkin juga dia pun sedang buat A-Level atau AAD di kolej-kolej lain. Entahlah…

Dan memang hari tu aku tetiba teringat pada Lina W. Pagi tu. Kenapa ya? Kenapa? Adakah sebab aku bagi tau rakan bilik sebelah — C Nasir (tak ada kena mengena dengan M Nasir) — tentang planning aku nak keluar dating (untuk ke sekian kali) dengan Lina H hari tu? Dan C Nasir pula ialah bekas rakan satu MRSM dengan Lina H sebelum ni? Dan C Nasir bercerita kepada aku tentang usahanya mengurat dan memikat Lina H semasa di MRSM dulu?

Tapi setahu aku dia gagal memikat Lina H. Tak percaya? Sebab dia sendiri yang cakap macam tu. Dia kata pernah ajak Lina H keluar bandar beberapa kali sepanjang di MRSM dulu. Tak pernah disambut pelawaannya. Mungkin Lina H dah ada balak lain kat MRSM tu? Tak juga, kata C Nasir. Lina H maintain solo sepanjang di MRSM dulu. Mungkin dia ada balak lain di luar MRSM tu? Di kampung dia agaknya? Yang bersekolah di tempat lain? Entah… yang tu C Nasir tak tau.

Sebab tu, kata C Nasir, dia agak terkejut dan rasa amat sedih dan kecewa bila Lina menerima pelawaan aku keluar dating dengan dia setiap hujung minggu (ya… memang setiap hujung minggu… Tak percaya tanya Kid… eheks…). Sesungguhnya memang agak kurang asam dan haram jadahlah juga sebab C Nasir tak percaya. Apa dia fikir aku tak cukup tampan dan kacak ke hingga berjaya ajak Lina keluar dating dengan aku sedangkan dia tak pernah dapat? Cet…! Aku pun tak kurang cute dan ayu juga sebenarnya tau. Tak percaya? Sila tanya Permaisuri aku sekarang.

Habis tu kenapa pula disebabkan ni semua — yang semuanya berkenaan Lina H — aku boleh tetiba teringat pada Lina W? Dah sekian lama sejak Lina H muncul dalam hidup aku lalu mengisi ruang hati yang dah berpajak ni Lina W tak pernah lagi muncul, tetiba pagi tu dia muncul. Wajah terakhirnya yang aku tatap semasa sekolah rendah dulu masih jelas. Amat jelas. Setiap kontur pipi, dagu, dahi dan hidungnya. Keningnya yang antara tebal dan tak. Bibirnya yang merah jambu. Kulitnya yang kuning langsat. Rambutnya yang pendek lurus separas bahu. Kulit di pipinya yang… yang… hmmm… tak ada jerawat, tapi macam ada beberapa tompok apa entah… Tapi tetap jelita dan manis ayu gitu. Tanyalah sesiapa saja asalkan sesiapa saja tu jantinanya lelaki. Pasti dalam sepuluh, barangkali hanya 1½ saja yang tak akan akui dia jelita dan cun. Yang baki 8½ tu pasti akan kata dia cun. Setidak-tidaknya bergegar sikit hati dengan keinginan nakkan dia jadi awek kalau pun tak jadi bini. Dan yang baki 1½ tu pastilah sorang buta dan sorang lagi si kemetot yang cintanya ditolak mentah-mentah dek Lina W. Otherwise dia memang dilahirkan secara semula jadi dengan cita rasa yang beruk betina pun nampak jauh lebih cantik daripada Demi Moore (helo… ni standard zaman tu ek… please…! Megan Fox agaknya masih dalam bentuk janin kalau pun tak dalam bentuk spermatozoa yang belum disenyawakan lagi zaman tu okey!)

Kenapa kau tetiba muncul dalam memori aku pagi tu wahai Lina W sedang aku sibuk bersiap sedia hendak menyuburkan kasih dan sayang aku terhadap Lina H? Kenapa Lina? Adakah ni tanda-tanda bahawa pada ketika tu kau sebenarnya sedang ingat pada aku? Isy… apa ke jadahnya pula? Tak logik dan mustahil langsung! Lina W tak ingat pun wajah aku, apatah lagi nama aku. I am a nobody to her.

Jadi kenapa kau tetiba muncul dalam memori aku ni wahai Lina W? Kenapa kau tetiba buat emosi aku terasa seperti basah dan banjir dengan emosi yang aku sendiri pun tak tau nak describe? Kenapa kau tetiba buat aku teragak-agak dengan keputusan aku untuk beri kepada Lina H segala-galanya yang ada pada aku selama ni? Apa sebenarnya tanda yang cuba kau tunjukkan pada aku?

Dan entah kenapa, hari tu dating aku dengan Lina H lain macam daripada biasa. Hari tu entah kenapa aku rasa terlebih-lebih mesra. Senyuman Lina H lebih kerap… dan lebih manis daripada biasa. Wajah dia juga kelihatan lebih manis. Tutur kata dia lebih manja. Lentuk kepalanya lebih ayu. Lenggok lehernya yang terdedah — sebab dia hanya memakai skarf — lebih menawan. Justeru aku rasa hari tu lebih kerap tangan kami saling berpegangan. Dan aku rasa-rasalah (kalau aku bukan sekadar perasan), tangannya lebih ketat menggenggam tangan aku. Bahkan kehangatan tangannya hari tu sangat luar biasa — kerana hari tu kehangatan genggaman tangannya, ditambah dengan kelembutan kulit telapak tangannya, menyerap ke dalam setiap arteri dalam tubuh aku, lalu berasak-asak ke kapilari, langsung berebut-rebut masuk ke dalam emosi, tetapi kali ni tak seperti selalu, kehangatan tangan Lina menjentik syahwat aku sehingga aku merasa teramat ingin — sungguh teramat ingin sekali mendakap kedap tubuhnya dan mencium ketat bibirnya sebegitu lama seakan tak mahu aku lepaskan lagi. Aku seakan mahu dia lemas tercungap-cungap dalam dakapan dan kucupan aku. Aku seakan mahu dia merayu-rayu agar aku perlakukan lebih daripada sekadar mendakap kehangatan tubuhnya dan mencium kemanisan bibirnya.

Barangkali sebab tu agaknya aku jadi lembut dan cair hari tu. Lebih lembut dan cair daripada biasa. Dan… entah ya atau tak… aku seakan dapat rasa bahawa sebenarnya Lina juga lebih lembut dan cair daripada dirinya yang selalu. Dia lebih manja dengan aku hari tu. Bila kami berjalan seiringan (tapi memang sentiasa jalan seiringan pun), tubuhnya lebih kerap merapati dan menyentuh seakan hendak melekat dengan tubuh aku. Lengan kami seakan hendak bersilang membentuk ikatan yang tersimpul mati. Acap kali aku terasa seperti hendak memaut pinggang atau bahunya sambil berjalan seiringan dalam keadaan sedemikian sepanjang hari hingga ke malam.

Dan… pada hari tu… aroma yang menyelimuti tubuhnya, tak seperti selalu, menusuk ke dalam rongga hidung aku sehingga membangkitkan satu macam punya rasa berahi yang jauh berkali-kali ganda ghairahnya daripada apa yang aku pernah rasai dan alami dengan awek-awek lain sebelum ni. Belum pernah lagi aku rasakan berahi yang sedemikian… sedemikian… sedemikian mendesak-desak. Sedemikian meronta-ronta hendak membebaskan diri dari dalam kurungan yang sudah ternampak jalan melepaskan diri. Kenapa ni? Kenapa hari ni begitu amat berbeza?

Aku akhirnya dapat tahu jawapannya. Jawapan tu muncul semasa kami dalam perjalanan pulang ke asrama setelah menyeberangi Sungai Kerayung dalam suasana yang lebih romantis dan lebih indah daripada biasa diselubungi suasana malam yang seakan sunyi dan meletakkan kami berdua dalam dunia yang sungguh terasing. Jawapan tu muncul tatkala kami berdua beriringan dicelah-celah blok bangunan kosong Shamelin sambil menggenggam erat tangan satu sama lain sambil berkongsi kehangatan dan rasa yang tak dapat diungkapkan. Entah kenapa perasaan kami malam tu begitu amat berbeza daripada sebelum ni. Well… at least perasaan akulah. Perasaan dia? Aku rasa sama macam yang aku rasa melihat dari perilakunya yang luar biasa sepanjang hari tu, dan terutamanya malam tu.

Dan rutin kami masih mahu diteruskan. Rutin setiap kali kami pulang ke asrama dalam keadaan sedemikian — sekiranya keadaan mengizinkan. Dan malam tu keadaan dan suasana seakan-akan merelakan apa yang biasa kami nak lakukan — berkucupan. Tetapi ada kelainan malam tu. Malam tu aku tak rasa seperti nak menciumnya sekadar di tepi bangunan sambil bersembunyi di sebalik tiang-tiang bendul bangunan. Justeru malam tu aku terasa mahu mendakap dan menciumnya dengan daya dakapan dan ciuman yang lebih intensif. Aku perlu mendorong Lina untuk masuk ke dalam salah satu unit bangunan yang kosong tu. Aku perlu dorong dia untuk panjat salah satu tangga bangunan yang gelap-gelita itu hingga beberapa tingkat ke atas supaya kami tak perlu risau dan waspada lebih-lebih macam selalu. Aku perlukan tu semua supaya Lina dan aku — kami dapat sama-sama fokus seratus peratus konsentrasi kepada saling mencium dan merasai kemanisan bibir kami berdua, sambil saling menikmati kehangatan tubuh kami berdua dalam dakapan yang sebegitu amat erat seakan takkan terpisah lagi.

Lantas aku nekad buat apa yang dibisikkan dek naluri aku yang semakin sesat haluan. Aku mahu buat apa yang seorang lelaki sejati tak sepatutnya buat. Aku tarik lembut tangannya masuk ke dalam salah satu pintu gelap bangunan kosong yang sunyi sepi tu untuk mendaki tangga bangunan tersebut beberapa tingkat ke atas.

Pada mulanya aku dapat rasakan seluruh tubuh badan Lina kejang tak mahu bergerak. Agaknya dia terkedu. Mungkin dia terkejut. Barangkali dia takut. Adakah dia akan menolak kali ni?

Lantas sekali lagi aku tarik tangannya. Kali ni dia menurut. Tapi sempat juga dia berbisik halus; “Dzam… What are you doing…?”

Aku tak menjawab. Aku tak perlu jawab ketika tu sebab Lina tak melawan lagi. Sedikit pun tak. Dia menurut dengan rela. Kami panjat tangga tu hingga, kalau tak silap aku, tingkat dua salah sebuah bangunan kosong yang gelap-gelita tu. Tangga yang kami panjat tu memang gelap-gelemat. Hanya tapak kasut kami berdengung sedikit dipalun dinding sekeliling yang tak kelihatan dalam gelap.

Kemudian kami labuhkan punggung di puncak anak tangga yang membelok. Lapang sedikit permukaan tangga kat situ dan kami dapat duduk berdua dengan selesa. Tak seperti selalu, kali ni kami berkucupan dan berdakapan sambil masing-masing duduk. Biasanya kami hanya berdiri.

Dan aku tahu malam tu aku dakap dan cium dia tanpa rasa waspada dan keraguan kalau-kalau akan dilihat manusia lain. Kami sememangnya berada di lokasi yang amat tersembunyi. Tiada mata manusia lain yang dapat melihat kami di situ. Lantas suasana tu membuatkan dakapan tubuh dan kucupan bibir kami semakin hangat. Semakin lama. Semakin erat. Semakin ketat. Semakin… semakin… semakin lazat disalut nikmat yang aku pun tak pernah rasai dan alami sebelum ni. Oh… betapa nikmatnya dakapan dan kucupan malam tu… Sungguh amat lazat dan nikmat sehingga… sehingga… sehingga… Sehingga apa ya…?

Bersambung…

33 Respons to “Tentang Lina (Siri 16) – Lahirnya Emosi Baru”

  1. Cissss…! Potong stim betul…

    C Nasir tu cas bagus.. Semua nak sapu.. Sampai skng aku rasa tak puas ati ngan dia.. So klu dia tak dapat lina h tu aku tak heran… Semua dia nak rembat.. Ciss no dua…

  2. Komentar 2: orang 3/4 pun akan kata lina w lawa… Wa sokong..!

  3. napsu punya pasal, momok pon tak pedulik….haha

  4. Momok pun takut ngan diaorang ni…

  5. Sedih, sebab I masih tidak dapat ikut siri LINA ni sehingga ke tahap ini. Tersangkut di siri 10 saja…

    Janji nak copy dan print pun tak terbuat lagi BRO. Kalu ini novel terkini, I tunggu dia publish jer lah…

    • Errr… memang tak best teramat ek siri ni…? Aiyooo…

      By the way, sama ada jadi novel atau tak belum tau lagi. Rasa macam susah mana-mana publisher nak publish disebabkan kandungannya serta naratifnya. Dah sampai siri-siri selanjutnya nanti you’ll see what I meant.

    • Cik zah, apa yg rugi nya? Still boleh baca.. Cuma tak dapat ulasan selarila.. Kwang3x

      • Yang aku risau ni sebab dia tersangkut kat siri 10. Tu siri mukadimah kepada adegan-adegan yang berat sebab siri 10 tu permulaan pegang tangan.

        Aku rasa Cik Azie ni risau ni…

        • risau? kenapa?…

          • Risau dia tak gamak nak teruskan sebab tak gamak nak baca (adegan) yang berat-berat… hehehehehehe…

            No laaa… ekceli aku risau kalau siri novel ni tak best. Lu lain sebab lu boleh visualize apa yang wa tulis sebab lu tau apa yang wa tulis. Lu ada kat tempat kejadian. Kak Azie ni lain. Dia antara pembaca novel paling tajam dan perceptive yang pernah aku kenal. Apa saja pandangan dia tentang sesuatu novel, (aku berani bet) ialah pandangan dan selera majoriti pembaca novel Melayu di Malaysia. Jadi kalau dia kata tak best, maknanya rata-rata pembaca novel Melayu Malaysia pun akan berkata yang sama.

            Got what I mean?

          • Kidmatrock Says:

            Bro, why not buat this one your pet project.. Persetankan pembaca2 dan guideline2 yg menyempitkan… Tulis apa yg lu rasa… Yg lain punya project tu buatla secara komercial.. Cuma yg ni lu boh sajala… Tulis dari hati..

          • Plan aku sebenarnya nak buat dua separate version — blog version (which is this one, dalam siri) dan published novel version (which aku nak olah dalam bentuk 3rd party narartive.) Tapi belum decide dan finalise lagi.

          • Kidmatrock Says:

            Bagus tu.. Komersial version n versi kawan2… Mcm directors cutla klu filem..

          • Yup… that’s the plan… tapi… planning and implementing are two different issues la bro. Nak implement tu boleh buat aku tak berak sebulan tau… eheks…!

  6. apa agaknya feedback lina h masa tu.. seronok sgt ke dapat romen ngan bf..? dengan siapa dia cerita..? apa rasa dia bila klua ngan bf… lepas tu klu jumpa wa, garn kena senyum sinis…?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: