Muka Depan

Sambil scanning through akhbar-akhbar hari ni, terserempak dengan laporan dalam Harian Metro ni—

Hakim syariah bersekedudukan
Oleh Idris Musa

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam…

Harian Metro letak laporan ni di muka depan. Kenapa di muka depan ya? Sebab yang ditangkap tu hakim syar’ie ke? Aku agak-agak hakim ni bertugas di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang sebab laporan tu sebut dia bertugas di salah sebuah mahkamah di utara Semenanjung dan yang memberkasnya di rumah dia ialah penguatkuasa agama Pulau Pinang.

Tapi… again… kenapa berita ni jadi berita muka depan ek…?

16 Respons to “Muka Depan”

  1. Kat muka depan la orang nampak dulu…

    *Ada beberapa jawapan dlm latest entri I….

  2. marketing bro..

    baru hip..

  3. hakim jua mempunyai telo!

    • wartawan juga mengaibkan agama gua.. lu… dan kita semua… secara telus…

    • Biarlah hakim tu jaga telo dia sendiri… Wa tak mau orang lain jaga telo wa kecuali dia tu bini wa… eheks…

      Kalau hakim tu berzina dan negara ni mempraktiskan undang-undang jenayah syariah hudud, maka letaklah berita tentang hakim tu di muka depan akhbar SELEPAS dia disabitkan bersalah oleh mahkamah undang-undang syariah, bukan sebelum. Yang tu takkan mengaibkan agama, insya-Allah…

      Tapi kalau jenis tangkap orang tak puasa dan masukkan dalam kereta mayat arak sekeliling bandar SEBELUM dibicarakan di mahkamah yang selayaknya, samalah macam siar di muka depan berita hakim ni ditangkap khalwat.

      Wallaahu a’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: