Tentang Lina (Siri 18) – Bukan Perahu Yang Terlajak

TERLAJAK perahu, terlanjur kata; Terlajak nafsu, terlanjur noda. Cewah…! Pantun? Bukan. Peribahasa? Hmmm… bukan juga rasa-rasanya. Dah tu apa dia? Apa-apa ajalah Labu… Asalkan kau bahagia.

Tapi bahagia ke? Entahlah. Dah tahu erti cinta (ya ke aku dah tahu erti cinta?), sekarang aku meraba-raba pula nak tahu erti sebenar BAHAGIA. Orang kata cinta tu membahagiakan. Kata oranglah… bukan kata aku. Aku kata, kalau bahagia memanjang tu bukan cinta. Tu gila namanya. Tak waras. Sewel. Biul. Sebab tu tempat tinggal yang layak dipanggil hospital bahagia. Tak gitu?

Jadi apa dia BAHAGIA ni sebenarnya? Semua orang cari bahagia, kan? Tapi tak semua orang jumpa. Sesetengahnya pula dah nampak bahagia depan mata tapi tangan tak tergapai. Sesetengahnya pula — dan ni memang kes kronik paling bangang — bahagia tu dah memang depan mata. Menunggu masa untuk digapai, dipegang dan dipelihara baik-baik, tapi punyalah buta perut dan buta hati, boleh tak nampak bahagia yang tercongok depan mata tu! Adoi laaa… Bodohnya… Dan apalah nasib… Aku adalah salah sorang yang bongok sedemikian…

Tak cukup ke Lina melayan aku lebih istimewa daripada dia melayan orang lain? Tak cukup ke Lina begitu mahu dan hendak menyentuh dan menggenggam tangan aku? Tak cukup ke Lina sudi mendakap dan memeluk erat tubuh aku? Dan tak cukup ke Lina sedemikian rela dan ada kalanya berkehendak mencium dan menikmati kemanisan bibir kami bertaut? Tak cukup ke Dzam…?

Bodoh dan tamak rupa-rupanya aku. Yalah… pertama kali kenal cinta. Macam Red Indian zaman Presiden Abraham Lincoln diberi Ferrari. Umpama monyet diberi nasi kerabu. Sebegitu tamaknya aku hingga aku sanggup menurut dengan patuh segala perintah syaitan ketika tu. Bodoh! Bangsat! Aku lupa ke yang aku ni lelaki? Lelakilah bahlul! Lelaki yang sepatutnya memimpin wanita ke arah yang mulia. Ke jalan yang lurus. Ke jalan yang benar. Bodoh bahlul! Lelaki spesies apa yang berbuat sebaliknya?

Dan hari tu ialah harinya di mana syaitan bersorak kemenangan sambil pasang bunga api dan potong kek buat party buat kali yang entah ke berapa. Secara rasminya aku bertanggungjawab menjadi ejen syaitan dalam menyesatkan diri sendiri dan orang yang paling, paling, paling amat aku kasih dan cinta ketika tu — Lina… Kalau perahu yang terlajak, memang boleh diundurkan. Kalau kata yang terlanjur, sekurang-kurangnya maaf masih boleh dipinta. Kalau nafsu yang bertakhta, alamat kecundanglah iman. Terjerumuslah bersama iblis dan syaitan ke neraka… Ya Tuhan… sungguh aku teramat jahil… Moga Kau ampuni segala dosa-dosa aku yang teramat hina lagi keji… Hina dan keji teramat…

Hari tu melakar sejarah hitam. Sesungguhnya aku tak ingat macam mana boleh jadi macam tu. Sumpah aku tak ingat. Yang aku ingat, ialah prosesnya bukan sekali. Bukan dua kali. Berkali-kali. Berkali-kali aku mencuba di lokasi merata-rata dalam kota raya metropolisetan Kuala Lumpur ni. Berkali-kali di segenap ceruk dan jalan di mana tersergam bangunan yang membenarkan kami menghuni. Yang favourite dah tentu betul-betul di pusat bas ekspres tersohor ketika tu. Menghabiskan masa berdua (dan tambah seekor lagi makhluk durjana yang tak kelihatan) dengan sebegitu intim antara kami berdua hingga tiada hijab lagi di penglihatan mata kami antara aku dan dia. Tapi ke semuanya tu sekadar cubaan yang tak berjaya disebabkan masih ada saki baki perasaan tulus dan ikhlas atas nama kasih dan cinta aku kepada dia Lina. Perasaan yang masih utuh teguh membenamkan kehendak syahwat yang mengasak naluri aku bertalu-talu umpama kompang yang dipukul tatkala mengarak pengantin ke pelamin. Berkali-kali cubaan tu berjaya aku bendung dengan kekuatan hati yang menepis kekecewaan digantikan dengan kasih sayang teramat kepada Lina yang terus tersenyum di sisi.

Namun akhirnya, alang-alang menyeluk pekasam, terseluk juga sampai ke dalam. Akhirnya aku jadi seorang peragut yang paling hina dalam dunia. Peragut yang paling bangsat. Aku tak peduli kalau pun diberikan alasan bahawa Lina sendiri yang sama menyerahkannya dengan penuh kerelaan tanpa paksaan. Persetan dengan alasan tu! Bukankah kehendak Lina yang merelakan tu sendiri menunjukkan bahawa aku seorang lelaki yang paling amat tidak bertanggungjawab? Hendak bersuluh apa lagi dalam terang-benderang?

Dan yang aku ingat ialah — setelah berkali-kali dalam cubaan sesama rela merelakan — ia akhirnya berlaku di Kuantan. Pada hari Lina kembali ke MRSM untuk mengambil skrol SPM. Berbondong-bondong mantan pelajar MRSM Kuantan kembali ke alma mater mereka. Di antaranya menginap di hotel yang pada masa tu bernama River View Hotel. Aku rasa nama tu dah berubah sekarang. Sama sekali tu bukan kenangan manis bagi aku. Sama sekali bukan. Dan pengalaman di lokasi lain sebelum tu? Definitely satu sejarah hitam yang aku tak pernah sangka terlakar juga dalam lembaran riwayat hidup yang tak mungkin boleh dipadamkan walau dengan setangki Liquid Paper sekalipun!

Masa tak boleh diundurkan. Sejarah tak boleh diubah. Kalau boleh, akan aku undurkan masa dan akan aku ubah semua kejadian agar kita tak pernah ketemu. Akan aku ubah agar kita tak pernah kenal. Akan kembali ke zaman Intensive English IELTS dan menghalang diri aku daripada mengurat kau masa tu. Barangkali akan aku undurkan masa ke zaman SPM dan menggagalkan diri aku supaya aku tak perlu pijak pun premis Taman Shamelin tu! Sungguh akan aku buat!

Mujurlah Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang, dan insan tak boleh berputus asa mengharapkan keampunanNya… Ampunilah aku ya Tuhan… Ampunilah… Ampunilah… Segala puji-pujian bagiMu yang menjadikan dosa sesuatu yang diletakkan di bawah kuasa mutlakMu. Darah Lina yang mengalir pada malam tu adalah darah pekat yang membuak-buak daripada luka hati aku sendiri sebenarnya…

Lina… Lina yang comel dan tak berdosa… maafkan Dzam… maafkan Dzam dunia dan akhirat setulusnya…

Bersambung…

30 Respons to “Tentang Lina (Siri 18) – Bukan Perahu Yang Terlajak”

  1. papa jahat….

  2. Kidmatrock Says:

    Wa kecewa ngan lu bro… Lu jahat.. Peragut.. Pencopet.. Perodua..

  3. So apa topik lepas ni… Nikmat kali pertama bersangama dng lina.. Detail ke?

  4. Wa tak ingat pulak gi sekolah gua ambik sijil… Nape ek? Bulan brp? ada kut… Ala tak significant sangat kut..naik bas gi kb, naik bas ke pc.. Masuk sekolah.. Salam yg mana patut.. Ambik sijil blah.. Wa bukan fames..

  5. Kidmatrock Says:

    Lu nak bertenggek atas budak exkuatagh.. Siut jer..

  6. Ni wa rasa salah satu turning point untuk siri ni.. Adakah betul si jantan ni insaf.. Ataupun mcm taubat sambal belacan.. Masa pedas tu sumpah tak mahu makan lagi.. Lepas tu…

    Wa rasa simpati dgn hero.. Tapi kita tunggu apa akan jadi selepas ini.. Klu taubat sambal belacan.. Simpati penonton boleh jadi benci..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: