Pandanus Gāst

Daun pandan ni harum, kan? Sangat harum lagi mengharumkan. Dalam masakan supaya masakan, dalam rumah,  bilik tidur, kereta, almari, bla bla bla…  Semua orang suka bau pandan, kan? Ada ke orang yang tak suka sampai muntah hijau coklat violet bila terbau aroma daun pandan ni? Entahlah… tapi macam tak logik pula kalau ada.

Tapi macam mana kalau bilik tidur kita semerbak berbau daun pandan, macam bilik tidur aku sekarang ni? Sejak tadi berbau pandan. Best, kan? Bagi hidung aku yang lubangnya tak le sebesar Director Ahmad Nisfu punya ni, bau pandan dalam bilik tidur boleh buat aku tak tidur dan memaksa rakan sekatil tak tidur sama… eheks! Best stim tegang gitu. Tapi, masalahnya ialah tak ada siapa pun orang dalam rumah ni yang letak daun pandan dalam bilik tidur tu. Tak ada sesiapa pun! Jiran rumah sebelah tak ada, sebab balik kampung. Pokok pandan kat belakang rumah letaknya di sebelah berlawanan dengan bilik tidur dalam jarak yang agak jauh. Bila pusing bahagian luar rumah di bahagian letaknya bilik tidur tu, tak ada pun bau daun pandan kat situ. Bau taik kucing jiran belakang yang kucingnya selalu buat lintasan hormat kat rumah aku tu ada le. Tapi tak ada bau daun pandan.

Dan yang berbau semerbak daun pandan cuma dalam bilik tidur aku. Daripada empat bilik tidur tu, hanya bilik tidur aku. Tetiba je semerbak ada bau sejak petang tadi. Dan ni bukan kali pertama berlaku. Pernah berlaku macam ni sebelum ni. Biasanya sehari dua bau tu semerbak kemudian tetiba hilang.

Errr… ada apa-apa hantu atau makhluk luar tabii dalam mitos mana-mana etnik yang berkaitan dengan daun pandan ke?

14 Respons to “Pandanus Gāst”

  1. hantu kak limah kot…

  2. ari tu lu kata pasal musang kat siling kan?

    maybe itu bau musang pulut…bau dia macam pandan

  3. Lagi satu.. Benda ni bagus untuk halau lipas.. So letak sikit dlm drawer sepender yg banyak lipas tu.. Kwang3c

    • Tapi kena berhati-hati jangan letak daun pandan yang ada ulat bulu dalam drawer spentot. Takut ada antara ulat bulu tu sedang meneroka spentot tanpa disedari lantas spentot disarungkan ke celah kangkang… eeeeeeiiiiii…!!! Ngeri siot!

  4. musang pandan. confirm. yang bau pandan tu ialah kencing dia tau! serius nih.

    • Yup… Rasa-rasanya memang kompem le tu. Pagi tadi dah tak ada bau. Tapi lepas ni mesti akan bau semula bila dia jadikan siling bilik tu sebagai public toilet dia sekali lagi… adoi laaa…

  5. baru sebentar tadi kejadian yg sama berlaku kepada kami sekeluarga. terpaksa search kt internet psl musang pandan. fikiran mula berfikir yang mistik2..sbb kebetolan suami sedang dilanda penyakit mistik.. think positif… rasanya mmg musang pandan yang kencing kt bilik loteng dan air kencing nya jatuh ke lantai bilik… bau pandannya mmg giler2punya…semerbak, meremang bulu roma sekejapan…. esok nkbuat operasi menyelidik dari mana datangnya air dan bau tersebut.

  6. hai guys..sy baru smlm cium bau semerbak pandan yg sgt kuat..ms tu anak n suami dh tdo..sy kuar umh cri mn dtg bau tu tp yg peliknya hanya bilik saya jer bau pandan..kt tamu,kat dapur x der plak..n sj hidupkn kipas kt bilik bg bau tu kuar tp bau ttp kt bilik tu..npe yer?org kt bau wangi..bagus n x apa yg perlu tkut lainlh kalau bau busuk..
    tp pg ni bila smpi office sy demam..seluruh bdn bergegar..n cuma mkn panadol dh ok skit..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: