Tentang Lina (Siri 22) – Dewi Yang Bukan Lina

NCUK ni gapo dio? Entah… yang aku tau cuma NCUK tu penyingkatan ‘The Northern Consortium of the United Kingdom’. Apa benda tu semua kau orang cari sendirilah kat Wikipedia ke haper ke. Dalam zaman internet ni pun tak reti-reti nak cari maklumat sendiri ke? Cet…! Tapi yang aku boleh katakan tentang NCUK ialah bagi mana-mana penuntut yang baru masuk alam universiti, NCUK ialah fasa perubahan dalam kehidupan. NCUK ibarat tahun pertama alam universiti. NCUK ialah peringkat di mana seorang remaja melalui proses menjadi dewasa yang sempurna. NCUK ialah peringkat di mana akal fikiran mula mencari jalan menjadi dominan untuk mengatasi kehendak emosi. NCUK ialah peringkat di mana aku belajar apa erti rasional.

Lina dan aku masih lagi sepasang kekasih yang teramat intim semasa di situ. Kami masih sambut hari lahir masing-masing, Hari Valentine, hari Sabtu dan Ahad dan kekadang hari cuti umum bersama-sama secara yang sangat intim lagi memberahikan… ehem… Kami masih keluar dating. Masih sesekali makan bersama. Masih bergilir-gilir membelanjakan duit elaun bulanan biasiswa untuk ke ‘Hankyu’ dan ‘Jaya Jusco’. Buat apa yang orang lain buat dan juga apa yang orang lain tak buat. Biasanya petang-petang kami akan cari masa untuk berjalan-jalan sekitar seksyen 6 Shah Alam tu sambil kemas kini apa-apa info terbaru tentang kami berdua yang selalunya bertukar menjadi sesi kemas kini info tentang gosip kengkawan… eheks! Eloklah juga sebab dari situ aku dapat tau tentang balak (terbaru) kengkawan dia.

Kat NCUK aku kenal dengan kengkawan baru, dan tak kurang juga awek baru. Dan di NCUK juga aku berkawan baru dengan orang lama — student yang sekolej di asrama ketuhar A-Level dulu yang aku tak pernah kenal atau kenal dari jauh aje, kat NCUK ni dah jadi sahabat paling dekat — Garn, Kid, Shagul — dan sememangnya NCUK ialah peringkat aku lalui perubahan dalam hidup, belajar erti rasional, dan mula nak jadi dewasa sambil baru belajar nak berfikir sebab selama ni aku kompius antara berfikir dengan berdikir… eheks… Aku makin faham erti persahabatan. Dan… yang paling signifikan bagi aku masa tu ialah… aku rasa aku makin faham erti ‘percintaan’.

Mungkin sebab aku makin faham erti ‘percintaan’ maka aku dapat rasa satu kelainan dalam hubungan aku dengan Lina masa tu. Apa yang aku rasa ek?

Jarak. Yup… aku rasa macam ada jarak invisible antara Lina dan aku. Bukan jarak daripada bentuk fizikal sebab secara fizikal kami masih macam biasa — kalau tak takkan masih ke ‘Hankyu’ untuk aktiviti lazat ‘Jaya Jusco’, kan? Yang aku rasa berjarak ialah dari segi emosi. Dulu semasa di A-Level, aku rasa aku sayang habis pada Lina, di NCUK ni aku masih lagi rasa yang sama. Cuma… cuma… Hmmm… Apa ya? Entah. Sebenarnya aku tak tau apa dia yang aku rasa pada Lina masa tu. Aku tak reti nak describe pun. Bukannya sayang aku tu makin kurang, cuma aku rasa sayang aku pada dia tu macam tak kena. Ada yang tak kena. Ada yang macam tak betul. Tapi aku tak boleh nak pastikan apa dia yang tak betul tu.

Walaupun aku masih bercinta dengan Lina, pada masa yang sama aku masih terasa macam ada hati kat awek lain — Awek Lone Ranger, Mariza, Fa, dan… Tan. Tan ialah seorang amoy. Cina. Comel banget! Muka dia macam aktres Korea. Body dia… perghhh…! Dan oleh kerana cita rasa semula jadi aku memang gemarkan amoy atau awek muka ala-ala amoy, maka Tan sudah jadi numero uno dalam senarai sekarang. Believe it or not, Lina dah jatuh entah nombor ke berapa.

Dulu, di A-Level, malam sebelum lena, teman imaginasi aku ialah Lina dan hanya Lina semata-mata. Ibarat melayan lagu Ari Lasso ft Bunga Cinta Lestari ‘Aku dan Dirimu’ (lagu ni belum ada lagi masa tu, jadi aku layan lagu Phil Collins ‘Groovie Kind of Love’, dan lagu Jepun bermelodi klasik yang sungguh syahdu amat yang aku tak reti nak sebut judulnya). Tapi di NCUK, teman imaginasi malam sebelum lena aku bukan lagi semata-mata Lina. Bukan! Oh… kenapa ya? Habis tu siapa? Tan? Kadang-kadang. Awek Lone Ranger? Hmmm… rasa-rasanya macam tak pernah. Mariza? Selalu juga, tapi tak clear macam tonton TV tak pakai spek mata. Wani kereta api? Sekali pun tak masuk jadual siaran. Lala? Hmmm… nak juga, tapi macam Wani, pun tak masuk jadual siaran. Azlina W? Hmmm… apa jadi dengan Lina W ni ek? Rasa-rasanya aku dah terlupa langsung pasal dia sejak asyik maksyuk khayal stim dengan Lina H. Habis siapa yang kerap?

Yang kerapnya ialah gadis yang satu tu. Gadis kereta api tu. Kenapa ya? Kenapa dia? Sudah gila bangau ke aku ni? ‘Gila bangau’? Gila bayang + angaulah!

Barangkali betullah kata Gafaro — ini adalah fenomena cinta tak kesampaian. Cinta tak kesampaian = kekecewaan dan kehampaan. Kekecewaan dan kehampaan ialah sesuatu yang aku sentiasa ingat. Susah nak lupa. Memang perangai aku gitu. Tak tau kenapa. Lagipun aku rasa gadis kereta api yang satu tu tak layan aku. Ada pendinding. Mungkin balak dia pasang. Takut kena kebas. Yalah… kalau gadis yang satu tu awek aku, aku pun sanggup buat apa saja untuk pastikan dia tak dikebas orang! Gadis semanis dan secantik tu — yang kecantikannya diakui sendiri oleh perempuan lain — mana boleh biar terlepas disambar mambang dan buaya beb!

Tapi aku masih layan Lina yang aku sayang tu macam biasa — kekadang belai, kekadang tengking, kekadang benci, kekadang rindu, kekadang geram, kekadang sayang, kekadang macam nak naik tangan kaki, kekadang naik (atas) badan bila naik anu, bla bla bla…

Tapi tu semua tak bawa apa-apa perubahan pada emosi aku terhadap Lina. Macam graf yang mengukur kandungan air dalam tempayan. Bila dah penuh, graf tu jadi flat, jadi rata. Masalahnya tempayan ni macam kecil sangat pula aku rasa. Kenapa graf ni tak mahu naik lebih tinggi walaupun ehem-ehem lebih kerap naik makin tinggi bila dengan Lina ni? Apa dia jembalang yang dah merasuk aku sampai emosi aku terhadap insan comel yang aku kasihi sangat-sangat ni berubah macam Transformers daripada lebih cinta kasih kepada lebih nafsu syahwat ni…???

Jadi masih layak ke aku anggap Lina sebagai Dewi dalam hidup aku? Dan dia pula bagaimana? Masih ke aku ni kepada dia sebagai kekasih yang dicintai dan dikasihinya sungguh-sungguh? Masih ke? Macam mana aku nak tau ek? Dan patut ke aku bagi tau dia apa yang aku rasa terhadap dia sekarang? Patut ke…?

Bersambung…

25 Respons to “Tentang Lina (Siri 22) – Dewi Yang Bukan Lina”

  1. bukan ke lelaki akan alami satu masa yang mana dia pon tak tau apa masalah dia..

    dia mula berubah dengan alam sekeliling dan dalam perhubungan…

    mencari sesuatu yang baru dalam hidup….

    ***ala ala mid age krisis

    • Mid age crisis tu ialah disebabkan gatal miang. Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kata lelaki ni gatal miangnya bermusim — pada usia 20 tahun, kemudian 40 tahun, kemudian 60 tahun, kemudian (kalau masih panjang umur) 80 tahun… bla bla bla… setiap 20 tahun lagi dan lagi dan lagi…

  2. Gila bangau… Klakar gila..

  3. apakah nilainya sekerdip kenyitan
    kalau bersepah ditengah jalan, oh yeah!
    mahal harga sekuntuman senyuman
    mahal lagi kalau menyimpan perasaan
    cinta hati cinta sejati
    kalau dijaga memang tak rugi
    kalau dibiar jadi murahan boleh
    dibeli tanpa keikhlasan
    cinta buatan malaysia
    cinta yang bahagia sepakat sekata sehati sejiwa
    cerita barat ditelevisyen jangan kita jadikan fesyen , oh yeah!
    cumbu rayu ditepi jalan ditangkap basah tak cukup makan

  4. LELAKI GATAL TAK KIRA UMUR…UMUR PANJANG @ UMUR PENDEK

  5. Kwang3x

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: