Tentang Lina (Siri 24) – Suci Dalam Debu

SUCI Dalam Debu ialah judul lagu kumpulan Iklim yang popular ketika tu. Bukan iklim cuaca tu lah! Ni kumpulan muzik yang tak taulah nak masukkan dalam kategori rock atau kategori stone. Lagu tu lagu jiwang dan memang aku suka banget lagu tu. Sebabnya lagu tu mengembalikan memori aku kepada sorang gadis yang amat cantik dan manis teramat. Gadis yang acap kali hadir dalam imaginasi aku bila aku mengelamun sorang diri sebab Lina H tak panggil-panggil aku, bila aku tenung ke luar tingkap semasa anak dara Encik G tak melintas, bila malam sebelum lena. Dan bukan… gadis yang datang bertandang tu bukan Lina W. Bukan Mariza, Fa, Tan, Awek Lone Ranger. Lina H? Hmmm… kekadang memang dia yang datang. Tapi bukan dia yang paling kerap.

Yang paling kerap ialah gadis yang satu tu, yang kerja kereta api tu. Gadis yang Dila sendiri kata cantik dan manis tu. Kenapa dia? Entah… aku pun tak tau… Sejujurnya aku tak tau. Kenapa dia ya? Siapa dia ni yang berjaya menenggelamkan Lina H? Bahkan hampir berjaya melupuskan idola gadis idaman aku selama bertahun — Lina W. Siapakah kau sebenarnya wahai gadis jelita? Kenapa kau bercinta dengan TC dari Kelantan tu (ya, aku akhirnya dapat tahu siapa gerangan identiti TC tu). Kenapa kau tak pilih aku yang lebih muda daripada TC yang pakai baju macam polis dan songkok macam askar tu sayang…? Kenapa…?

Dan lagu Suci Dalam Debu’ ialah lagu yang paling kerap berkumandang di corong pembesar suara stesen kereta api KL semasa aku menunggu tren si gadis tiba dari Butterworth, mahupun semasa aku memerhati tren si gadis berangkat meninggalkan stesen KL. Ya, memang semasa di NCUK lagu tu dah boleh dianggap dah melepasi zaman popular tapi lagu tu melekap dalam hati dan emosi aku disebabkan gadis yang satu tu. Walaupun hampir (hampir, tapi tak selalunya) setiap malam aku dengar kaset pemberian Lina H sejak A-Level tu yang mengandungi macam-macam lagu di dalamnya termasuk lagu Jepun yang aku tak tahu nak sebut judul tu, lagu stesen kereta api tu juga yang melekap dalam jiwa. Begitu subur jiwa aku disirami perasaan yang aku tak reti nak ceritakan.

Memang agak kerap aku saling bertukar lagu dengan Lina H sejak kami di A-Level. Kebanyakan lagu yang dia berikan ialah lagu Inggeris. You know… English songs… eheks… Dan aku? Aku bagi dia lagu Melayu aje. Cita rasa aku pada lagu Inggeris tak berapa sangat. Ada dua tiga potong aje lagu Inggeris yang masyuk dan layan. Antaranya ‘Groovie Kind of Love’ oleh Phil Collins. Lepas tu lagu… lagu… hmmm… ada dua tiga lagu lagi daripada Jason Donovan… errr… siapa lagi entah… tak ingat. Tapi yang paling aku suka cuma lagu Phil Collins tu. Sampai sekarang aku suka lagu tu. Dan bagi aku hanya lagu tu lah satu-satunya lagu nostalgia aku dengan Lina. Sememangnya lagu nostalgia aku terhadap dia. Bahkan sampai sekarang pun bayangan wajah awek manis yang pernah aku kasih dan cinta amat tu akan terbayang sekejap-sekejap kalau terdengar lagu tu.

Maka setiap kali emosi aku terdorong kepada selain daripada Lina, aku akan ingat saat dan ketikanya Lina berikan aku lagu tu. Lagu tu akan berkumandang dalam kepala aku. Suasana malam yang agak syahdu dari sunyi di kafe Taman Shamelin akan kembali memenuhi kepala aku dihiasi keharuman dari bunga-bunga cinta dan kasih sayang aku terhadap Lina. Barangkali sebenarnya jauh… tersangat jauh dalam lubuk hati aku yang paling dalam ni, aku sebenarnya sangat cinta dan kasih kepada dia. Entah kenapa semasa cuti A-Level aku berlaku curang secara fizikal dengan awek-awek lain, walaupun sikit pun aku tak menaruh rasa pada awek-awek tu semua.

Dan entah kenapa, walaupun aku cinta dan sayang kepada Lina, aku melayan dia ibarat kasut. Aku tak reti hargai dia. aku tak reti hargai perasaan dia. Aku tak reti hargai jiwa dan cinta dia serta pengorbanan dia terhadap aku selama ni. Dan semasa Lina berikan aku lagu ‘Super Woman’ oleh Karyn White, aku tahu dan sedar teramat yang Lina sebenarnya menyampaikan satu mesej yang amat jelas kepada aku — dia tak larat dan tak terdaya malah mungkin tak sanggup lagi melayan aku sebagaimana aku demand daripada dia selama tu. Sememangnya aku sedar sangat-sangat. Tapi… Well… benarlah bahawa sebenarnya Lina H ialah pengalaman pertama aku bercinta. Aku tak tau apa itu cinta dan aku tak tau nak kendalikan cinta.

Sejujurnya hampir setiap kali aku mendengar dan menghayati lagu Karyn White ni bersendirian, air mata aku menitis mengenangkan apa yang dah aku lakukan pada Lina. Hanya dasar ego lelaki sahaja yang jadi dahan rapuh aku bertaut dengan sekuat genggaman menahan ia terus mengalir bak sungai.

Jauh dalam hati aku juga sejujurnya aku sedar teramat bahawa Lina sebenarnya terseksa selama bersama aku, dan sebab itulah ada ketikanya terdetik teramat kuat dalam hati aku untuk melepaskan saja dia. Biar dia bebas daripada aku. Biar dia bebas daripada belenggu seksa yang amat mengazabkan daripada layanan aku. Biar dia boleh mencari bahagia sejati yang sebenarnya dengan jejaka lain yang lebih hebat dan tahu menghargai Lina sebagai gadis manis yang amat lemah lembut jiwa dan raganya.

Tapi… bertanggungjawab ke aku kalau aku lepaskan dia macam tu? Selepas aku dengan akurnya mentaati godaan iblis setan? Selepas aku dengan tak malunya jadi peragut yang budiman? Budiman? Pergi mampus sama aku!

Jadi sebenarnya apa yang patut aku putuskan tentang perhubungan aku dengan Lina…? Sanggup ke, Dzam? Betul ke kau nak putus dengan Lina demi kebahagiaan dia? Sanggup, Dzam? kau tak sayang dia, Dzam? Kau tak fikir implikasi terhadap dia nanti? Kau tak fikirkan perasaan dia pula? Apa salahnya kalau kau saja yang berubah, Dzam? Ubah perangai kau, dan yang paling penting, layanan kau pada Lina? Kau betul tak sayangkan dia, Dzam…?

Dan dia pula? Betul ke dia tak sayangkan kau? Apa makna pengorbanan, belaian, kasih sayang yang dia tunjukkan pada kau selama ni? Kosong belaka ke semua tu? Kosong? Kenapa? Kau dah lupa, Dzam, saat-saat dia berikan kau lagu ‘Eternal Flames’ daripada The Bangles dan kata-kata dia kepada kau semasa tu?

Dan Lina yang kau kenal, Dzam, adakah dia akan berikan kau lagu tu tanpa erti dengan makna kosong semata-mata tanpa mengharap kau mengamati dan meneliti lirik di dalamnya? Tu bukan Lina, kan Dzam? Lina akan expect kau fahami lirik lagu tu. Jadi tergamak ke kau tinggalkan dia macam tu…? Demi untuk kebahagiaan dia? Itukah yang terbaik bagi dia? Kau pasti, Dzam…?

Kalau kau betul-betul pasti, maka apa lagi sebenarnya yang kau tunggu? Apa lagi yang menghalang kau sebenarnya, Dzam? Ada sesuatu yang menghalang, kan? Betul? Sesuatu dalam emosi kau. Dan kau tak tahu apa dia.

Dan pada ketika tu aku tetiba tersedar bahawa aku sebenarnya tak pernah selami hati sendiri. Jadi bagaimana mungkin aku boleh kata bahawa aku telah selami hati orang lain, terutamanya hati Lina, kekasih aku ketika tu… Betapa amat bodoh lagi tololnya…

Bersambung…

28 Respons to “Tentang Lina (Siri 24) – Suci Dalam Debu”

  1. dan bila kita dah pilih laluan tu, takdenye dapat kita patah balik

    dan selamanya benda tu akan hantui kita….

    tapi tulah yang akan jadi warna kehidupan kita…

    **bukan senang kita nak dapat pengalaman macam tu…hehe

  2. Kenapa kau tak pilih aku yang lebih muda daripada TC yang pakai baju macam polis dan songkok macam askar tu sayang…? Kenapa…?

    Alahai… Mana dia nak pilih lu… Lu pakai gaya mat diskang… Cuba lu pakai gaya rock..,

    • Cet…! Gaya Mat Diskang ialah gaya terkini msa tu tau. Seluar tu wa tempah sama-sama dengan Lina kat Manslaughter House (asalnya Men’s House. Masih ingat pasal kedai ni?) Dia yang suruh buat fesyen tu tau. Dia kata fesyen terkini.

      Tapi agaknya gadis kereta api tu tak suka gaya Diskang kut.

  3. Sejujurnya hampir setiap kali aku mendengar dan menghayati lagu Karyn White ni bersendirian, air mata aku menitis mengenangkan apa yang dah aku lakukan pada Lina. Hanya dasar ego lelaki sahaja

    Masa tu lu superman yg menatang lina bagai air dlm cawan… Klu lina panggil nak berak pun tak jadi..

  4. Untuk pembaca2 yg muda belia.. Zaman rock ni la zaman wa muda remaja.. Zaman selua fit mcm pencil. Bayangkan kaki selua 12 inci. Nak pakai kena pakai plastik sebagai setokin, baru lepas. Tu la ketatnya selua mat2 rock ni. Kasut high cut. For the record, walaupun selua wa ketat, wa tak pernah terberak dalam selua.

    • Seluar lu memang ketat! Ekekekeke… Simpati gak ekkadang tengok pepagi lu nak sarung seluar pergi kelas! Patutlah bila time nak pakai seluar lu halau wa keluar dari bilik… Ekekekekekek… aiyaaarrrkkk…!!!

  5. Rock kat Malaysia start ngan band2 main kat expo…yang asal femusnya Lefthanded, search, bloodshed… Pastu timbul battle of the band, SYJ, MAY… Lepas all hell break loose… Timbul lagi rock kapak.. Band rock byk sangat. Iklim ni bagi wa mcm 2nd wavela… Wa tak layan sangatla..

  6. Wa tak sangka lak sang hero layan iklim… Sbb masa tu dlm bilik ada satu radio… Tak pernah dengar dia pasang lagu tu… Lagi satu.. Wa ingat dia mat diskang.. Rock tak main..

  7. Zaman ni nak buat kaset lagu ni susah wo.. Bukan mcm skng.. Semua main download jer. Zaman tu klu wa nak buat kaset compilasi ni kena gi pertama kompleks.. Victoria music. Skang kedai tu ada lagi kat pertama n cambell. Tokey dia dah jadi auntie skang.. Dulu solid bro..

  8. ce cita… ce cita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: