Tentang Lina (Siri 25) – Menjadi Bukan Aku

SEMEMANGNYA aku bukanlah lelaki yang masuk kategori hensem, bergaya, kacak mahupun tampan, tetapi setakat ayu dan manja tu memang adalah juga… eheks! Dan sememangnya walau tak kacak dan tak hensem sekalipun, selera mestilah nak yang cantik, cun dan jelita gitu, kan? Tak semestinya, tapi biasanyalah kan?

Jadi bila nak mengurat tu, mekap mesti perlu. Rambut sisir rapi. Jambul segumpal. Minyak wangi secebok. Entah apa-apa lagi. Lepas tu, bergantung kepada skil dan nasib ajelah. Kalau cantik hari bulan, bini orang pun boleh sangkut.

Apa-apa hal pun, cita rasa orang berbeza. Aku suka awek yang tak pakai mekap. Macam mana rupa dia aku nampak waktu siang hari di khalayak ramai, macam tulah aku expect rupa dia selepas bangun tidur sama ada pada waktu pagi mahupun bila dah menjelang tengah hari. Dan aku gemar awek yang tak pakai perfume bila bersama — you know… the real aroma of pheromone really turns me on… eheks!

Dan pada masa yang sama aku nak awek terima aku sebagai aku — yang selekeh, jarang pakai minyak wangi, tak berapa suka sikat rambut, tak suka pakai minyak rambut, bla bla bla… Tapi tu cuma appearance. Penampilan diri. Yang paling utama, aku nak awek terima aku dalam perangai aku sedia ada. Tak up-to-date tentang artis dan muzik orang putih, melawak ikut suka, kekadang cakap lepas ikut suka, dan… suka tengok awek… eheks!

Dan aku tak kisah pun dengan tabiat yang macam tu. Lantaklah orang nak kata taste muzik aku kuno zaman Flinstones ke haper ke. Dah aku suka, apa pasal orang lain nak kisah? Lu dengan cara lu, wa dengan cara wa. Tak pernah ambil peduli pun. Aku persetankan aje biasanya.

TETAPI… bila Lina H yang minta perubahan pada diri aku, memang aku mengalah. QC? Lantaklah.. QC ke, teksi ke, basi ke, ABC ke… Demi untuk orang yang aku kasihi, aku akan belajar dan mengajar diri sedaya upaya untuk reda dengan apa yang dimintanya. Tapi sejujurnya kekadang tu memang aku angin juga bila nak mengubah tabiat diri. Tapi cuba juga sedaya upaya nak turutkan. Kekadang ada yang berjaya. Biasnya banyak yang gagal dan buat aku jatuh tersungkur sambil mencarut-carut dan kekadang membaling-baling dan menghempas-hempas. Apa ingat senang ke nak ubah tabiat, nak ubah attitude? Tapi ada ketikanya aku gagahi bangun semula untuk cuba berubah gak. Bodoh ke? Tolol ke? Botol ke?

Rasa-rasanya sebahagian perubahan tabiat tu tinggal kekal dalam diri aku sampai sekarang. Sebahagiannya tak pernah menjadi. Sebahagiannya jadi lain daripada yang dirancang. Macam-macam…

Dan tu semua rencah kehidupan, kan? Tak sedap makan nasi tanpa lauk. Dan takkan jadi lauk bahan mentah yang tak dimasak dan diadun dengan bermacam rempah.

Dan demi cinta aku terhadap Lina H, aku belajar menerima hakikat untuk tak menjadi aku…

Bersambung…


35 Respons to “Tentang Lina (Siri 25) – Menjadi Bukan Aku”

  1. ada reward bro…

    ada reward…

  2. aik tadi takda gamba?

  3. Kidmatmetal Says:

    Perfume lu mmg wa ingat.. Bau menyujuk idung… Sapa2 ada resdung trus akan bersinnnn… Kui kui kui

  4. Kidmatmetal Says:

    Botol… Aaa lagi satu… Tambahan kpd boran..

    • Sejarah istilah “boran” tu wa tak berapa tau, tapi sejarah istilah “botol” tu wa tau sangat — lu yang cipta! Aharks! Termasuk gak istilah “krutuk” (kritik + kutuk, tapi lebih berat kepada kutuk… ekekekekeke…)

      • Kidmatmetal Says:

        Boran tu sezaman dengan krutuk la.. Krutuk tu merujuk lebih kepada masa lu menulis novel..

        Boran bila lu tinggalkan kitaorang sbb lina panggil

        Botol in general kpd sapa2 jer..

        • Cet…! 2/3 daripada istilah tu ditujukan khas kepada aku ek…? Ciszzz.. ! Ekekekekeke….

          • Kidmatmetal Says:

            Apa nak buat…? Lu jer yg slalu tinggalkan kitaorang.. Kwang3x. Tapi klu wa ingat ayat… Syagul, tengok awek lu jalan dgn balak dia… Sampai ari ni wa gelak tergolek2…

          • Tu ayat lu la bro. Masa kita jenjalan bersma-sama Shagul dan Mat Garn kat Taman Tasik Shah Alam. Ternampak Che Na berjalan-jalan beruda-duaan dengan Rudy. Lu pun cakap pada Shagul “Tengok tu. Awek lu jalan dengan balak dia.” Ekekekekekekekekke… Aku suka ayat tu! Ekekekekekek… Sampai sekarang wa dok citer kat kengkawan… ekekekekekekekeke…

  5. Kidmatmetal Says:

    Dan demi cinta aku terhadap Lina H, aku belajar menerima hakikat untuk tak menjadi aku…

    Part ni yg wa rasa amat perit… Nape dia takleh terima lu seadanye…. Seadanye ni pun perkatan femus gak dlm bilik masa tu… Nape lu nak kena jadi bukan lu… Ish rimas la wa… Dia jadi dia… Lu jadi bukan lu…?

  6. kidmatmetal Says:

    Hamba bukan menjual tangkai cangkul sekah, dan mensiang yang baru dicari, kampil telah sudah dahulu.

    yg atas ni wa tak paham… kalu bahasa yg simple ape ek..?

    • Huh…? Ekceli ada dua peribahasa kat situ—

      Menjual tangkai cangkul sekah : Cakap kosong. (sekah = dahan atau kayu yang dah reput)

      Mensiang yang baru dicari, kampil telah sudah dahulu : Buat keputusan sebelum berunding. (Mensiang = rumpai. Kampil = bekas/kampit. Belum jumpa lagi rumpai tu jenis macam mana, kampit dah sia pula sedangkan tak tau sesuai ke tak nak buat simpan rumpai tu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: