Objektifnya… Apa Saja Asal Bukan Tolol

Protokol? Apa tu? Ekekekeke… Apa-apa jelah… Profesional tukang pukul? Entah… Yang aku tau, aku tak pernah suka protokol. Tak open. Tak dapat true story. Tak dapat the whole truth. Dan respect yang ada padanya? Ekekekekeke… semata-semata sebab pangkat dan jawatan.

Lepak-lepak dengan kengkawan lebih mencapai objektif majlis. Lantaklah nak cakap apa pun. Nak buat apa pun. Nak beraksi macam mana pun. Sama-sama faham. Sama-sama enjoy. Yang suka, buat sama-sama. Yang tak suka, cakap terus terang aje.

Nak kutuk, kutuk aje. Nak puji, puji aje. Nak melawak, sampaikan makna. Nak cakap sifar, bual kosong belaka. Ada siapa kisah? Nampak awek kat meja sana, kalau berani pergilah mengurat. Kalau dapat, jangan lupa kengkawan. Kalau gagal, pakat ketawa sorak ramai-ramai.

Ada orang kisah? Lantaklah. Yang penting, objektif majlis anara kami tercapai. Orang yang tak faham, tak reti apa-apa. Protokol? Persetan dengan tu semua. Dalam majlis yang mementingkan protokol, kejayaan disukat pada sejauh mana protokol dipatuhi tanpa gagal, tanpa cacat — dari masa VIP turun dari kereta sampailah dia duduk di kerusi yang sepatutnya membawa kepada dia angkat bontot dan beredar masuk semula ke kereta dan berhambus pergi selepas majlis tamat, kalau semuanya according to plan, maka majlis tu berjaya. Sama ada orang lain anggap objektif majlis tercapai atau tak, immaterial.

So? Lagi kau nak tanya aku kenapa aku cukup benci dengan orang-orang yang mementingkan protokol apatah lagi nak hadiri majlis protokol tolol berbakul macam tu? Bagi tau aku perkara ni — dalam pengalaman hiodup kau berkerja selama bertahun ni, golongan yang macam mana sebenarnya yang selalu mementingkan protokol tu? Got what I mean…?

3 Respons to “Objektifnya… Apa Saja Asal Bukan Tolol”

  1. raznul faisu Says:

    Protokol? zaman hang tuah dulu pun dah start ada protokol. Tapi zaman dulu tak dipanggil protokol rasanya. panngil apa yek?

  2. protokol = poyo

    kalu nak merasa jadi poyo,berprotokollah anda..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: