Tentang Lina (Siri 26) – Irama Cinta Lina

SELEKEH dan comot tu memang akulah sejak dulu. Aku pakai baju ikut suka, seluar ikut suka. Tak pernah fikir sama ada matching atau tak dari apa jua segi pun. Janji aku pakai baju dan seluar bila di khalayak ramai. Kalau aku langsung tak pakai apa-apa macam mana? Haaa… camne tu?

Brand? Jenama? Boleh jalan! Semua t-shirt yang aku ada adalah t-shirt free belaka. Seluar? Seingat aku tak ada sepasang pun seluar aku yang harganya melebihi RM30.00 (ni harga zaman tu tau). Paling aku suka ialah jenis seluar yang memang dijual sekali dengan tali pinggang tu. Senang tak payah nak fikir pasal tali pinggang. Kasut aku jenis apa pun tak kisah, asalkan muat saiz kaki. Dah gunanya untuk pakai di kaki sebagai protection daripada terpijak benda tajam, kan? Peduli apa aku macam mana rupa dia. Nak suruh aku pakai kasut bertumit? Tu namanya cari penyakit — sakit betis.

Dan kekadang kalau keluar ke bandar pada musim hujan, aku bawa payung. Biasanya payung panjang tu. Bukan yang jenis lipat tu. Bertongkat payunglah ke hulu ke hilir. Tak suka? Kenapa? Aku pukul kepala kau dengan payung tu ke? Aku jolok lubang punggung kau dengan payung tu? Dah tu? Apa masalahnya? Payung aku, kan? Ada aku menyusahkan kau suruh kau? Apa? Corak payung tu? Apa kau peduli kalau corak tu gambar kartun mahupun gambar aku telanjang? Ada gambar kau telanjang ke atas payung aku tu?

Dan orang lain yang nak pakai jaket naik bas mini sendat pada waktu tengah hari buta yang panas terik giler, di Kuala Lumpur. So? Barangkali dia seorang yang sangat sibuk. Tak ada masa nak eksesais atau work out nak keluar peluh. Jadi dia pakailah jaket di tengah panas buta dalam bas mini sendat supaya berpeluh.

Dan sebelum tu aku tak pernah suarakan kritikan aku terhadap orang lain, jika ada. Kalau aku ternampak sesuatu yang pelik — misalnya orang pakai jaket pada tengah hari buta dalam bas mini sendat — kepala otak aku akan tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu, dan noktah. Setakat tu aja. Tak sampai ke tahap aku akan cuit member sebelah sambil muncungkan bibir ke arah orang tu seraya berkata sesuatu seperti “Tu fenomena pengorbanan diri atas nama fesyen” atau yang seberadik dengannya.

Tapi atas nama cinta, kekadang sesuatu mesti diubah. Sesuatu tu boleh jadi sangat kecil nilainya, hinggalah kepada yang amat signifikan pada diri.

“Janguk,” bisik Lina H sambil tergelak kecil penuh manja dan ayu suatu hari semasa kami dalam bas mini yang agak sendat. Terlentok kepalanya di bahu aku semasa berbisik sambil menutup mulutnya yang sedang tergelak.

“Apa?” aku tak faham.

“Tu,” Lina muncungkan bibirnya ke arah sorang awek yang baru tadi melangkah masuk ke dalam bas mini tu. Alamak! Dia maksudkan awek yang memang sejak dia melangkah masuk tadi aku dok perhati sebab awek tu pakai skirt yang nampak pahanya yang begitu amat menepati cita rasa aku bentuknya! Cet! Lina tahu ke yang aku dok pandang awek tu dengan rasa berahi? Aiyooo…!

“Kenapa dengan dia?” aku tanya Lina. Berdebar gak jantung kalau-kalau dia marah, sebab aku memang dah banyak kali kena marah dengan dia sebab pandang awek lain walaupun masa tu tengah baik punya dating dengan dia. Eheks… tak senonoh punya aku! Padanlah muka aku kena marah… adoi laaa…

“Mekap dia tu,” jawab Lina. Oh… pasal mekap dia rupa-rupanya. Tak ada kena mengena dengan aku dok perhati paha dia.

“Kenapa mekap dia?” aku tanya lagi sambil ambil kesempatan perhati awek tu secara terbuka sekarang. Dah Lina tunjuk kat kat dia, aku pun tengoklah tanpa sembunyi-sebunyi atau sambil pura-pura kepala hala ke arah lain mata arah lain, kan? Kan?

“Janguk,” katanya.

“Janguk tu apa?” aku tanya jujur.

“Macam tulah,” dia jawab. “Macam mekap lebih-lebih.”

“Ooo… mekap melampaulah tu…” aku komen sambil angguk-angguk kepala sedang mata masih legat kat paha awek tu. Memang lazat paha dia… “Janguk tu kira positif ke negatif?”

Kali ni sengihan Lina hilang. Dia jeling aku tajam dengan tenungan yang ada maksud marah dalam hati dia. Fed-up agaknya sebab aku bodoh sangat.

Dan aku belajar menyuarakan kritikan sejak bersama Lina. Rasa-rasanya tabiat tu kekal sampai sekarang. Satu tabiat yang dah melalui transformasi daripada tabiat aku yang asal sebelum menjejakkan kaki di A-Level lagi. Dan aku mula pakai minyak wangi RM10.00 sebotol tu sejak A-Level juga. Dan aku pakai minyak rambut dan sentiasa ada sebatang sikat dalam poket belakang seluar aku pun sejak A-Level juga. Pakai T-shirt tuck-in, pakai kasut sentiasa berstoking, dan dah mula pandai beli t-shirt yang bercorak-corak dan tak berapa pandang lagi t-shirt free yang ada logo KTM atau entah logo organisasi apa-apa lagi, bla bla bla…

Dan aku belajar dengar lagu orang putih serta belajar kenal artisnya. Barulah aku kenal dengan Richard Marx, Jason Donovan, Karyn White, Phil Collins, The Bangles, Wham, George Michael, bla bla bla… Dan tu semua aku kenal daripada lagu-lagu yang Lina beri kepada aku. Maka aku pun belajar sendiri mengubah selera irama dan melodi aku kepada selera orang putih. Lalu aku pun mula kenal Bryan Adams, Paul Young, Eurythmic, Gary Moore, Eagles, Natalie Cole, Timmy Thomas, George Benson, bla bla bla… Dah tentu aku kenal lagu dia orang dulu baru artisnya. Cari lagu yang aku rasa boleh masuk aje. But then, ofkoz, kebanyakan lagu dan irama daripada artis barat yang aku suka tu agak lari sikit cita rasanya daripada Lina, tapi at least aku dah kenal artis-artis dan muzik barat sekarang tau! Haaa… jangan main-main dengan aku tau!

Tapi apa-apa hal pun, selera aku pada muzik Melayu yang mendayu-dayu tu masih tebal jugalah, dan aku masih beri pada Lina lagu-lagu Melayu — yang sesekali diselitkan juga dengan lagu orang putih dari cita rasa aku tu — dan aku tak pernah tau sama ada Lina suka atau tak. Tak pernah aku tanya penerimaan dia. Tapi kerap juga aku mengharap dia faham bahawa lirik kebanyakan lagu yang aku berikan tu sebenarnya luahan rasa dan emosi aku kepada dia. Dia pun tak pernah komen apa-apa pasal lagu-lagu yang aku berikan kepada dia selama ni. Tak pernah bertanya pun. Tak pernah bercerita pun. Sesekali bila aku cuba nak tarik dia secara halus supaya bersuara sikit tentang lagu-lagu yang aku beri, sebab aku nak tau perasaan dia dan kefahaman dia tentang maksud lagu-lagu tu, aku sentiasa gagal. Sembang kami dah masuk topik yang tak aku rancang pula.

“Dulu Dzam tak kenal pun Alleycats,” aku cakap pada dia pada suatu hari. “Tapi bila M. Nasir bagi lagu pada dia orang, tetiba nama dia orang naik mencanak-canak, kan? Macam lagu ‘Hingga Akhir Nanti’ tu. Atau ‘Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu’.” Ketika tu kami dalam bas mini yang tengah dok sangkut dalam traffic jam kat Chow Kit. Ada satu kedai apa entah kat kaki lima sana dok pasang dengan kuatnya lagu ‘Sentuhan Kecundang’ daripada Ekamatra. “Hebatlah M. Nasir tu buat lagu.”

Lina mencebikkan sikit bibir dia yang manis dan cute tu. kepala dia tergeleng-geleng melentokkan leher dia yang harum. Dia tak setuju dengan aku.

“Dulu Lina suka gak lagu-lagu rock kumpulan Search dengan Wings,” kata dia dalam suaranya yang sentiasa manja. “Tapi bila M. Nasir dengan Ramli Sarip masuk, lagu rock dia orang tu dah jadi macam tak best.”

Dan kita orang pun terus bercerita tentang reformasi muzik M. Nasir dan Ramli Sarip. Tujuan asal aku nak tarik perhatian dia kepada lirik lagu yang aku berikan pada dia tempoh hari, tentang apa yang dia faham dari lirik lagu-lagu yang aku beri tu, tentang apa yang aku rasa setiap kali aku dengar semula lagu-lagu yang aku berikan tu, dan tentang apa yang aku nak tau dia rasa bila dia dengar lagu-lagu tu atau berapa kali dia ulang dengar lagu-lagu tu, semua tu… semua tentang emosi dia dan aku tu, entah ke mana hilangnya. Kami bercerita tentang perdebatan akademik berkenaan muzik ajalah dalam bas tu. Bukan tentang emosi kami…

Bersambung…

Advertisements

20 Respons to “Tentang Lina (Siri 26) – Irama Cinta Lina”

  1. mardhiah bte mohd yusoff Says:

    myindir aku yang giat berdugong dalam kolam renang keerrr???? Aku pigi aerobik kebetulan tengah krisis, down giler tahap down syndorm. And I like it. People kat aerobik tu supportive like hell. They think aku nak kuruskan badan, the truth is aku dihantar bererobik, senanglah depa nak slongkar meja-meja workstation aku kut2 ada apa2 yang rahsia.

    And I went back to school aku indeed waras, bukan perempuan gila macam dia tulis dalam Menara Gedembai, saja nak tunjuk kat anak keturunan Fatema az zahra’ + Raja Acheh tu, dia tak ada TULAH. Silao hari bulan pempuan gila tu esok tak anak dia, anak sedara dia.

  2. kidmatmetal Says:

    “Dulu Lina suka gak lagu-lagu rock kumpulan Search dengan Wings,” kata dia dalam suaranya yang sentiasa manja. “Tapi bila M. Nasir dengan Ramli Sarip masuk, lagu rock dia orang tu dah jadi macam tak bes

    awek lu dah kencing sama lu la…m nasir banyak tulis lagu untuk search sejak dari cinta buatan malaysia… m nasir n ramli sirap tak penah masuk dua band ni…jangan main hentam jer…research sikit dlm internet.. forte of a good writer… kwang3x

    • Bukan tu maksudnya bro. Yang dia maksudkan M. Nasir dan Ramli Sarip tu ‘masuk’ ialah lagu-lagu dia orang masuk ke dalam penciptaan dan persembahan kumpulan rock Search dan Wings tu. Bukan dia orang yang masuk kumpulan Search dan Wings. Setahu wa M. Nasir masuk kumpulan Kembara dan Ramli Sarip kumpulan Sweet Charity.

  3. kidmatmetal Says:

    selekeh ker tak wa tak tahu la sbb masa wa kenal lu lu dah mat smart… ok la mat diskang.. tat in memanjang.. masuk toilet pun tuck in dalam towel… kwang3x.

  4. kidmatmetal Says:

    gambar kat atas tu kat mana..? klaka giler…

    yg kat bawah tu kat leeds ke?

    • Yang atas tu kat belakang rumah. Tengok pokok mangga baru nak tinggi… hehehehehehe…

      Yang bawah tu kat rumah aku kat Leeds. Kalau tak silap tengah dok masak popia inti karipap untuk open house raya esok hari.

  5. kidmatmetal Says:

    zaman ni wa pakai jeans bundle jer.. RM10 ada.. RM30 ada RM50 pun ada.. lagi koyak lagi bagus.. tapi sebelum pakai… wa rebus dulu… masak air pakai heater… ala dulu2 heater yg serba guna tu.. masak air untuk makan maggie..lepas rebus jeans tu sidai kasi kering.. pastu anta dobi…

  6. Kidmatmetal Says:

    Janguk tu wa rasa refer kat orang yg over pakai mekap.. Tapi boleh juga dipakai untuk orang yg melawa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: