Tentang Lina (Siri 28) – Gadis Ini Juga Bukan Lina

MALAP dan pudar sebenarnya memori tentang NCUK ni. Seolah-olah kisah hidup peribadi yang berkaitan emosi dan perasaan tak ada signifikan sangat. Kenapa ya? Barangkali sebab NCUK ialah fasa perubahan dan anjakan. Fasa suai kenal atau orientasi diri kepada satu alam serba baru. Sibuk dengan pelajaran yang serba mengejutkan. Ya ke? Bagi aku begitulah. Dah sejak darjah satu sampailah ke tingkatan lima membawa ke A-Level, subjek yang aku belajar dalam kelas semuanya memang tak asing. Familiar belaka. Aku dah tahu macam mana cara nak handle semua subjek tu.

Tapi bila di NCUK, hanya ada satu mata pelajaran — undang-undang. Dalam lingua franca pengajian aku — law. Dan aku tak pernah kenal mata pelajaran ni sejak darjah satu sampailah ke A-Level. Aku tak tahu apa yang aku mesti belajar. Aku tak tahu apa yang aku mesti baca. Dan kalau aku baca buku teks dan law reports dan law journal tu semua, aku tak tau apa yang aku mesti kuasai daripada pembacaan tu. Nak tulis apa sebagai nota pun aku tak tau. Dalam kuliah, aku tak tau apa yang aku mesti anggap penting daripada syarahan ahli akademik kat depan tu. Sememangnya mata pelajaran undang-undang ni serba baru bagi aku. Aku tak tau apa yang aku patut pelajari pun!

Maka bertungkus-lumuslah aku — golongan yang tak pandai ni — mencari jawapan dan jalan nak orientasi diri dengan dunia akademik yang sungguh asing bagi aku ni. Manalah aku pernah didedahkan dengan subjek perundangan sebelum ni? Buku-buku perundangan ni pula tebalnya boleh dibuat alat untuk membunuh diri. Buku paling tebal yang aku pernah jumpa sebelum ni cuma Matematik Tambahan aje. Satu tu aje daripada entah berapa belas subjek lain. Tapi dalam kursus perundangan ni — walau apa pun subjeknya baik contract, tort, ELS, bla bla bla… — semuanya dua tiga kali ganda lebih tebal daripada buku matematik tambahan tu. Ya Tuhan…! Larat ke orang yang tak pandai dan pemalas macam aku ni nak baca buku-buku tebal macam ni? Dan buku-buku rujukan perundangan ni pula mana ada yang nipis-nipis. Pun sama tebal bahkan lebih tebal daripada buku-buku teksnya pun ada! Mak aiii…!

Tu belum bahasanya lagi. Aku fikir selama ni English aku okey, walaupun English Lina jauh lebih hebat, tapi tahap English aku kira okeylah juga. Setakat buku novel Shogun karya James Clavell setebal 1152 muka surat tu aku sanggup baca dan boleh faham setiap perkataannya dan jalan ceritanya. Tapi kalau law reports… adoi…! Sakit kepala, turun sampai ke jantung tau! Satu perenggan ada lebih kurang dua belas baris, tapi sepanjang-panjang perenggan yang dua belas baris tu hanya ada satu noktah! Bagero! Tak pendek nafas ke kalau nak baca kuat-kuat? Ada ke manusia yang boleh bercakap dalam satu ayat sepanjang tu? Makhluk asing ke haper? Cyborg? Android?

Dan perkataan-perkataan yang digunakannya pula… adoi laaa… Tu belum masuk prosa dan struktur ayatnya. Baru tersedar diri betapa bongoknya aku dalam subjek bahasa Inggeris. Kenapa sepanjang aku bersekolah dan belajar daripada darjah satu sampai A-Level selama tiga belas tahun dulu, tak ada satu pun subjek bahasa Inggeris yang ajar prosa dan struktur ayat yang semacam ni? Ni bahasa apa ni weh…???

Dan sebab sibuk bertungkus-lumus dengan hal akademik yang macam tu gamaknya, maka kenangan tentang hidup peribadi di NCUK agak kurang. Tak masuk memori. Selain daripada pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar NCUK Kid dan projek besar Sukan Air Garn, aku tak ingat apa-apa lagi. Eh? Kejap… kejap… ada lagilah… Tan, Mariza, Fa, Awek Lone Ranger, anak Encik G, pasar malam seksyen 6, kedai bakery yang tak jual kek dekat blok akademik, restoran mamak yang tukang sembelih tu, Taman Tasik Shah Alam, awek Shagul yang jalan dengan balak dia, makanan ruji Brahim’s, kereta Ford Escort Zahid Apek yang dia asyik kompius antara batang signal dengan batang wiper tu… apa lagi ya? Oh ya… amoi sorang tu yang kentut masa lecture Mary “That was obvious” Fairhurst… eheks!

Dan satu lagi — kursus Tata Negara kat Bagan Lalang. Dihadiri oleh pelajar NCUK PPP bergabung dengan KPP seksyen 17. Dan kat situ, kat Bagan Lalang tu, semasa kursus tu, aku bertemu dengan… hmmm… aku lupalah nama dia. Tak apa… let’s call her “Azidah”. Azidah ialah pelajar KPP seksyen 17. Orangnya tinggi sikit aje daripada aku. Rambutnya, agak aku, lurus. Tak dapat nak pastikan sebab sentiasa berikat. Potongan badannya… well… tak gemuk dan berisi tapi bentuk tak boleh nak cerita sebab sentiasa nampak dia dalam baju kurung. Yang penting tak gemuk dan berisi, maka bolehlah masuk dalam senarai cita rasa.

Tapi yang utama, Azidah seorang yang ramah. Mudah senyum. Dan, tak tahulah sama ada dia saja buat-buat atau memang dia jujur ikhlas, nampak macam sangat selesa dengan aku berbanding dengan balak-balak lain dalam kursus tu. Kenapa aku kata macam tu? Sebab memang aku asyik perhatikan dia sejak awal kursus, dan aku nampak dia sering kali menjeling dan memandang ke arah aku. Aku perasan ek? Bukan… aku bukan perasan. Ni hakikat. Kenapa aku asyik perhatikan dia sejak awal kursus? Sebab wajah dia menepati cita rasalah beb! Muka dia manis, terutamanya bila dia pakai selendang sebab dalam kursus tu ada ketikanya perempuan kena pakai tudung atau setidak-tidaknya selendang. Aku suka banget tengok muka dia. Bila pandang muka dia hati aku rasa nyaman. Entah kenapa. Bila dia senyum aku rasa gembira. Bila dia mengantuk nak terlena terlentok-lentok atas kerusi dengar ceramah bosan aku rasa… rasa… rasa kesian. Rasa macam nak bergegas pergi dekat dia dan pangku dia atas riba aku sambil usap dia terus lena. Dan rasa nak mencarut kat penceramah sebab bagi ceramah boring nak mampus.

Kebetulan bila aktiviti berkumpulan, dia dan aku diletakkan dalam kumpulan yang sama. Maka lebih senang aku perhatikan dia, dan lebih kerap aku nampak dia menjeling-jeling sesekali kepada aku. Jadi semasa sesi kedua aktiviti berkumpulan, aku tegur dia. Dia balas ramah dengan senyuman tersipu-sipu. Lantas aku buat perangai akulah — melawak bodoh dan berjenaka dengan dia. Dia layan. Tak tahulah ikhlas ke tidak tapi dia layan — gelak ketawa mesra dengan aku. Walaupun tempoh kursus tu agak singkat (kalau tak silap aku dalam dua hari gitu), tapi aku dapat rasa kemesraan yang terjalin antara kami semakin rapat. Betul ke Azidah ni melayan aku ikhlas? Atau dia ni jenis gadis yang sangat innocent dan tak anggap aku sikit pun sebagai ancaman bahaya terhadap dia? Siapa sebenarnya Azidah ni ya? Sudah berpunya ke? Atau masih single?

“Balak kau tak masuk sini ke?” aku tanya dia terus terang masa kami berehat sekejap antara ceramah bosan.

“Balak? I tak ada balaklah,” dia jawab. Entah ya entah tidak, aku tak tanya lagi. Azidah tak nampak seperti gadis yang pandai cakap bohong. Dia memang nampak seperti seorang gadis yang teramat-amat innocent.

Mungkin sebab dia teramat innocent maka dia boleh mesra dengan aku? Kalau demikian, bererti dia juga boleh mesra dengan mana-mana jantan lain, kan? Tapi kenapa jantan lain tak approach dia? Cita rasa aku dah lari alignment ke sebab aku nampak dia amat menarik di mata aku sedangkan balak lain sebenarnya tak nampak dia tu lawa langsung? Maka aku test alignment cita rasa aku dengan bertanya kepada rakan NCUK PPP seksyen 6 bila berpeluang sambil menuding ke arah Azidah dari jauh.

“Cun!” kata Zahid Apek. “Cun awek tu Dzam!”

Hmmm… so far alignment cita rasa aku macam okey. Nanti aku test dengan Arie.

“Mesti dah ada balak tu!” kata Arie. Hmmm… alignment cita rasa aku memang okeylah! Tapi kenapa balak lain ni semua tak approach dia?

“Nampak macam tak berapa nak layan jantan,” kata… alahai… aku lupa nama mamat ni… budak law gak. Apa entah nama dia. “Muka serius garang aje.”

Oh… sebab tu ke dia orang tak approach Azidah? Tapi tak ada pun nampak serius garang di mata aku ni. Mesra aje. Layan ramah aje. Atau dia cuma ramah dengan aku sorang aje? Kalau aku minta nombor bilik atau nombor unit apartmen hostel dia kat seksyen 17 tu dia bagi tak agaknya?

“Bagilah alamat penuh asrama kau,” aku minta pada hari kedua yang merupakan hari terakhir kursus. Baru kenal dua hari, dia akan bagi ke? Kalau setakat bagi alamat hostel takkan tak boleh kut?

“Nak hantar surat ke?” dia tanya.

“Kalau rasa rindu aku hantarlah surat,” aku jawab. “Boleh?”

Dan dia bagi! Siap dengan nombor unit apartmen hostel dia lagi! Okey… kalau alamat rumah? Cuti nanti mesti masing-masing balik rumah. Boleh tak aku minta alamat rumah? Untuk hantar surat?

“Boleh,” dia jawab. “I dok Ampang. You kampung kat mana?”

“PJ,” aku jawab walaupun masa tu aku dalam renjatan terkejut untuk sesaat dua.

“Kalau macam tu senang-senang you datanglah rumah,” dia balas, dan aku kena renjatan kali kedua untuk tempoh lima ke enam saat pula. “Tapi telefon dululah takut kalau-kalau I tak ada kat rumah pula.”

Dan dia berikan aku alamat rumah berserta nombor telefon rumahnya sekali! Dia tak berilah pula alamat e-mel dan nombor henpon sebab masa tu kedua-dua makhluk asing tu belum lagi sampai ke bumi.

Azidah… Azidah… Adakah kau juga satu lagi petanda gejala besar yang akan menimpa Lina dan aku…? Adakah…?

Bersambung…

33 Respons to “Tentang Lina (Siri 28) – Gadis Ini Juga Bukan Lina”

  1. chet…kemain kata gua terrer ayat..

    dia dulu lagi pandai….

    ***ooo lupe,harimau simpan kuku,Adzam simpan ayat…

  2. Kidmatmetal Says:

    Siri ni menarik dari yg lepas… Syok sikit baca.. Yg lepas tawar jer mcm kopi takde gula.. Kwang3x

  3. Kidmatmetal Says:

    Mcm mana wa tak ingat course ni ek… Wa tak pergi ke? Azie ni saperlak…?

    • Tak semua orang pergi rasa-rasanya. Sesetengah tu kena pergi tapi sengaja tak pergi… aharks… Sestengah tu memang tka masuk senarai untuk pergi. Aku pun tak tau naper.

      Azie atau Azidah ni budak KPP. Tapi nama dia tu aku lupa. Tapi rasa-rasanya Nor Azidah kalau tak silap.

  4. Kidmatmetal Says:

    Masalah kita rasanya sbb masa a level kita ambik stats, econ, history, english constitution Pegi 1st tort, contract, etc etc.. Tu yg terkejut beruk tu… Basic law kita takde… Pegawai mara manala yg bongok sgt masa tu… Mcm orang nak gi bulan tapi kena buat kursus menyelam..

    • Yup… wa masih ingat nama pegawai perempuan tu, yang semua orang menyampah dengan dia termasuk Warden Kapten Tajol yang kata “Kenapa nak hisap ganja? Hisaplah kote. Kan lebih sedap?” Anak dara dia best! Nak aje wa suruh anak dara dia buat alternatif hisap ganja tu kat gua.

      Pegawai MARA tu dulu English teacher, tapi semua English teacher dan teacher-teacher lain kat kolej A-Level tu tak suka dia. Setiap kali dia keluarkan memo atau circular bahasa Inggeris yang tampal kat notis board kolej, para English teacher akan betulkan English dia dengan pen dakwat merah! Aharks!

      • Kidmatmetal Says:

        Pegawai mara tu yg lelaki tu basroh… Dari kuantan.. Entah kenapa wa ingat nama dia.. Maybe sbb dia gaduh ngan kawan baik wa masa tu.. Ganu.. Nama betul tak ingat dah…

        Pempuan tu wa tak ingatla…

        Anak warden tu baik ngan Jiman singh.. Budak KB

        • Bukan Basroh. Dia HEP, tak ada kena mengena dengan akademik. Yang perempuan tu Rahmah Sahamid.

          • Kidmatmetal Says:

            Yang lain wa tak ingatla… Banyak baca buku law… Hilang ingatan ahaksss..,

          • Betullah. Wa pun rasa sejak masuk fakulti law, tahap ingatan dah macam tak boleh terima hal-hal yang fun-fun dan enjoy-enjoy gitu. Brengsek betul… Patutlah para hakim sumer jenis boring-boring.. ekekekekeke…

            “Wilberforce be with you!”

          • Kidmatmetal Says:

            Tapi zaman tu brabuk lu ngan bahasa latin… Maxim tu maxim ni…

          • Wa ingat satu discussion kita buat dengan beberapa orang termasuk Shagul dan Garn tentang Tort. “Nemo judex in causa sua” (“No man can be a judge in his own cause”). Wa tak ingat siapa yang sebut, tapi semua orang lain perasan bunyinya pelik. Pastu Shagul terperasan yang mamat tu sebut “Nemo judex injuria” (“No man can be a judge if he is injured”)… ekekekeke…

            Satu lagi foul yang Shagul sendiri buat masa discuss pasal Admin Law. Dia sebut “The natural rule of justice” sedangkan sepatutnya “The rule of natural justice”! Ekekekekeke…

            Tapi wa rasa maxim yang famous sekali ialah “Res ipsa loquitor.” Dan untuk those yang dalam tutorial group Contract mendiang Mr. Manuel Valentine, “ad verbatim”.

            “Boy! Write your mama a telegram and tell her that you want to become a nasi lemak seller! You don’t wear the black robe in three years time! Idiot!” Ekekekekekeke…

          • Kidmatmetal Says:

            Akceli.. Masa tu wa rasa inferior sgt2 ngan budak2 lain. Wa cakap melayu pun slang klante.. Ni pulak nak berdebat ngan orang2 yg cakap ingeris laju mcm air ni..

          • Bunyi je bro… bunyi je lebih… ekekekekekekeke…

  5. Kidmatmetal Says:

    Tapi pasal buku wa setuju ngan lu.. Sapa2 yg insomnia bole la ambik buku law buat ubat titon.. Wa gerenti… Lps 3 muka surat trus bukan saja tido trus koma…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: