Alangkah… Oh…

Bila Lina terima emel ni, bermakna abang dah tak bekerja di sini lagi.

Lina dah senyum hari ni…? Semestinya sudah. Ceria selalu. Gembira selalu. Abang sentiasa doakan Lina bahagia, dan abang doakan Lina akan segera lupuskan apa jua saki baki perasaan yang masih ada dalam hati Lina terhadap abang.

Ingatlah abang kalau sudi. Hubungi abang, kalau terasa nak berbicara. Telefon, SMS, emel, apa saja. Abang tau Lina takkan ada rindu dan sayang pada abang lagi, tapi abang akan tetap layan Lina sebaik-baiknya. Sejujurnya Lina ialah antara sesuatu yang sangat-sangat berharga dalam hidup abang, dan abang akan ingat dan hargai Lina, terutamanya kasih sayang yang pernah Lina berikan kepada abang sebelum ni, selagi abang belum mati.

Abang amat terhutang budi sebab Lina sudi dan rela berikan abang kasih sayang sebelum ni. Dan abang faham kenapa Lina tak mahu lagi berikan abang kasih sayang yang serupa. Semua kasih sayang Lina sekarang ialah milik suami Lina, dan dia lebih berhak. Abang akur, abang terima, dan abang faham. Abang doakan kesejahteraan dan kebahagiaan Lina seikhlas-ikhlasnya.

Maafkan abang atas semua perkara. Izinkan abang simpan kenangan kita.

Salam sejahtera, sayang…

10 Respons to “Alangkah… Oh…”

  1. yang tudung merah tu ke?

  2. itu makcik aku la…

  3. Kidmatmetal Says:

    Klua trus air idung aku baca surat ni… Jap aku nak gi toilet… Nak nangis jap….not!

    Wey lu tulis kat lina mana lak ni..? No wonder la lu dapat gadis2(?) yg lu aim.. Ayat power… Pergh… Sbagai kata orang .. Muka tak ansem takpe ayat mesti power beb.. Kwang3x…

    • Huh…??? What do u mean muka tak hensem??? Cet…! Ekekekkeke…

      Amacam? Lu suka ke ayat tu? Tu sedutan dalam novel baru aku nanti laaa… Tapi nama watak ‘Lina’ tu aku belum finalised. Oleh kerana sekarang ni pun aku tengah tulis novel Tentang Lina, maka aku gunakan je nama Lina tu. Malas nak fikir nama lain buat masa ni.

  4. Kidmatmetal Says:

    2 hands over your forehead moments…

    • Moments tu wa rasai teramat masa kat UK. Nanti akan sampai ke siri kat situ. Wa nak buat siri UK tu main content. Tapi tak finalised lagi.

      Tapi yang ni bukan moment 2 hands on my forehead. Yang ni moments all fingers on my forehead!

  5. pergh… macam drama klasik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: