Tentang Lina (Siri 29) – Nikmat Terakhir Yang Terbaik

AZIDAH dan aku taklah berhubung kerap sangat. Dia kat seksyen 17, dan aku kat seksyen 6. Surat? Jangan harap. Bila balik semula ke asrama lepas habis kursus Tata Negara tu, aku kembali ke pangkuan Lina. Rindu amat pula pada dia. Kenapa ya? Barangkali kerana masih Lina yang tetap bertakhta dalam hati aku ni. Barangkalilah…

Dan pada tahun tu, buat pertama kali Tahun Melawat Malaysia dilancarkan. Dan antara ribuan insan lelaki perempuan yang bergaul tanpa batasan di Dataran Merdeka masa tu, terselitlah antara mereka Lina dan aku. Sebenarnya kita orang bukan nak ke situ pun. Kebetulan memang tengah dok jalan-jalan sekitar KL. Nampak ulat taik yang sebenarnya manusia yang buat taik. Maka atas dasar ingin tahu, kami pun secara sukarela menonong masuk ke situ. Oleh kerana teramat ramainya umat manusia, dan khuatir terpisah, aku genggam tangan dia yang lembut tu, dan dia pun genggam tangan aku yang lembut juga ni. Tubuh kami saling berhimpit dan bergeselan sesama sendiri dan juga sesama entah siapa-siapa manusia lain yang ada kat situ. Dan ya… memang ada ketikanya aku sengaja nak gesel-gesel dengan orang lain kat situ kalau orang tu awek yang sebahagian besar kulit tubuhnya memang terdedah macam sengaja nak suruh digesel.

Menggunakan skil menyelinap yang begitu tersohor, maka aku dapat pandu Lina sampai ke barisan paling depan. Ada tali besar macam tali kapal yang dah direntang kat situ buat laluan para VVIP, VIP, PVIP dan BB. Rupa-rupanya acara pelancaran Tahun Melawat Malaysia. Sorang demi sorang VVIP dan VIP lalu melintas dalam cahaya lampu yang samar-samar suram umbra. Ada yang aku kenal tapi aku tak pasti sama ada dia orang kenal aku — Sabaruddin Chik, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Rafidah Aziz, Lyana Jasmay, Lisa Surihani, bla bla bla…

Tetiba lampu spotlight, lampu kalimantang, lampu isyarat, dan segala tok nenek lampu dipasang. Suasana tetiba terang-benderang macam waktu siang. Dari jauh nampak lampu kelip-kelip kereta ronda polis menyusur pelan-pelan sebelum berhenti kat tepi Dataran Merdeka tu. Ada perompak terlepas ke? Atau escort VVIP nih? Lina tarik lengan aku lantas mendekatkan tubuh kami hingga melekat. Dia nak tengok siapa yang datang tapi tak nampak sebab dia lebih rendah daripada aku yang dah sedia macho rendang ni.

Oooo… PM dah sampai! PM dah sampai!

“Mahathir!” aku pekik kat telinga dia sebab bunyi bising teramat dengan sorakan dan bunyi muzik entah apa-apa entah. Sebagai antara pengunjung berada paling depan, kami adalah yang paling hampir dengan laluan VIP tu. Jadi apabila Tun (masa tu Datuk Seri) Dr. Mahathir Mohamad, PM Malaysia keempat, melintas, kami dapat tengok wajah dia dengan amat jelas di bawah sinaran macam-macam jenis lampu tu. Dia tersenyum melambai ke arah kami. Aku sekadar senyum balik kat dia. Seganlah nak cakap apa-apa takut nanti orang tau yang aku kenal dia (tapi aku tak pasti kalau-kalau dia kenal aku).

Tapi Lina memang teruja amat malam tu! Begitu amat terujanya dia sampai buat beberapa ketika, aku dah tak lagi kenal Lina kekasih hati aku ketika tu! Dia memekik “Datuk! Datuk! Datuk!” sambil melompat-lompat penuh keterujaan. Sinar seri di wajahnya memang jelas banget menggambarkan gembira. Memancar seri wajah Lina sampai aku rasa kalau tak ada lampu yang macam-macam tu pun dah boleh cukup terang setiap sentimeter Dataran Merdeka tu.

Lina… gadis yang amat lembut dan ayu, manis dan sopan tetiba malam tu menjadi… menjadi… menjadi apa ya…? Barangkali dia begitu amat gembira. Begitu amat teruja. Dia melompat-lompat sambil melambai-lambai ke arah PM seraya menyeru gelaran beliau. Aku terkedu seketika. Sungguh aku tak pernah nampak dia segembira ini.

Kami menghabiskan masa melayan upacara pelancaran tu. Kami tak banyak sembang. Nak sembang pun tak ada maknanya sebab suasana yang bising bingit. Tapi kami tak lama kat situ. Setelah seketika kami saling setuju untuk beredar. Maka antara orang ramai tu kami berhimpit-himpit dan bergesel-gesel lagi sampai bebas keluar dari Dataran Merdeka.

Aku kerling jam di tangan. Memang cari nahas kalau nak balik ke asrama masa ni. Aku pandang Lina dengan tenungan terkandung bahasa. Dia faham. Tak mungkin boleh balik ke asrama dengan aman sentosa tanpa soal jawab dengan Pak Guard time tu.

“Kita kena cari Hankyu,” aku kata, jujur dan ikhlas.

Lina mengangguk bersetuju. Maka kami meronda sekitar kompleks mahkamah hingga membawa ke Bus Stand Klang yang bukan terletak di Kelang tapi masih di Kuala Lumpur bersebelahan dengan Pasar Seni. Kami jelajah — kalau tak silap aku — dua buah Hankyu yang masing-masing penuh. Lantas kami sampai ke sebuah Hankyu yang nampak macam okey, tapi rasa-rasanya agak mahal sikit. Rasa-rasanya le. Mahal atau tak, memang ada kosong. Mahu tak mahu, belasah juga. Habis duit elaun hasil perahan tenaga untuk membayar cukai oleh rakyat jelata.

Aku tak tahu kenapa… Barangkali kerana Lina memang sudah sedia teruja dan gembira dan bahagia teramat kerana dapat melihat PM Mahathir dari dekat yang melambai-lambai kepada dia tadi agaknya. Atau mungkin kerana Hankyu tu mahal? Entahlah… Tapi aku rasa lebih kepada sebab dia dah sedia teruja, gembira dan bahagia sebab dapat tengok PM tadi. Mungkin itulah penyebabnya agaknya, kerana malam tu, di Hankyu, buat pertama kalinya, aku dapat merasakan satu pengalaman dan peristiwa bersama Lina yang tak pernah aku rasai dan alami sebelum ni, walaupun dengan Lina sendiri! Biar berkali-kali sudah kami melaluinya, tapi malam tu agak berlainan. Amat berlainan! Amat berbeza daripada sebelum ni!

Malam tu, merupakan nikmat yang paling amat terbaik dalam sebegitu banyak pengalaman yang sama dengan Lina sebelum ni. Amat terbaik! Amat, amat, amat terbaik banget!

Dan aku belum tahu ketika tu, bahawa nikmat yang amat terbaik tu, rupa-rupanya nikmat yang terakhir…

Bersambung…

16 Respons to “Tentang Lina (Siri 29) – Nikmat Terakhir Yang Terbaik”

  1. `Aku terkedu seketika. Sungguh aku tak pernah nampak dia segembira ini.’

    mahathir lebih hebat dari adzam…

    haha

  2. dulu kat klcc gua hampir dapat salam Dr M tapi satu mangkok suda tolak gua punya tangan..

    takpa la nak buat cam mana…

  3. Kidmatmetal Says:

    Dia sexcited.. Eh excited sbb nak gi hankyu… Bukan sebab tgk dr m… Biasala cover line. Skg baru ku tahu apa itu hankyu…

    Jaya jusco? Kenapa nikmat terbaik n terakhir…?
    Lepas berenti kerja mutu ada naik sikit… Bukan mutu yg jual susu tu… Mutu penulisan daaa…

  4. Kidmatmetal Says:

    “Kita kena cari Hankyu,” aku kata, jujur dan ikhlas.

    Mmg la jujur n ikhlas… In anticipation of boleh menoron… Kui kui kui… Zaman ni… Hotel yg pernah wa tido klu tak balik hostel adala bus stop, masjid jamek, hentian putra, kedai games n snooker center kat maluri.. Hotel? Gile apa?

    • Kalau wa sorang memang wa pergi kat lu punya jenis hotel tu. Tapi sebab Lina ada, dia perempuan. Wa kesian… wa kesian kat dia… wa ni memang amat lembut hati dan mudah simpati pada perempuan… oh… murninya hati wa… ekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

  5. Kidmatmetal Says:

    Ayat2 akhir tu buat wa tunggu next siri.. Bagus.. Ni klu ada modal boleh buat telenovela ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: