Tentang Lina (Siri 30) – Masihkah Lina…?

PURNAMA yang terang benderang menyinari langit malam sudah tak lagi berupaya menambah rasa romantikus di dalam jiwa. Hujan lebat yang mendinginkan suasana serta membasahkan setiap helaian rumput di bumi pun tak mampu menyemarakkan syahwat. Justeru masa seakan berlumba-lumba dengan umat manusia ketika tu. Subjek demi subjek daripada sumber yang buku rujukannya boleh mencederakan dengan parah sesiapa saja yang kena baling atau hempap dengannya mengisi hampir setiap saat yang berharga. Untuk pertama kalinya kawan-kawan seangkatan bersama aku terpaksa menempuh suatu alam peperiksaan yang serba baru. Serba asing. Serba sukar. Serba-serbi.

Macam mana nak menjawab soalan peperiksaan subjek perundangan? Empat subjek — English Legal System, Administrative Law, Law of Tort, Law of Contract. Semua law. Den peperiksaannya? Semua esei! Satu subjek pilih empat soalan. Satu soalan lebih kurang dua ke tiga halaman kertas kajang. Kalau empat soalan? Darab empat subjek? Zaman tu jawab soalan kena tulis tangan. Tak ada jawab guna laptop atau wordprocessor. Zaman sekarang ni pun sama gak kan? Despite the digital technological advancement dengan laptop, i-pad, i-phone, handphone, digital organizer, PDA, bla bla bla… kau orang jawablah soalan peperiksaan esei menggunakan pen dan kertas… aharks! Tak usah dok berlagak dengan para senior veteran macam kita orang ni. Pegi dah!

Dan nak menjawab soalan peperiksaan tu bukan macam tulis novel. Ingat boleh reka-reka cerita ikut suka hati Najwa Aiman ke? Boleh jalan! Facts! Facts! Puan Zura (kalau tak silap nama dia), tutor Tort kata “There is no right or wrong answer in law.” Agak ironis sebab selama ni dan sebelum tu aku fikir undang-undang ialah suatu wadah yang bagi tau apa yang salah dan apa yang betul, kan? But she was right. There is no right or wring answer in law — dalam peperiksaan! Yang dinilai ialah pengetahuan tentang undang-undang.

And that’s the whole point about studying law — knowledge of the law and how to apply it. Maknanya, sekadar tau tentang peruntukan undang-undang tak cukup. Kena tahu juga sumbernya, atau dalam intonasi dan nada mendiang Mr. Manual Valentine, “The au-THOOO-rity!”

“Boy! What is consideration?” jerkah mendiang Mr. Manual Valentine dalam tutorial hari tu, di dewan kuliah, selepas waktu lunch, sambil dia dengan selambanya menyedut dan menghembus asap rokok gudang garamnya dalam dewan berhawa dingin yang sejuk nak mampus tapi tak sedingin waktu musim bunga di UK (kata Ms. Sheila Tilley). Bekas criminal lawyer tu peduli haper boleh hisap rokok atau tak kat dalam dewan tu kan? Kan? Bukan ke? Ke?

“Errr… errr…” dan jawapan terkial-kial macam tu memang akan dapat impak respons yang amat memberangsangkan daripada dia.

“Idiot! Boy! Write your mama a telegram telling her that you don’t want to wear a black robe in three years time!”

Garang? Memang. Macam ketua mafia. Mata merah, kepala botak, perut besar, muka bengis… pergh…! Memang nak terkencing memanjang dalam group tutorial dia. Tapi guess what? Kebanyakan isi dalam law of contract lekat dalam kepala sampai sekarang! Dan kalau kau orang pernah tengok sesetengah para hakim beraksi dalam mahkamah… aiyooo…! Berkali-kali ganda lebih dahsyat dan brutal daripada Mr. Valentine pun ada beb! Dan orang tua tu sebenarnya benar-benar ikhlas menyediakan kita orang untuk menghadapi dunia yang sebegitu.

Anyways, buat pertama kalinya kita orang menempuh peperiksaan yang serba baru dunianya. Lina dan aku sibuk. Masing-masing sibuk teramat. Study, study, study, exam. Pening, pening, pening, exam. Tensen, tensen, tensen, exam. Bukan waktu yang sesuai untuk dating.

Dan selain daripada tu, aku juga sibuk melayan emosi dengan Mariza, tapi Mariza tak tau. Aku jadi salah sorang anggota editorial board bersama Mariza dalam publication yearbook NCUK masa tu. 3rd Scenario nama yearbook kita orang. Best! Best! Dan aku dapat peluang berada dekat dan hampir banget dengan Mariza, buat pertama kalinya, setelah hampir setahun memendam rasa je syok kat dia! Aharks!

Anyways, exam beb! Exam! Dan bertungkus-lumuslah kami semua di tempat yang agak aman tenteram dan harmoni tu, membaca, membaca, membaca dan membaca sambil cuba memahami dan menghafal pagi petang siang malam. Sesekali berdiskusi dengan rakan-rakan sebilik dan serumah. Kekadang gila sewel sekejap. Kekadang gila meroyan. Kekadang stim tapi tak boleh nak lepaskan dan tak ada masa nak lepaskan pun.

Dan selepas peperiksaan pun, Lina dan aku tak berkesempatan nak bermesra-mesra. Sibuk tentang nak pilih universiti atau politeknik di UK pula. Nak pergi mana?

“Sheffield,” kata Lina.

“Kenapa Sheffield?” aku tanya. “Leeds la. Uncle Dzam kata kalau buat Law, elok ke Leeds.”

Lina agak keberatan. Aku pun serba salah. Patut ke aku ke Sheffield juga? Apa lagi pilihan yang ada?

  • Huddersfield – aku tak tau tempat ni
  • Leeds – pakcik aku dan kawan Ayahanda aku kata bagus kalau nak buat law, dan dia orang tu memang loyar
  • Liverpool – aku tau kat sini ada pasukan bola yang best je
  • Manchester – kat sini pun ada pasukan bola yang best gak
  • Sheffield – macam pernah dengar, tapi tak berapa pasti. Tempat apa ni sebenarnya ek?
  • Bradford – orang kata kat sini memang feel at home — kalau aku ni Indian atau Pakistani laaa….!
  • Salford – ni lagi aku tak pernah dengar…
  • dan macam-macam lagi bawah NCUK.

Aku tak sure sekarang. Patut ikut Lina ke Sheffield? Kenapa dia nak ke Sheffield? Sebab kawan sorang tu yang dari MCHE yang dia jumpa masa Sukan Air tu ke? Dia tu nak ke Sheffield ke? Apa patut aku buat? Decision! Decision! Decision! Ke mana aku nak pergi ni? Leeds, dan aku akur pada nasihat pakcik dan juga Ayahanda aku sendiri yang bersetuju dengan kawan dia. Sheffield, dan aku akan terus bersama cinta hati aku yang selama ni aku letak sebagai keutamaan sampai ada ketikanya aku membelakangi arahan, perintah dan titah perintah paduka Ayahanda dan Bonda demi cinta kasih pada Lina. Patut ke aku buat keputusan untuk ikut Lina ke Sheffield? Kalau aku kata pada dia aku akan ikut ke Shefifeld, dia akan ubah fikiran dan tukar ke universiti lain pula ke…?

Bersambung…

29 Respons to “Tentang Lina (Siri 30) – Masihkah Lina…?”

  1. kidmatmetal Says:

    akceli kenapa lu tak gi shefeild… masa ni wa ingat yg couple2 semua akan duduk mesyuarat.. bersidang mcm persidangan umno…nak pilih mana u nak pergi… wa solo so letak jer huddersfield. yg wa tau management school dia bagus.. so godam jerla… mana huddersfield tu pun wa tak peduli…yorkshire.. west yorkshire…? wa tak tanya orang… dan wa rasa tak ramai orang lain pilih tempat ni. mmg betul… tapi ramai pulak bebudak account yg pilih… wa nak lari dari melayu kononnya… lansung dapat kg melayu… kwang3x

    • Nasib baik lu masih dalam kelompok Melayu beb…!!! Kalau tak nanti jadi macam Melayu London. Banyak makan belacan.

      • kidmatmetal Says:

        entah tak penah campur selain dari melayu leeds, kg aku, lester, manchester.

        • Banyak dengar cerita pasal betapa sombong, angkuh dan bongkaknya Melayu kat London… Terlupa depa banyak belacan dalam daging… ekekekeke…

          Tapi sebenarnya tak boleh salahkan dia orang, kan? Suasana dan desakan hidup kat London memang camtu. Kita beruntung sebab dapat ‘kampung’. Orang putih smeua ramah dan baik. Kalau dapat London…? Isy… Mesti wa jadi lebih bongkak daripada student Law UiTM… hehehehehe… alamak! Aiyaaarrrkkk…!!!

  2. kidmatmetal Says:

    rasanya masa ni semua orang buzy ngan hal masing2… kita dah jarang lepak2.. ptg2 lu orang gi joging kat tasik… wa membuta kat bilik. weekend lu ngan gf lu.. wa mcm biasa gi lepak pertama. sukan mche vs ncuk? wa ingat2 lupa…

  3. dalam persimpangan nih..

    slalunya berakhir dengan kekesalan bila dah tua…

  4. kidmatmetal Says:

    wa masih menunggu jawapan untuk siri 29

  5. kidmatmetal Says:

    wa baca balik… kenapa dia nak gi shefield.. apa bagus sgt tempat tu? selain dari shefield united dan wednesday yang dua2 dah turun division.. meadow hall tempat melayu kg aku gi beli belah.. apa gah nya tempat tu. Uni dia bagus sgt ke..? question question question… so many but no answer…

    • kidmatmetal Says:

      biasa awek akan ikut balak… unless awek ada sinister plan.. hah… aku akan tunggu apa motive pempuan ni…

    • Yang tu wa elakburit… eh… elaborate lebih sikit dalam versi novel, tapi yet to be revised la. Sejujurnya aku tak ingat kenapa dia nak pilih sangat Sheffield walaupun kengkawan akrab dia (Elin, Zerene) pilih Leeds.

      Sebenarnya aku ada suspision masa tu, bahawa ada seseorang yang juga akan ke Sheffield yang buat dia berkeputusan untuk ke Sheffield juga daripada info2 tertentu yang aku dah dapat sejak masa tu. Dalam novel aku elaborate, buat masa ni, kalau aku tak ubah fikiran… hehehehehe…

      • kidmatmetal Says:

        takpe… wa tunggu dalam siri akan dtg.. tapi sebagai pembaca.. dah ada tanda tanya kepada kejujuran lina dalam hubungan jenis ini ahakkss…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: