Tentang Lina (Siri 39) – Jangan Bersuluh Di Dalam Terang

KE MANA biasanya orang pergi semasa cuti di UK ni? UK tak banyak cuti, tapi sekali cuti panjang memang cari peluang nak merayau sama ada seluruh UK atau seluruh Eropah. Dan aku pun tak ingat cuti apa masa tu. Barangkali cuti Krismas. Seluruh isi rumah aku nak pergi bercuti. Semua orang — Garn, Dol, Rhosk. Mana dia orang nak pergi? Aku pun tak taulah… Dan aku sorang aje yang tak pergi. Kenapa ya?

Sebab Lina kata dia nak ke Leeds. Oh… setelah sekian lama, akhirnya Lina mahu menjejakkan juga kakinya ke Leeds ni. Dia nak jumpa kawan-kawan rapat dia masa kat A-Level dulu. Barangkali ada sesuatu yang nak dikhabarkan. Berita penting tu. Mesti datang daripada mulut dia sendiri terus ke telinga kawan-kawan rapat dia. Mungkin dia akan beritahu aku juga, kalau aku ni pun dianggap rapat… eheks…!

Lantas aku tanya Lina kat mana dia cadang nak bermalam sepanjang di Leeds ni? Agak aku mestilah di penginapan kawan-kawan dia yang sebenarnya menginap di asrama universiti masa tu. Tapi berbeza dengan Lina di Sheffield, kawan-kawan dia yang menginap asrama di Leeds ni duduk beramai-ramai geng orang Malaysia.

Dan Lina nak bermalam di mana? Nak tunggu dia jawab ke?

“My house is available,” aku terus bagi cadangan ke dalam kepala otak dia sebelum dia putuskan sebarang jawapan. “Dia orang semua tak ada. Pergi bercuti beberapa hari. Dzam tinggal sorang je kat rumah tu.”

Macam mana? Dia setuju? Ada beberapa peristiwa sebenarnya yang berlaku sebelum tiba ke ketika di mana dia naik kereta api ke Leeds hari tu. Aku tak pasti siapa yang hantar dia ke stesen kereta api di Sheffield, atau kenapa dia putuskan untuk datang ke Leeds, tapi khabar mengenainya benar-benar, teramat benar-benar banget buat aku teruja dan gembira sekali! Amat gembira! Tuhan saja yang tahu betapa sepanjang tubuh badan aku ni mendarat di bumi UK, tak pernah lagi aku rasa amat teruja sebegini! Lina telah berjaya membuatkan aku mengukir senyum melepasi telinga hanya semata-mata dia kata dia nak datang ke Leeds! Menerima kiriman surat daripada Zah dan Lina W pun tak bisa buat aku sebegini teruja!

Dan aku tunggu dia dengan sabar di stesen kereta api Leeds petang tu. Aku sembur suku botol minyak wangi sepuluh ringgit yang aku selalu pakai semasa dating dengan dia ketika di A-Level dan NCUK dulu. Sejak aku mendarat di UK ni, itulah pertama kali minyak wangi yang aku bawa import khas dari Malaysia tu hinggap ke tubuh aku setelah sekian lama aku tak menggunakannya sejak mula bercuti NCUK dulu. Ya… sebegitu lama… Minyak wangi yang aku gunakan semata-mata untuk keluar dan bersama dengan Lina semata-mata.

Kali ni, minyak wangi tu kembali menyiram seluruh tubuh dan juga pakaian aku. Kat UK ni pula pakaian tak cukup sehelai. Maka minyak wangi tu mula-mula menyiram tubuh badan aku yang telanjang. Lepas tu kemeja T. Lepas tu kardigan aku. lepas tu muffler aku. Nasib baik tak jaket aku aje. Banyak gak aku sembur minyak wangi tu rasa-rasanya. Kalau minyak wangi aku tu berbau durian, mesti semua orang putih di seluruh pelosok dan lorong dan rumah dan bangunan dalam bandar raya Leeds ni masuk wad kecemasan sebelum dihantar ke wad pakar ENT sejurus aja aku melangkah keluar dari rumah nanti… eheks!

Dan aku menunggu Lina dengan sabar. Dada aku penuh debar. Acap kali aku berbisik sendirian macam orang sewel sebab berlatih macam mana aku nak sambut dia bila dia muncul ke dalam dewan menunggu dari platform tu nanti. Mesti dia akan masuk ke dewan tu dengan senyuman dia yang biasa aku nampak di Malaysia dulu. Mesti leher dia akan terlentok manja sambil melemparkan senyuman tu. Mesti dia akan kata “Hai Dzam! Lama ke tunggu Lina?” bila dah sampai hampir kepada aku nanti, kan? Aku seakan-akan dapat dengar alunan suaranya berkata demikian di telinga aku masa tu. Barangkali kerana tu aku tersenyum… lagi… untuk ke sekian kalinya… dalam dewan menunggu stesen tu… sendirian!

“There must be something happy in your mind, luv,” dan suara tu tiba-tiba buat aku nyaris nak terlompat macam hero dalam cerita ‘Ong Bak’ tu.

Aku pandang empunya suara — seorang wanita orang putih yang dah berusia. Lingkungan enam puluhan agaknya. Tersenyum aja dia memandang aku. Tersenyum seakan gembira memandang aku, atau perli. Yang mana satu pun tak apa, asal jangan tersenyum sebab terpikat sudah!

“Pardon, ma’am?” aku balas, nak pastikan memang dia yang berkata-kata tu tadi.

“You have been smiling alone and to yourself since you were here,” kata orang tua tu dalam pelat Yorkshire yang agak pekat gak. Nasib baik telinga aku dah perfectly tuned dengan pelat dan loghat Yorkshire ni masa tu. Dia masih mengukir senyuman yang manis dan mesra sekali. Sesungguhnya dia memang mengingatkan aku kepada Opah aku nun di tanah air setiap kali bila Opah kata sesuatu tentang perangai atau perbuatan aku yang menggembirakan dia. Macam tulah riak wajah orang tua orang putih ni masa tu. “There must be some happy thoughts in your mind right now. I could even see it sparkling in your eyes!”

“You could?” aku tanya dia balik, tak percaya. “Is it that obvious?”

“Yes, luv! Are you waiting for someone? Someone who must be so significantly meaningful to you, I bet. Someone you love so much.”

“Yes, ma’am. I am, and I do.”

“Well… good for you!” dia balas dengan senyuman mesra yang masih tak lekang dan tak pudar-pudar lagi. Aku nampak mata dia juga bersinar-sinar memandang aku masa tu. “Love is very important, but is always misunderstood nowadays. During my days, love was not easy to come by. It was something dear. It was something priceless. It was something you would never let go once found. Everyone knew that it was something that has no price to it, something that you held on to it with your life. Because, luv, love is your life.”

Errr… kenapa dia bagi aku syarahan pasal cinta ni ek…? Tapi tak apalah kut…? Orang tua… layan ajelah. Aku pun memang suka layan dia sebab dia memang mengingatkan aku kepada Opah kat tanah air yang sangat-sangat aku kasihi. Sekarang aku dah rasa rindu teramat pada Opah. Rindu teramat pada kata-kata nasihat Opah. Pada senyuman Opah yang buat hati aku sentiasa lapang dan tenang. Tunjuk ajar Opah tentang doa-doa dan amalan… Aku rindu pada Opah…

“I could see in your eyes that you treasure love so much,” kata orang tua tu lagi, masih tersenyum dan bersinar matanya. “And your smile. It was a sincere smile, wasn’t it? This person must be very special to you.”

Aku tak boleh nak menjawab kata-katanya yang ni. Aku rasa hati aku terhiris. Benarkah…? Adakah…? Apakah…? Dan selama ni…? Oh… Maafkan aku, Lina… Maafkan apa yang aku dah lakukan kepada kau selama ni…

Dia tak lama bersyarah. Seorang lelaki tua datang hampir kepadanya ketika tu. Aku fikir suami dia. Tak sempat pun dia nak perkenalkan suami dia tu kepada aku sebab ketika tu aku juga terpaksa bergegas bila tren Lina dah tiba. Pasangan tua tu tadi pula barangkali nak kejar tren dia orang yang mungkin akan berangkat entah ke mana.

Aku sekadar melambai kepada dia sambil masing-masing berlalu pergi. Sampai juga ke telinga aku sayup-sayup orang tua tu menyebut “Bye-bye luv…!” dan kata-katanya selepas tu agak kurang jelas, tapi kedengaran lebih kurang sama ada “Take care dear…!” atau, kalau aku dengar betul, “Love her dear…!” Entahlah…

Dan seperti yang aku bayangkan, Lina masuk ke dalam platform dengan mengukir senyuman bila terpandang aku, walaupun kemanisan senyuman tu tak seperti yang tadi ditayangkan berkali-kali atas skrin imaginasi aku. Senyuman Lina agak hambar berbanding senyumannya dalam episod yang ditayangkan dalam kepala aku tadi.

“Hai!” aku sapa dia.

“I know this smell,” Lina membalas sejurus tiba dan berdiri depan aku. Dah tentu dia maksudkan bau minyak wangi hampir separuh botol aku tu. “I love this smell.” Dan semasa dia cakap macam tu, aku tak dapat mengelak daripada meneka sama ada Lina memang tulus ikhlas atau sekadar nak merekodkan bahawa cubaan aku untuk bagi dia bau minyak wangi yang aku pakai tu diakui dan dihargai. In other words, my attempt was accordingly and appropriately recognised. Tu dia… skipping London. Bunyi suara keluar ikut hidung.

Malam baru aku boleh bawa Lina ke rumah aku. Tetapi hebat juga dugaannya. Kawan-kawan serumah aku masih belum berangkat lagi sebagaimana yang dirancang rupa-rupanya malam tu. Terlewat daripada perancangan. Alahai… Dahlah cuaca sejuk ni. Berangin pula tu. Malam. Gelap. Mana aku nak transit Lina sementara menunggu kawan-kawan aku ni semua berangkat?

Maka nak tak nak, aku terpaksa suruh Lina tunggu aku kat depan kedai runcit Paki tak jauh dari rumah aku di Willow Close tu. Situ agak terang sikit. Selepas berpesan pada dia supaya tunggu aku dengan sabar dan jangan marah-marah, aku tinggalkan dia dengan perasaan risau dan resah bercampur kesian dan simpati.

Agak lama gak sebenarnya masa yang diambil untuk kawan-kawan rumah aku bersama-sama yang lain-lain tu nak bertolak pergi bercuti. Riuh sekejap kawasan depan rumah kami kat Willow Close tu. Aku semakin resah mengenangkan Lina yang bersendirian dalam kesejukan dan angin malam UK kat depan kedai Paki. Alahai… Sabar, Lina… Please jangan marah-marah…

Bila akhirnya kawan-kawan aku dah berangkat, aku bergegas semula ke kedai Paki tu. Seperti yang aku jangkakan, wajah dia masam mencuka. Tapi sebenarnya tak lama. Bila aku datang hampir, dia kembali senyum.

“It’s okay,” dia kata, bila aku jelaskan kepada dia kenapa lambat. Huh? It’s okay? Really? Biar betul ni…???

Hairan? Ya, memang aku hairan. Aku kenal Lina. Aku kenal Lina selama tiga tahun sudah. Dia takkan sebegini mudah reda marahnya. Takkan sebegini cepat hilang geramnya. Dia sepatutnya akan berleter sekejap, sementara aku terus diam senyap. Beri dia peluang hamburkan habis semua api dan bara dalam emosi dia.

Tapi tidak kali ni. Dia lebih memaafkan. Lebih cepat reda. Lebih cepat faham. Kenapa ya…?

Tak apalah. Aku anggap tu satu anjakan positif. Masa tu aku fikir barangkali dia dah tau bahawa aku takkan sekali-kali dengan sengaja membiarkan dia dalam keadaan yang dia tak suka. Takkan sekali-kali membiarkan dia dalam keadaan yang dia akan rasa takut dan marah. Seboleh-bolehnyalah walaupun aku tahu seringnya memang aku selalu secara sengaja atau tak letak dia dalam keadaan macam tu tanpa aku sendiri nak dan rela. Kadang-kadang tu terpaksa… alahai…

Dan malam tu, dalam rumah di Willow Close tu, hanya Lina dan aku. Aku fikir boleh sembang-sembang dengan dia di depan TV sementara tunggu waktu tidur, tapi dia tak mahu. Penat, katanya, dan dia mahu tidur.

Jadi aku pun sediakan tempat tidur untuk dia. Dan aku? Dah tentulah aku tidur sama.

Dan malam tu aku tahu, ‘what goes around, comes around’ walaupun kadang-kadang apa yang kita buat tu bukan sengaja. Sebagai membalas apa yang pernah tak jadi sewaktu aku ke asramanya dulu, dan sebagai membayar semula hutang yang tak langsai hari tu, aku mulakan apa yang selama ni memang aku tahu Lina nak aku yang mulakan. Tapi kali ni, Lina tak berapa layan. Dia tak berkehendak.

“I don’t feel anything,” begitu kata Lina. Rasa terhenti jantung aku.

“Nothing?” aku tanya dia dengan perasaan bimbang, risau, resah dan gelisah.

Lina geleng kepala. “Nothing,” ujarnya.

Dakap mesra, kucup hangat, bahkan segala-galanya aku cuba termasuk sentuhan ghairah di mana sepatutnya… semuanya “Nothing” bagi Lina. Tak ada rasa apa-apa pun. Apatah lagi rasa nak membalasnya.

Tak ada rasa apa-apa pun terhadap aku!

Dan ini sama sekali berbeza daripada situasi aku di asrama dia dulu. Aku masih ada sayang dan rindu pada dia. Yang tak ada cuma kehendak buat benda tu aje masa tu.

Tapi ni lain. Ni ialah satu fenomena di mana Lina tak ada sebarang rasa apa pun terhadap aku. “Nothing,” biarpun aku dah cuba semua trick dan teknik serta taktik yang aku tahu.

“It’s okay,” aku kata akhirnya. Kecewa? Ada, tapi tak banyak. Yang banyak ialah ketakutan dan kebimbangan yang amat-amat menggegarkan seluruh dunia emosi dan perasaan aku masa tu. “Mungkin Lina penat. Tidurlah dulu.”

Aku belai dia sepanjang malam tu walaupun aku tahu dia tak sedar. Aku usap rambut dia walaupun dia dah lena. Sesekali aku cium pipi dan dahinya. Sesekali aku cium rambutnya.

Dan sehingga keesokan harinya tatkala kami dah celik mata, dia tidak ada respons yang selama ni dia berikan setiap kali kami Jaya Jusco. Jaya Jusco tak berlaku hari tu sungguhpun kami tak lagi perlukan Hankyu. Sesungguhnya sudah ada yang berubah. Ada yang berbeza.

Dan sejujurnya aku nampak apa yang aku tak mahu nampak. Aku tak perlu bersuluh lagi. Aku tak perlu bertanya lagi. Tapi aku takut… teramat takut untuk mengakui hakikatnya… Amat takut…

Bersambung…

12 Respons to “Tentang Lina (Siri 39) – Jangan Bersuluh Di Dalam Terang”

  1. Kidmatmetal Says:

    Part orang tua tu lu reka ke betul… Klasik.. Wa suke..

    • Wuih! Cepat betul lu dah baca dan komen kali ni. Hot from the oven. Wa baru je siap siri ni tau!

      Part jumpa orang tua tu betul. Isi dialog tu banyak facts daripada fiksyen. Dialog tu itself is fictional. isu tu memang ada disebut dek orang tua tu tapi isi perbualan kita orang lebih banyak berkisar hal kereta api British… ekekekekeke…

      • Kidmatmetal Says:

        Ishhh… Mati2 wa ingat betul.

        • Huh? Memanglah betul. Siapa kata tak betul? Cuma wa tapis dialog je laaa… Mana le aku nak ingat sebiji-sebiji ad verbatim apa yang kita orang sembang masa tu.

          Tapi isu pasal ‘love’ tu memang orang tua tu ada sebut lebih kurang gitu. Cuma sembang kami lebih banyak cerita pasal kereta api.

  2. Kidmatmetal Says:

    Love this smell… Bau ketiak wa wangi sikik… Kwang3x… Mcm terbau jer parpum 10 hennget lu tu….

  3. Kidmatmetal Says:

    Hu hu hu… Padan muko…

    • Dulu tak mampu nak beli macam-macam alat kosmetik beb…

      Eh… jap… ni padan muko pasal apa? Pasal Lina rasa “Nothing” atau pasal pheromone tu?

      • Kidmatmetal Says:

        Rasa nothing… Wey professor ape ni… Ada dia kate nothing.. Kecut telur…

        • Ekekekeke… Masa tu wa pun tak faham sebenarnya. Tapi bila dah dewasa ni (bukan tua tau!) baru tahu erti sebenarnya — “I have no more feelings for you. I don’t love you anymore.”

          Professor pun sentiasa belajar dan belajar tak berhenti selagi hayat masih ada beb… aharks!

          • Kidmatmetal Says:

            Patutla.. Dah jumpa jantan lain uhuks… Mungkin performance jantan tu better… Umpama kereta… Upgrade turbo charge..

          • Sejujurnya… lama lama lama selepas peristiwa tu semua bila kita dah nak habis final year, aku memang mengharap sangat jantan tu better daripada aku dalam semua segi — layanan, perhatian, kefahaman tentang diri dan kehendak Lina, compatibility, termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan perkara yang memerlukan aksesori tambahan seperti turbo charger.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: