Tentang Lina (Siri 40) – Cermin

PETANDA yang selama ni muncul satu persatu seharusnya dah boleh aku baca, kan? Atau sebenarnya aku ni dungu sangat? Dungu tu apa? Kamus Dewan kata dungu tu ialah tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok. Tu dia! Isy! Tak mahulah! Bukan dungu kut? Dah tu?

Takut. Barangkali itulah dia. Takut. Takut nak terima hakikat apa yang aku seharusnya dah tau. Sememangnya aku dah tau, tapi takut nak terima hakikat tu. Cet…! Penakut! Masih cuba nak menegakkan benang yang basah? Benda lain pada anatomi tubuh aku ni memang boleh tegak bila dah basah, tapi benang tak boleh beb.

Tapi kenapa aku mesti takut ya? Apa yang aku takutkan sebenarnya? Takut kehilangan Lina? Kenapa? Sebab aku dah kerjakan dia? Habis tu? Awek-awek lain yang aku sama kerja dan kerjasama mengerjakan dan dikerjakan semasa kerja dan di luar kerja tu haper? Tak takut pun? Tak kisah pun?

Jadi apa dia yang aku takutkan? Apa dia yang menyebabkan aku rasa takut ni?

Cinta. Kasih. Sayang. Barangkali itulah dia. Aku dah serahkan kepada Lina apa yang aku tak serahkan kepada awek lain… Ya kut? Itu ke sebabnya? Aku serahkan Lina hati aku ke? Betul?

Rasa-rasanya macam bukan. Bukan… bukan hati… Bukan juga cinta, kasih mahupun sayang. Mungkin benar suatu ketika dulu. Lama sebelum tu. Sebelum NCUK. Semasa A-Level. Mungkin. Tapi bukan selepas tu. Bukan semenjak NCUK. Dan sama sekali bukan semenjak di UK. Aku tahu sangat-sangat. Aku tahu sebab aku yakin banget bahawa hati aku sebenarnya aku dah serahkan kepada gadis kereta api yang dah jadi gadis hospital di Malaysia sana. Aku tahu sangat-sangat sebab selama ni rindu aku adalah kepada dia! Kepada Zah!

Jadi apa sebenarnya yang aku takutkan?

Ego.

Yup… ego… Ego yang selama ni aku tak tau aku ada. Ego yang menyalakan api cemburu. Ego yang membisikkan sesuatu kepada aku — bahawa apa yang aku dah jamah, kini akan dijamah oleh orang lain dan aku takkan dapat menjamahnya lagi! Ini bukan macam makan aiskrim tau. Ini bukan macam makan ayam goreng atau sup tulang. Semua tu bila makan, akan habis. Tak ada lagi saki baki. Ini makan tak habis bang! Apa yang aku makan, itulah yang orang lain akan makan, dan dalam hal ni, tak boleh makan dalam dulang punya. Tak boleh makan kongsi-kongsi. Ini jenis makan sorang tau!

Itu sebenarnya yang aku takut. Bukan! Bukan takut sebenarnya. Tapi cemburu! Ya… itulah dia! Cemburu sebenarnya.

Dan kata orang cemburu tu tanda sayang. Really? Tak semestinya. Ada banyak kisah dalam sejarah percintaan yang menandakan juga bahawa cemburu tu ialah kebodohan. Tolol dan dungu manusia kadang-kadang diakibatkan oleh cemburu. Cemburu menjadikan manusia buta. Dan ada ketikanya cemburu menjadikan manusia binatang yang tak berakal.

“Macam mana kalau kita break up?” ujar Lina malam 3 Februari tu, di dalam bilik asramanya di Sheffield.

Aku terkedu. Betul ke apa yang aku dengar? Dia… dia… dia tanya apa tadi…?

“Ke… kenapa, Lina…?”

Lina membisu seketika. Aku tenung dia dengan dada yang… yang… yang rasa-rasanya macam dah tak berdegup lagi.

“Because I don’t love you anymore…” itu jawapan dia. Huh…??? Say what…? Itu ke sebabnya…??? Lina…?

“Ke… kenapa…? Is it because you have someone else?”

“No… no…” Lina menafikan sungguh-sungguh. Fuh! Lega sikit… tapi sikit ajelah…

“Habis tu…?”

“Because I don’t love you anymore.”

Aku memang dah lama merasakan lambat-laun benda ni akan berlaku. Tapi sumpah… sumpah aku tak jangka akan berlaku seawal tu!

Maka sejujurnya aku tak bersedia langsung untuk menempuh peristiwa malam tu. Aku tak bersedia langsung! Dan buat pertama kalinya selepas menjejakkan kaki ke bumi sejuk beku peti ais tu, aku benar-benar, benar-benar tanpa dapat kontrol lagi, menangis macam budak kecil. Di depan Lina! Oh…! Betapa kemaluan aku menjadi besar… tapi bukan macam selalu. Ni bukan besar kemaluan sebab Jaya Jusco dengan Lina. Ni besar kemaluan perasaan dengan dia! Aku menangis teresak-esak depan dia!

Dan itulah dakapan Lina yang terakhir. Kehangatan Lina yang terakhir. Kemesraan Lina yang terakhir. Malam itu. Kami tak buat apa-apa. Kami sekadar berbaring sebelah menyebelah. Aku tak dapat lena dalam jangka waktu yang lama. Dan Lina tak lena selagi aku tak lena.

Esok harinya aku berangkat pergi meninggalkan Sheffield. Aku tahu aku tak ada alasan lagi untuk ke situ selepas ni. Dan aku tak ada alasan lagi untuk menumpang kasih sayang Lina. Kami dengan rasminya pada 3 Februari itu menamatkan percintaan yang dijalin selama tiga tahun. Kena cari lagu Alleycats ‘Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi’ kalau macam ni. Dalam lirik lagu tu ada sebut pasal bulan Februari ni—

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari

Apa alasan kami putus? “Because I don’t love you anymore,” kata Lina. Bukan… bukan sebab adanya orang ketiga. Itu pengakuan Lina. Aku memang tanya soalan tu kepada dia. Aku tahu Lina takkan berbohong kepada aku. Lina yang aku kenal selama tiga tahun bukan seorang yang akan berbohong kepada aku dalam hal sebegini. Kalau benar ada orang ketiga, pasti dia akan akui bahawa ada orang ketiga. Itu sudah memadai untuk buat aku rasa lega. Sedih. Kecewa. Merana dan frust tertonggeng-tonggeng. Cemburu yang membakar diri sampai hangus rentung. Ya… memang benar…

Tapi sekurang-kurangnya aku tahu tu memang jauh lebih baik bagi Lina. Dia takkan kesepian lagi. Dia takkan kesunyian lagi. Dan dia takkan bersedih lagi. Malah ada orang yang boleh menjaga dia dengan baik di rantau orang yang asing ni.

Tapi tu bukan sebabnya Lina mahu berpisah. Lina mahu berpisah sebab kata Lina “I don’t love you anymore.” Lina takkan berbohong kepada aku sebab aku percaya sangat bahawa dia tahu sangat-sangat yang aku cukup pantang kalau orang cakap bohong dengan aku. Memang pantang anak cucu cicit aku!

Tapi kenapa dia tak cintakan aku lagi? Jarak, barangkali. Jarak yang memisahkan, ditambah dengan ketidakupayaan aku untuk mengisi kekosongan hati dia selama kami mendarat di UK tu. Maka aku dah jadi seorang yang lemah upaya bagi Lina. Aku dah jadi seorang yang gagal memenuhi kehendak dia. Aku dah jadi lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab aku untuk menjaga dia — dirinya dan hatinya — dengan sebaik mungkin.

Dan aku harus terima hakikat tu sebagai benar. Sememangnya ia benar.

Tapi aku juga tahu bahawa tu tak bermakna yang aku tak boleh terus menerus berusaha untuk memulihkan keadaan, kan? Aku boleh terus menjadi sahabat, kan? Terutamanya jika dia memerlukan, kan?


Ramadan 1413 menandakan kemuncak kebodohan dalam kehidupan. Kehidupan akulah. Kehidupan orang lain buat apa aku masuk campur. Ramadan yang mulia. Dan aku terbayangkan betapa seksa dan azabnya menempuh Ramadan dengan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari di negara sejuk beku peti ais ni. Bila tiba waktu iftar pula, alangkah syahdu dan sedihnya kalau menghadap juadah berbuka sendirian? Tanpa kawan-kawan? Dan juadah apalah sebenarnya yang menjadi habuan berbuka puasa Lina yang sendirian dan kesepian di sana…? Lina… sungguh aku amat sedih mengenangkan kau bersendirian menghadapi Ramadan pertama di negara asing ni. Bukankah seperti semua kita yang lain-lain ni, dia memerlukan teman kala ni? Bukankah…? Betulkah…?


Maka kerana itulah, walaupun sebenarnya aku tengah sengkek teramat sebab 1 Ramadan tahun tu ialah 22 Februari — yakni hujung bulan sebelum elaun masuk — aku korek segala tabung dan tilam dan bantal mencari-cari sisa-sisa duit elaun yang ada. Aku perlukan sebahagian duit tu untuk buat tambang ke Sheffield dan sebahagiannya lagi untuk buat beli makanan juadah berbuka puasa Lina di sana. Aku mahu habiskan masa bersama-sama Lina untuk iftar pertama di UK ni sebagai teman dia. Aku tak mahu dia bersedih kerana bersendirian menghadapi Ramadan pertama ni. Tak mungkin sekali-kali! Jangan sampai dia titiskan air mata dia yang jernih suci tu semata-mata kerana kesepian menyambut Ramadan ni! Jangan!

Lantas dengan berbekalkan duit saki baki elaun tu, aku bergegas ke stesen kereta api dan terus ke Sheffield. Lina tak tahu-menahu pun yang aku akan datang hari tu. Aku pun tak sempat nak bagi tau dia. Tak apalah. Aku ada misi yang perlu dilaksanakan. Ada air mata dititiskan. Ada perasaan yang aku mesti tahan daripada dihamburkan dengan kepiluan.

Kaki aku mengatur langkah laju sejurus saja ia menyentuh bumi Sheffield. Sesekali aku seperti berlari-lari. Aku mesti kejar masa. Aku mesti segera ketemu Lina supaya dapat bersama-samanya mencari juadah untuk iftar. Aku mahu berada bersama Lina semasa dia buat keputusan untuk makan apa, atau masak apa. Kalau dia membeli, aku mahu di sisi dia membelikan makanan tu. Kalau dia mahu memasak, aku mahu bersama-sama dia memasak untuk juadah kami berdua.

Sesampai di sana, aku tekan loceng bilik asramanya. Beberapa kali aku tekan. Tak berjawab pun…? Aduhai…! Adakah dia sudah keluar mencari makanan? Atau mungkin dia di dapur sedang memasak juadah? Aku terlambat? Macam mana nak hubungi dia ni? Aku bukan ada henpon. Dia pun tak ada henpon. Wallaweh! Henpon pun belum wujud lagilah masa tu! Macam mana ni…??? Padan muka aku tergesa-gesa-gesa sangat ke Sheffield tanpa bagi tau dia.

Habis aku nak buat apa ni? Hmmm… apa-apa hal pun, lebih baik aku pergi ke mana-mana kedai terdekat ni. Aku nak cari roti ke haper ke buat aku berbuka. Ingat aku tak puasa ke…? Cet…!!! Jadi aku berlari ke kedai terdekat yang sebenarnya agak jauh juga dari asrama dia tu. Aku beli seketul roti dan sekotak air. Memadailah. Dan aku pun berlari-lari kembali ke asrama dia. Aku duduk di muka pintu yang berkunci tu. Aku tak boleh masuk ke dalam asrama tu kecuali aku ada kuncinya atau dibenarkan masuk oleh mana-mana residen asrama tersebut.

Sambil melayan ketar tubuh atas bawah akibat kesejukan cuaca sejuk beku peti ais UK tu, aku duduk mengerekot sambil sesekali menjeling jam di tangan. Alamak! Di Sheffield ni waktu berbuka puasa pukul berapa ek? Aduhai… Ni yang pelik UK ni. Waktu solat dan berbuka tak selaras. Ikut siapa yang dominan di daerah tu. Di Leeds, ikut waktu Iraq. Di Sheffield ni ikut waktu mana? Pakistan? India? Bangladesh? Arab Saudi? Emiriah Arab Bersatu? Mesir? Malaysia? Amerika Syarikat? Israel?

Dan sebenarnya, apa yang aku tak tahu ialah, hari itu Lina tidaklah berbuka puasa sendirian. Dia tak bersedih pun untuk membeli, memasak dan menghadap juadah berbuka puasa. Dia tak perlu bersedih. Malah dia bergembira. Dia telah pun mempunyai teman berbuka puasa. Temannya itu ialah siapa yang dia selalu sebut ‘Kak Zali’ kepada aku. ‘Kak Zali’ yang selama ni aku fikir perempuan. Rupa-rupanya ada dua ‘Kak Zali’. Yang sorang tu memang perempuan. Yang sorang tu bukan.

Dan hari tu sebenarnya dia berbuka puasa dengan ‘Kak Zali’ yang bukan perempuan. ‘Kak Zali’ yang sebenarnya adalah sebab utama kenapa Lina kata kepada aku sembilan belas hari yang lalu “I don’t love you anymore.” ‘Kak Zali’ yang sebenarnya selama ni menemani dia tatkala dia kesepian ataupun tidak. ‘Kak Zali’ menyebabkan Lina — beberapa bulan yang lalu, semasa dia ke Leeds — menyebabkan Lina berkata kepada aku “I don’t feel anything.” ‘Kak Zali’ yang aku sangka selama hampir setahun di sini sebagai perempuan.

‘Kak Zali’ itu sebenarnya ialah lelaki yang kata Lina iras wajah seperti Jamal Abdillah, yang pernah Lina tunjukkan gambarnya memegang seekor biawak yang dia tangkap di kampungnya suatu ketika dulu. Dan tak… aku tak pernah persoalkan masa tu kenapa Lina ada gambar tu. Gambar Mr. Biawak itu dalam simpanannya, yang menginap di asrama selang satu blok dari asrama Lina sendiri. Aku tak persoalkan. Kenapa mesti aku persoalkan masa tu kalau aku anggap Lina seorang yang jujur? Lantak dialah nak simpan gambar siapa pun. Especially gambar Mr. Biawak tu sebab Lina kata dia kagum dengan gambar biawak yang dipegang tu. Tak pernah terlintas di fikiran aku masa tu bahawa Lina sebenarnya kagum dengan orang yang memegang biawak tersebut. Dia suka orang yang boleh tangkap biawak rupa-rupanya… Aku tak tau pun selama ni… oh…

Dan sebenarnya selama ni aku hidup dalam keresahan demi Lina penuh sia-sia belaka. Kebimbangan dan simpati serta kasihan aku terhadap dia tak ada nilai harga dan erti belaka.

Dan Lina — yang selama ni aku sangka jujur dan setia kepada aku — telah menjadikan aku melalui kehidupan serba daif di UK ni dalam penipuan dan pembohongan. Dan aku amat-amat kecewa terhadap dia. Kalaulah itu bukan Lina H, tak mungkin aku kecewa sebegini. Aku tak percaya dia boleh dan sanggup berbohong kepada aku sekian lama. Aku tak percaya.

Dan aku lebih tak percaya, dan takkan boleh menerima, kerana dia telah berbohong atas nama cinta. Sesuatu yang amat tulus suci yang menyebabkan aku hampir menjadi anak derhaka yang terbuang demi cinta aku terhadap dia, dan Lina telah mendustai kesucian itu. Dan dia telah berbohong kepada aku pada malam 3 Februari itu.

Lantas hari itu aku tersedar bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu pun, atau seseorang pun dalam dunia ni, yang layak diberikan kepercayaan penuh, walaupun orang itu telah diberikan hati dan perasaan sebegitu lama.

Dan aku tahu bahawa kepercayaan, dan bukan cinta, adalah sesuatu yang paling tinggi nilainya dalam dunia ni.

Dan cinta tidak ada erti apa-apa jika tak ada kejujuran bersamanya…

Dan hari itu, buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku, aku telah benar-benar memandang cermin…

Bersambung…


Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

57 Respons to “Tentang Lina (Siri 40) – Cermin”

  1. Kidmatmetal Says:

    Ego… Betul tu…tinggi ego lu ek…..

  2. Kidmatmetal Says:

    Satu jer gamba wa..?

  3. Kidmatmetal Says:

    Sialan.. Kak Zali… Wa ingat pun balak… Dah tengok gamba Kak Zali ni… Jamal kurus dia ni plumb sikit.. Mcm Jamal? Entah… Tak la..

    • Lina le kata macam Jamal. Sejujurnya masa wa tengok tu, wa kata macam Nash walaupun tergerak gak hati nak kata macam Aishah…

      • Kidmatmetal Says:

        Aishah… Mmmm … Bukan aishah tu prmpuan…? Lu ni jeles la masa tu..,

        • Memanglah jeles siot! Ada ke patut awek aku simpan gambar balak lain? Gambar aku tak de pulak tu! Ciszzz… Tapi takpe. Masa tu wa sangka baik.

          Tapi part Aishah tu wa tak tipu beb. Memang masa memula tengok tu wa nampak muka Aishah zaman dia muda-muda dengan group Ostolia tu. Lepas tu baru nampak Nash. Jamal…? lepas Lina cakap macam Jamal, baru wa cuba imagine muka Jamal atas muka dia.

  4. Kidmatmetal Says:

    Tu la… Wa suruh lu tangkap lalat… Mcm karate kid lu tak nak.. Dia tangkap biawak biasa.. India kg wa selalu buat.. Klu lu tangkap lalat.. Pergh hebat… Tanya Jeme Lalat… Kwang3x

    • Wa tak suka tangkap binatang-binatang yang nak cari makan tu… Wa bunuh je biasanya… eheks…!

      Wa paling suka tangkap cintan!

      • Kidmatmetal Says:

        Part ni yg kecoh satu dunia kata lu bawak pisau…

        Panjat pipe

        Nak bunuh orang bro… Serious… Ramai kenkawan dan lawan yg tanya bro… Lu nak bunuh pasangan kekasih tu… Masa ni gak timbul citer kata lu dah nikah ngan dia sbb tu lu snap bila dia didukung cicakman…!

        • Kidmatmetal Says:

          Sape start rumours ni wa tak tahu… Tapi angin vertiup kencang dari arah leeds atau shefield…

        • Panjat pipe tu betul. Aku terpaksa panjat sebab aku tak tau mana nak tido malam tu. Hostelmate dia kata dia takde malam tu. Aku dah tak ada duit nak balik Leeds. Kena cucuk ATM dulu baru ada duit. Dah habis beli tiket ke Sheffield dan roti bun serta air kopi tadi. Plan asal nak suruh Lina tunjuk kat aku NatWest tempat cucuk duit.

          So aku panjat roof sbb bilik dia sebelah loteng. Buka tingkap dari luar, dan masuk dlm nak tumpang tido. Dia memang takde dalam bilik dia masa tu. Dia kat blok asrama lelaki kat bilik Mr. Biawak.

          Pisau??? Ni first time aku dengar tentang rumour tu! Tak pernah tau pun pasal rumour ni. Tak ada pisau, baik panjang atau pendek, tajam mahupun tumpul. Tak ada apa-apa senjata pun kecuali senjata biologi bahagian anatomi aku tu le… ekekekekeke…

          • Kidmatmetal Says:

            Kantoiiiii! Huh… Bulan puasa wey…! Cempedak ke nangka busuk…!

          • Huh…? Apa yang cempedak atau nangka busuk nih? Wa tak jatuh pun. Nyaris je.

          • Kidmatmetal Says:

            Tak sangka cempedak jadi nangka….

          • Dah tu? Mender yang kantoi ni? Wa posa la hari tu! Cet…! Bun dengan kopi tu wa beli untuk iftar tau… ciszzz…!

          • Kidmatmetal Says:

            Diaorang da….

          • Ooo… Huh? Alamak…!!! Hmmm… nampaknya wa dah terlajak tulis ni… aiyooo….!

            Takpelah… bukannya orang lain tak tau punnnnn… ekekekekekeke…

          • Kidmatmetal Says:

            Mlm tu lu tido ada heater? Ke beku… ? Berapa tingkat? Tinggi?

          • Wa tidur belasah je duvet yang ada kat situ. Dia punyalah kut? Tinggi gak. Sama ada 3 atau empat tingkat, wa tak berapa ingat. Masa panjat kat roof tu wa tergelincir sebab licin. Hilang kedua-dua biji telur aku sekejap masuk ke perut. Gampang betoi! Nasib baik aku stuntman beb! Kalau tak rasa-rasanya tak adalah Najwa Aiman sebab kat bawah tu anjung dapur yang ada gril yang atasnya tajam-tajam macam anak panah tu! Seriau aku!

  5. Kidmatmetal Says:

    Seriously… Mcm mana lu tahu dia tgh buke posa ngan mr b…? Puasa ke diaorang..? Nasib lu puasa… Lu tangkap diaorang? Diaorang agak2 jj tak? Questionsssss… Tungguuuuu…

    • Wa sebenarnya dah buat keputusan untuk TIDAK menceritakan hal detail tu kat sini mahupun dalam versi novel. Kalau ada apa-apa keburukan yang nak diceritakan, hanya keburukan diri wa je.

  6. Kidmatmetal Says:

    Eehh kenapa letak disclaimer pulak… Wa idup belum mati…

  7. Kidmatmetal Says:

    Wa boleh imagine lu lari cari roti tu camne… Lepas kelam kabut gi balik gate tunggu l h… Masa tu lu pakai tak overcoat yg kaler hijau tu..?

  8. Kidmatmetal Says:

    Mirror mirror on the wall….

  9. Kidmatmetal Says:

    Puasa kat uk best… Cepat jer masa… Buka awal… Imsak tak kesahla.. Titun jer..

    • Leeds ikut waktu Arab Saudi, kalu tak silap. Wa ingat lagi, kalau tak silap puasa 1993 — Maghrib dukul 8:00 lebih. Baru lah boleh berbuka puasa. Subuh pukul 2:00 pagi! Alahai…

      • Kidmatmetal Says:

        Wey biar betul… Bukan gelap awal… Maksud wa mentari dah tengelam… Maghrib masukle… Nape nak ikut arab saudi lak..?

        • Manalah wa tau naper nak ikut Arab Saudi. Kat Leeds yang dominan orang Arab Iraq. Depa yang kontrol hal ehwal Islam melalui institusi Omar House.

          Puasa gelap awal tu 1992 kan? Yang 1993 gelap lewat. Entah… wa pun tak berapa ingat. Tapi yang waktu lain-lain tu memang wa ingat sangat. Wa tau sebab Sheffield masa tu 1 Ramadan dia sehari lewat daripada Leeds!

          • Kidmatmetal Says:

            Hudd ikut paki… Umah wa betul2 depan masjid… Last yearla.. Tu yg wa baik tu… Kwang3x

          • Kalu lu pergi Bradford dan umah lu depan masjid Bradford tu, mesti lu dah pergi India, Pakistan, Bangladesh kan? Ikut Zuhairi… Aharks…!

          • Kidmatmetal Says:

            Nyarissss pergi klua 40 ari… Dgn bulet n de gang… Dewsbury gi jugak 2-3 kali ikut budak tabligh… Bayar 1 pound makan capati ngan kambing sampai kenyang… Syarahan dlm bahasa urdu wa ingat so kita kat belakang bantai titon…

          • Rasa-rasanya wa pun ada la masa tu. Garn pun ada. Yang ramai macam orang pergi haji tu kan? Yang siap ada polis patrol car dan helikopter berlegar-legar di udara tu kan?

          • Kidmatmetal Says:

            Rasanya mcm tu la tiap minggu..

  10. agaknya la bila gua tayang gua buat biawak jadi kipas helikopter tu mau la dia jatuh cinta kat gua kan?

Tinggalkan komen