Nyanyi Free Yang Orang Tak Mahu

Gafaro dok kompelin pasal salah sorang staf kat ofis dia menyanyi sorang-sorang dalam suara yang nyaring mengalahkan Jac Victor. Betullah tu! Ramai yang camtu, kan? Sambil berjalan lenggang-lenggok dari satu department ke satu department, sambil tu dia menyalak menyanyi. Biasanya okey, tapi ada faktor-faktor tertentu yang buat perangai macam tu teramatlah sangat rasa macam nak bagi tempeleng 12 kali… lebih, lagi bagus.

Pertama, kalau suara dia sungguh merdu sangat mengikut standard piawaian spesies katak dan kodok termasuk yang telur katak dan berudu.

Kedua, kalau lagu yang dia nyanyikan tu sama ada tak ada satu makhluk pun atas planet bumi ni yang pernah dengar dan tahu, atau lagu tu ialah lagu popular pada zaman orang lain masih lagi dalam bentuk spermatozoa dalam badan bapak masing-masing.

Ketiga, dan yang paling menyakitkan hati, ialah kalau kedua-dua faktor di atas bergabung!

Memang rasa macam nak cari batang penyapu… yang diperbuat daripada besi… konkrit!

14 Respons to “Nyanyi Free Yang Orang Tak Mahu”

  1. gua jumpa jalan penyelesaian dia….

    ”jom minum…”

    diam sampai sekarang…

    • Ekekekekekekeke… lu memang best! Ekekekekekeke…

      Errr… minum tu lu bayar ke? Hmmm… makin keraplah dia menyanyi dalam stor tu lepas ni… depan lu… dengan lebih nyaring! Ekekekekekeke…

  2. memula gua bayar…

    tapi dia beriya nak bayar pulak…

    mungkin dia bagi hint kat gua ”gua da bagi lu makan,lu jangan banyak bunyik lepas ni”

    ***no fon….gua punya telepati jadi kat pompuan je..kat laki dia tak jadi…

    • Cet…! Memang lu ejen no 9. Pakai kod rahsia lak. Wa dah SMS.

      Dan ‘handphone’ dipanggil ‘handphone’ sebab gunanya untuk sentiasa dalam ‘tangan’, dalam ‘hand’, bukan untuk tinggalkan kat umah… cet!

  3. Aduhai… korang mengata aku nihhh…!

    • Huh…??? Aiyaaarrrkkk…! Memang buat camtu ke…? Ekekekkeke.. sowiiii… Entri ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang masih mati adanya… Kalau ada, secara kebetulan yang betul saja…

  4. gua rasa cupin tu lelaki tulen….

    nanti gua suro dia pakai tudung..

  5. kalo kat opis gua…
    gua folow pelan kat belakang penyanyi tu sambil korek idung..
    dpat sejambak.. time chorus.. gua salit kat bibir dia~!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: