Tentang Lina (Siri 42) – Lembaran Baru

SEJUJURNYA aku memang mengambil masa juga nak melupakan Lina H. Bukan… bukan sebab saki baki cinta. Bukan sebab rindu. Tapi sebab marah. Marah yang disulam hari demi hari dengan amarah yang teramat memuncak memijar. Marah kerana dia berbohong kepada aku. Marah yang teramat yang seumur hidup aku tak pernah rasa marah yang sedemikian. Tak pernah sekali-kali!

Tapi tu dululah… dulu… Sampai mana sangat manusia ni nak marah. Api pun kalau cukup air disiram akan padam gak, kan? Macam aku punya marah jugalah tu. Walaupun setiap hari bara api dalam hati semakin memijar macam bahan bakar roket, setiap seminggu sekali juga ada air yang lebih dingin daripada angin Artik yang berhembus di bumi UK ni yang dapat meredakan api marah tu daripada terus membakar hangus sampai rentung.

Selain daripada aerogram dari Malaysia — yang silih berganti antara Zah dan Lina W, walaupun lebih kerap datangnya daripada Zah — aku tak ada masa nak layan benda lain. Eh? Kejap… Oh ya… ada masa sikit nak layan siri TV Star Trek: The Next Generation. “Boringnya hari-hari tanpa Star Trek,” begitu Garn pernah kata.

Selain daripada tu, aku sibuk nak study. Ya… study… apa ingat aku ke UK tu buat apa? Ingat aku tak study ke? Hmmm… well… eheks… Aku study ke ek…? Rasa-rasa macam tak kut…? Apa-apa ajelah…

Dan selain daripada aktiviti di atas, aku juga sibuk jalan-jalan dan melancong serta melencong pelosok United Kingdom bila tiba masa cuti… aharks! Pergi mana ya? Well… macam-macam tempatlah aku pergi kat UK ni. Dengan siapa? Dengan kawan-kawanlah. Takkan dengan lecturer aku pula!




Antaranya kami pergi melawat kawan-kawan lama sejak MRSM, A-Level sampailah kepada kawan-kawan zaman NCUK dulu di tempat dia orang masing-masing belajar di segenap bumi UK ni. Maka sampailah kita orang ke Abe Ystwyth (Huh? Ekekekeke… Amik! Ni memang stail ejaan orang-orang putih kat Wales! Eheks!) tempat Shagul, ke Huddersfield tempat Kid, ke Manchester tempat Wani (ohhh… manis sungguh lesung pipit dia..! Errr… betul ke Wani kat Manchester ek…? Entah… Tak ingat…), ke mana-mana lagilah! Maka kereta sewa dan kereta api sekali lagi jadi wadah pengangkutan utama aku.

Selain daripada aktiviti mengeratkan silaturahim dengan melawat kawan-kawan lama, sebagai Vice President yang tak buat apa-apa kerja pun untuk Malaysian Students Society kat universiti aku tu (eheks.. jangan marah…), dan juga Editor kepada penerbitan Malaysian Students Society yang dipanggil ECHO hasil buah fikiran Aizul, aku juga sibuk memonopoli semua rencana, karangan, kolum dan ruangan dalam penerbitan tiga minggu sekali tu. Oh ya… masa tu aku dah beli sebuah perkakasan canggih yang diberi nama ‘word processor’. (Excuse me… Ni zaman awal sembilan puluhan, okey! Perkakasan macam ni memang canggih teramat zaman tu, okey!)


Word processor ni aku beli setelah berpenat-lelah mengumpul duit elaun dengan cara makan coklat bar dan hot black coffe dari vending machine universiti sahaja setiap hari sebagai menu makan tengah hari. Kadang-kadang sebagai menu makan malam juga. Perkakasan ni kira canggihlah sebab boleh dijadikan mesin taip elektrik kalau mahu. Sebagai alat pemproses perkataan, ia boleh guna disket untuk menyimpan semua teks yang telah dibuat. Errr… Kau orang yang belum baligh atau baru baligh ni tak tahu maksud perkataan ‘disket’ ek? Sekarang dah tak jumpa ek? Pergilah cari dalam kamus dan Internet! Kau orang kan lagi handal dalam bab Internet ni sekarang? Cet!

Teks yang telah disimpan dalam disket tu kemudian boleh dipindahkan ke komputer sebenar pula. Kenapa aku membazir duit beli benda ni? Sebab aku tak mampu nak beli komputerlah! Budak-budak law kat sini semua kena buat assignment dan project paper yang memerlukan komputer tau! Aku nak korek kat mana duit nak beli komputer tu? Zaman tu skim pinjaman komputer cuma dapat kat budak-budak tajaan Petronas aje setahu aku. Yang puak-puak MARA ni cuma ada skim ‘Tumpang Pinjam Komputer Budak-budak Petronas’ aje… hehehehehe… Dan oleh sebab aku tak berapa selesa nak tumpang dan pinjam komputer orang yang juga sibuk nak buat assigment dia orang yang rata-ratanya budak-budak Engineering tu (yang semestinya mempunyai assignment yang jauh lebih memerlukan kecanggihan fungsi-fungsi komputer zaman tu), maka aku belilah word processor ni.

Kenapa aku sibuk bercerita fasal word processor ni? Sebabnya, semenjak aku dah ada word processor ni, setiap malam rumah aku akan memecah kesunyian suasana dengan bunyi ‘ketek ketek ketek… ketek ketek ketek… ketek ketek ketek…’. Alahai… kuat pula tu! Apa nak buat… Sebabnya, bersama-sama dengan word processor Panasonic KXWL50 ni, aku juga beli printer Panasonic yang sepadan. Rupa-rupanya printer ni jenis daisy wheel printer… adoi laaa…

Eh…? Melencong lagi. Aku nak cerita pasal apa tadi? Oh ya… kenapa aku sibuk bercerita pasal word processor ni? Sebab semenjak ada perkakasan canggih ni, semua urusan surat-menyurat dan aerogram aku bertaip! Aharks! Tu dia…! Konon up-to-date dengan teknologi semasa…

Oh ya… sebut pasal surat-menyurat ni, perkembangan hubungan jarak jauh dan remote control antara aku dengan Zah dan Lina W nampak memberangsangkan. Bukanlah merangsang mana-mana kehendak nafsu. Maksud aku, semakin nampak mesra walaupun sekadar di dalam surat semata-mata. Mesra…? Well…

Lina W dah mula bercerita tentang aktiviti sehariannya. Tentang sukan bola jaring yang dia sangat gemari tu. Tentang kejohanan bola jaring antara Desa di universitinya. Oh ya! Dia sedang belajar di USM masa tu. Jurusan Sains komputer walaupun antara dia dengan aku, surat dia masih tulis tangan sedangkan surat aku bertaip menggunakan… ehem… perkakasan canggih zaman tu… eheks!

Dan Zah… Zah tak banyak bercerita tentang diri dia. Tak banyak bercerita tentang aktiviti sehariannya. Tak banyak tentang hal peribadinya terbongkar melalui perutusan surat-suratnya, sedangkan, sejujurnya, antara Lina W dan Zah, aku teramat sangat berharap agar dapat mengetahui lebih banyak tentang diri Zah daripada Lina W. Memang pelik jugalah awalnya kenapa Lina W — gadis manis comel yang pertama sekali memperkenalkan kepada aku tentang keindahan perasaan — boleh tewas dengan Zah yang bicara dan perkenalan dengannya sekadar sekelumit masa dan kata-kata saja. Memang hairan. Aku pun hairan. Pelik. Tapi hakikatnya ialah, aku teramat merindui Zah. Amat sangat. Bukan! Bukan sebab aku dah putus dengan Lina H! Tak ada kena mengena langsung dengan Lina H. Malah aku memang merindui Zah sejak NCUK lagi hinggalah sejak aku sampai ke bumi UK. Sedangkan pada masa tu aku masih lagi sedang bercinta dengan Lina H. Well… mungkin hanya aku sorang aje yang mencintai Lina H secara sehala… aharks!

Tapi aku mengaku dengan sejujurnya bahawa tahap rindu kepada Zah memang meningkat semenjak aku putus dengan Lina H. Dalam keadaan di mana aku tiba-tiba merasa bebas merdeka, berbaur perasaan marah dan dendam yang teramat bersimpul dalam kesumat yang berlipat, aku ketemu ketenangan dalam imaginasi rias wajah Zah. Dalam senyumannya yang terbayang di mata, dalam alunan melodi suaranya yang terdengar di telinga, dalam kenangan gerak-geri dan perwatakannya — elemen-elemen sebenarnya yang memikat hati aku terhadap dia sejak awal. Dan antara Zah dan aku, kami telah saling bertukar-tukar gambar. Dalam berbagai-bagai posing tau! Dengan Lina W pula…?

Ada juga, tapi semangat nak bertukar gambar dengan dia tak setinggi keinginan nak bertukar gambar dengan Zah. Aku tak puas sekadar menatap wajah Zah dalam imaginasi. Kalaulah boleh, aku nak jadi Superman dan terbang ke Malaysia bertemu dia. Eh? Kejap… tak mahulah jadi Superman. Takkan nak jumpa dia dengan pakai spender kat luar…? Cet…!

Eh…? Kat mana aku tadi? Oh ya… dengan Lina W, aku pernah bertukar gambar. Masing-masing sekeping gambar. Dan ya, aku dapat gambar Lina W yang terkini! Yeszzzaaa…!!! Tapi… alahai… Kenapalah kau bagi aku gambar yang agak jauh dan memakai topi? Aduhai… Macam mana aku nak nampak dengan jelas rupa sebenar kau sekarang wahai Lina…? Adoi laaa… Tapi tak apalah Lina. Dah sudi bagi gambar kau dalam baju sukan dan memaki topi dan dalam jarak jauh tu pun dah memadailah tu. Kau takut aku terpikat kat kau ek…? Jangan risau… buat masa ni hati aku entah kenapa seakan dah tertambat kepada Zah… oh.. syahdu… Syahdu amat…


Oh ya…! Menjelang tahun akhir di universiti, kami berpindah rumah lagi. Kali ni lebih dekat dengan universiti. Kuranglah sikit penat menapak mendaki bukit nak pergi ke universiti aku yang terletak di sebalik bukit tu. Maka bye-bye kepada Willow Close. Bye-bye kepada Luke anak jiran kami tu. Dan terutamanya bye-bye tangkap syahdu kepada Donna… kakak kepada Luke. Oh… sungguh ayu manis comel kakak Luke Si Donna tu. Sungguh cantik dan lentik tubuh badan dia… hampir satu rumah feeling menonggeng dengan dia sehinggalah masing-masing akhirnya dapat tahu bahawa Donna tu sebenarnya baru berumur 12 tahun! Aiyaaarrrkkk…! Nak jadi child molester ke…??? Oh tidaaakkk…!!! Orang putih ni semua tubuh badan membesar lebih cepat daripada umur sebenar ni kenapa??? Cet!





Kami berpindah ke Consort View. Aku ambil bilik yang paling kecil dalam rumah tu. Empat orang serumah kat sini. Ruang tamu kat bawah tu diubahsuai jadi bilik. Maka ‘bilik’ tu jadi ‘bilik’ terbesar dalam rumah tu. Habis tu ruang tamu? Apa kelas nak ada ruang tamu. Siapa yang nak datang bertandang kat rumah kita orang ni? Datang bertandang nak buat apa? Nak makan? Lepak-lepak? Kalau nak makan atau lepak-lepak, kita pergi ke common area merangkap ruang tamu merangkap tempat tengok TV merangkap tempat masak — dapur… aharks!

Aku paling suka Consort View antara tiga tempat yang pernah jadi pusat mastautin aku kat UK ni. Kenapa? Sebab suasana sini nampak lebih ceria. Lebih luas. Lebih selesa. Lebih aman pun ya juga agaknya. Pemandangan pun lebih menarik. Dari tingkap bilik kecil aku yang macam tempat simpan kotak kondom tu, aku boleh nampak dua batang pokok tepi jalan di luar sana, dan aku dapat ikuti perubahan sepasang pokok tu mengikut empat musim iklim Eropah tu. Best tau!


Dan dalam bilik aku yang kecil macam keranda berkongsi enam belas mayat tu, ada sebuah meja tulis kecil di sudut bilik tempat aku study dan… apa lagi… menaip suratlah. Maka dinding di depan meja tulis tu aku tampal gambar-gambar Zah yang dikirimnya sepanjang proses kami saling mengutus surat tu. Semakin lama semakin penuh pula dinding tu. Sumber ilham dan inspirasi! Hehehe… Tapi yang paling penting… elemen yang menyamankan perasaan… syahdu…

Dan pada tahun tu juga aktiviti aku semakin rancak pula. Kegiatan melancong aku semakin hebat — Flamingo Land, Blackpool, Lightwater Valley, bla bla bla… Dan ahli-ahli rombongan pun makin bertambah dan berubah-ubah. Tak kisahlah… yang penting, dalam rombongan tu mesti ada awek… uhuk! Dan tahun tu aku jadi rajin menghadirkan diri majlis apa yang kami biasa panggil ‘Malaysian Night’ yang dianjurkan oleh Malaysian Society universiti-universiti merata-rata UK ni kalau Malaysian kat situ rajin. Malaysian Night ni kiranya macam konsert kebudayaan Malaysia le kira-kiranya. Untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa kat universiti masing-masing. Tapi biasanya 90% kehadiran ialah orang Malaysia sendiri! Dari merata ceruk UK pula tu! Antaranya akulah! Aharks…!






Dan sebagai Vice President yang tak buat kerja dalam Malaysian Students Society ni juga, aku jadi antara orang yang terpilih untuk ke Malaysia Hall, London. Ada apa ya? Ada taklimat dan program khas tentang apa yang dipanggil — zaman tu — ‘Wawasan 2020’. Aku ingat sangat salah sorang speaker yang beri taklimat tu. Dr. Sidek Baba. Aku ingat sangat sebab semasa taklimat tu dia bagi tau bahawa title ‘Dr.’ Di depan nama dia tu adalah disebabkan kelayakan Ph.D yang dia peroleh. Tapi apa yang hairan sangat dengan dapat Ph.D tu ek? Eheks… Memanglah bang… Kalau setakat satu Ph.D memanglah tak hairan. Tapi Dr. Sidek Baba peroleh TIGA bang! TIGA Ph.D…!!! Al-Nujum Pak Belalang Busut! Aku nak menghabiskan satu ijazah peringkat pertama ni pun sampai kebulur dan nak sewel tiga tahun tau! Dia buat TIGA Ph.D…!!! Aduhai… Tabik spring sikit… Toing! Toing! Toing!

Alang-alang dah ke London tu, teruslah melencong untuk melancong, kan? Ke mana? Ke Land’s End! Dan apa yang aku dapat? Ekekekeke… aku dapat… hmmm… ehem!





Tapi apa-apa hal pun, tahun akhir ni tiba-tiba dirasakan sebagai tahun yang paling hebat dalam seluruh pengalaman hidup aku di bumi UK tu. Tahun akhir tu tiba-tiba macam-macam peristiwa berlaku, yang kadang-kadang pernah buat aku rasa macam aku tak boleh nak handle. Ada ketikanya aku jadi kelam-kabut, lintang-pukang, porak-peranda dibuatnya. Tapi tak apa. Sebab? Sebab aku suka! Aku suka banget! Kenapa ya? Barangkali… barangkalilah… sebab tahun akhir di universiti tu merupakan tahun di mana sebenar-benarnya menjadi titik peralihan, selekoh utama yang merubah diri aku — perspektif, persepsi, perangai, tabiat, dan segala-galanya tentang aku. Dan aku tahu sangat-sangat apa dia peristiwa-peristiwa yang menyumbang ke arah perubahan tu. Aku tahu sangat-sangat. Dan aku tahu sangat-sangat bahawa tahun tu ialah tahun di mana aku akhirnya buat apa yang orang lain dah lama buat bertahun-tahun dulu sebelum aku — melukakan perasaan orang lain, menjadi jantan, dan… memahami erti sebenar cinta.

Inilah tahun di mana seluruh hidup aku telah membuka satu lembaran baru…

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

Advertisements

44 Respons to “Tentang Lina (Siri 42) – Lembaran Baru”

  1. yang pakai jeans koyak koyak tu mat gran ke?

  2. Kidmatmetal Says:

    Wey wa suka… Banyak gambar wa…

    • Ada lagi… Dalam siri akan datang. Tapi wa belum decide sama ada nak masukkan siri-siri tu kat sini atau terus dalam novel je. Malam tadi ada rakan lama kita nasihatkan, in a way, akan ketakutannya kalau-kalau orang-orang berkenaan dan yang dikenali membaca kisah ni. Wa fikir-fikir balik (sebab wa memang jenis buat sesuatu tak fikir, kan? Kan? Kan? Bukan ke? Ke?) kata-kata dia tu betul (walaupun memang wa dah terfikir pun pasal tu sebelum ni).

      Tapi sebagai menghormati pandangan pembaca (ya… dalam hal ni wa anggap dia sebagai “pembaca”, bukan “kenalan”), maka wa ambil kira pandangan dia tu… untuk sekali lagi…

      Probably lu (dan Garn) boleh bagi pandangan dan nasihat termasuk krutuk kpd aku dalam hal ni (as usual! Macam dulu-dulu! Oh! Aku suke! Aku suke!)

      • Kidmatmetal Says:

        Ermmm… A bit too late… Wa take this as a fiction… Sapa baca? Entah..? Impact…? Entah

        Lu buat ada plan bro, secara sedar atau tak jer.. Skang mungkin still ada masa nak alter yg blum published…

        Bagi wa.. Ni adalah cerita fiction.. Setengah betul, setengah mengarut.. Yg lu (hero) toron orang, tonggang air itam tu fiction dan rekaan.. Yg kita have some goid times tu betul.. Tu jer..

        Tapi having said that lu fikirla sendiri kate nabil.

  3. Kidmatmetal Says:

    Wa rasa wa banyak jalan2 dgn lu orang dari jalan dgn bebudak hudds.. Tempat lepak yg wa paling suka umah lu.. Selain dari bilik wa off course..

    Siri ni ceria, wa suka. Lu pergi lands end pun dapat satu..? Hummmm…. Ayat power..

  4. Kidmatmetal Says:

    Main tetris, race kete kat computer cabuk siapa ek.. Mesti computer jaha…

  5. Kidmatmetal Says:

    Gambar 3… Nana? Kakak dia lu ingat?

    • Nana memang wa ingat sesangat. Kakak dia? Dia ada kakak…??? Siapa…??? Bekas balak dia wa ingatlah. Wa kenal sangat pun! Aharks…

      Dan juga Juya! Oh… dulu wa syok kat dia tapi masa tu wa dah dewasa. Wa dahg belajar menghormati aweks… hehehehehe… Syok tak bermakna jatuh cinta tau! Syok sebab tengok dia cute dan kelakar jek.

  6. Kidmatmetal Says:

    Gambar 1… Lu ngan cardigan fav lu… Setahun berapa kali basuh ek? Asem tak?

  7. Kidmatmetal Says:

    Gambar dua… Tepi umah gua.. 1st umah, water st. Tepi jln yg kena turun jauh klu nak gi kedai dobi kat thorton lodge… Student yg nak save duit duduk kat thorthon lodge… Sewa umah murah tapi mak ai… Kena jln kaki jauh… Kena lak winter n hudds yg ujan 48 jam sehari… Boleh beku kaki tangan idung dan alatan sulit.

    Wa selalu gak lepak umah Madi.. Main game sonic.. Tapi sbb jauh.. Jarangla wa nak menapak kesana.

    • Wa cukup suka Hudds! Peaceful sangat rasa-rasanya berbanding Leeds. Tapi logik le sbb Leeds tu city. Hudds ni masa tu kiranya masih urban lagi kan? Sekarang tak tau la camne. Nana ada pergi Leeds few months ago dan masukkan gambar-gambar kat FB dia. Wa tengok lain sangat! Wa sendiri pun dah tak kenal tempat-tempat tu. Universiti aku pun dah lain beb! Law faculty pun entah kat mana. Eloklah kut daripada bangunan buruk macam nak roboh yang aku rasa mcam unfit for human habitation tu…

  8. Kidmatmetal Says:

    Komen pasal siri tak banyak… Mungkin kena cari words lain.. Sejujurnya dah byk kali sgt pakai… So selama ni lu tak jujur..?

    • Kidmatmetal Says:

      Siri ni intro untuk siri2 akan dtg… ? Betul..?

      • Memang tu perancangannya, dan juga penutup kepada episod sebelum ni. Dalam style penulisan Najwa Aiman (cewah! Sowi ek, sekali-sekala nak berlagak), memang wa suka letak satu “turning point”. Selepas that point, wa akan cuba guna different approach — pengkisahan, pengolahan, plotting, sub-plotting, frasa, ayat, perbendaraan kata, bla bla bla… Contoh ni ada dalam UNTUK KAU DAN AKU dgn BAHANG SELATAN… eheks!

        Just between u and me (yang boleh dibaca juga oleh orang-orang lain yang nak baca ni dari seluruh dunia… ekekekekek…), tu pun… tu pun… masih ada gak insan yang kata kisah ni adalah riwayat sebenar hidup aku! Aharks… Sebagai penulis, aku suke! Aku suke! Aku rasa mana2 penulis pun suka kalau kisah yang ditulisnya dianggap benar oleh pembaca, kan? Kan? Of course, this is just between u and me… hehehehehehehe…

    • Perkataan “sejujurnya” ni memang wa suka banget! Sebenarnya baru je guna perkataan ni sejak pertengahan tahun 2010 hari tu. First time guna perkataan tu rasa macam begitu amat tinggi pulak makna value perkataan tu. So bila wa guna “sejujurnya” I really mean it.

      Tapi lu betul… repetitive words dalam karangan is a turn-off. Yup… agreed.

  9. Habib Ahmad Says:

    JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: