Tentang Lina (Siri 47) – Monolog Nilai Cinta

CINTA ni rupa-rupanya kena dipelajari juga ek? Bukan belasah tak tentu hala ek? Belajar apa sebenarnya? Bagi aku yang bukan pandai dan tak intelligent ni, aku kena belajar mengenal pasti ‘cinta’. Maknanya, bukan dengan semua awek aku boleh bercinta. But then again, memang pun aku tak bercinta dengan semua awek. Sekadar bermaksiat aje kan? Maksiat dan cinta tak sama kan? Kan? Bukan ke?

Maksud aku, bila rasa syok kat awek tu, tak bermakna tu cinta, walaupun awek tu syok kat kita balik, atau sekadar pura-pura berlakon yang dia pun syok dengan tujuan jahat untuk memperdaya dan menipu (maklumlah… spesies perempuan, kan?). Nak cari cinta, kena cari yang betul-betul cinta. Macam mana tu ek? Manalah aku tau… tu kau orang punya hallah, kan? Aku cuma tahu aku punya hal aje. Apakah hal aku itu, wahai aku?

Hal aku tu ialah untuk mengesahkan perbezaan antara ‘cinta’ dan ‘ilusi’. Mak aiii…! Falsafah… falsafah… Selepas tu, baru aku pastikan ‘cinta’ yang sebenar. Dan aku ada misi untuk capai tujuan ni, dan misi tu dah tercapai.

Misi aku dah tercapai dengan bertemu Lina W kat Sungai Congkak hari tu. Aku nak pastikan yang sebenarnya Lina W cuma ilusi emosi aku selama bertahun-tahun. Tapi kenapa Lina W ek? Mungkin… agaknya… sepuluh tahun dulu, walaupun masa tu aku masih budak sekolah, tapi dari segi fisiologi zahir dan batin aku sebenarnya dah pun baligh kut? Ya ke? Atau setidak-tidaknya emosi aku dah melepasi garisan orientasi perasaan. Naluri baru nak mula belajar kenal perempuan. Secara fizikalnya memanglah aku dah kenal pun yang mana perempuan dan yang mana jantan dengan sekali pandang (kecuali jenis makhluk dan spesies yang suka camouflage tu). Tapi dari perspektif emosi pula?

Aku fikir kebolehan mengenali dan membezakan antara perempuan dan lelaki tak terhad pada fizikal aje, kut? Aku fikir setiap manusia ni akan tiba satu ketika di mana evolusi diri secara fitrahnya akan sampai tahap dia mesti boleh kenal dan bezakan antara perempuan dan jantan secara emosi juga. Tak betul ke teori aku ni? Spesies homo dengan lezbo tu kategori unik yang terasing daripada norma kehidupan. Tu bukan sebab tak kenal dan tak boleh bezakan antara perempuan dengan jantan secara emosi. Tu sebab memang emo.

Maka Lina W ialah elemen yang jadi asbab aku sampai ke tahap boleh kenal dan bezakan antara perempuan dengan jantan secara emosi. Kenapa dia? Aku fikir sebab dia tu satu fenomena. Macam Datuk Siti Nurhaliza dalam tahun sembilan puluhan laaa… Atau macam Latifah Nor dalam era enam puluhan. Tak pun macam Uji Rashid dalam era tujuh puluhan. Era lapan puluhan aku tak pastilah pula. Agaknya era tu selebriti lelaki jauh lebih ramai dan lebih popular kut?

Maknanya, nak bagi ilustrasi yang lebih baru up-to-date, di era ‘sepuluhan’ (ada ke perkataan ni ek?) dalam milenium dua ribu ni, kiranya macam fenomena Lisa Surihani kut? Antara ramai yang ada, dia paling ketara dan outstanding sebab telah Tuhan takdirkan dia ada muka yang lebih cun daripada orang lain. Macam itulah Lina W. Lina W ialah fenomena tu kat sekolah dulu selain daripada Ida S yang satu kelas dengan akulah. Tapi mungkin Lina W menang sebab Lina W ada pakej rupa dan badan. Ida S ada rupa yang sungguh menakjubkan tapi masa tu dia kurus yang teramatlah pula… Dah kurang tiga puluh empat perpuluhan tujuh tiga markah. Tambahan pula Lina W ada satu faktor yang sangat outstanding yang lain daripada yang lain — warna rambut dia. Warna rambut Lina W perang. Taklah perang macam orang putih atau blonde macam warna biskut krim tu tapi hitamnya kuranglah. Coklatnya yang lebih. Bukan sebab dia bubuh die atau pernah terkena renjatan elektrik ke, tapi memang semula jadi dah warna rambut dia macam tu. Bukan juga sebab dia Albino.

Maka aku agak disebabkan tu dia jadi yang paling outstanding ditambah dengan rupa dia yang memang cun! Kalau setakat warna rambut aje perang zaman sekarang ni dah berlambak-lambak sangat bersepah-sepah. Yang muka macam daun pintu dengan warna macam bumbung zink jamban pun boleh berambut perang. Lina W tak macam tu. Dia ada rupa yang cantik dan faktor outstanding tu.

Maka Lina W secara tak langsung jadi satu acuan cita rasa kepada aku masa tu. Agaknya sebab aku pun ada fenomena yang jarang-jarang budak lelaki zaman tu ada — dewasa terlebih cepat daripada orang lain… eheks…! Jangan marah ek… nanti kena jual.

Tu sajalah. Macam aku tengok Lisa Surihani kira-kiranya. Memang aku akan kata “Wow! Perghhh…!!!”. Jantan mana yang tak semput nafas kalau Lisa Surihani nak sangat-sangat kat dia? Jantan mana tu? Jantan yang minat jantan mungkinlah! Tu bukan jantan namanya. Tu pondan.

Tapi sebagai jantan yang tak bengkok, kompem bukan setakat semput nafas, tapi mungkin boleh mati diserang cardio terus kut kalau Lisa Surihani suka kat dia? Aharks…! Persoalannya, Lisa Surihani ke yang sebenarnya dia cari? Lisa Surihani ke orangnya yang dapat penuhi apa yang dia mahukan? Lisa Surihani ke orang yang akan bahagia dengan jantan macam dia? Dan Lisa Surihani ke wanita yang akan membahagiakan jantan tu pula…?

At the end of the day, kepada kebanyakan lelaki, Lisa Surihani, atau Siti Nurhaliza, atau Rozita Che Wan, mahupun Megan Fox dan Avril Lavigne, bla bla bla… semua dia orang tu hanyalah sekadar para wanita yang sedap dipandang mata, tapi belum tentu boleh beri bahagia. Macam Lina H pernah cakap dulu — ‘compatibility’. Kan aku dah kata Lina H tu lebih intelligent daripada aku? Begitu punya intelligent sampai aku tak tau pun yang aku kena tipu selama bertahun-tahun… ekekekekekeke… adoi laaa

Tapi Lina H benar. Dapat bini cantik mengalahkan Lisa Surihani sekalipun belum tentu jantan yang jadi laki dia tu akan bahagia kalau tak ‘compatible’ kan? Berapa banyak orang yang laki bini sama kacak dan jelita bercerai-berai tak sempat anak-anak dia orang capai umur baligh. Yang bercerai-berai sebelum sempat dapat anak pun ramai. Yang bercerai-berai sebelum bersanggama… errrhmmm… Yang ni macam tak logik pula.

Begitulah fenomena Azlina W bagi aku. Tak dinafikan lagi akan kejelitaan dia. Dia memang cantik dulu. Dan dia masih jelita sekarang. Tak ada jantan yang takkan terkalih dan terteleng kepalanya sampai terkehel-kehel nak tercabut buat kali kedua kalau terpandang dia. Percayalah! Kalau ada lelaki yang tak percaya, aku berani jamin lelaki tu spesies ‘riang ria’. Riang ria tu laaa… Dalam bahasa Amerika ‘gay’. Dan kalau ada perempuan yang tak percaya… hmmm… lu cemburu…! Lu cemburu tak sedar diri…! Aharks! Tapi Lina W bukan untuk aku dan aku rasa aku ni lagi-lagilah bukan sama sekali untuk dia! Ekekekekekeke… Pengalaman hidup sebelum ni — sama ada dalam bermaksiat atau tak — dah mengajar aku benda ni.

Lantas pertemuan Sungai Congkak dah bagi cop mohor pengesahan. Berada bersama Lina W memang menyeronokkan. Kalau jantan lain pandang mesti dia orang akan kutuk Lina W sebab dapat balak ayu dan jelita tapi tak berapa nak hensem macam aku. Kalau awek lain pula pandang mesti dia orang ingat Lina W tu dah kena jampi dek Ayah Pin dengan aku. Tapi hakikatnya bila berada bersama Zah, aku bukan saja rasa amat seronok, malah amat bahagia. Aku rasa amat selesa. Aku rasa nyaman. Aku rasa damai. Aku rasa macam diambil berat. Rasa macam dihargai.

Apa pasal? Kau orang fikir perempuan aje ke yang nak dilayan macam tu? Cet!

Dan aku tak dapat pengalaman tu semua sama ada dengan Lina W, mahupun dengan Lina H. Dan yang lebih penting, dengan Zah, ada satu lagi perasaan yang aku tak pernah rasakan dengan mana-mana awek termasuk Lina W dan juga Lina H sebelum ni. Perasaan yang buat pertama kalinya aku alami bila aku bersama Zah.

Perasaan yang mendesak untuk aku menghargai. Menghargai dia. Tak macam dengan awek-awek lain sebelum ni, memang kompem aku akan cari peluang nak lebihi-lebih punya… aharks! Kalau peluang tu aku tak nampak dan tak jumpa, aku sanggup create and fabricate peluang tu. Errr… kau orang faham ke apa yang aku cakap ni? Jangankan kata pegang tangan, lebih daripada tu aku rasa nak buat.

Tapi dengan Zah — well… memang aku tipulah (walaupun bukannya tak pernah aku menipu sebelum ni pun) kalau aku kata yang aku tak rasa berkehendak sangat pegang tangan dia, bahkan dakap, peluk dan cium dia bertalu-talu — aku tak tergamak nak buat tu semua. Banyak kali aku nak pegang tangan dia bila kita orang jalan beriringan. Banyak sangat peluang yang aku ada untuk terus capai dan genggam tangan dia. Begitu banyak juga peluang yang aku ada untuk paut bahu dia dan tarik tubuh dia rapat ke tubuh aku. Tapi aku tak gamak. Aku rasa malu pada Zah nak buat tu semua dengan dia. Macam mana nak describe ni ek? Aku rasa macam aku tak layak nak buat semua tu dengan Zah.

Umpama memikul cadar sutera. Selagi belum dibentangkan di tilam yang akan jadi tempat lena, selagi tu takkan sutera tu dibuka balutannya.

Dan aku tahu aku dah jumpa apa yang aku cari selama ni — erti sebenar cinta.

Masalahnya ialah, adakah Zah punya perasaan yang sama terhadap aku sebagaimana perasaan aku terhadap dia? Macam mana nak tau? Macam mana pula cara yang sebenar nak sampaikan rasa cinta? Dan apa pula nak buat kalau rasa tu tak berbalas…?

Bersambung…

Untuk membaca dari siri pertama, sila ke Menamakan Watak Episode 2 – Elemen Emosi. Siri Novel ini tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang masih mati. Tak percaya? Tak paksa…

9 Respons to “Tentang Lina (Siri 47) – Monolog Nilai Cinta”

  1. sorang untuk betul betul sayang, sorang lagi untuk teman borak borak, lagi sorang untuk berkasih kasih, sorang pulak untuk bercinta cinta dan sorang lagi untuk bergelak tawa…

    kan kan?

    **huh kain sutera buat cadar je? dasat dasat…

    • Pakej yang ada semua tu 4-in-1 tak ada ke? Kalau macma tu kena gangbang laaaa…

      ***kain sutera tu perumpamaan daaa… Sebegitunya kain sutera dibuat lapik tempat tidur, baring, lepak dan berjuang… aharks!

      Nota: Bro, wa rasa siri ni agak boring pendekatannya. What say you pls? TQ.

  2. Kidmatmetal Says:

    Boring betul wa setuju… Klu nak describe l w ker zah ke just selit dlm siri2 lain. Overplot? Takde issue sensasi… Just mendatar n panjang ref kat artis tu tak berape kena.. Lu artis ke bro? Kwang3x .

    Siri ni aku bace sekali jer.. Trus tak baca..

  3. Kidmatmetal Says:

    Wa cadang gabung siri ni and siri lepas pastu buang lemak.. Bukan lemak kat perut lu.. Lemak dalam siri2 tu mcm law punya theory ke darwin theory ker ref artis ker.. Yg buat wa rasa loya tu..

    Lu tulis saja nak bagi panjang ke atau untuk menghibur?

    • Huh? Buang lemak. Aku fikir novel tu yang sepatutnya banyak lemak. Tapi memang pun novel untuk cerita ni aku buang lemak banyak. Idea menggabungkan siri tu memang aku dah buat dalam versi novel ni untuk beberapa siri terdahulu dan akan datang.

      Rujukan kepada law, teori, artis, bla bla bla… tu semua untuk selingan menghibur je. May be kena revisit tu.

  4. Kidmatmetal Says:

    Pada wa la… Lemak tu ok tapi bia ada pekdah.. Jadi main bantai jer.. Hari ni bd lu kan..? Klu nak buat lemak .. Relate la bd ni ngan l h ker zah ker baru lemak tapi lemak manis, bukan lemak yg boring kan kan..?

    Sure pembaca lebih berminat nak tahu cm na lu celebate bd kat uk ker usj ker dari pasal offer acceptance…

    … Later dude… Ps have a good bd.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: