“Jahat” Kata Stacy Dan Rossa Menyeru “Hey Ladies”

“Kalau dah dua kali pengalaman kena tipu dengan perempuan, maknanya apa?” tanya dia.

“Sahihlah agaknya perempuan memang makhluk Tuhan yang paling handal menipu dan memperdaya,” aku jawab.

“Itu ke maknanya?” dia tanya lagi.

“Ada lagi makna. Satu lagi makna ialah kau tu memang bodoh sebab kau berikan kepada makhluk paling jahat yang berotak – yakni perempuan – hati kau tu dengan penuh tulus dan ikhlas.”

“Perempuan tu mengaku dia bukan setan. Dia pernah cakap pada aku yang dia bukan perempuan jahat,” dia bidas. Kemudian dia diam. Dia tenung aku tajam. Lepas tu dia mengeluh sambil mengangguk-angguk pendek.

“Kejam sungguh makhluk perempuan ni kan…?” dia merungut.

“Dan bodoh sungguh makhluk lelaki ni…” aku sambung.

“Kau tu bukan lelaki ke?” nada dia macam marah sikit kali ni.

Aku tak jawab. Kena tipu dengan perempuan yang zahirnya nampak baik bukan satu pengalaman yang aku sendiri tak pernah lalui. Dan perempuan tu bukan sekadar tipu aku. Dia juga tipu orang sekeliling dia, termasuk para sahabat dia. Dan (bakal yang sudah pun jadi) suami dia gak… eheks…! Kejam? Nope… bukan kejam beb… Tetapi keji. Sungguh amat keji… Live with it, man!

Zaman dah berubah. Zaman di mana lelaki permainkan wanita dah berlalu sebenarnya. Stacy silap… Lelaki tu bukan Jahat. Lelaki tu bodoh sebenarnya… Seruan Rossa kepada semua Ladies dah bersahut…

7 Respons to ““Jahat” Kata Stacy Dan Rossa Menyeru “Hey Ladies””

  1. apa susah…no tepon pompuan tu lekat kat bus stop ke memana je la, kata buat perkhidmatan urut tenaga batin ke, pinjaman berlesen ke, bilik sewa ke dan berbagai bagai perkhidmatan lain..

    gerenti hidup tak aman…

  2. menipu… gua benci ditipu…. berserah… pasti ada karma

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: