Yang Getah Macam Belon tu…

Bagus ke pakai kondom? Tengok orang kut? Entahlah… Aku? Eheks… Well… tengok orang gak… ekekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

Anyways, pengalaman pertama nak beli kondom lama dulu. Sebuah kedai farmasi berjenama local. Aku masuk ke dalam dan aku dapati ada dua orang kat dalam tu. Sorang nyonya yang duduk kat belakang kaunter ubat-ubat merbahaya. Sorang lagi awek Melayu bertudung yang… well… agak manis… tapi tak menepati cita rasa akulah.

Dan aku? Sebab pengalaman pertama, maka aku pun tak reti nak beli. Melilau mata aku dok perhati sekeliling kedai yang penuh dengan ubat macam-macam tu. Dan-dan tu juga awek manis tu datang kat aku dan tanya kalau dia boleh tolong. Adoi laaa… Nak cakap ke? Dah memang aku ke dalam tu nak cari kondom, takkan nak berdalih pula, kan?

“Kondom kat mana?” aku tanya dia. Aku agak dia nak senyum, tapi dia tak senyum. Dia kalih pendangan sepantas kilat daripada aku sambil tuding jari ke rak depan pintu kaca besar kedai tu. Lahanat… kat muka pintu transparent tempat orang lalu-lalang kat luar tu depa letak kondom? Cet…! Lahabau betul… Tak apalah… Nak buat macam mana, kan?

Aku pun dengan macho dan jelitanya melangkah ke situ. Alamak! Yang mana satu kondom ni? Dalam kotak ni ke? Apa hal pula kondom ni ada macam-macam jenama, dan macam-macam warna pula ni? Warna pelangi tak ada?

Agaknya sebab awek manis tu tengok aku macam tercangak-cangak tak reti nak mencari, mungkin dia sangka aku tak jumpa kondom tu. Dia pun datang dekat. Amboi… Berani sungguh dia ek…?

“Ada mcam-macam jenis gak ek?” aku cakap kat dia sambil tersengih. Kali ni dia tersenyum. Sipu-sipu. “Yang mana paling best ek?”

Lepas tu dia tergelak sambil tekup mulut dengan tangan. Merah le pulok pipi dia.

“Tak tahu, encik,” dia kata. “Saya tak pernah guna.”

Ooo… jeng jeng jeng…! Aharks! Nasib engkau baik wahai awek manis sebab walaupun muka kau amat lawa, tapi kau tak masuk kategori cita rasa beta. Kalau tak… isy… memang panjang sembang aku tentang kondom dengan kau kat situ.

Oh ya… aku pilih sekotak yang ada enam keping kat dalamnya. Warna purple! Sebab warna favourite awek kesayangan aku tu ialah purple! Aharks…

16 Respons to “Yang Getah Macam Belon tu…”

  1. PURPLE? Awek? uishhhh….:)

    satu pengakuan berani ni..

    *Sumpah, I tak pernah tengok kondom ni dari dekat/dan juga tidak pernah dipergunakan dengannya. hahahahaha

  2. tangkap siakap pon boleh guna kondom…

  3. ehehe… skin 2 skin… baru la geli geli… ehehe

  4. beli kat 7/11 je la. Pegang dan bayar terus tanpa tanya. Bukan kita rasa. Chit

  5. ko wat sek ngn awek ko ke?

    astaghfirullah………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: