Gagah Ialah “Boleh Tapi Tak Mahu”
Memula jumpa laporan ni kat FB. Kisah tentang pakcik umur 97 tahun yang masih sihat wal’afiat adanya. Tertarik gak nak membacanya—
Rahsia pak cik power
Oleh MOHD HARZRUL AMINUDDINSEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.
Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering…(baca habis)
Amacam? Pakcik ni orang Segamat ek? Agak-agak antara dia dengan Ketua Menteri Sarawak siapa lagi power? Wife pakcik ni masih ada lagi tu. Larat lagi ke wife dia tu ek? Permaisuri beta pun kadang-kadang tak larat gak nak melayan aku… isy, isy, isy… ekekekekeke…
Rasa-rasa macam nak ikut petua pakcik ni tapi bila dia kata—
…Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda…
Alahai… aku dah le memang tak boleh blah dengan bawang putih ni. Maklumlah… aku kan Drakula…
Tapi yang ni baik untuk diamalkan semua orang—
…“Air sejuk tidak elok untuk badan kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit selain semput, lelah, asma dan demam.
“Pak cik boleh demam jika minum air sejuk,” katanya yang masih boleh menghayun cangkul, membajak tanah selain tidak perlu memakai cermin mata untuk membaca mahupun ketika memandu kereta atau menunggang motosikal…
Well… Pakcik Alias… Pakcik baru saja mendapat paminat baru! Dan hari ni pakcik menjadi idolaku…! Ohhh… Memang benar kata orang bahawasanya orang yang gagah tu ialah orang yang mampu membunuh tapi takkan membunuh. Termasuk jugalah orang yang mampu bersetubuh dengan perempuan muda tapi boleh tahan tak bersetubuh… oh… memang gagah…!
30 Januari 2011 pada 2:24 PM
ni lu perli ke carik pasal?…
30 Januari 2011 pada 7:25 PM
Aik…? Apa pasal lu tetiba liu pula yang terasa ni…? Errr… ada problem dengan perempuan muda ke…? Isy isy isy… tak baik menganiaya awek muda. Pass kat sini awek tu… Dia ada FB tak…?
30 Januari 2011 pada 9:24 PM
‘Depressive Mood’ mode…
semua jadi sensitif…
30 Januari 2011 pada 9:55 PM
Tak apa…
Tapi awek tu pass kat sini gak… aharks!
31 Januari 2011 pada 4:23 PM
lu ni jenis kuat ngisap…
ye laa… drakula kan.. kan…
31 Januari 2011 pada 4:26 PM
Yup! Betul! Ekekekekek… Tapi wa suka hisap leher dan tengkuk jek… Bahagian anatomi lain wa tak suka hisap. Bahagian lain wa tiup pelan-pelan atau wa cium2 jek… hehehehehe…
2 Februari 2011 pada 9:57 AM
Tua lelaki diukur dengan kebolehan di dalam bilik tidur. kekuatan dalaman mungkin lebih penting untuk diukur bro
2 Februari 2011 pada 11:02 AM
Kekuatan dan kelazatan iman sebenarnya kan… Adoi laaa… Iman tak boleh diwarisi. Dan memang benarlah sesuatu yang amat berharga tu perlu berpenat-lelah dan menyabung nyawa nak mendapatkannya…
Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dan kekuatan nak mengecap kalzatan iman… Otherwise, dibuka jalan dan peluang untuk mati syahid… insyaAllah…