Arkib untuk Februari, 2011

Badut Atau Pendita?

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen on 27 Februari 2011 by Najwa Aiman

Aku tau kau orang dah tahu dan dah baca berita ni. Tapi aku saja-saja nak peringatkan semula. Yang ni ialah apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan
25/02/2011 4:48pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Amacam…? Nak gak tengok kebijaksanaan golongan yang memerintah negara ni, especially yang diambil bekerja pegang jawatan tinggi kat Bank Negara. Apa sebenarnya strategi dan mekanisme dia orang untuk melaksanakan ayat terakhir tu. It’s going to be interesting!

Tengah Hari Jumaat

Posted in Puisi, Sosial on 25 Februari 2011 by Najwa Aiman

Gambar yang aku kidnap ni kredit kepada http://www.tuahlensa.com/

Bukan Kerana Nafsu Bola

Posted in Famili, Santap on 22 Februari 2011 by Najwa Aiman

Ahad hari tu Permaisuri beta buat kek coklat. Sampai ke ruang tamu bau kek tu menusuk-nusuk nafsu aku. Nafsu makanlah… bukan nafsu syahwat…

Demam bola dah kebah? Belum… kat ofis, kedai, café, kereta, bas, LRT, jamban, bla bla bla… semua orang dok cerita pasal bola lagi. Jadi tadi aku pilih tema bola sepak. Siap ada tiang gol, goal keeper, striker dan… entah apa yang sekor lagi ni terbaring pula… pemain yang cedera kut?

Dan tadi juga aku belasah kek bertema bola sepak tu. Nafsu punya pasal, aku beli juga kek sebab nafsu nak makan kek yang Permaisuri aku buat hari Ahad tu tak tercapai. Hari Ahad tu aku tak sempat nak makan kek tu. Semalam balik rumah dari ofis rancangnya nak makan tapi Putera Puteri aku dah kasi belasah sampai baki krim coklat pun tak tinggal… alahai… Hari ni… tu dia! Kek bola sepak aku beli! Aharks…!

Satu Jalan Saja

Posted in Bebel, Sosial on 22 Februari 2011 by Najwa Aiman

Kan aku dah kata dalam entri dulu, kalau apa-apa berlaku kat atas satu-satunya jalan raya yang jadi penghubung antara Pulau Indah dengan tanah besar Semenanjung ni, alamatnya memang boleh bermalamlah aku atas pulau ni…

17 Februari 2011, lebih kurang jam 5:30 PM, aku keluar dari ofis dengan hati yang senang walaupun badan penat. Sambil-sambil stim gelora tsunami dalam jiwa dengar suara Linda Onn, sambil-sambil ikut nyanyi lagu-lagu otai, baru je turun dari tanjakan atau ram sebelum Westport tu, tetiba… tu dia! Apa hal ni? Jem! Aiyaaarrrkkk…! Dah agak dah… merangkak-rangkaklah aku sepanjang jalan tu. Entah sampai manalah agaknya jem ni. Entah apalah puncanya. Radio tak cakap apa-apa pun. Tapi biasanya keadaan trafik atas Pulau ni memang tak masuk info-trafik kat radio. Terpinggir dan dipinggirkan… apa nak buat…

Beberapa meter sebelum sampai Jambatan Besar Pulau Indah baru tau puncanya. Nampak traktor Beckhoe dah tergolek tepi jalan. Yup! Tergolek! Astaga wa esta bagadud… Tak mungkin kereta yang melanggarnya, apatah lagi motosikal mahupun basikal. Dah tentu lori trailer yang langgar ni dengan kelajuan jembalang yang baru kena jampi. Memang tu kelajuan lazim bagi semua lori kontena dan trailer atas Pulau ni. Macam mak bapak dia orang dah pajak Pulau ni untuk jadi hak milik eksklusif dia orang pula, kan? Tapi mana lori yang melanggarnya? Ah… lantaklah. Tak kuasa aku nak ambil tahu. Apa ke jadah aku nak ambil tahu kalau by the time aku sampai ke Jambatan Besar tu dah pukul 6:30 PM!

Elok aje aku menyeberang dan mencecah tanah besar Semenanjung, tetiba keluar suara jantan dari corong radio baca info-trafik macam biasa — NPE jem, NKVE jem, PLUS jem, LEKAS jem, Kerinchi Link jem, Federal Hiway jem… eh… semuanya hiway lebuh raya belaka ek…? Malaysia memang mewah hiway rupa-rupanya.

Dan tetiba DJ tu kata “Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Pulau Indah masih belum dialihkan dan keadaan trafik masih perlahan di sana.” Hotak hang! Aku dah menyeberang dah ni! But then again, even kalau aku dengar laporan ni sebelum aku tinggalkan ofis tadi pun, apa yang aku boleh buat pun kan? Kan? Macam mana pun memang itulah satu-satunya jalan keluar masuk ke Pulau Indah buat masa ni selagi jambatan yang satu lagi ke Putra Heights tu belum siap. Kena stand by khemah, joran, umpan dan sleeping bag dalam kereta aku lepas ni… adoi laaa…

Psiko Gila

Posted in Bebel, Teknologi on 22 Februari 2011 by Najwa Aiman

Okey… memang aku bukan spesies gila gadget, okey… Kalau henpon, selagi tak jahanam, selagi itulah dipakai walaupun model tu dah boleh dianggap zaman Flinstones. Tapi bila semua orang kat ofis ni — daripada bos-bos besar sampailah ke Eksekutif, Kerani bahkan Supervisor dan Drebar pun boleh baca emel ofis di mana-mana saja dan pada bebila masa, aku jadi psiko! Apa ke jadahnya kalau berada di luar ofis staf aku pula kena bacakan dan balas emel aku guna henpon dia! Semata-mata sebab henpon aku tak boleh baca emel! Astaga wa esta bagadud…

Tu pun sebenarnya aku boleh bertahan lagi. Psiko situasi macam tu memang tak boleh makan aku. Tapi bila hari tu aku masuk ofis selepas beberapa hari kerja kat luar, semua orang bercerita pasal satu upacara besar yang dia orang nak buat, aku ternganga-nganga. Upacara apa ni?

“Ada dalam emel. Semua orang dapat emel tu dua tiga hari lepas,” kata salah sorang staf.

Gambir Sulawesi betul…! Cet! That’s it! Aku kena tukar henpon! Aku kena cari henpon yang aku boleh baca emel walaupun masa tu aku tengah berak di tandas awam Dubai mahupun Iraq! Dan yang paling penting, henpon aku tu nanti mesti touchscreen! Yup! I think I’ll go for BB Torch 9800. Lantaklah kalau aku jadi FB addict lepas ni! Lantaklah!

Mythbusters – Kiblat Astro

Posted in Fiqh, Islam on 15 Februari 2011 by Najwa Aiman

Semua piring Astro menghala ke satu arah, kan? Dan sekarang hampir semua rumah ada Astro, kan? Rumah setinggan pun ada Astro. Rumah kat ceruk kampung pun ada Astro. Bangunan pencakar langit di tengah-tengah metropolitan pun ada Astro. Kedai runcit pun ada Astro. Semua piringnya menghala ke arah yang sama. Hasil eksperimen dan kaji selidik tak rasmi menggunakan kompas kiblat menunjukkan bahawa arah kiblat ialah lebih kurang 45° dari hala piring Astro. Lebih kurang je tau, bukan tepat-tepat. Maka tak ada lagi alasan tak boleh solat sebab tak tahu arah kiblat dalam negara Malaysia yang berlambak-lambak piring Astro ni kan?

Ada juga bakti Astro yang reputasinya ialah ‘Services currently not available’ ni kan? Kan? Bukan ke? Ke? Anyways, entri ni aku buat hasil ujikaji sendirian berhad yang aku buat menggunakan kiblat kompas yang murah je di beberapa lokasi berbeza sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya aje. Kalau hasil ujikaji aku ni tak betul, sila bagitau! Tengkiyu I luv u too…!

p/s: Dia orang tak nak letak Astro dalam tandas awam ke?

Rezeki Di Mana-Mana Tu Kat Mana?

Posted in Bencana, Ekonomi on 15 Februari 2011 by Najwa Aiman

“Rezeki ada di mana-mana,” biasanya gitulah orang cakap, kan? Tuhan beri rezeki pun macam-macam cara, kan? Tapi ada ke fenomena bahawa Tuhan beri rezeki — selain kepada individu insan — juga kepada negara atau kawasan? Tu dipanggil rezeki atau rahmat ek? Atau, rezeki itu ialah rahmat? Entahlah…

Sekarang ni kat Malaysia rezeki macam dah nak susut je. Tak ke? Minyak masak dah susah nak cari. Minyak petrol makin mahal. Sardin dalam tin berisi ikan sardin dah tak banyak berbanding sardin dalam tin berisi ikan mackerel. Kadar harga Astro dah naik sama tinggi dengan kadar kekerapan ‘Services currently not available’. Tak tahulah apa yang ASTRO improve sampai perlu kenakan kadar yang makin tinggi kat pengguna, kan?

Na’udzubillah… semoga Tuhan tak memberatkan rezeki dalam negara ni yang (pada pendapat aku yang berpendapatan rendah ni semata-mata) semakin berleluasa maksiat insan yang semakin hilang kepercayaan tentang wujudnya Tuhan dan hari akhirat. Begitu amat mudah bermaksiat seolah-olah mati itu adalah segala penyudah.

Ini sekadar peringatan serius yang tulus dan ikhlas buat diri dan ahli sendiri. Kau orang tak usahlah terasa hati ek… Dalam keadaan di mana Tuhan seakan memberi tanda akan menimpakan celaka dan malapetaka, maka biasanya sumpah seranah dah tak bertaraf doa lagi… lupakan ajelah… Rupa-rupanya bukan hanya rezeki yang ada di mana-mana. Bencana pun ada di mana-mana juga…