Macam Mana Bau Air?

*Gambar ni aku kidnap dari blog norziati.blogspot.com

Dah tiga minggu berulang-alik ke Pulau Indah. Menyeberang Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Banting… apa lagi ek…? Lepas tu seberang laut, dan akhirnya sampai ke hujung pulau di Westport. Perghhh…! So far, agak tenang tenteram dan aman sentosa gak sebab melawan arus so tak ada trafik jem. Kecuali kalau ada lori rosak atau eksiden atas pulau tu. Jalan keluar masuk pulau tu satu-satunya yang tu je buat masa ni. Kalau ada insiden atas jalan tu… adoi laaa… boleh bermalam kat pulau le aku jawabnya…

Pagi-pagi subuh bila memandu dengan aman damai sepanjang lebuh raya Kesas sampai ke pulau, ada gak nampak tiga empat buah kereta lain buka tingkap. Aku tak pernah try macam tu sebab kalau buka tingkap aku tak dapat dengar suara seksi dan manja FaFau yang mendebarkan jantung aku tu dengan jelas.

Tapi pagi tadi aku try buka tingkap sejak dari HICOM. Tak panas. Udaranya? Hmmm… udara Lembah Klang mana ada segar daaa… Tapi setidak-tidaknya waktu pepagi subuh tu masih kurang asaplah. Dan aku pun terus menerus buka tingkap sampailah ke jambatan yang jadi penghubung antara Pulau Indah dengan tanah besar Semenanjung. Nama jambatan yang satu-satunya tu ialah Jambatan Besar Pulau Indah… eheks…! Simple je kan?

Teruja giler bila dah nak sampai ke jambatan tu. Kat bawah jambatan tu sebenarnya apa ek? Sungai ke, laut? Entahlah… janji air… Mesti segar-bugar aromanya bila dah sampai ke sempadan pulau ni. Tapi bila tiba aje kat atas jambatan tu… adoi laaa… bau haper ni weh…??? Tengik giler bau nih! Macam bau mayat sotong busuk je… Potong stim betul… Bila dah lepas jambatan tu dan masuk ke pulau barulah bau tu hilang. Adoi laaa… Sampai tahap manalah agaknya pencemaran air kat bawah jambatan tu ek? Depa buang haper dalam air tu…? Mayat ke…? Tak ada seleralah nak beromen bawah jambatan tu. Kensel plan. Kena buat program lokasi lain. Kat Laguna may be…? Hmmm…

15 Respons to “Macam Mana Bau Air?”

  1. tu maybe bau dockyard sebelah kanan kalau nak masuk pulau indah..

    manada orang beromen bawah jambatan besar pulau indah, bawah tu ramai orang mancing…

    laguna pon tak clear..cerah dan terang benderang…

  2. Banyak orang bunuh diri tak masuk rekod. Kalau tahan di hujung sungai maka banyaklah mayat2 dijumpai

    • Huh??? Bunuh diri? Kat jambatan tu…? Serius?

      • last cerita masa zaman gua sekolah menengah budak pompuan terjun jambatan tu pasal peksa tak bagus…

        pastu dah tak dengar lagi dah..

        minah tu terjun dalam selut dan terlekat kat situ

        • Aduhai kesian… sangat kesian… Wa memang simpati dengan bebudak yang stress disebabkan pelajaran ni. Kalau dah stress sampai tahap sanggup commit suicide, wa rasa macam nak cari siapa dalang yang mengakibatkan bebudak tu stress macam tu dan tempeleng orang tu sampai mampus… Kesian kat bebudak…

  3. xkan rindu air proses kot bro???

  4. wahahaha…baru macho beb…walaupun busuk, demi kemachoan semasa angin meniup rambut yang kian menipis…

  5. […] aku dah kata dalam entri dulu, kalau apa-apa berlaku kat atas satu-satunya jalan raya yang jadi penghubung antara Pulau Indah […]

  6. ada tempat pelupusan sampah lepas sikit dari jambatan tu.. bukan kat area pulau ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: