Kesempatan Merayap

Tahun Baru Cina ni ialah tahun arnab, kan? Arnab ni pemalu kan sifatnya? Tapi sekali beranak… tu dia! Ramai sungguh orang balik kampung sebab lebuh raya KESAS lengang as expected. Maka aku yang memang pemandu selamat ni pun teringin memandu dengan lebih santai kononnya. Kononnya laaa… Ramai sungguh warga KL yang masih ada kampung halaman kat tempat lain. Seronoknyaaa….! Maka oleh sebab aku anak beranak tak balik kampung, maka kita orang bercadang nak buat dua perkara yang dah lama rancang nak buat.

Makan Seafood
Maka kita orang ke Pulau Indah. Kenapa Pulau Indah? Sebab kalau nak ke Pulau Pinang, Pulau Pangkor mahupun Pulau Pandan jauh ke tengah, mesti trafik jem macam gampang punya… hehehehe… Dan kena berbelanja lebih untuk minyak petrol dan tol gak. Maka atas hikayat kengkawan yang sesetengahnya exaggerate, sesetengahnya facts, dan sesetengahnya fiksyen, maka aku bawalah famili aku yang tak berdosa tu ke Laguna Pulau Indah.

Memang ada satu restoran seafood kat situ. Lokasinya di tebing. Tebing apa? Ni yang aku kompius ni. Aku pun tak tau tebing sungai atau tebing laut sebab warna air tu nak kata laut pun bukan, sungai pun bukan. Entah-entah parit. Tapi apa-apa hal pun, kita orang sekeluarga amat berpuas hati kerana makanan kat situ agak menepati cita rasa. Aku paling puas hati sebab tomyam yang disediakan memang menepati cita rasa aku. Dah bertahun-tahun aku memburu tomyam yang rasanya macam tu. Tak pernah dapat. Akhirnya ketemu gak kat Laguna! Oh… alhamdulillah! Aku akan hanya makan tomyam Laguna je lepas ni. Lepas tu kita orang jalan-jalan kaki kat sekitar Laguna tu. Banyak orang mancing ikan. Romen-romen tak nampak sangat barangkali sebab masih terang sebab kita orang berangkat balik menjelang Maghrib. Agaknya lepas Maghrib baru aktiviti merayap jari-jemari diaktifkan kut? Banyak sikit setan masa tu.

Pergi i-City Shah Alam
Pergi i-City Shah Alam ni bukanlah aku nak sangat sebab bagi aku macam tak berfaedah je pergi tengok pokok-pokok yang dihias lampu, apatah lagi kalau tengok lampu. Aku kata pada Permaisuri kalau nak tengok tu, kat Bulatan Assunta dan Bulatan Selangor pun ada… aharks..! Tapi sebab kengkawan dia — sebagaimana kengkawan aku gak — meracun dan mengacum mengatakan i-City Shah Alam tu teramatlah best dan seronoknya, maka aku pun dengan suka hati membawa seluruh famili aku ke situ malam berikutnya. Sampai-sampai aje, kena bayar parking RM10.00 hengget. Mak aiiii…! Aku parking kat AmCorp Mall sehari suntuk pagi sampai petang pun baru RM9.00 hengget jek. Cet! Tapi tak apa. Kat dalam tu nanti mesti best punye! Maka kami pun berjalan dengan hati yang girang ke arah cahaya lampu warna-warni yang dah nampak dari jauh tu. Ooo… ada taman kecil-kecil rupa-rupanya i-City ni yang di dalam taman kecil-kecil tu ada tema tertentu ek? Kata orang yang jaga pintu masuk taman kecil-kecil tu le. Kat mata aku yang aku nampak ialah tema kepala hotak mak bapak dia. Tak ada beza apa-apa pun. Tapi nak masuk setiap satu taman kecil tu kena bayar. Aku tanya Permaisuri aku sama ada dia nak masuk atau tak. “Kena bayar? Tak payahlah kanda,” jawabnya. Nasib baik Permaisuri aku tu bijak… eheks…

Pastu kami jalan-jalan lagi. Hati dah makin boring. Pe ke benda yang bagusnya i-City ni? Kan aku dah kata, setakat tengok lampu warna-warni je. Kat jalan raya pun ada lampu warna-warni merah oren hijau. Lepas tu sampai ke Snow House. Ooo… ada rumah salji ek? Nak masuk kena sewa baju sejuk macam kat Eskimo. Nak masuk pula? Ekekekeke… nak masuk kena bayar — dewasa RM50.00 hengget dan yang belum baligh RM25.00 hengget. Tu dia! Aku minta Permaisuri aku tepon kengkawan dia dan tanya betul ke kadar harga tu atau depa ambil kesempatan sempena musim cuti? Kawan dia reply lagi cantik — sebelum ni tak kena bayar apa-apa pun! Masuk taman kecil mana-mana pun free je. Dan paling best, parking dulu free jek!

Aku bisik kat Permaisuri “Kanda rasa ni the first and the last kita ke sini kut?” dan Permaisuri aku angguk bersetuju. On the way balik kami singgah 7-Eleven dan beli burger serta hot dog buat makan malam. Bukan tak nak makan kat kedai di i-City tapi aku beli air tin tadi kat situ je dah harga RM2.50!

Malaysia… Malaysia… Cepat sungguh ambil kesempatan dari kebongokan orang yang tak pernah tengok lampu warna-warni atas pokok…

14 Respons to “Kesempatan Merayap”

  1. heh…..lu lom rasa tom yam kampung jawa. sure lu temenung tepi parit lepas makan tomyam kampung jawa…

    lu memang malang bang….dulu free je jejalan dlam ICT..parking pon bawah 5 hengget…

    takpa la dah razeki kami dapat murah…lu kena bayar mahal

    • Termenung tepi parit??? Kena try nih! Wa memang tak cerewet soal makan tapi kalau tomyam wa amat cerewet. Permaisuri wa, malah Bonda wa pun gagal menyediakan tomyam yang menepati citarasa wa tau. Bebila lu bawa la wa try tomyam Kampung Jawa tu boleh?

  2. takde hal kalu berkesempatan…

    nanti ada masa gua bawak lu…tapi gua kene riki balik, karang buatnye tak sedap haha…

  3. i-city…
    cukup la sekali gua menabung kat situ..
    kahkahkahkah…

  4. mak aih..kena bayar dah kat i-city? dulu gua pegi FOC jek…ni mesti Siti Nurhaliza kata guna nama dia nih…hehehe…

  5. cik ti(kus)

  6. kat laguna park tu.. mlm2 pun x de yg dpt beromen, ahli surau selalu buat rondaan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: