Kita…

Tahun ni upacara sambutan hari tambah umur Permaisuri aku lain sikit… eheks…! Selama ni sekadar beli kek dan hadiah langsung buat majlis kecil-kecilan anak beranak kat rumah. Macam biasalah tu. Tapi sebab bedey Permaisuri beta hari ni jatuh pada hari Sabtu, maka aku beri apa yang memang selama ni dia suka banget tapi jarang dan susah nak dapat. Nope! Bukan persetubuhanlah! Yang tu kerap dapat! Cet…! Bagero lu…!

Steamboat laaa… Kita orang memang suka banget steamboat. Tapi kat Malaysia ni kami anak beranak rasa susah bebenor nak dapat makan steamboat atas dua sebab yang jadi halangan utama — (1) Susah nak dapat yang diyakini halalan thoyiban; dan, (2) Mahal bebenor harga steamboat kat Malaysia ni, macam harga nak beli boat. Tapi sebab bedey Permaisuri punya pasal, maka aku dah plan sejak Disember lagi nak menabung sikit untuk buat upacara bedey untuk siang tadi… aharks!

Maka tadi kami pergilah ke Segi Seri 3 in 1 Steambot di Shah Alam tu. Best! Harganya berpatutan — RM25.00++ untuk yang dah serabai atas bawah (yakni 12 tahun ke atas) dan RM15.00++ untuk yang belum (yakni yang berumur 6 ke 11 tahun). Okeylah tu, kan? Lepas tu bukan sekadar steamboat, tapi juga ada BBQ, nasi goreng, sayur, lauk-lauk bufet… Perghhh…! Kenyang! kenyang! Burrrpp… Alhamdulillahilladzi ath amanaa, wa saqoo naa wa ja’alnaa minal muslimiin…

Errr… ni aku tolong iklan ni next time ke sana taukeh tak nak kasi free ke? Diskaun pun okey haper… eheks…!

Apa-apa hal pun, yang penting Permaisuri beta happy dan puas hati. Dia dah dapat hadiah hari jadi dia. Aku pula…? Ehem…! Kau orang pergii main jauh-jauh ek… Beta terasa macam mengantuk lak ni… Bye…!

12 Respons to “Kita…”

  1. ni dekat dengan carefour n uptown s.alam yek?

  2. moga pemaisuri anda dilimpahi razeki aka anak…

  3. moga lu dilipat2 malam berkenaan.. dan seterusnya..
    moga peroleh berkat dunia akhirat..
    ni perenggan duakasi tau bini lu..

    p/s:yang perenggan satu.. untuk lu aja..

  4. seksyen 23? mcm menarik…hehehe…

  5. Terminal Seafood… walllaaaa…. dlm kenangan….. eh… la ni dah pindah Bangsar, jalan Maarof berapa ntah….

  6. lepas ni aku pun jarang dah jejak area bangsar..hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: