Mythbusters – Kiblat Astro

Semua piring Astro menghala ke satu arah, kan? Dan sekarang hampir semua rumah ada Astro, kan? Rumah setinggan pun ada Astro. Rumah kat ceruk kampung pun ada Astro. Bangunan pencakar langit di tengah-tengah metropolitan pun ada Astro. Kedai runcit pun ada Astro. Semua piringnya menghala ke arah yang sama. Hasil eksperimen dan kaji selidik tak rasmi menggunakan kompas kiblat menunjukkan bahawa arah kiblat ialah lebih kurang 45° dari hala piring Astro. Lebih kurang je tau, bukan tepat-tepat. Maka tak ada lagi alasan tak boleh solat sebab tak tahu arah kiblat dalam negara Malaysia yang berlambak-lambak piring Astro ni kan?

Ada juga bakti Astro yang reputasinya ialah ‘Services currently not available’ ni kan? Kan? Bukan ke? Ke? Anyways, entri ni aku buat hasil ujikaji sendirian berhad yang aku buat menggunakan kiblat kompas yang murah je di beberapa lokasi berbeza sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya aje. Kalau hasil ujikaji aku ni tak betul, sila bagitau! Tengkiyu I luv u too…!

p/s: Dia orang tak nak letak Astro dalam tandas awam ke?

22 Respons to “Mythbusters – Kiblat Astro”

  1. rajin abang adzam buat research…

  2. pada gua betul..
    sebab time duduk bujang… pindah rumah
    alih sendiri piring astro then member rumah gua yang keje pasal network signal.. astro ngadap kiblat…

  3. p/s: Dia orang tak nak letak Astro dalam tandas awam ke?

    err… lu sanggup ke lepak dalam tandas awam?

  4. hehehe…bleh try nih…try pasang astro kat surau…

  5. kalau dah ada kompas kiblat tu, nak pegi check 45darjah dengan piring astro untuk kiblat lagi tu buat hape? kehkehkeh…

    • Tu masa buat ujikaji daaa… So hasil ujikaji tu insyaAllah akan jadi berguna kepada mereka yang bermusafir atau traveling kat mana-mana tapi tak bawa kompas kiblat. Rasa-rasanya nak cari dish Astro jauh lebih senang daripada nak cari kompas kiblat sekarang… ekekekekeke…

  6. aku tengok En NA ni dari aku mula ikut blog dia, lepas tu lama tak dpt masuk blog dia (sebab majikan block access blog dia) lepas tu dapat balik bukak blog En NA (sb majikan aku tak mampu bayar bil firewall) mesti ada cerita pasal astro khususnya tang ‘Services currently not available’

  7. snroof@gmail.com Says:

    Salam…
    mgkin ada yg x perasan berapa darjah sebenarnya arah kiblat dari UTARA. 292darjah, dan tgok pula arah piring ASTRO tuan2… x sama…
    untuk kepastian, rujuk dari sumber yg diyakini..

    http://www.islam.gov.my/waktu-solat-dan-arah-kiblat

    • Bukan tak perasan sebenarnya…. tapi memang tak tahu pun! Ekekekekke…. Kalau tahu pun tak tau macam mana nak tentu ukur haluan tu. Kena ada peralatan khas ke?

  8. snroof@gmail.com Says:

    just perlu ada kompas… mcmana nak guna kompas tu kene la belajar, ingat! kita mestilah BETUL tentukan arah KIBLAT kita. arap2 kpada yg berpandukan arah piring ASTRO tu better double confirm dgn arah yg dikeluarkan JUPEM @ JAKIM…

  9. Assalamualaikum…
    Maaf..sebenarnya piring astro tidak menghadap qiblat.. cuba check betul2… qiblat kita 290 degree..tetapi astro 240 degree camtu… memang lari banyak sangat… so, awas jgn tersalah fakta nanti sapa2 yg sembahyang ikut arah astro maknanya lari lah arah qiblat dia dan kita juga ada saham sebab bg fakta yang tak betul… Lagipun qiblat kita tempat yang mulia.. jgn la pulak nak kaitkan Astro (mcm2 ada) dgn qiblat kita… Jgn main copy paste saja…Allahhu Akbar!

  10. Bawak priring astro skali try letak kawasn kaabah,tuan puan nk adjusment menghala kot mana???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: