Rezeki Di Mana-Mana Tu Kat Mana?

“Rezeki ada di mana-mana,” biasanya gitulah orang cakap, kan? Tuhan beri rezeki pun macam-macam cara, kan? Tapi ada ke fenomena bahawa Tuhan beri rezeki — selain kepada individu insan — juga kepada negara atau kawasan? Tu dipanggil rezeki atau rahmat ek? Atau, rezeki itu ialah rahmat? Entahlah…

Sekarang ni kat Malaysia rezeki macam dah nak susut je. Tak ke? Minyak masak dah susah nak cari. Minyak petrol makin mahal. Sardin dalam tin berisi ikan sardin dah tak banyak berbanding sardin dalam tin berisi ikan mackerel. Kadar harga Astro dah naik sama tinggi dengan kadar kekerapan ‘Services currently not available’. Tak tahulah apa yang ASTRO improve sampai perlu kenakan kadar yang makin tinggi kat pengguna, kan?

Na’udzubillah… semoga Tuhan tak memberatkan rezeki dalam negara ni yang (pada pendapat aku yang berpendapatan rendah ni semata-mata) semakin berleluasa maksiat insan yang semakin hilang kepercayaan tentang wujudnya Tuhan dan hari akhirat. Begitu amat mudah bermaksiat seolah-olah mati itu adalah segala penyudah.

Ini sekadar peringatan serius yang tulus dan ikhlas buat diri dan ahli sendiri. Kau orang tak usahlah terasa hati ek… Dalam keadaan di mana Tuhan seakan memberi tanda akan menimpakan celaka dan malapetaka, maka biasanya sumpah seranah dah tak bertaraf doa lagi… lupakan ajelah… Rupa-rupanya bukan hanya rezeki yang ada di mana-mana. Bencana pun ada di mana-mana juga…

14 Respons to “Rezeki Di Mana-Mana Tu Kat Mana?”

  1. sama sama la kita bersyukur dengan apa yang ada…

    karang ditariknya jodoh dah tak dapat bersetubuh….

  2. rezeki tu ada dimana-mana…hang dulu g keje naik tren pun rezeki…rezeki cuci mata pepagi, cuci idung pepetang…hehehe…

  3. Hmmm… sardin/mekerel tin cap ayam…. my doter Millie yang tak suka makan ikan tapi love to eat chicken, dok telek tin ni masa aku nak masak…… pastu dengan cuak, dia bertanya… Ma, ni sadin ni ikan ke ayam? Maka aku pun jawab… ayam la.. kan ada gambar ayam tu…… dia pun jawab, ish, Millie rasa sadin ni mesti ikan ni… bau dia mcm ikan ni……

  4. tak baik tipu budak kecik….haha…

    ***satu sebab yang buat budak kecik cute, apa kita cakap semua dia percaya…

  5. cuci idung bau bauan orang dalam tren masa balik…

  6. My problem is with mereka yang menggelarkan diri mereka ‘modern muslim’.

    Kat sini, deyrang pakai magician’s marketing.Benda lain murah gilebabi sampai konsumer berbuih-buih mulut pegi beli, tapi benda-benda lain lam kedai tu plak harga dinaikkan…tapi disebabkan konsumer tersebut berbuih-buih mulut deyrang tak prasan..until kat checkout counter.HAHAHAH.Magic!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: