Bukan Kerana Nafsu Bola

Ahad hari tu Permaisuri beta buat kek coklat. Sampai ke ruang tamu bau kek tu menusuk-nusuk nafsu aku. Nafsu makanlah… bukan nafsu syahwat…

Demam bola dah kebah? Belum… kat ofis, kedai, café, kereta, bas, LRT, jamban, bla bla bla… semua orang dok cerita pasal bola lagi. Jadi tadi aku pilih tema bola sepak. Siap ada tiang gol, goal keeper, striker dan… entah apa yang sekor lagi ni terbaring pula… pemain yang cedera kut?

Dan tadi juga aku belasah kek bertema bola sepak tu. Nafsu punya pasal, aku beli juga kek sebab nafsu nak makan kek yang Permaisuri aku buat hari Ahad tu tak tercapai. Hari Ahad tu aku tak sempat nak makan kek tu. Semalam balik rumah dari ofis rancangnya nak makan tapi Putera Puteri aku dah kasi belasah sampai baki krim coklat pun tak tinggal… alahai… Hari ni… tu dia! Kek bola sepak aku beli! Aharks…!

17 Respons to “Bukan Kerana Nafsu Bola”

  1. bila lu cerita askar lu makan kek sampai tak bersisa gua pon teringatkan gua sebat pizza sampai arwah abah gua tak dapat makan…

    walhal dia yang beli…

    • Tak apa bro… sebagai Abah, wa tak kecil hati langusng pun bila Putera Puteri wa yang habiskan makanan sampai tak bersisa. Wa bukan macam mak Si Kantan yang merajuk nak makan telur ikan tembakul sampai bunuh diri kat batu belah batu bertangkup tu tau…

      Dasat gak kisah tu kan? Tak dapat makan telur ikan sampai sanggup bunuh diri! Aiyooo…!

      • haaa lu dah keje kat klang kan, kalau ada masa lu lawat la tapak kejadian batu belah batu bertangkup tu…

        dari rumah, mak kintan tu seberang sungai(sungai ni still wujud kat tengah town meru) sampai la ke bukit apentahnamadia.

        batu belah tu dah kena bom jadi taman perumahan…taman perumahan batu belah nama dia.

        **** sadly batu belahbatu bertangkup tu sepatutnya dikekalkan… apa leh buat, manusia tamak.

  2. Ni boleh order tak?

    • Boleh bro. Boleh buat macam-macam tema. Aku memang suka kedai kek ni. Owner dia agak pemurah especially kalau kau bawa anak-anak kau yang kecil-kecil comel-comel tu datang kedai dia sekali. Mesti dia orang dapat free goodies! Hehehehe…

      Errr… ni kira memperalatkan bebudak tak…? Aiyooo…!

  3. Kat Sec 3 ke?

  4. lu memang champion!

  5. aku tak gemar sangat kek. makan sikit2 pun dah cukup. tak dapat pun tak pe.

    • Aku memang gila kek bro! Tapi bukan kek jenis sponge la. Aku suka kek krim. Kalau kek aiskrim laaaagi aku suka! Sekarang ni selera aku ialah pada kek buah-buahan segala buah termasuk buah dada… eheks…!

  6. laa.. baru nak saspek… ingatkan permaisuri Najwa Aiman yang buat kek bola tu… sekalik, beli daa… ;))

  7. Batu Belah Batu Bertangkup (1959) – Movie…

    Batu Belah Batu Bertangkup is a Drama Movie of 1959 made in Singapore, Malaysia. Director: Jamil SulongCast: Aziz Jaafar, Zaiton, Rahmah Rahmat, Bad Latiff…

Tinggalkan Jawapan kepada firdaus Batal balasan