Psiko Gila

Okey… memang aku bukan spesies gila gadget, okey… Kalau henpon, selagi tak jahanam, selagi itulah dipakai walaupun model tu dah boleh dianggap zaman Flinstones. Tapi bila semua orang kat ofis ni — daripada bos-bos besar sampailah ke Eksekutif, Kerani bahkan Supervisor dan Drebar pun boleh baca emel ofis di mana-mana saja dan pada bebila masa, aku jadi psiko! Apa ke jadahnya kalau berada di luar ofis staf aku pula kena bacakan dan balas emel aku guna henpon dia! Semata-mata sebab henpon aku tak boleh baca emel! Astaga wa esta bagadud…

Tu pun sebenarnya aku boleh bertahan lagi. Psiko situasi macam tu memang tak boleh makan aku. Tapi bila hari tu aku masuk ofis selepas beberapa hari kerja kat luar, semua orang bercerita pasal satu upacara besar yang dia orang nak buat, aku ternganga-nganga. Upacara apa ni?

“Ada dalam emel. Semua orang dapat emel tu dua tiga hari lepas,” kata salah sorang staf.

Gambir Sulawesi betul…! Cet! That’s it! Aku kena tukar henpon! Aku kena cari henpon yang aku boleh baca emel walaupun masa tu aku tengah berak di tandas awam Dubai mahupun Iraq! Dan yang paling penting, henpon aku tu nanti mesti touchscreen! Yup! I think I’ll go for BB Torch 9800. Lantaklah kalau aku jadi FB addict lepas ni! Lantaklah!

Advertisements

18 Respons to “Psiko Gila”

  1. huh….ber BBM je la nampaknya lepas ni…

  2. gua yakin tanpa syak lagi.. era revolusi teknologi akan melanda

  3. Aku dah lama terikat dengan benda2 ni

  4. Pakai semaksimum boleh. Yang boring selalu ‘Hang’ sebab banyak applications

  5. Errr…. henpon motorola ikat bateri dgn getah dah takleh pakai lagi dah la ni ek? Err… touch screen masa berak, bang? Heheheheh….

    • Ekekekeke… siapalah yang pakai henpon motorola ikat getah tu ek…? Ekekekekeke…

      Errr… touchscreen sebelum basuh berak laaa…

      • Ekekekek…. tu aku la masa zaman2 anak satu dulu…. tapi kalau ikutkan aku, aku pakai lagi tepon tu…. uish.. memula bateri dia tebal, pastu jadik nipis… ada aerial…. canggih!!!

  6. lepas ni hidup Mr.Adzam tak aman la nampaknya….

    • Yup… wa memang dah nampak benda tu. Sejak 2005 lagi wa dah nampak sebenarnya dan sejak 2005 lagi wa disuruh pakai BB tapi wa takmo sebab wa tau betapa seksa azabnya hidup kalau ada BB tu. Kat ofis lama banyak bos-bos merungut sebab big bos bagi emel jam tiga empat pagi. Big Boss jenis musang agaknya kalau pun bukan jenis clubbing.

      Tapi kat ofis Pulau Indah ni, wa tergerak nak pakai. Dah sampai seru barangkali? Atau maybe sebab dah sampai cukup duit…? Ekekekekeke…

  7. aku la ni pakai BB Torch 9800

  8. tadi gua makan laksa. dekat dekat gua ada la 2 3 bebudak tingkatan 3-4 sembang pasal henset…

    gua rasa macam nak tampa je pasal sembang hendset yang harga je dah nak lebih basic gua…

    ***gua dah nekad nak ngorat kakak dorang dah..mesti anak orang kaya tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: