Satu Jalan Saja

Kan aku dah kata dalam entri dulu, kalau apa-apa berlaku kat atas satu-satunya jalan raya yang jadi penghubung antara Pulau Indah dengan tanah besar Semenanjung ni, alamatnya memang boleh bermalamlah aku atas pulau ni…

17 Februari 2011, lebih kurang jam 5:30 PM, aku keluar dari ofis dengan hati yang senang walaupun badan penat. Sambil-sambil stim gelora tsunami dalam jiwa dengar suara Linda Onn, sambil-sambil ikut nyanyi lagu-lagu otai, baru je turun dari tanjakan atau ram sebelum Westport tu, tetiba… tu dia! Apa hal ni? Jem! Aiyaaarrrkkk…! Dah agak dah… merangkak-rangkaklah aku sepanjang jalan tu. Entah sampai manalah agaknya jem ni. Entah apalah puncanya. Radio tak cakap apa-apa pun. Tapi biasanya keadaan trafik atas Pulau ni memang tak masuk info-trafik kat radio. Terpinggir dan dipinggirkan… apa nak buat…

Beberapa meter sebelum sampai Jambatan Besar Pulau Indah baru tau puncanya. Nampak traktor Beckhoe dah tergolek tepi jalan. Yup! Tergolek! Astaga wa esta bagadud… Tak mungkin kereta yang melanggarnya, apatah lagi motosikal mahupun basikal. Dah tentu lori trailer yang langgar ni dengan kelajuan jembalang yang baru kena jampi. Memang tu kelajuan lazim bagi semua lori kontena dan trailer atas Pulau ni. Macam mak bapak dia orang dah pajak Pulau ni untuk jadi hak milik eksklusif dia orang pula, kan? Tapi mana lori yang melanggarnya? Ah… lantaklah. Tak kuasa aku nak ambil tahu. Apa ke jadah aku nak ambil tahu kalau by the time aku sampai ke Jambatan Besar tu dah pukul 6:30 PM!

Elok aje aku menyeberang dan mencecah tanah besar Semenanjung, tetiba keluar suara jantan dari corong radio baca info-trafik macam biasa — NPE jem, NKVE jem, PLUS jem, LEKAS jem, Kerinchi Link jem, Federal Hiway jem… eh… semuanya hiway lebuh raya belaka ek…? Malaysia memang mewah hiway rupa-rupanya.

Dan tetiba DJ tu kata “Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Pulau Indah masih belum dialihkan dan keadaan trafik masih perlahan di sana.” Hotak hang! Aku dah menyeberang dah ni! But then again, even kalau aku dengar laporan ni sebelum aku tinggalkan ofis tadi pun, apa yang aku boleh buat pun kan? Kan? Macam mana pun memang itulah satu-satunya jalan keluar masuk ke Pulau Indah buat masa ni selagi jambatan yang satu lagi ke Putra Heights tu belum siap. Kena stand by khemah, joran, umpan dan sleeping bag dalam kereta aku lepas ni… adoi laaa…

18 Respons to “Satu Jalan Saja”

  1. gua ingat lu kena beli hovercraft la bang…

    aaaa kan lu suka naik keretapi, sana ada stesen apa?

    • Memang wa suka, tapi kereta api yang ada cuma KTM je bro, dan keretapi kargo! Lu nak suruh wa duduk dalam kontena ke sepanjang perjalanan? Cet…!

      • huh minat keretapi konon….kalau TRUE minat kena la rasa sengayut kat badan kontena…

        ***baru feel macam naik keretapi negara india…

        • Masa wa keje kereta api dulu, wa pernah naik lokomotif dari Kluang ke JB. Panas nak mampus! Mana tak panasnya kalau dok dalam enjin… adoi laaa…

          Tapi wa memang gemar kereta api. Kalau masa student dulu wa kaya, kompem wa dah ada satu bilik besar kat rumah wa ni yang wa akan buat railway town! Serius!

  2. kena sedia botol gak….nak kencing. Jangan kencing tepi jalan nanti orang hon

  3. Banjir di Federal highway tahun 1996, 1 km ke Tol batu 3 dari Shah Alam. Berada di jalan atas tak boleh ke subang dan ke Sg buluh.

    • Aku rasa macam ingat tentang kejadian banjir besar ni. Memang ramai yang terperangkap masa tu kan? Tapi aku bukan salah sorang la. Tahun tu rasa-rasanya ofis aku kat Subang Jaya. Pergi balik kerja naik motor berlesen ‘L’… aharks…! Eh? Ye ke? Atau aku kerja kat Shah Alam ek? Entah… tak ingat…

  4. Aku cadangkan kau buka satu cawangan untuk persinggahan semata2, di Pulau Indah….. (Permaisuri baca ni.. abis la aku!!). By the way, aku ada 2 orang sepupu, kedua2nyer telah berkeluarga, yang menetap di sana. Sorang kerja Wesport, sorang kerja Kastam. Dulu2 depa dok Klang, tapi dek tak tahan dengan jem, depa beli/buat rumah kat PI.

  5. Selamat berlogistik. Aku kat sini pun lebih kurang je, cuma ada satu je jalan utama nak ke Pasir Gudang. Kalau ada sikit je hal, mcm eksiden, banjir, kenderaan rosak, dsb jalan akan jem. Alternatif, ada higway desaru- senai. Tapi tol punyalah mahal, rm5 lebih (dari tg Langsat ke Ulu Tiram) dan perjalanan lebih jauh berpuluh2 km.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: