Anak Itik Tok Wee

Dalam perjalanan dari Kerteh hari tu, member ofis yang memang kaki pancing bercerita. Suatu hari semasa dia dengan kengkawan memancing, datang sorang Apek dalam sebuah bot dan berhenti berdekatan dia orang. Apek tu bawa beberapa ekor anak itik. Nak buat apa anak itik tu?

Rupa-rupanya Apek tu jadikan anak itik tu sebagai umpan ikan toman! Diikatnya anak itik tu ke pancing, lalu dicampaknya ke air. Sekejap je dah berekor toman besar-besar ditangkapnya. Menjerit-jerit anak itik tu. Tapi tak mati le pulok sebab toman tak sempat nak baham akibat mulut dah tercucuk kail pancing.

“Waaa…! Lu dapat banyak toman besar-besar maaa…!” tegur member aku tu. “Lu pakai umpan anak itik!”

“Ini itik wa jaga baik punya. Bagi makan manyak-manyak. Sudah latih punya maaa…” jawab Apek tu selamba.

First time aku dengar orang latih binatang untuk jadi umpan. Latih untuk jadi umpanlah kan? Dah tu? Nak latih jadi apa lagi anak itik tu? Latih supaya pandai berenang…? Kalau surname Apek tu Wee, ni baru betul anak itik Tok Wee kan? Anak itik yang cukup makan dan terlatih (untuk menjadi umpan toman) tau! Kan? Bukan ke? Ke…?

16 Respons to “Anak Itik Tok Wee”

  1. skarang orang guna umpan orang buta buat tangkap duit kesian…

    ***dan gua tengah kaji umpan apa nak guna untuk memikat hati wanita sempena hari wanita 2011 ni

    • Lu kena pakai dua umpan… Memula orang buta buat umpan duit. Lepas tu duit yang orang buta tu dapat buat umpan pompan. Eh…? Alamak silap! Lu tanya umpan untuk pikat hati wanita kan…? Bukan umpan untuk pikat wanita untuk bersetubuh kan…? Sowiii…

  2. main kasar nampak……

    haha

  3. firdaus Says:

    tak boleh hayalkan bagaimana si pengail mengajar itik menjadi bahan toman. Mungkin dia pakai baju itik dan sama2 anak itik tok wee berenang dan menjadi umpan. Hebat. Pernah tgok dalam national geography bagaimana burung diajar jadi penangkap ikan untuk nelayan di China. hebat. dasyat

  4. First time dengar citer macam ni…

  5. Gila punya kejam… Khayal sungguh

  6. phatlee Says:

    lu pun boleh guna umpan anak itik..kalau rasa mahal, topup meksis pun dah bleh jadi umpan gak…

  7. ko tak suruh si wee tu bukak sekolah itik?

    • Aku pulak… Aku mana ada kat situ daaa… Member aku yang yang ada kat situ. Tapi dalam kereta hari tu memang aku ada cakap kat member aku tu yang Ah Wee tu boleh pegang rekod orang pertama latih binatang untuk jadi umpan… ekekekekekeke…

  8. pakai jaring lg bleh bnyak dpt ikan, x payah pkai umpan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: