Jack Maestro

Suatu masa dulu dalam satu forum di salah sebuah IPTA, salah sorang siswa bertanya soalan tentang interview. Oleh sebab forum tu lingua francanya bahasa Inggeris, maka aku pun jawab, dengan penuh tak senonohnya; “Interview session is a two way assessment and evaluation mechanism — it is for both the interviewer and interviewee to assess and evaluate each other.”

Dari perspektif kebanyakan majikan biasa, interview ialah masa untuk mendera calon — alasannya nak uji sama ada calon tu betul-betul sesuai atau cukup kuat untuk kerja yang nak ditawarkan. Taik lembu laaa… Atau dalam istilah saintifiknya, bullshit… aharks!

Personally, dah bertahun-tahun aku anggap interview sebagai landasan preliminary induction semata-mata — majikan nak kenal calon lebih dekat, dan vice versa. Sebab tu aku suka sesi interview yang santai. As if macam sembang kat kedai. Nak sembang topik kedai pun tak apa. Just want to get to know each other as a PERSON dan bukan semata-mata as an employee dan, to a certain extent, employer.

Menyambung jawapan aku kepada siswa tadi, aku kata; ” If you don’t like your potential future boss, and you have nothing to lose because you are already employed, or if you are bold enough to sustain yourself a little bit longer without employment, then don’t accept the job if offerred.”

Dan aku masih lagi percaya bahawa calon-calon fresh graduate yang nak bekerja dalam bidang support services — terutamanya dalam Human Resource atau Sumber Manusia atau, dalam istilah saintifiknya ‘HR’ — eloklah bekerja di syarikat atau firma kecil yang ke semua segmen, fungsi, spektrum yang berbagai-bagai dalam bidang tu perlu dibuat oleh dia seorang. Syarikat glamour yang gergasi pastinya buat specialization — satu pekerja handle satu spektrum semata-mata. Memang syarikat tu glamour dan besar tapi pekerja yang sedemikian tak dapat belajar banyak dalam waktu yang singkat sebelum boleh jadi seorang master. Seeloknya bermula sebagai “Jack of all trades, master of none” sebelum boleh jadi Maestro yang hebat. Jangan ikut teladan Astro sudah… asyik Services currently not available je memanjang…

17 Respons to “Jack Maestro”

  1. err….nasihat yang berguna untuk gua..

    • Ya… sesekali Najwa Aiman terasa nak menulis sesuatu yang worth sharing gak… aharks…!

      p/s: Masa gua tulis ni, gua teringat kat lu la bro dan sembang kita kat FB hari tu berkaitan “tensen” dan “stress”… hehehehe…

  2. haaa… gua dulu time ngangur 2 tahun dok masuk keluar interview… sampai sekarang gua suka hantar resume gua… ketagih interview.. apatah lagi kalo by phone interview

  3. firdaus Says:

    Aku selalu pegi interview yang santai sangat. Minum2 ketawa2 dan bincang gaji je

  4. gua dah lama tak pegi interview. macam mana nak dapat gaji 10ribu sebulan? (uhuk!)

  5. satu lagi pentingnya interview ialah nak tengok calon awek cun.

  6. […] bukan lanjutan kisah forum di IPTA hari tu tentang Jack Maestro tau. Ni tentang rungutan lazim pekerja kat mana-mana kompeni bahkan jabatan kerajaan pun. Tentang […]

  7. Ehem.Dulu saya interbiu jadi pelajar Institut Sungai Pusu kat lobi Hotel Holiday Inn, Kuching, Sarawak.True story.Santai tanpa skandal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: