Arkib untuk 14 Mac 2011

Dulu, Kini, Tadi

Posted in Bencana, Sejarah, Sumber on 14 Mac 2011 by Najwa Aiman

Petang tadi dapat mesej ni—

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.”

Mesti kau orang pun dapat gak, kan? Aku percaya tentang explosion tu betul. Besar atau kecil ia tetap letupan yang membocorkan radiasi ke udara, kan?

Tapi part hujan tu macam mana ek? Bom atom yang jatuh di Hiroshima dan Nagasaki tu dulu sama ke kesannya dengan kebocoran nuklear ni? Maybe kesan bom atom tu pernah melanda Tanah Melayu dulu dan menjadikan sebahagian orang kat Tanah Melayu serta keturunannya mutant.

Dan barangkali sebahagian mutant tu sekarang dah jadi wakil Parlimen dan ADUN! Tak pun jadi Ketua Pengarah di mana-mana. Maybe jadi pengarah filem atau artis. Tak pun menulis novel dan blog…! Tadi petang hujan amat lebat dan aku terkena hujan tu. Lepas ni kepala aku jadi macam Vin Diesel. Bertambah macholah aku…

Dalam bergurau, kita berharap semoga keluarga mereka di Jepun yang ditimpa musibah Tsunami ni mendapat sabar… Dengar cerita angka kematian dan kehilangan mencecah empat digit. Ibarat ‘Tsunami’ pulang ke Jepun. Dari Jepun datang istilahnya, ke Jepun ia kembali melanda… Tak… Aku bukan bergurau ni…