Dulu, Kini, Tadi

Petang tadi dapat mesej ni—

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.”

Mesti kau orang pun dapat gak, kan? Aku percaya tentang explosion tu betul. Besar atau kecil ia tetap letupan yang membocorkan radiasi ke udara, kan?

Tapi part hujan tu macam mana ek? Bom atom yang jatuh di Hiroshima dan Nagasaki tu dulu sama ke kesannya dengan kebocoran nuklear ni? Maybe kesan bom atom tu pernah melanda Tanah Melayu dulu dan menjadikan sebahagian orang kat Tanah Melayu serta keturunannya mutant.

Dan barangkali sebahagian mutant tu sekarang dah jadi wakil Parlimen dan ADUN! Tak pun jadi Ketua Pengarah di mana-mana. Maybe jadi pengarah filem atau artis. Tak pun menulis novel dan blog…! Tadi petang hujan amat lebat dan aku terkena hujan tu. Lepas ni kepala aku jadi macam Vin Diesel. Bertambah macholah aku…

Dalam bergurau, kita berharap semoga keluarga mereka di Jepun yang ditimpa musibah Tsunami ni mendapat sabar… Dengar cerita angka kematian dan kehilangan mencecah empat digit. Ibarat ‘Tsunami’ pulang ke Jepun. Dari Jepun datang istilahnya, ke Jepun ia kembali melanda… Tak… Aku bukan bergurau ni…

Advertisements

16 Respons to “Dulu, Kini, Tadi”

  1. bumi semakin marah kepada manusia.

    • Mungkin Tuhan mulai bosan
      Melihat tingkah kita
      Yang selalu salah dan bangga
      Dengan dosa-dosa

      Atau alam mulai enggan
      Bersahabat dengan kita
      Cuba kita bertanya pada
      Rumput yang bergoyang…

      ~Ebiet G. Ade~
      Berita Kepada Kawan

  2. firdaus Says:

    BAHAYA beb….

  3. dan aku pening melihat gelagat manusia panik tak tentu pasal…

    sebab nuke plant tu bukan besar macam chernobly…

    ***menyerlahkan kebodohan, nak panik pon biarla berilmu

  4. kalo pasal radioaktif… mungkin gua boleh jadi spiderman.. gua mandikan lelabah dengan hujan lepas tu suruh lelabah tu gigit gua.. MUTANT!

  5. phatlee Says:

    kalau awek yang kena hujan tu gigit, ada kemungkinan jadi pondan la kot…

  6. Akhirat tu dah tentu2 janji Allah… takde pun orang panik…. mati tu lagi la dekat… tak panik pun….. lagi la reput, kene makan dgn ulat, kene bantai sampai bertemu tulang rusuk…. ada kau terima sms? ada org suruh kau jgn keluar rumah? Pergi masjid? Jangan tinggal solat? Ada? Ada?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: