Karaoke Jenazah

Masa hidup tak bertandang ke masjid. Dari Maghrib membawa ke Isyak dan kadang-kadang sampai ke Subuh beriktikaf di karaoke, lounge, pub, hotel, bla bla bla… Tu masa hidup. Semasa tangan dan kaki masih dalam kawalan sendiri.

Bila dah mati, tak dapat lagi nak kawal tangan dan kaki sendiri. Tapi jasad — insyaAllah — sampai pula ke masjid. Tok Imam tengok tercengang-cengang. Kenapa? Sebab Tok Imam tak kenal. Siapa dia ni? Ke mana dia ni dulu sewaktu orang lain berasak-asak dalam saf Maghrib dan Isyak?

“Ke karaoke,” jawab ahli jemaah merangkap ahli kariah juga.

“Dah tu? Bawa ke sini buat apa?” tanya Tok Imam. “Pergilah bawa maya dia ni ke karaoke. Pasang video muzik depan jenazah dia, lepas tu baru tanam.”

Begitu Dato’ Ustaz Daud Che Ngah kata dalam ceramah beliau tadi yang sarat dengan ilmu…

13 Respons to “Karaoke Jenazah”

  1. fih, baek punya!

  2. firdaus Says:

    Karoake lagu Selimut Putih

  3. ni ceramah sinikal…
    orang lama kalo ceramah.. selalu bagi reverse sikoloji…

  4. masa aku kecik2 dulu ada satu jiran aku meninggal dunia. arwah ni dah tua arr.pangkat atuk. masa hidup kerja dia main biola dari muda sampai ke tua. masa dia meninggal dunia, orang cakap posisi tangan dia macam tengah main biola. walaupun org yg mandikan jenazah cuba nak tegakkan tapi tak berjaya dan akhirnya terpaksa dikafankan dlm posisi yang macam tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: